5 Cara KEKALKAN Cinta!


“BERCINTA bukan hanya waktu dilamun cinta sahaja, tetapi bercinta seharusnya sampai bila-bila!”

Setiap orang yang bertahun-tahun pengalaman berkahwin, akan tahu betapa pentingnya rasa cinta di waktu susah, apatah lagi jika sudah 12 tahun! Bukan sesuatu yang mudah dan bukan selalunya indah. Ada waktu teramat susah, ada masanya, gundah! – Paling bahaya adalah semasa cinta sudah hambar, tetapi kita letak tepi rasa kehambaran itu, sebaliknya kita fokuskan kepada mengekalkan perhubungan agar pasangan kita yang disayangi terus kekal bahagia.

“Mengapa kena fikir perasaan dia… bagaimana perasaan kita? Well… itulah cinta! Jika benar cinta, jika benar sayang, perasaan sendiri, kepentingan sendiri, sudah tidak bermakna lagi yang kekal adalah DIA YANG TERSAYANG!

Bagaimana caranya untuk kekalkan perhubungan cinta / perkahwinan? Di sini Bro Razzi berikan 5 cara utamanya :-

  • Untuk mengekalkannya, kita amat perlu TOLERANSI – Di sini bererti, kita kena berpuas hati dengan kekurangannya, kelemahannya, dan cuba menerima seadanya. – Kalau asyik komplen itu ini, tak puas hati itu, tak puas hati ini, tak suka semua perkara, buat apa bersama dia? Cari yang benar-benar sukalah. JIKA nak terus bersama, kenalah tolerate perangainya, be cool dengan tabiatnya.
  • SELALU BERSAMA di dalam membuat keputusan dan berbincang. KOMUNIKASI teramat penting. Jika asyik memendam rasa, suatu hari ia akan ‘meletup’ – Hidupkan perbualan, cari cara untuk berkomunikasi dengan lebih mudah faham dan cuba ketahui apa yang suka/tak suka oleh pasangan. Kemudian BERBINCANG!
  • Saling memberi dalam menerima. Kalau asyik nak ikut cara kita, dan ikut apa saja yang kita mahu, perhubungan/perkahwinan tidak akan kekal lama. Berikan BAHAGIA untuknya. Cuba perhatikan apabila kita memberi tanpa mengharap sebarang balasan, selalunya, di akhir waktu kita sendiri yang akan bahagia bersamanya.
  • Selalu bertanya, apa yang dia mahu, apa lagi yang boleh menggembirakan dia… Jangan hanya tanya apa untuk aku… Aku nak bahagia, aku nak puas rasa, aku, aku, aku…. Jawabnya, tinggal aku sorang-sorang aje lah!
  • Hargai dia yang ada di depan mata! Jika asyik fikir yang singgah sekilas lalu, jika asyik membanding dengan yang telah berlalu, kita tidak akan kekal walau yang datang itu lebih baik dari sesiapa pun. HARGAI DIA YANG ADA BERSAMA ANDA SEKARANG!

Sebenarnya, berbagai-bagai cara lagi yang boleh Razzi berikan, namun segala-galanya terletak pada individu itu sendiri, jika tahu caranya pun jika tidak praktikkan, tak guna juga! Putus juga akhirnya… jadi, kena rajin mengamalkan tip-tip dalam semua artikel Bro Razzi tu, insyaAllah, kekal dan aman sentosa!

Selalu fikir macamana nak bahagiakan orang tersayang, InsyaAllah akhirnya kita yang akan bahagia bersama-sama!

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

25 Comments

  • Alfian Latiff

    Assalamualaikum , bro knpe ae lelaki boleyh cepat bosan terhadap pasangan dia ?? . .hope kau jawab soalan niyh ?

  • aimisimi

    Sy couple dah 8tahun ng bf sejak dr skolah.. Btol kata bro tolenransi tuu sgt3 pnting.. Ad mslh tros terang xmo pndam2..

  • applehijau

    abg razzi…sy sudah berkahwin 10 tahun… sy lgsg x cintakan suami sy… sy hidup dgnya hanyalah sebagai tanggungjwb dan x berani utk hidup sendri… sy b,pura2 bahagia depan masyarakat hakikatnya sy x cintakan dia lgsg… suami sy la yg menyintai sy spenuh hatinya.. sy dah penat b,pura2 dan sy jd benci setiap kali dia menyentuh saya… adakah sy perlu mengakhirkan perkahwinan ini dan mencari org yg sy cinta??????

  • idamadihah

    Pernah couple n putus n sambung nlk.then dia kaye kami hamya sesuai jd kwn. Sepjg kami kwn dia byk bg nasihat n bgyahu ape yg dia nk dr hubumgan kami. Just terkejut gak rupenya slama ni dia byk kutuk sy dkt adik angkat kami(adik lelaki). Patutlah dia x kasi sgt sy citer hal kami..rupenya dia lg byk citer pasal kami kat adik kami tu… bila dh tahu keadaan tu, sy mmg sedih

  • yaya

    mcm mn nk tahu mk ayh bf kita suka kan kita atau pon tidak????

  • YAYA – Mungkin suka pada you cuma, sebagai orang tua dia mesti mahu anaknya betul-betul berjaya dan stabil hidupnya dulu.

    22 tahun terlalu muda untuk memegang tanggungjawab sebegitu berat! Sudahkah you all bersedia untuk hidup berdikari? Rumah sendiri? Sudahkah bersedia untuk mempunyai anak? Sudahkah bersedia untuk menanggung semua tu?

    Pastinya itu semua lah yang difikirkan oleh keluarganya.

    15 ribu pasangan melayu yang bercerai berai di setiap negeri, setiap bulan kesemuanya berumur dalam lingkungan 20an. Ini menunjukkan mereka masih muda dan tidak berfikir panjang. Bila marah terus buat keputusan untuk bercerai. Jadi pastinya tidak ada ibu atau keluarga mana yang mahu melihat perkara ini berlaku.

  • yaya

    salam..yaya nk tya ni..mcm mn nak thu parents bf kita ska kita tk ka??sbb yaya ngn bf nk btunang bln 12 nie kmi dh rncg n fmly yaya pon dh tahu tp tiba2 bf yaya bgtw mak dya ckp dya nk btunang mk dya xbg alsn sbb muda ag..umur kmi 22thn..apa mslh tunang dlm umur y muda ni??yaya xphm la n yaya aggp mk dya xska yaya..arp brthr love help for me…….=c

  • CASEY – Do you really think that she is for you? Faktor usia juga memainkan peranan penting… apabila terlalu muda dan masih banyak benda belum tahu, seorang gadis akan ada perasaan ingin tahu yang membuak-buak…

    Sebab itulah, ustaz-ustaz selalu nasihat, kahwinlah dengan wanita yang sudah matang sedikit. Yang muda-muda ni… biarlah dia mengenal dunia dulu.

  • NURUL – Relationship kena ada TRUST, kalau kita sudah tidak boleh percaya lagi mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. No point nak go on lagi.

