“100 kali sedih…”


Apabila kita bercerita pasal kesedihan ni berbagai-bagai cara kita bersedih kan, dan berbagai-bagai perkara pula yang orang lakukan kepada kita hingga membuatkan kita tersangat sedih dengan perbuatan mereka… yang kadang-kadang tu tak masuk akal malah langsung tidak mempunyai rasa belas dan kesihan sesama manusia…

Tidak terdetik pun dihati mereka, mungkin kita ni akan teramat kecewa ke… atau mungkin kita akan amat berkecil hati dengan perbuatannya. Malah, bila dia rasa dia nak buat apa-apa, dia buat je lah… tak fikir pun kat kita yang juga punya hati dan perasaan.

Mentang-mentanglah kita dah sayang, kita dah cintakan dia… dia fikir, dia boleh buat apa saja! BIl kita buat kat dia juga, tahu pulak marah dia…

Whatever it is, sebenarnya, setiap kali kita bersedih, 100 KALI LAGI keluarga terdekat kita turut bersedih. Ibu dan bapa kita…adik-beradik, malah kawan-kawan dan teman karib juga ikut bersedih. Sometimes, dalam diam dan tanpa pengetahuan kita…insan-insan terdekat kita inilah yang amat sedih dengan kegagalan kita.

  • Ini selalu berlaku, apabila mereka  benar-benar menyayangi kita, jadi sudah pastinya mereka akan turut bersedih. Sebab itulah, sekiranya kita bercinta dan berkahwin, JANGAN sesekali pinggirkan mereka yang menyayangi kita jauh dari kehidupan kita.

Sekiranya kita berjauhan dari mereka, bukan mereka yang akan 100 kali sedih, kita pulak yang akan beratus-ratus kali sedih apabila kita dihina, dicerca, dikecewakan, apatah lagi ditinggalkan! Lebih-lebih lagi apabila kita keseorangan….fuuuu, sunyi giler hidup ini beb! Kepada siapa kita nak mengadu, nak melalui saat-saat paling down dan amat menyedihkan itu jika tiada siapa yang rapat dengan kita? Bro Razzi jugak lah tempat you all mengadu…hehe, tambah lah sedih I kat you all.

Kalau boleh, I would suggest 5 perkara… and this is very important ya, apabila mula bercinta tu, yang paling penting :-

  • 1. Sekiranya baru-baru bercinta, dekatkan dia kepada keluarga anda sedari awal. Jika itu tidak disukainya, maka jelaslah dia bukan calon yang baik. So, better avoid dari menjalin apa-apa hubungan kerana in the future, pasti… kesedihan yang amat sangat akan you akan lalui.
  • 2. Sedari awal, kenalkan dia kepada kawan-kawan, teman taulan, lihat cara pergaulannya. Adakah dia ikhlas mahu berkenalan dengan kawan-kawan anda. Dengan cara itu juga ianya akan mengelak diri anda dari mudah dipermainkan. Dapatlah mengelak dari melalui saat kesedihan…
  • 3. Bawa dia melawat saudara mara anda. Jika ada rumah terbuka, atau wedding… masa baru-baru berkenalan itulah, bawa dia bersama. Jika dia tidak segan dan selesa bergaul dengan kesemua kaum keluarga dan sanak saudara… InsyaAllah, sampai selepas kahwin pun dia akan sebegitu.
  • 4. Sekiranya anda berkahwin tetapi tidak pernah cuba untuk merapatkan dia dengan keluarga. Tidak terlewat lagi untuk mencuba. Ingatlah …100 kali sedih ni…adoi, kesian keluarga tau.
  • 5. Last but not least…sebenarnya Bro Razzi sendiri pun akan turut bersedih jika anda atau ada di antara bloggers, fans and friends yang dikecewakan…dan memang Bro Razzi akan 100 kali sedih… sedih kerana tidak dapat membantu untuk anda berjaya dan bahagia. Maybe I did try tapi tidak kesampaian… kerana kebanyakan yang datang bertanya atau meminta nasihat selalunya apabila sudah kritikal, most of them sudah terlalu lambat… macamana nak bantu? Sedih be…sangat sedih…So, kalau boleh awal-awal tu selalu-selalu lah bertanya pendapat orang-orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman. Okay… jangan tunggu dah hancur berderai baru nak meminta pandangan…

Well, life goes on…sedih beratus kali sedih pun we have to move on. Continue with our life’s kan…hopefully along the way kita bisa bertemu kebahagiaan yang sejati. But please la, jangan sesekali pinggirkan keluarga dan kawan-kawan yang selama ini menyokong kita….

“CINTA MEMBAWA MAKSUD MEMBINA SEBUAH KELUARGA… JIKA KEBAHAGIAAN KELUARGA YANG SEDIA ADA KITA SENDIRI HANCURKAN, SEDARI AWAL TIADA PUN CINTA UNTUK KITA BINA KAN”

Di sini I doakan you ALL semua semoga bahagia-bahagia selalu bersama atau tidak bersama insan tercinta. Kerana doa untuk kebahagiaan sesama manusia itulah satu doa yang sangat mulia di sisi Allah s.w.t

All the best and good luck!

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

5 Comments

  • Dieyrah

    as’kum…
    frst opn blg cnta ni mang i like kta2 2!!

  • Salam Bro Razzi,

    Terima kasih atas info yang berguna untuk semua pembaca setia blog ini 🙂

  • RyZALyNN

    i like it to0 😉

  • imeda

    i like…. ngeee 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons