30, Tahukah anda?



So, you sekarang ni sudah berpunya. Bercinta dan dicintai dengan sepenuh hati…sehinggakan tidak tenang jika dia tiada. Bagaikan anda tahu segala-gala tentangnya, bagaikan anda tahu ada kehilangan sesuatu bila dia hilang di sisi. Seolah-olah dia adalah pelengkap hidup anda. Namun…

Adakah anda yakin dan benar-benar tahu tentang pasangan anda? Yaa…mungkin anda yakin, tahu dan sangat memahami dia…tetapi, tidakkah anda pernah terfikir mungkin ada lagi perkara-perkara lain yang anda sememangnya tidak pernah tahu?

Di sini bro Razzi sediakan 30 soalan untuk anda tanya pada diri anda sendiri, yang mungkin anda tidak tahu tentang pasangan anda… “Tahukah anda…”

  1. Sekiranya dia diberi peluang untuk keluar dating dengan selebriti, siapakah selebriti Impiannya?
  2. Dimanakah tempat dating yang paling dia sukai?
  3. Adakah dia masih mengingati bekas kekasihnya?
  4. Berapa kerapkah dia bercerita tentang bekas kekasihnya di belakang anda?
  5. Apakah tanda pasangan anda menipu? Matanya berkelip laju? Mukanya berubah merah? Dirinya resah gelisah?
  6. Bahagian badan yang manakah yang selalu dibangga-banggakannya?
  7. Bahagian badan yang manakah pula yang paling dia geli?
  8. Sekiranya anda beri hadiah/party kejutan kepadanya, bagaimanakah penerimaannya?
  9. Apakah saiz baju/blaus, seluar/skirt,  dan kasutnya?
  10. Warna apakah yang menjadi kegemarannya, untuk anda pakai?
  11. Stail pakaian yang bagaimanakah yang menjadi kegemarannya?
  12. Apabila dia memakai stokin, kaki kiri atau kanan yang dipakaikan dulu?
  13. Adakah dia paling suka makan dengan sudu/garpu atau tangan?
  14. Adakah dia suka ke klinik gigi?  Cuci gigi? Cabut gigi? Tampal gigi?
  15. Dalam hidupnya, apakah perkara yang paling ditakutinya?
  16. Sekiranya rumah kediamananya terbakar, apakah satu benda yang akan diambilnya?
  17. Apakah yang paling dia suka baca, newspaper? buku? novel? majalah?
  18. Adakah dia suka membela binatang peliharaan?
  19. Lagu apakah yang boleh mengalirkan air mata nya?
  20. Jika dia panas dan marah, berapa lamakah masa yang diambil untuk kembali tenang?
  21. Minuman kegemarannya yang dia mesti minum diwaktu pagi?
  22. Makanan kegemarannya yang boleh membuatkan dia sentiasa happy setiap masa?
  23. Adakah dia suka berjalan sambil berpimpin tangan?
  24. Adakah dia tahu apa yang anda suka dan tidak suka?
  25. Berapakah bajet untuk anda dan dia belanja bila keluar dating?
  26. Nickname yang pasti dia pilih untuk anda?
  27. Siapakah kawan baik ‘opposite sex’ dia?
  28. Siapakah sedara/family yang paling dibencinya?
  29. Apakah perkara yang paling memalukan dalam hidupnya?
  30. Apakah pantang larang yang dia paling tidak mahu anda buat?

TAHUKAH ANDA kesemua jawapan kepada soalan-soalan ini? Jika anda masih tidak tahu, itu bermakna, anda belum betul-betul kenal pasangan anda, walaupun anda sudah bertahun-tahun bersamanya.

Actually, Bro Razzi ada 200 lebih lagi soalan ‘Tahukah anda’ untuk anda tanya pada diri anda sendiri. Tetapi, buat kali ini 30 ni dah cukup lah kan hehe… nanti tahu banyak-banyak soalan nanti kut tiba-tiba jadi risau dan resah gelisah pulak, I jugak yang risau kat you nanti hehehe…

Yang penting, you tanya pada diri sendiri dan TAK PERLU jawab kat sini atau pada sesiapa…sebaliknya, jawablah dengan ikhlas hati pada diri anda sendiri.

Dan sekiranya anda mahu mengenali pasangan anda dengan lebih dekat lagi, selidikilah perkara-perkara yang mungkin anda anggap remeh dan tidak penting selama ini. Get to know your partner well…in order to get him/her love you more!

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons