5 tahun Terperangkap dalam CINTA!

 “Bila dah sayang, rela berkorban apa saja demi secebis cinta…”

Berkorban untuk dia yang kita sayang tu memanglah satu perbuatan yang sangat mulia… TETAPI sekiranya kita berkorban untuk dia yang selalu :-

  • Maki hamun kita siang malam kerana cemburunya
  • Mencemuh dan mencerca kerana sikap control freak nya
  • Menggertak dan mengamuk dengan kita hanya kerana tidak mengikut katanya
  • Angkat tangan, membelasah kita tanpa ada apa-apa sebab yang logik?
  • Melayan kita dengan dingin kerana sudah benci melihat rupa kita…

MENGAPA kita harus terus berkorban lagi kepadanya? MENGAPA harus kita tunggu dia lagi?

Sebenarnya, Razzi sendiri pernah terperangkap dalam cinta… Bukan setahun dua tetapi 5 tahun!! – Bila dia cemburu, dia akan meninggi suara, marah-marah, mengherdik keperibadian kita dan perli-perli kerjaya kita, mengata hina terhadap asal-usul kita.

  • Sengaja menghina agar kita HILANG keyakinan supaya kita setia padanya…Memang cara psiko!!

Dan kita pun, sayang punya pasal, kita pula yang minta maaf… “Sorry sayang I janji I tak buat lagi” – padahal kita tak salah pun. All because, dia dah psiko kita supaya kita rasa bersalah! – Anda pun pernah dalam situasi begini?

Lama-lama kita sedar dan tahu sangat perangai dia, so kita pun nak break lah kan, bila bergaduh je kita pun draw the line…cakap “That’s it!!” …konon tegas dan berani lah tu 🙂

  • Break lah 1 hari, esok tu or beberaja jam kemudian tu, naaahhh dia datang pula merayu-rayu menangis-nangis.. Dan minta maaf giler-giler, siap sujud kaki…Kita pun terimalah dia balik…

Sebab kita masih sayang, sayangkan dia dan sayangkan perhubungan yang sudah terjalin lama. Sesetengah tu sebab dah ‘terlanjur’…kebetulan, cara dia pun macam nak berubah…sambung baliklah kan.

  • BUT, selang beberapa hari, aik?? …berulang balik kesemua sekali tabiat buruknya tu!

Mulailah kita asyik bertengkar balik, kita dihina balik, dimaki hamun dan diherdik balik. Sikap pemarah dia, cemburu dia, suka mengawal dan mengongkong dia kembali semula…

In my case, lagilah selebriti, mesti lah sentiasa ada peminat, ada yang selalu nak bergambar, flirting, usar-ushar, bagi hadiah, dan sebagainya… Bertambah lah cemburu dia…walaupun NOTHING sebenarnya.

  • So end up…bergaduh besar setiap masa! Jadi peristiwa bergaduh, bertekak, maki hamun, dan sebagainya tu terus bersambung-sambung episodnya…sehingga kita jadi pengecut, lemah dan sentiasa berada dalam ketakutan kehilangan perhubungan yang nyata TIDAK MEMBAHAGIAKAN PUN. Akhirnya, Kita putus, sambung balik, kita putus, sambung balik… TENSION GILER!

Sedar-sedar dahhhh 5 Tahun, 8 Tahun…10 TAHUN!!

  • Fuuu betapa ruginya hidup, kalau kita kahwin tak pa lah jugak…dah lah tak kahwin-kahwin, malah hidup kita pun tak terurus dan terumbang ambing tanpa sebarang penyelesaian. Nak start semula being single is not that easy… 5 tahun solo balik…and we are not getting younger!
  • Kesan dari terperangkap dalam cinta ni cukup menyeksakan beb, ia boleh buat kita jadi anti sosial, malu untuk bergaul, takut untuk bersuara… Kalau kita bernasib baik, kita bertemu dengan orang yang dapat membimbing kita kearah kejayaan dan kebahagiaan… Alhamdulillah, selamat…
  • If not, merana hidup beb… Nak continue dengan dia lagi double merana!! So nak, tak nak kena TEGAS dan BERANI membuat keputusan untuk keluar dari perhubungan yang menyeksakan tu dan meninggalkan dia!

YES!, memang amat susah hidup sendiri selepas bertahun-tahun punya kekasih, TETAPI…trust me, ianya LEBIH SUSAH hidup berteman jika pasangan kita tu hanya mencari salah kita, hanya hidup untuk bertengkar, menghina dan maki hamun kita setiap masa… Malah janji untuk berkahwin pun tak tunaikan! Kalau kita jadi kahwin dengan dia pun, pasti tambah merana hidup kita…tambah mudah lah dia pijak-pijak kita, akhirnya sebulan je kahwin, CERAI!

So, tiada jalan lain melainkan kita kena TEGAS & BERANIkan diri sendiri! Memang kita akan rasa rugi dan sayangkan perhubungan yang sudah berzaman terjalin tetapi percayalah jika kita teruskan juga perhubungan itu, kita bertambah rugi dan rugi lagi!!

  • Lebih baik rugi dan hilang 10 tahun perhubungan cinta, daripada terseksa sepanjang zaman!

Mulakan perubahan dalam hidup anda hari ini sebelum terlambat! Fikirkan maruah keluarga anda, maruah diri sendiri. Ingat – “TIADA SIAPA boleh halang aku dari membahagiakan diri aku sendiri!”

  • Please make the change FOR YOUR OWN FUTURE! Razzi doakan semoga anda bangkit, bersemangat dan berani berkata, “INI HIDUP AKU, PERASAAN AKU, CINTA AKU…JADI AKU BUAT UNTUK KEBAHAGIAAN AKU!”

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

15 Comments

  • Keily

    Jalan cerita lebih kurang sama dgn kisah saya dgn ex… Tak sanggup nak ingat balik.

    Awal-awal of course tak nampak keburukan. Dalam setahun kemudian, saya dapat tau diri dia yang sebenar.

    Walaupun tak suka, saya rasa saya boleh bagi peluang kepada dia untuk berubah. Dah terlajak 4 tahun couple, saya rasa dah serba salah nak keluar. Actually tak tau nak keluar macam mana.

    So, saya teruskan saja walaupun semuanya makin hambar, terpaksa. Mungkin dia belum matang. Saya pun tak larat nak bercinta dah.

    Suddenly, one guy came up. Rasanya hati saya twisted dalam sekelip mata je. Waktu tu rasa guilty sangat. At last bocor rahsia, dia tangankan saya.

    Dia cakap saya penipu, curang, perempuan jalang… Saya just biarkan je dia cakap macam tu.

    Hakikatnya memang saya dah tak sanggup dengan dia. The other guy dah buka mata sya yang saya sepatutnya kena explore lebih dunia luar, berbanding terperangkap je dalam hubungan tak bahagia selama 7 tahun…

    Even yang second guy pun tak jadi…At least pengajaran saya:

    Mula-mula jumpa first love saya rasa takkan ada lelaki lain yang lebih baik dan sayang saya seperti dia sayang saya.

    7 tahun saya percaya macam tu.

    Bila dah jumpa 2nd guy, tahulah saya selama ni saya silap… Masih ada rupanya lelaki yang lebih baik dan serasi untuk bersama. Sikit pun tak pernah terfikir jadi macam tu.

    Saya dulu setia buta sangat. Huh, dah sedar salah sendiri.

    Apa pun Alhamdulillah dengan pengalaman yang mengajar erti hidup sebenar. Penat. Letih. Tapi saya yakin semua ni berbaloi! Inilah aturan Allah yang terbaik untuk saya 😉

    Girls lain kat luar pun patut tau hal ni. Jangan teruskan sesuatu hubungan kalau hati tetiba tak cinta. This is only applied to yang masih bachelor ye… 😀

  • FARAH – Sorry tak perasan your questions ni…

    In my opinion, giving space to each other is always the best solutions. Tapi not many yang boleh terima. Normally it will end up with SILENT forever la kan.

    Which is better that way, daripada asyik bergaduh all the time kan? – Sometimes, it has to be done that way…so each of you can see clearly what you guys really wanted. Bila berpisah buat sementara itulah time bila kita mulai sedar samada, kita benar-benar inginkan dia atau pun tidak.

    JIKA benar dia bukan untuk kita, dia akan hilang dari hidup kita, well at least kita tahu sedari awal, rite? daripada duduk berusaha kemain lagi dan kemudian breakups juga akhirnya.

    It’s a challenge, but it’s a really good challenge of your life and your future! Good luck!

  • NURIN – You’re funny laaa 😀

    RAIN – Some guys are like that. Bakal atau isteri nak yang jujur dan setia, yang lain-lain sekadar skandal hehehe… kesian la kat you kan, tapi nak buat macamana dah sayang 😉

  • rain

    hi bro..
    baru tahun ni sy jumpa blog bro..mmg best!
    ceta kat atas ni sama dgn apa yg tjadi kat sy. 5 tahun jgk.tetapi…org yg perangai kat atas tu sebijik mcm sy, bukan bf sy..
    jahat kan sy..huhu..
    bila ktorang gaduh, sy akan maki2 dia n minta brek, ttp dia jenis yg pyabar..why sy btindak mcm nie coz sbelum ni dia penah curang dgn sy..bkn sekali tp bekali2..kadang2 sy hairan, knp lelaki ni dia mmg betul2 syg,cinta suma tp ssh utk setia..(pengalaman sy la)tp at the same time, dia sbenarnya mharapkan kita mjdi isteri dia yg sah on 1 fine day..n keluarga pun dah saling kenal.. mmg saya jht sbb slalu maki2 dia, ttp sbnarnya sy sgt cintakan dia..

  • nurin najwa

    anyway, i pernah went thru that situation….
    rs mcm stupid sgt..n rs geram sgt kt him n nk je doa, spy die rs pe yg kite dh alami.wat goes around comes around.
    hihi..jahatkan…
    tp bile bc one of ur article pasal 10 perkara tu..then the last is 4give him…then deeply maafkn die but not say to him.biar r die rs guilty n terkenang2kn i…ade ek?haha

  • farah

    salam bro,
    need your opinion. i think im facing this situation at the moment; n i need some guidelines from an expert like you.
    this is percintaan jarak jauh i can say. sincerely im xsure what is the best for us. he had betrayed n cheated me once, last year. tapi sy confius sebab eversince, he never wanted to leave me but put many efforts to get me back. he called me almost everyday (though he studies overseas), buying gifts for me. awal tahun haritu, his family came risik me. but apa yg buat sy rasa tawar, he SAID that it was over between the girl, but kadang2 MY INSTINCT said the contrary. perhaps the trust is already lapse, or maybe tinggal separuh. i dunwanna be acting like ‘the queen’ tapi sy sukar nak percaya. chatting or telephone most of the time end up dgn gaduh. all these buat saya rasa lemah n guilty for not treating him good. kadang2 saya terfikir; lebih baik dia tinggalkan sy masa tu, atleast saya kuat sbb saya mcm teraniaya n da maafkan dia so that easier for me to let him go. but now we’re still together, but i sometimes can’t erase the shit, i just cant believe, NEVER imagined that he will did that to me. and end up gaduh lagi.
    tapi apapon, i still see him in my future. itulah first love saya. seteruk mana pon, i still see him the best among all. for the time being, i asked him to stop contacting me, n i give some space for US to appreciate the love.
    adakah tindakan saya ni betul bro? is this love or what? i dun mind what u’ll say, i seek for your faithful thought. thank you.

  • ratu

    setuju sesgt…ratu pernah mengalami saat ngeri mcm tu & ambil masa juga utk pulih dan dptkan semangat 4 new life…dan skrg…well…Fuhhhh…rasa lega yg teramat sgt….

  • SYASYA – Dia happy atau tak happy? Kalau dia suka dan enjoy his life, biar je lah kan.

    IDAS – Good to hear from you again. Thank you for dropping by.

  • REZA – Cool!

    SITIZAN – Great! 😉

    SUKMA – Tell me more about your situations, I curious why you cant think of anything to do with it.

  • idas

    hahaha…dalame x singgah blog ni..sejak2 sy dah bahagia skrg kn huuhu..thanx bro razzi..dlu tngah sedih2…blog ni la jd rujukan…^^

  • syasya

    salam bro,

    mmg btl la bro, this happen kt kwn sy lelaki.. saya btl2 kesian dn nk tlg dia but dia sgt2 syg kt awek dia tu, so dia blk kt awek dia, till now, i don’t know what happen with him…and xdpt tlg dia.. =)

  • sukma

    slm…
    thank for sharing….sy pun pernh mgalami situasi trsebut smpai skrg…

    i dont know what to do…

  • sitizan

    salaam bro;

    remember me?
    and my guy yang i admire dalam diam,
    sms till late night tu?

    well,sekarang…dia dah tak bahasakan diri dia
    ‘aku’ bila sms saya…tapi dah mula bahasakan diri dia ‘saya’ 🙂

    plus…he add me to his social network page!
    thanks for reading,bro!

  • Salam Bro Razzi,

    I 100% setuju dengan artikel kali ni. Info terbaik. TQ for sharing 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons