Teknik Memikat #65 – MENYANYI
Anda mungkin berkata, bro Razzi tak apalah nak menyanyi sebab dia memang seorang penyanyi! Sebenarnya kawan-kawan, …suara tak perlu merdu jika menyanyi secara berbisik! Selalulah menyanyi-nyanyi lagu yang disukai oleh si dia. Pasangan anda bukan mahukan seorang penyanyi tetapi seorang yang baik, penyayang dan romantik. Nyanyikan sebaris dua lagu memadailah. Janganlah pula sampai habis satu lagu, nanti boring pulak. Nak satu lagu kenalah pasang cd lagu tu barulah menarik. Dari pengalaman bro : Saya selalu menyanyikan lagu-lagu kegemaran si dia. Selalunya saya hanya menyanyi dengan nada yang perlahan sahaja, sekadar untuk membuatkan mood si dia agar lebih tenang dan ceria. Tapi apabila dia tidak dapat mendengar dengan jelas nyanyian saya itu, saya akan mula menyanyi dengan nada yang agak kuat. Saya yakin semua orang gemarkan orang yang pandai menghiburkannya dan berani walaupun berada di khalayak ramai. Tapi menyanyi kena pilih tempat juga. Biarlah tempat itu agak tenang dan tidak bising serta suasananya juga turut romantik. tip brother love : “Bait-bait dari lirik sesebuah lagu selalunya boleh menyentuh kalbu seseorang sehingga membuatkan dia menangis. Pandai-pandailah cari bait lagu mana yang kena dengan si dia…cuba semua lagu! ” ~ klik di sini untuk tip memikat #64 ~ (Dipetik dari eBook 101 cara Mencari Cinta)
Selamanya atau Reaching Higher?
Kawan-kawan semua…dah download lagu band bro Razzi.Muz.Ik yang terbaru?? Belum lagi? 😛 Download lah cepat FREEEEEE je. Ini link dia :- Selamanya Bro hadiahkan laagu ini kepada semua teman-teman bro di blog ini dan juga diluar sana 😉 Reaching Higher Jadikan lagu ini sebagai sumber inspirasi bagi anda yang pernah gagal dan ingin kembali berjaya dengan lebih tinggi sempena 2009 Dah dengar dah? Ok tak? apa pendapat anda? Juga, kami sediakan satu pertandingan “dedication” di mana anda boleh dedicate lagu Selamanya kepada kenalan, keluarga dan orang tersayang. Siapa yang dedicate kepada paling ramai, akan menangi hadiah bernilai >RM1,000. Click here Hadiah termasuk Workshop Jutawan Internet (hadiah tahunan), Workshop Mini Terhangat di Pasaran, dan hadiah bulanan termasuk produk-produk dari Jutawan Internet Irfan khari dan juga hadiah dari karya-karya bro Razzi Rahman sendiri. Menarik? sudah tentu kan. So kalau nak menang, kenalah dedicate lagu banyak-banyak! letak semua address yang ada kat dalam email anda tu 😀 Jom klik di bawah ini now… TUJUKAN LAGU SEKARANG So, kalau dah dengar tu…bro pun nak tahu gak, lagu mana yang you all paling suka? 😉
Razzi.Muz.Ik macam2 FREE!
Selamat Tahun Baru 2009 Biar kami bertiga, ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 ni awal-awal kat you all 😆 hehe… well, Tahun 2009 bakal menjadi tahun yang amat bermakna bagi kami dengan terbitnya lagu-lagu kami bermula 12: 01am ~ 1.1.2009 (Tajuk : Selamanya & Reaching higher) Azam kami, kami ingin terus bersemangat dalam mencapai kejayaan yang lebih tinggi in our lifes dan hoping agar Razzi.Muz.Ik dapat memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat! DAN…haa, ni yang paling best ni, Sempena launching Razzi.Muz.Ik, kami menyediakan macam-macam pemberian PERCUMA 😉 2 lagu terbaru FREE, FREE…YES FREE!! Tepat 12:01am, 1.1.2009 Anda boleh download free di www.razzimuzik.com FREE SHOW ~ Kami akan membuat 1st performing di Restaurant Rebung, Bangsar. Pukul 9:00pm 31hb Dec 2008. Kita akan perform both 2 songs. FREE CONTEST ~ satu pertandingan istemewa dengan hadiah-hadiah menarik bernilai melebihi RM1,000 untuk anda bermula setelah masuk Tahun Baru. So amacam? best tak? 😉 pesanan kami :- Jadilah antara yang terawal untuk menyertai pertandingan ini (Peluang menang lagi cerah bagi yang terawal!). Mudah sahaja pertandingannya! 🙂 Also, jadilah yang terawal mendengar lagu-lagu kami sebelum dimainkan di radio/tv atau dimana sahaja! *For chatters kat blog bro ni, ruang chat di sini juga dapat dilihat di website razzimuzik.com dan dari sana you all pun boleh chat gak 😉 Finally, jumpa anda di http://www.razzimuzik.com ketika detik countdown tahun baru 2009! ~ Razzi.Muz.IKBaca juga kisah Razzi.Muz.Ik : Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 3 : Launching Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 2: The Creators Kisah RAZZI.MUZ.IK Part1: The Band
“Wife Material”
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membawa maksud :- Dan jika wanita yang menunggu suaminya pulang, lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya, menyediakan makanannya, merenung suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangannya, memelihara anaknya, dan memanfaatkan hartanya kepada suaminya kerana mencari keredhaan Allah. MAKA… disuratkan untuknya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya, tiap-tiap renungannya kepada suaminya itu sebagaimana memerdekakan seorang hamba. (Hadith Riwayat Mas’ud) Amacam? ada faham ke tak berapa faham? 😀 Basically, maksud Rasulullah S.A.W tu…sekiranya seorang wanita benar-benar taat kepada suaminya, amat menghormati suaminya MAKA …balasannya confirm syurga lah! Because, balasan kepada mereka yang taat pada suami tu, bagaikan memerdekakan hamba tu seumpama mengislamkan orang kafir, which is terhapus segala dosa….bagaikan baby balik haaaa….terus masuk syurga lah (kalau tak buat dosa lagi laaa kalau buat …neraka gak ahaks!! 😆 Sedikit story bro nak share about me and my wife before kahwin… Alkisahnya…kami bercinta deep setelah bertunang! Kenal 2 minggu je and we decided to spend our lifes together…terus merisik and 1 bulan kemudian bertunang…6 bulan kemudian kahwin and continue bercinta setelah kahwin…best!! nak buat apa pun HALAL! 🙂 , and now dah almost 9 years ups and down still kahwin! 😉 Mengapa begitu cepat bro buat keputusan? Very simple answer! …kami bercinta di depan keluarga, di rumah…tak ada dating-dating. Bro tak ada cerita banyak punya…Im serious so, terus datang jumpa ayah dan mak dia, adik-adik dia… My wife pulak, sebelum kahwin tuu lagi, mempamerkan ciri-ciri seorang isteri. Jadi, sewaktu bro melawat di rumahnya, dia dan ibunya serta adik-adiknya telah menyediakan berbagai-bagai perkara yang hampir sama di dalam hadith di atas! Seumpama melayan seorang suami yang tengah letih setelah pulang berkerja! …macamana bro tak terpikat terus?! 😛 Now you all see??…apa yang bro maksudkan dari artikel sebelum ini, “Apa Lelaki Mahu?” Wanita tidak perlu berkahwin dahulu baru nak berubah jadi ‘Isteri’ …wanita seharusnya sedari awal lagi sudah “GOT IT IN YOU” The problem is, wanita nowadays…tidak bersiap-siap kearah menjadi seorang isteri. (Yang dah jadi isteri pun, tak macam isteri) Sebaliknya, wanita sekarang lebih mementingkan diri disayangi lelaki, dirindui kekasih, dibelai dan disuap dengan kata-kata cinta…which is all that ARE NOT IMPORTANT! YANG PENTING… adalah persediaan diri anda, keperibadian anda, maruah anda, persiapkan diri anda terlebih dulu agar dilihat mahal, amat berharga, punya ciri-ciri wife material…barulah anda akan disayangi, dirindui, dicintai lelaki…tok sah cakap rindu, sayang, kata-kata cinta and all that caring lah…lebih pada tu lagi anda akan dapat!! “Biar ciri-ciri seorang ISTERI abadi didalam diri anda dan JANGAN sesekali bercinta tanpa keluarga, tanpa ibu dan bapa, agar anda lebih dihormati!” Bagaimana seorang lelaki mahu menganggap yang anda adalah wife material, berharga, wanita yang mahu dia hidup selama-lamanya dengan anda jika anda dan dia asyik main kut luar je? jika ibu dan bapa anda pun dia tak kenal?… YES! anda boleh keluar dating…bukan tak boleh. Tetapi, sebagai seorang gadis/wanita anda seharusnya memperkenalkan pasangan lelaki anda kepada ibu dan bapa, adik beradik, sedara mara…agar dia tidak mempermainkan anda. Ada yang tanya bro, “Kalau dia tak nak jumpa keluarga saya macamana?” My answer simple je, “Cari boyfriend lain yang mahu jumpa keluarga anda!” Jika dia berani jumpa keluarga anda pastinya dia juga menghormati anda sebagai pasangan yang bakal dinikahinya nanti! Kalau hancur gak mamat tu, walau dah kenal your family…itu maknanya, lelaki tu memang tak bermaruah lah…tinggalkan dia sekarang! Ok? 😉 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Apa Lelaki Mahu? #1
Isu kali ini memang berat sebelah 😀 …kerana, segala-gala yang kita nak bincang kat sini adalah apa yang lelaki mahu. BUKAN apa wanita mahu. Wanita punya lain kali 🙂 Mengapa bro nak bincang topik ini??…, cuba kita renung seketika… Ramai yang bertanya Bro Love, especially kaum wanita…”bagaimana nak buat kekasihnya lebih sayang padanya?”, ramai juga yang bertanya, “bagaimana menambat hati lelaki?” DAN “mengapakah lelaki suka kecewakan wanita?” Well…my answer is, Sometimes (selalunya lah bukan sometimes) 😀 Wanita terlalu ego dan pentingkan apa yang dia mahu, dan juga wanita lebih pentingkan hati dan perasaannya sendiri lebih dari pasangan lelakinya (Bukan wanita di blog ini lah…wanita di luar sana) 🙂 DAN wanita juga jarang sangat pentingkan APA LELAKI MAHU! SOLUTIONS : Sekiranya wanita tahu APA LELAKI MAHU, kemudian wanita lakukan segala-gala yang lelaki itu mahu, bahagiakan lelaki dengan apa yang lelaki itu mahu, PASTI nya, lelaki itu akan menyayangi wanita itu lebih lagi kan? Perhubungan cinta anda akan lebih bahagia, kan?! Bila si Lelaki happy, puas dan dapat apa yang dihajatinya, PASTI nya lelaki akan terus setia dan melekat kepada wanita itu saja, kan?! 😉 Peringatan : Kalau wanita buat segala apa yang lelaki mahu, baik, penyayang, tidak ego, setia, tidak mengongkong, pandai mengambil hati dan sangat mengambil berat….TETAPI lelaki itu tetap main kayu tiga juga, curang juga…itu bukan lelaki! (Ini kira dah terkeluar dari topik perbincangan) 😉 Artikel ini lebih kepada pasangan yang sudah bercinta dan sudah berkahwin lah… (NO MAKSIAT PLEASE!) Apa yang bro maksudkan ialah perkara-perkara biasa contoh seperti wanita mesti :- Bijak bergaul bersama kawan-kawan kekasih/suaminya. Mesti memberi kebebasan Wajah sentiasa kelihatan menawan Bau nafas kena selalu segar, bau badan kena selalu wangi Rajin mengemas rumah Pandai memasak masakan kegemaran pasangannya. Bijak memuji dalam menegur Pandai membuat kejutan hadiah Selalu memanjakan pasangan Menghormati keluarga pasangan …dan seumpamanya! Perkara biasa, harian dan nampak mudah tetapi sangat penting bagi lelaki. Jika WANITA sangat mementingkan 10 perkara apa lelaki mahu yang tertulis di atas, PASTI lelaki akan terus cinta dan sayangkan wanita itu! So, dari sini…bro ingin lihat pandangan anda semua, dan kalau boleh bro nak tahu juga… Apakah yang LELAKI MAHU dari WANITA sebenarnya? List down berapa banyak yang anda boleh… 🙂 Mengapa lelaki suka mengecewakan wanita?
“Hargai Hidup!”
Sepanjang minggu ini, saya begitu terasa diri ini disayangi. Orang yang saya kasihi benar-benar mengambil berat tentang diri saya. Namun, …sebagai seorang manusia biasa, sudah pasti …kasih dan sayangnya itu tidaklah sebagaimana yang saya harapkan. Malah…ada banyak lagi perkara-perkara yang saya kurang puas. Ada beberapa perkara lagi yang tidak, “Lift up to my expectations…” BUT…. Saya amat menghargai perubahannya walau sedikit. Saya hargai, usaha mudahnya untuk bahagia bersama saya. Saya hargai loving and caring nya yang tidak seberapa, really… semuanya saya hargai KERANA, Saya hargai hidup ini! Apakah lebih penting pada pendapat anda? Anda yang penting? cinta yang anda curahkan? atau secebis usahanya untuk bersama anda? …mungkin kenangan manis bersamanya yang penting bagi anda? Hmm…anda mulai terfikir macam-macam kan, yaa…apa yang penting sebenarnya. Well….teman-teman semua, yang penting bukan anda, bukan saya…bukan perasaan anda, bukan cinta anda, TETAPI, yang lebih penting adalah hidup ini. ITU YANG LEBIH PENTING. “Jangan persiakan hidup ini …sebaliknya hargai hidup ini!” Benda-benda remeh temeh ni jangan ambil hal sangat. kecik punya hal jangan nak melenting tak tentu pasal, nak baran je…apa untungnya??… jangan sibuk nak tak puas hati je…bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Jangan sia-siakan masa bersama dengan yang tersayang dengan pertelingkahan…buang masa beb! isikan masa emas anda bersama dengan saling menghargai diri masing-masing…itu lebih menyeronokan 😉 Anda mungkin berada di dalam situasi seperti dibawah ini ?:- Kecewa dalam percintaan Kekasih anda membiarkan anda tanpa sebarang berita Gagal menambat hati si dia Gagal di dalam mendapatkan pekerjaan yang baik lalu asyik bertengkar dengan kekasih Tidak mendapat keputusan peperiksaan yang bagus lalu menyalahkan gf/bf Tidak bijak untuk mengambil hati si dia, lalu wondering takut tidak disayangi Ditinggalkan kekasih setelah bercinta sekian lama Jika anda berada di dalam situasi ini, fikirkan sejenak…apa yang lebih penting? fikirkan sedalam-dalamnya… dan tanya diri anda, “Adakah dengan meratapi kegagalan itu serta terus memikirkan kekecewaan itu, maka akan hilang segala penderitaan yang anda rasai atau ianya akan bertambah teruk lagi?” Sudah pastinya ia akan bertambah teruk lagi, kan?! 😉 …so thats why, Bro punya nasihat selalunya, kalau kecewa…terus buka lembaran baru, kenali orang baru, mulakan kehidupan baru!! Barulah hilang kekecewaan itu, barulah itu namanya…menghargai hidup anda! JADI…ada lebih baik anda lihat kepada ‘A bigger picture’ yang mana…ianya jauh lebih baik jika anda menghargai hidup ini dengan lebih lagi agar anda dapat menjalani hidup yang lebih sempurna!! Malah, jauh lebih baik lagi jika kita bersama-sama kawan dan sahabat handai hargai hidup simple kita tu…agar hidup kita semua lebih bermakna!! *PENTING* :- Tontoni Gala Tv, channel 501 Astro Awani 16hb disember ~ First time Razzi.Muz.Ik ditemuramah live on Tv! 🙂 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Razzi.Muz.Ik …album’s ready!
Salam pada semua bloggers Razzi Rahman @ Brother Love yang dihormati, diingati selalu dan disayangi semua! Raya korban camana? hope all beresss? 😀 Ada berita baik ni…album Razzi.Muz.Ik dah siap… 😉 Ingin bro berkongsi sedikit pengalaman bro di sini untuk anda ketahui…You know, being a singer is not easy! Apatah lagi bro pernah menjadi penyanyi, dan berhenti. Kini kembali menyanyi semula setelah lebih 10 tahun tidak aktif dan berkerja di studio rakaman. Preparation nya sahaja sudah mengambil masa selama sebulan. Training the new songs, dapatkan key yang terbaik, kena dapatkan stamina yang tinggi serta rehat yang cukup. in fact…hampir setiap hari bro jogging, spa bubble, dan juga senaman Tai Chi. Haaa…Tai chi ni best…ia boleh buatkan pernafasan kita jadi lebih strong! 🙂 so, bagi sesiapa sahaja yang suka menyanyi, bercita-cita untuk jadi penyanyi…punya impian untuk bergiat dalam bidang seni suara, YANG PENTING…anda perlu ada keinginan yang tinggi, minat yang mendalam…dan macam bro lah 24 jam duk menyanyi je kerja, walau dimana sahaja, asal kan tidak merbahaya 😀 ~ Irfan Khairi atau IK, band leader kami, juga punya passion dalam seni yang mendalam. Beliau juga bertungkus lumus menyiapkan lirik lagu, practice gitar, dan memilih music yang sesuai serta membuat berbagai rancangan untuk band kami. He is the Master Mind here laa 🙂 Bro sangat bertuah mengenali beliau dan menjadi kawan baik dengan Jutawan Muda internet ini. ~ Muzamil atau MUZ pula, Juruterbang kita ni…berlatih dengan bersungguh-sungguh bersama-sama untuk studio, persembahan dan pelancaran album ini pada 1.1.09 ini! ‘Gorengan Gitar’ Muz ni…you all nangis la kalau dengar… 🙂 Pendek kata, kami tiga sekawan rapat ini mempunyai peranan masing-masing yang sama penting. ~ Zulkifli Mahat atau ZUL MAHAT pula adalah producer kami. Beliau juga adalah Producer kedua-dua album bro yang lepas. Knowledge Zul dalam music memang tidak ternilai. Malah beliau lah yang telah menjadi tunggak dalam productions album M.Nasir selama ini. Zul juga pencipta lagu-lagu kepada Siti Norhaliza, Fauziah latif, Amy Mastura. Zul telah push kami untuk menjadi jauh lebih baik dari apa yang kami tahu. Tanpa Zul mungkin kita tidak akan ready secepat ini. So, to Zul Mahat… we salute you! Akhir kata… Melakukan ini buat kali ke 2, mengulanginya bersama-sama kawan-kawan baik pula, bagaikan satu Anugerah dari Yang Maha Esa. Kerana segala-galanya datang dari dia. Tanpa keizinan Nya…tiada apa yang boleh terjadi. So, sepanjang november, Razzi.Muz.Ik …telah berjaya menyiapkan album single pertama kami! Semuga, objektif utama kami menyampaikan mesej-mesej positif seperti memberi semangat, inspirasi dan motivasi melalui lagu dapat diterima ramai pendengar. Namun, ianya akan lebih berjaya sekiranya kami mendapat sokongan dari you all. Apa ada pada seorang artis jika tanpa peminatnya. Betul tak? Bloggers – bloggers bro yang sentiasa bersama bro sejak dulu lagi ni lah yang bakal membantu kejayaan Razzi.Muz.Ik kan?! , Oleh itu.. Razzi.Muz.Ik ingin menghadiahkan bukan hanya 1 lagu…tetapi 2 lagu terbaru kami secara PERCUMA. YES!!…It’s free dan you all akan jadi antara orang pertama yang dapat mendengar single kami sebelum ianya dimainkan di TV & Radio atau dimana-mana! Best tak? mesti best punya…. 😉 Cara mendapat lagu ini secara percuma, mudah sahaja. Ada 2 cara :- Cara 1 : Sign up di http://www.razzimuzik.com ~ berikan email dan nama anda je. Then kita akan hantar link untuk anda download kedua-dua lagu tersebut pada tahun baru ini! Cara 2 : Anda ada facebook? klik di sini >> Jadi fan/peminat kumpulan Razzi.Muz.IK di fan page facebook Satu message akan dihantar kepada anda bersama link untuk anda download lagu kami apabila dilancarkan pada 01:01:2009 tahun baru ini. To my bloggers/sahabat/Facebook friends, lets sign up and become our fan now! Salam Aidiladha dari saya, RAZZI RAHMAN p/s : “please share this message with your friends too!” Baca kisah Razzi.Muz.Ik sedari awal ~ klik link di bawah :- Kisah RAZZI.MUZ.IK Part1: The Band Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 2: The Creators
Apa yang anda cari?
Di dalam sesebuah percintaan, pasti anda inginkan sesuatu out of the relationship, kan? Di dalam mencari cinta…pasti juga anda menyimpan harapan, expectations… kan? Even di dalam perkahwinan pun…suami atau isteri mesti memikirkan akan keinginan mereka tercapai di masa hadapan. NAMUN…pernahkah anda terfikir, apa yang anda mahu, apa yang menjadi impian anda atau keinginan anda itu, mungkin membebankan pasangan anda? Pernahkah anda fikir ianya baik? betul? tepat? Mungkin expectations anda terhadap boyfriend/girlfriend anda too much? Sehingga membuatkan dia bosan dengan anda? Mungkin juga ciri-ciri pasangan yang anda cari itu terlalu hebat sehingga anda masih keseorangan di kala ini? Mungkin juga harapan anda yang anda sandarkan pada perhubungan anda miliki sekarang terlalu tinggi? …sehinggakan hilang sayangnya pada anda lalu minta break-ups! Uuu…it could happen though 🙁 Malah mungkin juga apa yang anda semua cari…adalah consider OVER EXPECTATIONS…JADI, apakah yang anda cari itu okey, sebenarnya? Atau keterlaluan? *Di sini, bro rasa cara yang paling baik untuk mengetahui apa yang anda cari, harapan dan impian anda…tidak over, not too much, OR tidak keterlaluan, sedang-sedang elok je… IALAH dengan anda menulis/post di dalam topik ini, apa yang anda impikan, apa harapan anda pada pasangan anda…apa yang anda cari di dalam cinta sebenarnya.. 😛 Then kita sama-sama lihat dan beri pendapat terhadap nota anda itu, okey? Penting ni…kerana, kita mungkin ingat apa yang kita harapkan tu, biasa saja…kita juga mungkin rasa impian kita terhadap pasangan kita sedikit sangat…Walhal ianya adalah sangat keterlaluan sehingga boleh memudaratkan sampai pasangan kita rasa tertekan! So, apa kata kita semua tulis apa yang kita harapkan, apa yang kita cari…then sama-sama kita tengok is it ok…OR it’s not okay! 😉 Jom!
13 tahun…masih utuh!
“Sudah 13 tahun perkahwinan mereka, tetapi tetap kekal utuh! …apakah rahsia mereka?” Kita boleh cakap, ada ramai lagi yang bukan berbelas tahun kahwin tetapi…berpuluh tahun but masih utuh, kekal, penuh kasih sayang. Yes we can say that…TAPI, ini adalah kenalan rapat bro sendiri. Mereka berdua masih muda, the husband is my good friend baru 30 plus je… (kahwin muda lagi) tapi boleh kekal bahagia!! 😉 So, apakah rahsia mereka berdua? Minggu lepas, banyak email yang bro terima kebanyakkannya bertanya persoalan masalah cinta yang hampir sama. Iaitu, :- Bagaimana mengetahui dia mempunyai perasaan terhadap kita? cintakan kita? Mengapa kekasih saya berubah-ubah sikapnya? Bagaimana nak beritahu dia yang kita menaruh hati padanya? Mengapakah perhubungan cinta saya sentiasa terputus ditengah jalan? Bagaimanakan mahu mengelak dari dikecewakan? basically…jawapan kepada setiap soalan ini adalah jatuh pada jawapan rahsia perkahwinan kenalan bro ini. Come to think back kan…pelik tak? Pelik tak tentang perhubungan yang sesetengah dari kita yang ada sekarang ini?…belum pun kahwin tetapi dah :- Beberapa kali dikecewakan cinta Dah selalu sangat bertengkar tentang berbagai perkara kecil Dah macam-macam perkara yang tidak puas hati dengan pasangan Perhubungan tidak kekal lama mana Dah macam suami isteri yang 10 tahun kahwin ( Bukan soal seks tetapi…cara layanan ) Belum pun kahwin dah macam-macam hal…macamana pula bila dah kahwin besok? 😛 Or agak-agak, you can make it until you kahwin ke tak? Maybe you akan kahwin laaa…tapi maybe beberapa bulan you bercerai? So, whats the point of marriage? ….back to our main matter, bagaimanakah member bro ni maintain 13tahun perkahwinan? Alright, ini salah satu rahsia dia yang sangat penting untuk you all amalkan… Both, MASIH MANJA!! haaa…jangan tak percaya. 13 tahun tapi masih mesra-mesra, manja-manja. Bukan isteri je cam tu. Si suami pun manja-manja dengan isteri tau! Nowadays ni memang susah lah nak cari pasangan yang dah lama kahwin tapi masih mesra dan manja. Yang si suami tu kadang kasar je cakap dengan si isteri. Si isteri pulak, terjerit-jerit menjawab suami. baru je kahwin 1-2 tahun tapi dah hilang kemesraan. Habis nak buat macamana…masa bercinta lagi cam tu… Layanan manja, bualan mesra maybe looks easy…tapi to me it is not easy! It takes your pride, ego dan keinginan untuk melakukannya dengan penuh keikhlasan dan kejujuran sehingga pasangan kita merasa begitu dicintai dan disayangi tau 😉 Apa yang boleh bro nampak, ada banyak lagi aspek dan perkara tetapi bro bagi you all tahu salah SATU RAHSIA SAHAJA hari ini… yang lain you all teka boleh? nanti lepas ni bro akan jawab kesemua rahsia dia, ok? Oklah tu…bro pun tahu you all mesti ada sesetengah pengalaman yang difikirkan boleh buat maintain sesebuah perkahwinan kan?…jom kongsi! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com
Tips cinta kekal lama bhg2
Taman yang indah tidak terjadi di dalam masa 1 hari… bunga-bunga yang mekar juga dibaja, disiram dan dijaga selalu… Begitu juga perhubungan cinta yang happy je…ianya bukan terus terjadi begitu. Perkahwinan yang kekal lama, lagilah dipupuk dengan usaha dan kegigihan! How to do it? Memahami antara satu sama lain dan toleransi….Meanings? Apa yang bro ingin katakan di sini, you have to work it out TOGETHER…Sambungan tips cinta kekal lama this time is : Mengalah demi sayang, Bersetuju demi cinta… Ada pula yang kata ni, “Apa bro ni, takkan nak setuju atau mengalah kalau apa yang dia buat tak betul!!” 😆 Hehehe…anda sure ke yang anda 100% BETUL? Mungkin pada anda betul tetapi tidak kepada sesetengah orang. Mungkin citarasa anda berbeza, pendirian dan cara pemikiran juga berlainan. Contoh mudah :- Anda suka makan sayur, pasangan anda tak suka terus saja anda sound dia, “Eh apa ni, tak bagus tau you tak makan sayur, nanti tak berzat dan kulit tak cantik” Anda suka tengok bola, pasangan anda suka tengok drama, “Apa menda la tengok drama ni…apa faedahnya?” Anda berkerja office hours 9 to 5, pasangan anda suka berniaga, “kerja lah bagus dari business, gaji tetap dapat…business belum tentu untung!” Anda suka membaca surat khabar, pasangan anda tak suka, “Asyik baca novel cinta je, bacalah suratkhabar ada juga faedahnya!” 😳 HOW SURE ARE YOU apa yang anda tidak bersetuju itu kerana apa yang anda lakukan adalah lebih baik dan berfaedah? Sebelum bro menjawab kepada empat situasi di atas…ingin bro katakan di sini… sekiranya anda mengalah atau membiarkan saja atau bersetuju dengan pasangan anda akan keempat-empat contoh di atas…bukankah perhubungan anda akan lebih tenang, bahagia dan pastinya kekal lama? Biarlah kalau dia tak nak makan sayur…biarlah kalau dia tak suka makan buah-buahan atau makanan apa sekali pun yang anda suka… Apa salahnya menonton drama? kan menggembirakan dia. Samalah juga, apa faedahnya menonton bola? hanya untuk menggembirakan anda juga kan? 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. Itu Rasulullah sendiri yang mengajar umatnya. Nak berkerja 9 to 5 juga? Yet it still okay…cuma, tak perlulah tidak bersetuju dengan mereka yang berniaga. Baca suratkhabar memang bagus…tapi kalau pasangan anda suka baca novel, relek aje lah…bukan kah bila anda berpasangan, tugas bersama ialah membahagiakan diri masing-masing? Maksud bro sebenarnya, KADANG-KADANG jika pasangan anda berlainan pendapat, tidak melakukan perkara yang sama dengan anda, tidak minat atau tidak suka apa yang anda minat dan apa yang anda suka…TIDAK bermaksud dia bersalah atau dia tidak bagus…setiap orang ada kehendak dan citarasa tersendiri! Sebagai pasangannya…anda wajib memahami keadaan ini, dan seelok-eloknya anda mengalah dengannya dan bersetuju je…anda tidak rugi apa pun. Tak perlu sibuk-sibuk nak betulkan dia, nak cakap itu salah ini betul…NOPE! No need babe! “Life is too short, just enjoy the moment…enjoy the love!” Anda tak suka budu, tempoyak, durian, cencalok, buah salak, kerang, whatever lah…TAPI kesemua itu, pasangan anda suka?…Buat-buat je lah suka, kalau geli buat-buat tak nampak, kalau busuk…biasa-biasakan diri dengan aroma yang tak tahan di kalbu tu 😀 JANGAN pulak…bila tak suka, buat muka geli lah, tutup hidung dengan tanganlah, memuncung mulut lah hehehe ini mesti ada yang tersengih ni sebab pernah buat 😛 JANGAN pulak…bila suka, semua orang kena suka, semua orang mesti minat dengan apa yang anda minat…i seh man, ini pun ramai gak yang tanpa sedar melakukannya 😉 ….demi kasih dan sayang, demi cinta yang terus kekal lama….hehehe, TERIMA JE LAAA!! 😀 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Loveinfo@razzirahman.com