Pernahkah anda mendengar orang tua-tua berkata, nama panggilan itu adalah bagaikan satu DOA? Sebenarnya, setiap apa sahaja yang kita perkatakan, sekiranya ia diulang berkali-kali, ianya akan menjadi satu doa. Ia bagaikan diminta-minta…dan dengan izin Allah, ianya menjadi kenyataan.
Kata penceramah popular, Ustaz Ismail Kamus : “Nama kita atau nama panggilan seharusnya dipilih yang baik-baik. Kerana, apabila setiap orang di sekeliling kita selalu memanggil kita, maka nama kita itu bagaikan menjadi satu doa. Sebab itulah nama kita seharusnya mempunyai maksud yang baik-baik. Bukan pakai pilih ikut sedap didengar”
Seperti nama Junaidah atau Junainah…ramai orang mempunyai nama ini. Best je bunyi nya…Tapi tahukah anda maksud Jun yang sebenarnya? Jun adalah sama dengan JIN, cuma Jun adalah untuk “Jin Betina”. Maka Junaidah? adalah “Anak jin betina” …amacam? 😀
Cuba bayangkan dialog ini, apabila kita memanggil namanya.
- “hi Junaidah” samalah dengan…
- “Hai Anak Jin Betina” adoi 😛
Sama juga dengan nama Maimun. Ramai juga orang yang mempunyai nama ini yang dalam bahasa Arab bermaksud “beruk!” haaa, cuba bayangkan dialog ini pula,
- “Eh you ni cantik lah macam rupa si Maimun tu.” sama lah dengan
- “Eh you ni cantik lah macam rupa si Beruk tu!” hahaha 😆 kan dah lain jadinya.
So, can you guys imagine kalau beratus kali dipanggil, beruk! beruk! beruk! Kalau dah banyak kali jadi macam doa, lama-lama perangai berubah jadi perangai beruk! AYO…tapi rupa tak ada lah nak berubah macam beruk pulak…perangai ler or mungkin nasib yang berubah hehe 😛
Same thing happen to my niece, masa baru-baru lahir dulu…dia dinamakan NORWATI. Seminggu my niece yang masih baby ni menangis tak henti-henti. Kakak I risau sangat-sangat, even doctors pun tak tahu nak buat apa. So, at last call our own ustaz…then dia cakap,
“Mengapa letak nama Norwati yang Nor bermaksud Cahaya, cantiklah tapi Wati tu Zina…jadi Norwati, maksudnya CAHAYA ZINA!”
….kakak I macam nak terpengsan dengar Ustaz punya explaination. So, dalam masa itu jugalah, nama my niece ditukarkan kepada NORHAYATI yang bermaksud Cahaya Hidup, dan Alhamdulillah, masa itu jugalah dia terus senyap dari menangis…
PERSOALANNYA DI SINI…adakah anda menggunakan nama, atau nama panggilan yang baik-baik? Apa kah pula panggilan anda kepada yang tersayang? Apakah maksudnya, adakah anda tahu?
~ Abang…dipanggil kepada suami, ok ke? Abang? Better panggil sayang kan? Atau darling or honey ke hehe. Dan kalau yang coupling tu, panggil papa dan mama…aihhh, belum kahwin, belum ada anak dah panggil papa and mama?? So, kira nak doa jadi papa dan mama cepat-cepatlah tu kan hehehe…oklah juga, cuma takut besok dah kahwin…naik muak je.
~ Then nicknames, adakah anda faham maksud-maksud nama yang disingkatkan? Kut-kut nama Zalimah, nak singkat panggil Zal…Or Suria jadi Su, Or Ramlah jadi Ram…apakah maksud disebalik nama yang disingkatkan ini? Cuba tengok buku “Nama-nama Islam yang dilarang”
~ Some of us pula…our bloggers here and other places too, ada menggunakan nickname bahasa kita yang sangat mengharukan to me, contohnya seperti :-
- Gadis malang, Lia loner, Gadis gemuk, Miss kecewa, Ida sepi, lonely man, – SEMUA nama-nama ini yang memang kita faham dan tahu…membayangkan kegagalan serta membawa aura negatif dalam hidup…mengapa la nak pakai lagi??
Lagi kita pakai nama-nama yang malang, kecewa, sepi dan seumpamanya…kita akan PASTI bertambah gagal. Kalau malang, bertambah malang, kalau kecewa bertambah kecewa dan kalau sepi lagilah berkali-kali ganda sepi.
Kemudian anda tertanya-tanya mengapa lah jodoh aku tak sampai-sampai?, mengapalah aku selalu dikecewakan? …itulah jawapan nya! Kerana anda membiarkan diri anda di doakan oleh orang ramai supaya gagal, kecewa, lonely…dengan mengulangi panggilan nama anda yang negatif tu…
- Cuba tukar kepada, Mr Right, atau Ieja happy, Lovely girl, Gadis Cantik, Im In love, Puteri Kayangan dan sebagainya yang membayangkan kecantikan dan kejayaan, insyaAllah…nama anda itu akan menjadi satu doa yang membawa anda kepada satu kejayaan atau satu perhubungan cinta yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah…
Another example, nama I yang sebenar adalah Radzi yang bermaksud Redha…so agak kurang berjaya apabila orang pijak, hina dan tindas I because I hanya…redha…so I change to RAZZI, yang lebih kurang RAZ’ZIQ yang bermaksud Rezeki. So, Alhamdulillah…rezeki saya bertambah. Sehingga, dah hampir 3 tahun…saya berjaya di dalam bidang yang menjadi gelaran saya, melekat terus dan menjadi kenyataan… “BROTHER LOVE” Can you guys see it? 😉
Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
12 Comments
Assalamualaikum … Ahlan ya Sahabat … Saya tertarik dengan apa yang saudara ttitipkan di ruangan blog ini dan moga seterus dan mendatang akan lebih banyak lagi lenteran ilmiah yang dapat dikongsi bersama pembaca maya. Cuma kalau dapat diselitkan dengan hadith dan ayat-ayat dari Al-quran itu akan lebih memberi isi yang mana Insya Allah lebih berkesan dari ritual rohani. Moga Allah mudahkan segala urusanmu ya Sahabat. Allah kareem …
bro… tak boleh see bro dalam blog ni.. sebb tak nampk pun bro… hehheeh gurau saja…
betul nama itu doa…nak carik lah makna nama along yg sebenar… takut jadik makna tahi unta ke, kambing gurun ke.. hehehhe
nice knowledge to share.. keep it up bro
Assalam alaikum,
Bro Love, yang baik hati n bijaksana. apa khabar? saya pernah dengar ceramah Ismail Kamus ni, tentang nama Junainah, Junaidah dan Maimun. Tapi dah lama dah, seingat saya ada lagi isi ceramahnya.
Saya pun pelajar bidang agama, InsyaALLAH dengan sedikit ilmu yang saya ada saya cuba terjemahkan makna2 nama tersebut n saya cuba selit2kan isi ceramah Dato Ismail Kamus tentang bab ini. Mintak maaf kalau ada sedikit silap coz saya pun ingat2 lupa sket. maklumla ilmu yang tidak diamalkan. huhu
1stly : Makna nama Junainah, asal perkataan Jan/Jin (huruf ‘jim’ dan ‘nun’)…. bermaksud tak nampak. Memang kita tau kita tak nampak Jin.
Ia boleh jadi perkataan ‘Jannah'(Syurga) pun tak nampak.
Boleh juga jadi perkataan ‘Janin’ pun tak nampak (dlm perut ibu)
Jadi Junainah boleh ditakrifkan sebagai Jin Betina. Tapi sedikit dari segi pemahaman saya, Junainah lebih bermaksud kepada Taman-Taman Syurga.
2ndly : tentang nama Junaidah pulak, ikut kefahaman saya, ia berasal dari perkataan ‘Jund’ yang bermaksud askar. dari ‘Jund’ boleh jadi ‘Junaidi’ (askar lelaki) dan ‘Junaidah’ (askar wanita)
3rdly : nama Maimun saya tak dapat ulas banyak tentang asal perkataan, cuma saya boleh maknakannya ‘bernasib baik’ @ ‘Lucky’ sama ada nama itu Maimun atau Maimunah.
4thly : tentang nama ‘wati’, dulu mmg saya terkejut jugak mula2 dgr makna ‘wati’ ni penzina. mmg btul maknanya dalam arab pun penzina. Dalam Dr Fadzillah Kamsah pernah jelaskan dari segi bahasa melayunya bermaksud ‘srikandi’. tapi saya tak mahu jelaskan teperinci tentang nama ni.
Berbalik kepada ceramah Dato Ismail Kamus, cerita tentang Jin ni saya pernah dengar. tak silap ceramah ni adalah Kelas Tafsir bagi surah An-Nas. Segala apa yang dicoretkan memang oleh Bro Love ttg isi ceramah Dato Ismail Kamus makna2 nama tersebut memang betul sama sekali. Cuma seingat saya Dato Ismail Kamus ada menerangkan perkara sebenar ikut kesesuian.
Dalam bahasa Arab terdapat perkataan yang mana satu perkataan ada banyak makna. Macam bahasa melayu jugak la. Contohnya perkataan Hati yang bermaksud ‘heart’. kalau hati-hati jadi makna ‘beware’ pulak.
Memang betul kata Bro, kita kena bagi nama-nama yang baik. waima nama untuk nick name kita. saya pun selalu tegur kawan-kawan yang letak nick yang bukan2 (negatif) lonely, penjejak neraka, dan macam2 lagi. Bila kita letak nick kita jadi camtu ia akan jadi mindset kita. so, ia boleh menjadi doa kepada kita sebenarnya. So letakla nama yang baik-baik.
di sini saya bagi link untuk rujukan nama-nama baik dalam Islam insyaALLAH.
http://name.crazyartzone.com/index.asp
Oklah bro, sampai sini dlu, saya ni jarang bagi komen, tapi sekali bagi komen memang panjang melebar, huhuhu. Minta maaf kalau ada tersalah silap. Kalau ada readers yang lebih arif lihat salah silap dalam ulasan saya silalah betulkan. Saya pun manusia biasa. Ok Bro, You are the BEST.
Shukran Jazilan
p/s : tengok nama Bro nak dekat2 nama saya, Nama saya ada perkataan Reza n nama ayah Rahman. dulu saya ingat perkataan Reza tu bermaksud ‘aruzza’ (beras). saya jadikan nama saya Redza (yang diredhai) jadilah RedzaRahman (klon Bro Love….. wakaka) tak terfikir plak tambah Q jadi Razziq.
Hahaha!!! ngalir air mata baca post along, kelakar sangat!!! Best2…
ermm bro, sy ase kan my nickname ni ok lh kut? Hihihi, I minat cincin, kut2 cepatlh dpt cincin perkahwenan uiks!!
cincin nak cincin ke.. nape tak bgtau… bynk ade kat kedai.. kalo tak smpt beli kat kedai.. online pun ade..gurau ek
cincin.. tullah kan…kadang2 kite mengharapkkan sesuatu dgn membuat samaran moga ada yg dpt tangkap… contoh kcewa mgkin nak bgtau dia kecewa… cincin mgkin dia nak bgtau.. nak org sarungkan cincin.. kalu dr chenta.. dia nak bgtau apa.. cuba teka?
hihihi…tul tu. n Chenta nk berchenta ler 🙂
tp cam bro ckp tu kn, klu duk pakai kecewa je, jd cm doa laks…so trus kecewa lew. jd girls no no kecewa okis tul tk bro???
bgkli klu pkai nick anakaya – jd tul2 kaya agaknyew ahaks!!!
amin..amin..amin
Alhamdullilah….my name is Norhayati 🙂
Some more bad names yang patut kita avoid, taken from the book by : Abu Afiqah – Panduan menamakan bayi
Razilah : yang keji & hina
Raziah : Kecelakaan
Wahimah : Yang lemah
Zaniyah : Pelacur
Bakiah : Perengek & suka menangis
Hasidah : Yang hasad dengki
Hazinah : Yang sedih
Khasirah : Yang rugi
Sakirah : Pemabuk
Zalimah : Penganiayaan & zalim
Banyak lagi nama-nama yang tak elok so, pilihlah yang mempunyai makna yang lebih bermakna ke arah kebaikan.
nama saya ma’izatul zuhaira..hehe…
Salam Bro..
Lame tak dengar citer Bro nie,busy ke..?
Nice posting kali nie,hehehehhe6..
Mrs Teddy,nama awak tu dah cukup cantik le..
boleh berkenalan ke ngan awak..? 🙂
Tp Bro,nak tanya sikit..kolo Nama saya tu, mcm ne le..? Ape maksud dia..?
mayb,thats why I put my nickname ‘MaSteR HaTeR’..it’s same..!! 🙂
TQ
nme i radzi…redha bermakna cekal…