  • Casey

    Salam Bro Razzi..
    Saya sbnrnye Cina Muslim umo 20 taon,saya trjumpe awek nie kt laman chat 4taon lalu,nama dia Mimi Nabila. Saya sangat2 cintakan dy sampai ap yg dia mntak,saya usaha belikan. Saya duk kL manakala dia duk Pahang,saya bagtaw yg saya niat nak jadikn dia Isteri saya kerana trlalu cntekn dia. ATY & JIWA saya bagi kat dia,dia pun ckp cintakan saya spnuh aty & nak jadikn saya Suami. Masalahnye dia blaja PoliTeknik Muadzam Shah kat Pahang & sering on9,laki knal jap mntak numbor,dia kasi.. Tu yg buat saya saket aty,saya bnyak kali ckp yg bnyk akaun FB tu bkn btul,mungkin Palsu.. Tapi dy kerap lakukan wlaupn dh Stop setakat ni. Minggu lepas dy ajak laki yg dia knal kt FB tuk jmpe tnpa pngetahuan saya,tuk pngetahuan Bro,saya panas baran & mudah jeles. Sekarang pon dy xblas msg & xangkt col saya, knon bz!! Tapi ble Jantan laen col,dia lyan smpai lewat malam & ckp kt saya ngantok lah,ap la,knon ad klas kul 8 sok, saya pon tnye nape lyan laki laen mesra sngat,smentara lyan saya mcam SAMPAH! Tapi dia buat xendah. Mimi mmg cantek & paling Pretty di mata saya. Dia dngar nasihat saya tapi kdang2 buat benda xguna otak y diberi Allah.. Duit xd mslah bagi saya, sbab dia memahami keadaan saya yg xbnyak sngat harta. Lagipun dy anak angkat,ayah dia hilang entah kemana sampai kena jadi anak angkat yah abang dia. Bro Razzi.. I Love Her Very Much,please HELP me!! Bro boleh contact trus kt email saya ataupunn nset saya..01115664153. Saya xpernah curang, ATY saya tuk dia seorang!! Salam Bro. May Allah Have Mercy For All Muslims Around The world

  • Nurul

    Salam bro.. Sy telah bercinta bersama bf slame 7tahun.. Pada tahun yg ke5, means 2 tahun lepas.. Die curang kpd sy..Sy sruh die mmbuat pilihan.. Dan, die tinggalkan perempuan tersebut serta berjanji takkan mengulangi.. Namun, sehingge skrg sy masih sangsi trhadapnye.. Wlaupn berkali2 die mnyatakan rase kesal dan bersalah ats prbuatan mnduakan sy.. Dan kami merancang utk brkahwin thn hadapan.. Adakah die betul2 insaf..? Sy takut kjadian 2 tahun lepas berulang kembali.. 🙁

  • NURUL – Parents dia suruh tinggalkan dia… I SURUH YOU REPORT PADA POLIS SEKARANG JUGAK!

    Stop all the nonsensed! Ini dinamakan fizikal dan mental abuser ni, orang macam ni tak layak ada kekasih.

    You better open your eyes dan berani menempuh, tabah melawan dengan cara bijak.

    Jaga maruah keluarga you Nurul. Ingat ibu dan bapa you jaga you selama ini bukan untuk dijadikan sampah oleh lelaki dayus!

  • SAN – Kekasih yang bertahun bercinta, tetapi kantoi curang dan kata dia cinta you dan juga suka dengan pompuan lain jugak??

    You nak lagi kat dia buat apa?

  • ASPALELA – Selalunya jika lelaki pernah curang dan dengan mudahnya dia diterima balik dan dimaafkan, dengan mudah juga dia akan berlaku curang lagi 😉

  • nurul

    sy stress dgn life sy bf sy mengongkong ckp mcm2 hr2 maki2 sy pukul sy. sy nak ge keje pun susah, asik nak kene ym dia, sy busy pun kene reply ym dia… dia x bleh nak faham.kalau dia busy sy ym sy bleh lg sabar.tunggu dia reply top dia x bleh nak tunggu walaupun sy ckp jap ada keje, dia ckp td rancak jer ym lepas tu dia, go pegi la buat keje u, nak reply pun susah. astagfirullah al azim, sy stress.nak mkn pun susah, nak jmp family pun susah, kene bg bg tau sbb n kenapa.sikit2 tanye ckp ada org call or msj? x der org call dia ckp y?… tu pun nak cr gaduh.sy nak ge mn2 kene pegi dgn dia. x leh ge sorg2, x bg i jump kwn2 .
    kalau sy blk ofis awal dia tuduh bwk laki lain blk rumah.sy bkn nye perempuan yg x der agama. sy dah abis duit byk nak prove i serius dgn dia, pindah rumah tetap x cy tetap nak tuduh2. dia suh sy updates aper2 yg sy buat , nak drive dah smpai ofis, nak mkn, nak ge toilet sume kene bg tau. tp tetap ada jer x kene . all the time call end up dgn ” love u miss u” if x kene gan cr dia tudh la ckp mcm x ikhlas jer.. adoii ade jer x kene. bile i blk umah family suh i cover bekas dia pukul sy, warning x bg beri tahu. lepas tu ckp mulut sy jahat same mcm keturunan sy sume. hina sy mcm kucing tepi jln x der rumah. too much. nak tinggal sy . but kalau jd mcm ni stress hr2.dia x bleh nak faham asik kene ikut ckp dia ikut plan dia sume.ckp lg sy x sedar di untung. kalau dia bg hadian ke aper2 mintak blasan. ckp sy x hargai dia bg aper2 dr sy x bg dia langsung. tgk la cr dia. sikit2 tuduh mcm2 maki benda2 yg teruk. sbb tu sy asik lawan jer dia ckp. nak jmp family pun kene bg tau sbb n kenape. susah la life i mcm ni hr2 . ada jer nak gaduh. ada jer x puas ht.sy x tau life sy mcm mn.. buat sy mcm hamba. nak pegi ofis pun x leh pakai elok2 x leh pakai heel i mcm x der hak utk diri i sendiri. kalau dia sume bleh. yg dia suke ikut cr dia.ikut ape dia suke. tension sgt2. nak tinggal syg tp cr dia memang suke marah2 suke cr salah org lain nak dia jer betul. parents dia cerita, dulu ex dia pun dia buat mcm ni…tu ex dia memang salah ex dia.. but seolah2 dia hukum ape yg ex dia buat dia buat kat i, i ni mcm byg2 ex dia.fikir benda yg negatif. ada jer x kene. makcik sy msj2 pun dia nak marah, suh sy cite tanpa dia tanye ape yg makcik sy nak.adoii…. ape sy nak buat? mcm mn nak betul kan perangai dia?…. parents dia suh tinggalkan dia jer 🙁

  • san

    emm.. bro razzi.. nk ask.. if bf kita yg dh bthun2 couple ngan kita.. p kantoi curang.. n suka ngan prempuan lain.. pe nk wat ek.. sdgkn dia ckp dia hnya cintakn sy sorg.. p dia ckp dia suka org lain gk.. how ni.. sy keliru..

  • aspalela

    bro razzi..
    minta pandangan sekiranya seorang lelaki pernah curang, adakah lelaki itu akan kekal curang walaupun dia dah berjanji untuk tidak mengulanginya lagi..dan tindakannya itu memang di ragui..

  • Salam Ramadan…

    Best la baca tips kali ni

    Bro… apa tips percintaan jarak jauh….? sebab tunang I sambung belajar selama 6 bulan di KL… I di Johor..

    Kalau boleh bagi tips untuk artikel akan datang 😉

  • PRINCESS H – Kalau you boring buat apa you tunggu dia lagi? Better berkenalan dengan lelaki lain yang selalu mahu bersama you, selalu menghubungi you 😉

  • Salam , dan salam ramadan menjelang tiba . Bro , Bf sy menyepikan diri la , kdang2 dlm 3,4 hari bru dia cri sy balik . byk kli dh cmni , sy cuba memahami dia kalau2 dia memg bersifat sebegitu pdahal pada awal2 perkenalan , everything is okey je. Adakah bila dia diam , dia ada masalah tapi xcerita, ada gf lain ke , tak nak sy lagi ke ? bila sy tnya , jwabnya . Xda ape2 , tp sy ni apa pada dia . Boring sgguh.

  • Teruja dengan artikel Bro… Sedang memperaktikkan tips kali ni ke dunia realiti! 😉

  • qasha

    finally i’m in love with someone that i’ve never ever dreamed before…after being a lone for 5 years i’m really hope she is the one for me..thanks God for sending her to makes me smile again..goodbye my past and hello future…n also thanks 2 u coz ur articles actually helps me a lot until i found her…

  • Bro Razzi,
    I really love your post, it gives me a lot of inspiration. Thank you n please keep on writing!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons