Aildil Fitri, Musim Kahwin!

Razzi Rahman Bestnyeerrrrr kahwin! hehe 😀 Tu lah kan, bila menjelang syawal ni memang musim kahwin lah… teringat lagi bro, 8tahun dahulu, waktu pertama kali menjejak kaki kejinjang pelamin. Teruja sangat dan happy je…apatah lagi dirai besar-besaran dari kedua-dua belah keluarga.

Dirumah mrs, dengan bilik tidurnya dihias bukan main meriah dan berkilauan lagi, satu rumah berwajah baru. Persalinan pulak bertukar-tukar. Lepas tu dengan kaum keluarga yang sangat besar, bro nak kena jumpa haaa…naik lenguh senyumlah 😆

Dirumah bro pula keesokkan harinya, siap dihias pelamin macam kat hotel 5 star. Ini my mother lah ni. Dihias pula perjalanan naik dari tangga ke atas menuju bilik tidur yang berseri-seri. Fuhhh…best betul, memang patutlah orang kata Raja Sehari…tapi kami Raja berhari-hari 😛

Jadi apabila bro terima banyak betul kad jemputan perkahwinan tahun ni, keterujaan dulu terasa kembali. Haa…entah datang dari mana-mana sahaja undangan ni. Penang ada, Perak ada…Sabah pun ada…yang kat Kelantan ni memang ramailah, semuanya kahwin di Hari Raya. Alhamdulillah syukur. Bro ucapkan semuga berbahagia kepada kesemuanya.

CUMA…dalam sinar kegembiraan begini, bro juga turut teringat semasa sebelum kahwin dulu. Betapa pilunya hati apabila menyambut hari raya tanpa insan tercinta. Kawan-kawan pulak semua dah kahwin, siap dah ada anak-anak lagi. Frust 🙁 …bila tiba sembahyang raya lagilah…sunyi aje rasa walau berada ditengah-tengah orang ramai. Lepas sembahyang raya lagi torture…tengok orang lain dengan keluarga, bersama isteri yang masih dalam kain sembahyang  putih, dengan anak-anak yang bersama-sama…berpelukan, bersalaman…ahhhh…sedih…sedih, pilu beb!

Saat-saat kepiluan dan kesunyian itulah yang selalu mengingatkan bro untuk bersyukur, Alhamdulillah sangat kerana walau berbagai-bagai dugaan dan cabaran sepanjang tahun ini, despite whatever happen in my life, I still have a family right now…I have them to go back to! Bro ada seorang isteri yang tersayang dan 2 orang anak lelaki yang alhamdulillah sempurna.

Berhari-raya tanpa insan yang tercinta, adalah sangat memilukan. Apatah lagi jika kita tiada insan istimewa, tiada arah atau tiada siapa untuk kita harapkan. Kawan-kawan ada pun, at the end of the day, kita pasti kesunyian..,lebih-lebih lagi apabila melihat mereka yang sudah berpunya atau sudah berumahtangga. Lebih menyedihkan lagi jika ada di antara mereka sudah pun memiliki anak-anak yang cute, lawa, baik…mulailah kita terfikir, “Kemanalah arah hidup aku ni, tiada cinta, tiada keluarga, tiada zuriat?”

Well, memilih pasangan hidup bukan satu kerja mudah. Banyak yang perlu dipertimbangkan. Betul tak?…tapi, siapa tahu itu semua kan. People around us reti tanya aje. “Dah kahwin ke belum?…bila nak kahwin?…bila nak ada anak?”

Wei, ingat macam nak beli kacang ke? “Akak, nak beli kacang singgit, bungkus ya!” Haa beli kacang boleh lah kan, ini soal masa depan ni. But whatever it maybe…kita kena smart sikit, jangan bodoh sombong, jangan terlalu memilih…yang penting give it a shot, a trial…kalau tak menjadi, keep on trying. You tidak akan tahu kesudahannya until you try kan?

Janganlah macam ni pulak, “Hmm dia tu, tak boleh lah…hmm dia ni hmm entahlah…lain-lain tak ada ke?” haa..kalau macam tu sampai bila-bila pun anda akan kesunyian!

Pesanan bro, “Make the chance and grab it while you still can…” you tak akan tahu apa yang bakal berlaku sehingga you cuba dan lihat sendiri, kan?. Takkan kita nak bersedih je bila setiap kali musim kahwin? Takkan kita nak terima aje orang-orang yang tak berhati perut ni bertanya soalan-soalan cepu emas tu, Takkan kita nak larikan diri setiap kali ada jemputan kahwin…

“Beranikan diri mencuba untuk terus bercinta! …kita tidak tahu apakah nasib yang menanti kita di penghujung jalan!” 😉

Ok, bro nak minta maaf ni, pada yang menghantar kad-kad jemputan kahwin tu bro amat hargai sangat. Tapi mungkin, bro tak sampailah rasanya kalau di luar Kelantan tu. Maklum sajalah hari raya…kalau yang kat Kelantan. InsyaAllah…tak janji. Tapi terimakasih banyak-banyak. Ribuan terimakasih juga kepada mereka yang telah menghantar kad-kad hari raya pada bro tahun ni. Alhamdulillah, ramai juga yang ingat kat Bro razzi.

Thank You dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir… untuk batin, nanti jumpa bro, kita minta maaf sekali lagi 😛 “

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

19 Comments

  • qishtina_aryanz

    hai bro …
    tumpang lalu..
    nak ucap samat awi waye pada sumer..

    ikut pada topik..apa erk yang menarik masa raya..
    raya tahun ni memang sangat menarik dan best sangat2

    sebab pertama:
    ayah ngan mak wat suprise sebab beraya ngan saya kat umah..diorang tak balik kampung sebab saya keje…touchingg sangat..

    sebab kedua:
    si dia memakai baju melayu hijau yang saya beli utk beraya..sedondon la kami..yang paling comel..dier hantarkan makan ketupat rendang and makan same2 sebelum kami masuk keje..

    papepon..si dia masih diuji..belum approve lagi jadi yg sepeselll..huhuh

  • HEheheE raya2 ni ramai yg kawin, tunang. Alhamdulillah.. tahniah! 😉

  • shaliza81

    salam bro, selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..

  • dekno

    salam…wahh lm dh xmasuk blog..apa2 pun selamat hari raya dan maaf zahir batin kat bro, dan juga kwn2 kat sini. jemput la dtg beraya kat umah hehe

  • Fiza ~ Hmmm…ramai dah yg minta duit raya dengan bro ni, ado! 😀 …kuih raya boleh? Eh Fiza buat kuih raya sedap laaa…

    Aisyah ~ Waaa, “berdua lebih baik” gitu kan. 😉 Kalau nak petua dapat anak meh belajar sini 😀 …thanks for the compliment!

  • Hi bro.
    Selamat hari raya, Maaf zahir&batin to all
    Hehehe, tahun ni thn pertama beraya dgn husband tercinta. baru 2 bln lebih khwin.Alhamdullilah tak der prob utk balik kg mane dulu, coz 1 daerah johor juga.. Pg rumah mak aisyah & t/ari dah blh blk rmh mentua site.

    Lepas ni kne siap sedia ar soalan sedara, “dah der org baru ke?”
    Ni semua Soalan memang kne ditanya…

    To bro & wife : Mmg sweet gambo wedding u all.

  • salam lebaran buat bro and family. semoga ceria di aidilfitri… nk duit raya bley??? hehehee….

    urm nak kawin jugak! hehehe… tp calonnya di mana ya?? haih haih… hehehe…

  • Terimakasih dari kami berdua diatas segala pujian dan sokongan. Semuga Aidil Fitri ini membuka satu lembaran baru di dalam hidup anda.

    Bagi yang masih single tu, dont worry lah, jika anda benar-benar serius mahukan seorang pasangan, anda pasti dapat.

    Cuma, jangan sesekali hanya menunggu saja…kenalah berusaha, baiki diri kita. Mungkin anda anggap remeh tetapi yang remeh itulah yang penting! Sebagai contoh :-

    1. Dalam segi penampilan tu, kalau yang selekeh biarlah nampak cantik atau kemas dan segak. Barulah orang suka.

    2. Dalam segi keperibadian pula, kalau yang selalu bercakap kuat, slow down sikit volume tu. Yang bercakap banyak, kurangkan sikit. Yang dia saja nak bercakap, berilah peluang orang lain bercakap juga. Then, cakap biar lembut, baik dan sopan. Kalau kasar, kesat dan asyik menghina, mengata orang, selalu kelihatan macam marah orang aje…sampai bila-bilalah tak ada orang yang mahukan kita.

    3. Dalam segi ilmiah, kena banyak menimba ilmu ni. Jangan bila orang bercakap, kita asyik blurrrr saja. Membaca buku tu bagus, tapi jangan sekadar baca, nak cepat habis je…sebaliknya, ambil point-point penting dan praktikkan dalam kehidupan.

    Barulah ramai orang sukakan kita Okay, all the best! 😉

  • Hamimy

    hemm… btol gak ape yang bro ckap 2..
    ble i lik kg. j.. ha.. bele lak gliran ko…
    huhu.. memg soaln cepu mas..
    tapi….. mmm ader jodoh ader la..

    k salam aidilfitri…bro

  • babysha

    Soalan cepuemas tuuu lah yg boring tul tu bro. Dah ada special ke lah, Bila nka kahwinlah, issshhh…bosan!bosan! sib muka babysha cam baby face eheks!!, perasan sikit.kikiki so tak nmpaklah dah menghmpri 30’s tak lame lg huhuhu…itulh babysha ni bro ishh kena berubahlh.

    watever it is, thank you bro kerana byk menjwb email masalah babysha. Thnks a lot, I’ll try to follow yr advice.Beli pakej ebook bro hari tu pun, tak habis2 lg baca heyye!!

    >> Cute ler two of you! 😉

  • Shook

    Gua pun rock-rock gak arr, tapi raya tetap sepi arr bro, mmg betul bro ckp tu…pilu arrrr!!!

    Oppp gua dah tak rock nihh, tak gerek lagi sihhh…wakakaka…

  • Ceqna

    Lame tak ngomen lerr..tp bro, Ceqna alwiz dropby never missed tip cinta bro tau ahaks.

    Di kesempatan ini, Ceqna pun nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin pada sume chiao!

  • kekeke… kalakar plak entri bro kali ni.
    Wel rasenye di kesempatan yang diberikan ni, lebih mulia lah sekiranya kiter mulakan dengan bermaaf-maafan.

    So kat sini, gua nak ucap ribuan ampon dan maaf dekat bro sepanjang perkenalan kiter dalam arena blogger ni. Kekadang perkataan yang gua keluarkan bleh menyinggung perasaan. Sesetengah daripada tuh membuaatkan pembaca bro terasa hati.

    Jadi mohon kemaafan sempena Ramadan yang Mulia dan Syawal yang bakal tiba untuk bro dan semua peminat bro.

    Ikhlas Dari:-
    Muhamad Azman B. Ishak
    ~Kreuger®~

  • Fatt

    Fatt pun nk minta maap ler klu2 ade yg terbuku, berbulu dgn kata2 kite, kdg2 tu kan terkasar bahasa ke apa ke hehe..

    Bro, timakaceh krn beri ruang kat kite semua kt sni. Hmm…bila nk kenalkan kite kt sis laks? huhuuhu selamat raye!

  • Zuraida

    Selamat bro selamat semua bloggers. Semuga Syawal yg nk dekat sampei ni memberi sepenuh kebahagiaan.

    Zura nak ckp, bagi yg takut pada kesunyiaan tanpa balak or tanpa yg tercinta tu, …huhu, rapatkan je lah kite dgn keluarga. Klu asyik mikir pd diri yg xda gf/bf tu lg brtmbah parah, tak gitu bro? 🙂

  • rafeah

    Bro – Pehhh…pink tu baju pengantin..kikikiki…ape2pun Bro n Sis mmg nampak sweet sgt dlm baju pengantin tu.teringat pulak i mase majlis kahwin i lepas raya hujung tahun 2006.mmg meriah sebab suasana raya tu still ade.tapi preparationnye yg ado!mane nak raye lagi, keje kawin lagi..hehe.tapi bila dikenang2 balik..ianya satu kenangan yg paling indah yang tak dapat diganti dgn apa benda pun dlm dunia ni. 🙂

  • Azleina Ahmad

    huhu..bagai pinang dibelah dua ahaks! Hensem la bro ngan sis yg lawa lew…

    Bro, tu yg I benci nk balik kg ni bro, bf ade tp nk mnjwb bile nk kwin nihhh alaaahai.

    Leina, xda masalah ngan bf cumenye yelah mcm bro ckplah byk prkra nk ditmbngkn. Huhu doa kat i ye bro..

    Selamat Raya sume-sume!!

  • Halim

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada semua warga blog cinta Brother Love.

    Teruja saya tengok bro kahwin, walau lapan tahun dahulu, tapi nampak seperti masih baru-baru lagi.

    Insyaallah giliran saya menjelang tiba. 🙂

  • salam lebaran wat bro n family…
    (^_^)

    betul la aper yg bro cakap dalam artikel nih..

    bila balik kampung jer…ramai sedara mara dok tanya…bila nak kawin…

    huuhuhu….sabor jer ler..

    ada jodoh tak kemana…

    jangan berhenti mencintai dan dicintai…

    (^_^)

    Yanie Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons