Bloggers Brother Love
‘Sahabat’ itulah satu-satu perkataan yang dapat brother love katakan at this moment. Nothing in this world yang boleh atasi sebuah persahabatan, kan?. Friendship beb! Sebelum ni bro telah postkan TIP Bagaimana dari kawan jadi kekasih ada yang setuju ada yang tak setuju. Well itu normal lah. Takkan semua setuju…tak real lah kan. But for you guys yang dah lama kenal dengan bro surely mereka akan setuju dengan tip dan pendapat bro kerana mereka memahami yang apa bro tulis adalah DIRECT dari pengalaman bro sendiri. BUKAN DARI ORANG LAIN. Jatuh, bangun di dalam percintaan, kehidupan dan persahabatan…from my own experience, MINE! 😀 When talk about friendship…rindu sangat bro pada masa lalu…dulu-dulu FREE, tak busy sangat macam sekarang, so bro selalu gathering dengan bloggers semua. So apabila semalam mendapat gambar-gambar dari Bloggers Brother Love yang selalu duk chating kat forum bro tu…Bro teruja sangat!! I’ve decided meletakkan gambar meetings mereka… PLEASE, jangan marah…atau tak suka okey…because bagi bro, small get together you all ni, cukup bermakna dan you know what, I wish I ada sekali…hope you guys B.B.L like it 😉 Tak sangka kan, cute mute & hensem bloggers-bloggers brother love ni 😀 hehehe…duk chatting kat forum bro selalu, duk jawab soalan tapi tak kenal rupa. Dapat tengok, baru best sikit… Tapi, bro dengar-dengar cerita ada yang dah coupling dalam group ni, betul ke? Siapa lah agaknya ya… 😛 Si Saya tu tak habis-habis dengan nama nickname dia yang payah tul nak di refer kan tu, “Macamana saya nak cakap kat Saya jika saya merasakan Saya lebih baik cakap nama sebenar atau tukar nick tu” haha 😛 Haaa…tu dia!! Fadly the macho man! i seh man…Fadly hang duk usha sapa dalam group BBL ni? Dalam email hang cakap lain. Hehe…tapi apa-apa pun, nak tanya masalah cinta, boleh tanya bro, tapi kalau nak bercinta sesama BBL ni bro tak masuk campur…takuuuuut 😀 Ishhh…kempunan punya pasal, Bro Razzi pun join sekali??! nyibuk lah tu 😀 jeles dah si Wawa, Ezme, Boby dengan Put3Polaris…and sapa lagi lah hahaha…cam real je kita ramai-ramai kan. Anyway, bro ingin ucapkan terimakasih kepada semua BBL kerana sentiasa memeriahkan chat space BL tu. Dan terimakasih juga kerana berkongsi gambar ini dengan kami semua. This articles is definately dedicated to all BBL! Semuga blog bro ini dapat memanjang silaturahim sesama kita dan harapan bro agar Lagu “Selamanya” dapat mengeratkan persahabatan kita semua…SELAMANYA! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Terbaru : NotaCinta.com
Selamaaat… 😀 Alhamdulillah Bro Razzi bersyukur, kerana di atas sokongan you all semua baik dari segi karya penulisan juga bidang seni, kini bro mempunyai satu lagi sites yang sangat interesting actually, namanya? 😉 http://www.notacinta.com/ Yup! seperti di dalam gambar logo sebelah ler… Di sini, bro meletak kesemua karya bro di dalam bidang penulisan, especially…ebuku cinta dan yang bakal diterbitkan penghujung bulan february ini adalah Cdrom – Segala-gala nota cinta khas untuk LELAKI & WANITA! For now, you all boleh layari NOTACINTA.COM kalau rasa-rasa nak purchased, boleh teruskan. Jika nak usha-usha dulu no problem, you are most welcome. NEWSLETTER NOTA CINTA : – Sekiranya you all nak terima beberapa pemberian percuma, you all boleh sign-ups newsletter nota cinta yang juga akan memuatkan tip-tip dan nota-nota cinta persoanally dari bro 😉 best tak? Sure best punya… *Penting : jika mengalami PAGE ABORTED – refresh page tu. Then dia akan buka normal balik. Selalu terjadi kepada computer yang mempunyai security tinggi. Ok then, sekiranya ada persoalan, boleh bertanya terus di topik ni. Or email me. I love you all 😉 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Berkawan dengan Ex gf/bf ?
“Apa pendapat anda? adakah ianya baik untuk anda atau hanya memudaratkan anda?” Eventually, bro akan jawab soalan ini, tetapi for now, bro love nak tahu you all punya pendapat dan jawapan kepada persoalan ini. For now, I just give kat you all untuk lihat pada beberapa situasi. Situasi A : Anda sudah mempunyai kekasih tetapi bekas kekasih anda asyik merayu untuk HANYA BERKAWAN. To you mestilah tak ada apa-apa… because, kawan je. But what about to your pasangan? Mungkin dia jealous…mungkin dia tak suka. tapi takkan tak boleh kalau sekadar nak berkawan, kan? Situasi B : To you, apa salahnya berkawan dengan ex gf or ex bf kan?…tapi adakah anda boleh menerima jika pasangan anda juga HANYA BERKAWAN dengan bekas kekasihnya yang pernah dicintainya bertahun-tahun dulu? 😀 Amcam? bro kenen kat you all balik hehehe… Brother Love punya situasi : Bro suka berkawan dengan my ex girlfriend, suka sangat. 😛 Tapi, bro takkan suka jika my partner berkawan dengan ex dia…hahaha, but so happen, my partner tak ada ex bf…selamaaaaat! I never face any exboyfriend problem. 😉 Envy tak? hehehe… (Ada cara dia ni kalau tak nak face ex problem ) “Apa pendapat anda? apa yang anda suka dan tak suka when talk about ex’s? Adakah berkawan dengan bekas kekasih hanya akan merosakkan perhubungan anda yang sedia ada?” JOM BINCANG!
Tip Bagaimana dari kawan jadi kekasih
Seriously, bro tak tahu lelaki lain macamana, but me…through my own experience, I always fallen for my friend! 😀 Yup! Dari kawan menjadi kekasih…dari sebuah persahabatan ianya bermula dan berakhir dengan percintaan. Bila kita nak kata, “Friendship to lovers…will never work!” well, ramai juga yang BUKAN dari kawan, mula bercinta terus pun…gagal juga kan?! Dan ramai pasangan amat gembira apabila perhubungan mereka seperti teman akrab yang saling faham memahami… SO, siapa yang lebih faham dan boleh menjadi teman baik anda yang juga bercinta dengan anda? Pastinya, your own trully friend, kan? Yaa…teman baik anda sendiri lah 🙂 Yang penting, dari sebuah persahabatan itu, Bagaimana mahu ia berjaya? Bro tahu ni ramai yang berkawan kan? Tapi tak tahu bagaimana nak ubahkan situasi kawan itu, persahabatan itu kepada percintaan…OK, here is the way… 1. BERTANYA – Perkara yang paling utama tetapi paling susah orang nak buat selalu ialah. BERTANYA…. Mulakan dengan sebuah pertanyaan yang seperti meminta pendapat, tanya dia, “Apa pendapat you tentang seorang kawan yang mahu memulakan percintaan dengan kawannya sendiri?” So dari sini, you tahu jawapan dan pendirian dia terhadap persahabatan anda kan? Tanya lagi tentang dia suka atau tidak, pendapat dia tentang apa-apa saja tentang bercinta dengan teman karib ni…Tanya sehingga anda puas hati yang dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan anda. Kita tak mahulah bila kita nak mula bercinta dengan kawan kita, sekali dia tak berminat, camana? Maluuuu…. 2. SAMA – Let’s say lah anda bernasib baik, dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Sama pendirian dan pendapat…sama means, sama-sama inginkan percintaan itu. Haaa, jangan anda seorang je yang nak bercinta, kawan anda tak rasa apa pun hehe…So, bila sama rasa, sama hati…kena selami jiwa masing-masing dan bayangkan yang anda berdua bercinta, ada nampak sesuai tak? Serasi ke? Ingat balik persahabatan anda dan selaminya, amcam? OK? Kalau ok, oklah! 3. KOMUNIKASI – Next step…kedua-dua mesti berkomunikasi dengan cara banyak mendengar. Apabila memulakan percintaan dari sahabat yang sudah lama kita kenal, pastinya segala tabiat buruk dan baik dan yang kita tak suka sudahpun kita tahu…So, mungkin keadaan agak kurang selesa. Jadi, anda berdua seharusnya sama-sama berbincang untuk mencari keselesaan. Jangan duk syok sorang je, kononnya dah declare cintan lah kan…adoi, kena check pasangan kita…dah selesa bercinta atau tidak. Maklumlah dah bertahun kawan ni, mesti segala jenis perangai dah tahu. 4. MULA SEMULA – Satu perkara yang amat penting, yang anda mungkin tidak expect bakal terjadi. Mungkin anda sudah berkawan 10 hari, 10 minggu or even 10 tahun…dan anda dah kenal sangat kawan anda ini…Bercinta dengan berkawan adalah teramat lain! Walau dah sekian lama mengenali sebagai kawan, the minute anda bercinta…segala-galanya akan bermula semula! Mula mengenali pasangan anda semula dan kali ini sebagai seorang kekasih. Yang mana, its a bonus for you kerana dah tahu banyak his/her SHIT! Hahaaha… 5. TRIAL PERIOD – Haaa…ini lagilah tak ada orang nak buat, apa daaa…Dulu, Bro cukup frust dengan ada seorang girl ni. Dia tak nak buat trial period?! Adoi…at least, you buat trial period dulu, tengok dulu, rasa dulu, ok atau tidak ok. Kalau ok, go ahead…kalau tak ok boleh je back to your old situations jadi benda tu tak lah jadi pelik yang mungkin anda rasanya, kan. Buat perjanjian, kira macam…within 1 month ke..kita tengok, rasa macamana…best atau tak selesa? Jangan terus-terus nak berpeluk, bercium segala!!…baru je declare, mentang-mentang dah bertahun kawan, duk menahan nafsu lama dah barangkali, terus nak ngap! 😀 hahaha….sabar-sabar…buat trial period dulu, buat tempoh percubaan untuk lihat anda dan pasangan anda tu serasi atau tidak. Kalau dah 2-3 bulan semua macam best je…terus kahwin je lah beb!!! SO, bagi bro personally, I memang rekomen bercinta dengan teman baik or sahabat or kawan seperjuangan ni. Mostly ia lagi mudah mesra dan saling memahami kerana kita dah lama kenal pasangan kita itu. Nak tahu dia bullshit pun mudah….sebab dah tahu his or her bullshit all these years hahaha… NAMUN, kalau ada yang tak setuju tu, itu pendapat anda sendiri…and for your info, bro ni jenis tak kisah langsung dengan orang yang tak setuju dengan my own piece. Because all my articles and tips adalah dari my own experience. Kalau you tak setuju or tak percaya then too bad!! Ramai orang hanya ada pendapat saja tetapi tidak sendiri mengalaminya. Tidak seperti bro Razzi, I talk to talk, and I walk to walk. Bammed!! 😉
Istimewa untuk anda!
Khamis, 22 Januari 8.30 pagi, Sri Pentas. Seram sejuk juga kami, kumpulan Razzi.Muz.Ik yang terdiri dari Bro Razzi Rahman, bro Muzamil and Irfan Khairi melangkah ke set MHI TV3 untuk membuat persembahan. Buat pertama kalinya Razzi.Muz.Ik muncul di TV membawa lagu hit “Selamanya” … macam kecut je perut ni hah!! Hehe 😀 Tapi masing-masing buat cool je, dan later tuu Alhamdulillah, kami berjaya melalui saat getir itu hehe… so, istimewa untuk anda, terimalah…. Segmen seterusnya, Interview laa…hehe, as usual…band leader kita, Bro IK selalu pesan, interview kita buat santai dan enjoy it. So, the interview with pengacara terkenal Abby & Fedtri is great though. Thank you to them and producers of TV3 for inviting us, and we had fun…hope you guys yang tengok ni pun sama-sama Enjoy! Jangan lupa, layari www.razzimuzik.com *Personally, bro Razzi ingin ucapkan terimakasih banyak kepada semua yang selalu mengunjung blog brother love ni dan sentiasa menyokong bro dan rakan-rakan dalam Razzi.Muz.Ik. Semuga, lagu SELAMANYA ini menjadi lagu ikatan persahabatan kita bersama, menuju bersama, gemilang bersama…SELAMANYA! Kalau nak baca more about Razzi.muz.ik, dapatkan majalah MASKULIN FEB 2009. Ada cerita mengenai kami bertiga… 😉
Mengapa artis cepat bercerai?
Baru-baru ini, bro rasa you all pun tahu dan dengar latest artis yang bercerai. Haa…kita gosip-gosip sikit. Tapi beralas lah kan…So, this gosip consider dah nyata dan terang, satu Malaysia dah tahu. Sepasang suami isteri both artis lagi…kayu tiga pun dengan artis jugak. Senang cerita…pelakon-pelakon lah 😀 Tapi, yang bro nak tahunya, mengapa begitu cepat artis bercerai? You all tahu tak kenapa? Bukan nak cakap insan biasa ni tak cepat bercerai. Ada juga lah yang cepat tu cepat…tapi rasa-rasa bro lah, tak ramai. Mungkin bro silap…tapi rasa-rasanya, artis, golongan selebriti ni lagi ramai yang cepat sangat bercerai. Takda dah nak bincang-bincang, terus cerai!!…tak ingat dah anak-anak. Betapa yang terseksanya anak-anak tu. Bincanglah dulu kan? kalau sungguh perceraian itu diharuskan…tengoklah keadaan pulak. Kalau si suami, tak puas hati dengan isteri tu…ceritalah dulu, kalau si isteri tak puas dengan suami tu…terus DESSYUUM KE? 😛 Mengapa? Mengapa? Mengapa? Cuba you all bagi pendapat you all, bagi pandangan sikit dan mungkin you all ada nasihat-nasihat kat artis-artis ni…mana tahu ada artis yang baca blog bro pulak kan hehehe habislah kawan-kawan artis aku terkenak!!
3 tips ~ Pasti lelaki jatuh cinta!
For this week, bro nak beri 3 tips yang PASTI lelaki akan jatuh cinta kat you all haaa…tersengih je ek? Suka lah tu hehe…Ready?…haaa, sepanjang tahun 2008 bro selalu berpeluang mendengar dan melihat you all yang sebenarnya sudah ada seseorang yang anda minat, atau yang you kenal dan tertarik dengannya…malah ada pula yang sudah berkawan rapat tetapi tak sure samada dia syok kat you all atau saja-saja mesra. Anda pun mulai lah terfikir, “Macamana nak buat dia benar-benar jatuh cinta kat aku?” haaa…Bad news nya, bomoh-bomoh tak main okay! Ilmu hitam hanya orang yang dayus saja guna. Tapi, good news nya…ada berbagai-bagai tip sebenarnya!! tip brother love : #1 ~ Buatkan diri anda lebih menarik Lelaki selalunya akan lebih tertarik kepada girls yang interesting dan tidak membosankan. Girls yang asyik bercakap soal cinta, asyik tanya, “Mengapa tak call? Mengapa tak jawab sms? Mengapa tak nak jumpa?” Itu soalan-soalan yang pasti membuatkan lelaki akan terus bosan dan meninggalkan anda. Maknanya, you all mesti mempunyai kehidupan sendiri. You all mesti busy kan yourself dengan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatiannya bukan shopping je, bergossip je, … Contoh :- Menghadiri berbagai kursus-kursus motivasi dan usahawan Mempunyai jadual tetap ke gym Menjadi ahli persatuan badan-badan kerajaan atau kebajikan Mempunyai hobi seperti, berenang, melukis, bidang seni dan sebagainya. Anything lah as long as…apa yang anda lakukan, adalah perkara yang tidak ada kena mengena dengan lelaki yang anda kenali itu. Dan pastinya, lelaki itu akan lebih menghormati anda jika anda adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti ini, malah lelaki itu juga akan merasa tercabar apabila berdepan dengan wanita yang berkerjaya serta mempunyai kehidupannya yang tersendiri, sehingga mereka akan merasakan yang anda adalah lain dari wanita lain dan sangat menarik. tip brother love : #2 ~ Jangan cepat perasan dan jatuh cinta. Simpan dulu perasaan yang membuak-buak tergila-gilakan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu baik, you all terus perasan yang dia syok kat you all. Then jangan pula letakkan diri anda begitu bawah hanya kerana mengimpikan cinta seorang lelaki. The minute you buat you ternanti-nanti cintanya, tergila-gilakannya…habislah beb, dia surely bosan dengan you, belah terus berbatu-batu lari dia. So, tak tunjuk salah, tunjuk pun salah jugak…aik? Macamana nak buat ni? The trick here is, Tarik tali or tarik kuda…pernah dengar? Macam memancing ikan laaa…mula-mula kita tahan umpan, then bila ikan dah terpaut kat umpan kita tu…kita tarik tali pancing tu sikit, kasi tersangkut then kita lepas tali pancing tu…kasi ikan tu berenang bebas…then kita tarik sikit lagi…then kasi berenang lagi…then tarik, sampai-sampai ikan tu letih, then baru kita tarik habis, tertangkap lah ikan tu…. Amacam? Ada nampak kaa? 😀 Cara ini pasti akan membuatkan lelaki merasa susah dan senang. Haa, barulah interesting. Tidak susah untuk mendapatkan anda, tetapi tidak pula begitu mudah. Masalahnya sekarang ni, ramai wanita yang cepat sangat tunjuk yang dia berminat dengan lelaki tu. Sms sepanjang masa, kalau call je layan…ajak keluar je terus On! Tak boleh macam tu. Angkat diri anda sikit, kasi mahal sikit. Walau anda boleh menjawab smsnya, walau anda boleh menjawab telefonnya…anda hindarkan sikit…biarkan dia tertanya-tanya. 🙂 tip brother love : #3 ~ Mengkaguminya… This one memang interesting hehe…alright kaum lelaki, jangan marah kat bro ya, nak mengata sikit…Lelaki cukup terkenal dengan egonya, ada banyak perkara yang menaikkan ego mereka. Perasaan bongkak or in control tu kira memang dia orang suka. So, gunakan kelemahan ini untuk memikat lelaki! Caranya mudah…1st sekali you all kena buat supaya dia tahu yang you all suka kan lelaki itu TETAPI sekadar seorang kawan. Then…slowly you perhatikan apakah perbuatannya, cara pemikirannya, perlakuannya, perkara yang boleh you all puji dia, kaguminya. Cari masa yang sesuai, then pelan-pelan cakap kat dia, mulakan dengan berkata, “I kagum sangat dengan cara you berfikir” “I admire keputusan you.” “Saya tak pernah terfikir ada lelaki yang bijak bertindak seperti awak!” Hahahaha…terus cair lah mamat tuuu bila dengar wanita cakap macam tu kat dia. Puji dan kagumi dirinya. TAPI, lepas cakap macam tu…belah lah, biarkan dia terfikir-fikirkan anda…biarkan terngiang-ngiang di telinganya sepanjang hari, sepanjang malam 😀 bro PASTI, lelaki itu akan jatuh cinta dengan anda tidak lama lagi. Okay? 😉 Pesan bro, anda sendiri pun kenalah bersiap, kena selalu berhias sebaik mungkin, keterampilan kena jaga. Jangan selekeh walau pun hanya ke kedai runcit. Latihkan diri anda sentiasa kelihatan menarik walau kemana anda pergi. Janganlah sesekali pakai kaftan keluar rumah beb…adoi! “Look the best, then you’ll be the best and he’ll be the best for you” Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Love p/s : Bro suka sangat melihat artikel-artikel bro di copy/paste kan di merata-rata blog dan website masing-masing. Rasa dihargai gitu hehe…cuma bro harap, letakkan simple link kepada blog bro ini la baru best 😉 Thank You guys!
3 tips ~ Mutiara Cinta
😉 Mutiara Cinta #11 : “Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya.” tip brother love : Beranikan diri anda, tabahkan hati dan bersedia menghadapi apa jua takdir yang bakal diterima kerana sesungguhnya, segala-galanya adalah dari kehendak Tuhan. Semuanya adalah ketentuan dari Ilahi. Semua orang pasti gagal, pasti menempuh saat-saat luka, kecewa dan berduka. Yang penting, anda boleh bangkit cepat dari segala-gala kedukaan dan kegagalan itu. Lantas tersenyum untuk menghadapi satu pertembungan yang baru, risiko baru…pengalaman baru! 😉 Mutiara Cinta #2 : “Kepada dunia, anda hanyalah satu manusia biasa, tetapi kepada satu manusia biasa, andalah dunianya.” tip brother love : Menghargai antara satu sama lain dan saling hormat-menghormati di dalam sesebuah perhubungan akan mempamerkan betapa pentingnya diri orang yang disayangi itu. Sekiranya dia adalah segala-galanya untuk anda, dialah cinta hati anda, dialah dunia anda, maka biarlah pilihan anda itu juga sama-sama mempunyai niat dan perasaan yang sama seperti anda. Agar, anda tidak terkecewa di kemudian hari. Berpegang kepada keperibadian anda yang menyajunginya, InsyaAllah dia juga akan melakukan perkara yang sama! 😉 Mutiara Cinta #3 : “Sesungguhnya, cinta itu bukan buta tetapi insan yang bercinta itu hanya mahu melihat orang yang dia cinta.” tip brother love : Mencintai seseorang dengan membabi-buta adalah salah satu cara untuk anda menempuh kekecewaan di masa hadapan. “Let your options open”. Maksud saya, di awal-awal perhubungan itu, biarlah diri anda tidak terikat hanya pada seorang sahaja. Dengan mempunyai beberapa pilihan, itu tidak semestinya anda jahat. Tetapi anda menghargai diri anda. Anda bersifat berjaga-jaga agar pilihan anda tepat dan tidak akan mengecewakan anda di masa hadapan. Ramai yang memegang kata setia, tetapi akhirnya tersungkur kecewa, semuanya kerana anda tiada pilihan lain, dan terpaksa memilih yang tidak tepat pula. Love yourselves a lot more beb! (Dipetik dari eBook 101 tip Mutiara Cinta)
9Januari… “Selamanya”
Yup!!…another one year more bertambah, today is my birthday, “Happy birthday to me! Happy birthday to me!” Huaa…huaaa… 🙁 Sememangnya sejak dari lama dulu lagi, saya tak suka celebrates my own birthdays. Semuanya kerana ia mengingatkan saya yang umur saya semakin bertambah adesss… Well, “When you’re older, you’re wiser” pesan mentor ku… Consoling me at this hour, won’t help. 😆 just biar aje lah saya terus emotional seharian ni…memang macam ni pun. Tambah-tambah tahun ni, lagi lah… Kepada semua sahabat-sahabat yang tidak pernah lupa sms setiap kali birthday, Thank you very much! Kepada peminat-peminat terimaksih di atas ucapan harijadi saya & sokongan anda terhadap saya and the band Razzi.Muz.Ik. Kepada yang beli hadiah-hadiah tu… saya berhutang hadiahlah dengan you all! 🙂 Sambil menulis posting terbaru kali ini, terasa sedikit sebak mulai bertandang di jiwa yang luhur merindu sebuah persahabatan yang pernah terjalin sebenarnya. Rindukan saat dan waktu bersama teman-teman di waktu menyambut harijadi saya, setahun yang silam… Saat manis, kenangan yang pasti akan mengusik jiwa saya sampai bila-bila…kerana, segala-galanya hanya tinggal kenangan….kenangan bersama teman di tepian pantai yang pasti tersemat di sanubari, selamanya… Mungkin silap kita juga kan apabila sesuatu kejadian yang berlaku, memusnahkan sebuah impian. Kesilapan yang membawa kepada kerinduan yang teramat rindu. Rindu pada teman sejati, …rindu pada manisnya, manjanya, kasihkan tawa hilainya, dambakan kemesraan teman berbual siang dan malam….ahhh, Apa boleh buat, takdir telah menentukan begitu… Mungkin kerana perasaan saya yang bercampur baur antara suka dan duka inilah juga maka, terhasilnya lagu terbaru kumpulan saya Razzi.Muz.Ik yang liriknya ditulis Ik, SELAMANYA. Lagu ini, amat bermakna bagi saya, amat memberi kesan yang mendalam…malah buat pertama kali saya menerima lagu ini dari Johan Nawawi, raw lagi, tanpa lirik, tanpa muzik penuh…menitis air mata di pipi. Bukan kerana sedih…bukan kerana pilu…tetapi sebak mengenangkan seorang teman… Teman yang sentiasa memberi sokongan kepada saya, dan sentiasa percaya yang saya akan berjaya pada suatu hari nanti, “I believe you can do it!” Itulah ucapnya selalu…sentiasa memberi semangat! Dan dalam masa yang sama, dia juga rela melepaskan kasihnya, melupakan sayangnya, rela berkorban demi kebahagiaan saya… “Pernah tak anda memiliki teman sebegitu yang begitu luhur hatinya, begitu ikhlas niatnya…yang mana, akhirnya…anda kehilangannya?!” Bagai dirancang, lirik lagu ini datang kepada saya pula seolah-olah si penulis lirik memahami apa yang saya rasakan. Mungkin kerana pengalaman yang telah saya lalui ini, maka terhasil pula lirik hasil nukilan Irfan Khari (IK) itu dengan cukup simple tetapi begitu menusuk kalbu kepada sesiapa sahaja yang benar-benar menghargai sebuah persahabatan. Menghormati teman sejati! Malah, pada setiap kali saya menyanyikan lagu Selamanya, pasti mata saya bergenang, mata saya berkaca… mengenangkannya…mengenangkan kehilangan teman sejati…teman yang sudah pergi… Namun, bagi saya, seorang teman seperti dia…walau sudah lama berlalu, walau sudah tiada dalam hidup ini, tak akan saya persia-siakan pengalaman bersama…kata-katanya yang manja namun memberi erti, pasti terus akan menjadi pegangan hidup ini, semangatnya tetap akan terus bersama saya…pergi bersama, menuju bersama selamanya dan semuga ia kekal hingga ke akhirnya! Akhir kata, “Semuga kau bahagia di sana, teman ku…” dan sebelum mengundurkan diri, terimalah dan hayatilah lagu ini :- SELAMANYA Download FREE ~ for PC & MP3 player (5.82mb) Lagu: Johan Nawawi Lirik: Irfan Khairi (IK) Syukurku Kepada Tuhan Kau di sini Dari dulu kita bersama Teman sejati Ku damba kamu teman Waktu jatuh bangun Tak kira hujan terang Pelengkap ku Akan kita Pergi bersama Menuju bersama selamanya Akan kita Hingga akhirnya Gemilang bersama selamanya Takkan ku persiakan Ikatan ini Selamanya… Mahu Tujukan lagu ini kepada teman-teman anda? Klik di sini. Mahu Mendengar lagu ini? klik di sini Ikhlas dari, Razzi Rahman.
Teknik Memikat #64 – LAGU-LAGU
Tujukan lagu untuk si dia. Jadikan lagu itu sebagai lagu anda berdua. Telefon si dia dan mainkan lagu itu sebagai bunyi latar belakang perbualan anda berdua. Berbuallah perlahan sambil menikmati lagu itu, nescaya suasana itu akan menjadi lebih romantik. Jadikan lagu itu menemani setiap perbualan anda. Nescaya suasana romantik itu akan membangkitkan perasaan asmara sehingga membawa emosi ke satu situasi yang tidak dapat dijangkakan. Dari pengalaman bro : Saya pernah memasang lagu romantik dari kumpulan Weslife untuk diperdengarkan kepada gadis yang saya minati dulu tanpa pengetahuannya, dan dia cukup terkejut dan terjerit-jerit lantas menangis teresak-esak. Saya tidak berkata sepatah apa pun hanya mendengar tangisannya. Sepanjang lagu itu berkumandang dia hanya menangis dan terus menangis dan apabila lagu itu tamat, dia mengatakan yang tidak pernah ada orang membuatkan dia rasa begitu dihargai. Semenjak hari itu, dia benar-benar menyukai diri saya dan menganggap diri saya sebagai seorang yang romantik dan tempat untuk dia meluahkan segala perasaannya. Ketahuilah lagu yang disukainya dan tujukan istimewa kepadanya di radio, TV mahupun di expo-expo atau pasangkan dimana-mana. Tidak mustahil, ia menjadi kejutan besar buatnya. tip brother love : “Jadikan satu lagu terkini, lagu anda berdua. Abadikan lagu itu dan padulah janji. Walau dimana sahaja anda berdua berada, apabila mendengar lagu ini, bayangkan anda berdua sedang memadu cinta syahdu!” ~ klik di sini untuk tip memikat #65 ~ (Dipetik dari eBook 101 cara Mencari Cinta)