“Aku sudah terlanjur…”

 

“Ya Allah!!! aku menyesal dengan keterlanjuran ini,mengapalah aku begitu bodoh mempercayai kata-kata dia yang kononnya menyintai aku…sedangkan dia sudah miliki yang lain!!”

Menjerit lantang dalam tangaisan itu sahajalah yang dapat dibuat oleh gadis dari seberang ini. Selepas beberapa sesi bersama Bro Razzi, soalan terakhir darinya, “Apakah ada lagi harapan untuk saya yang telah terlanjur ini Bro Razzi?”

Sebenarnya, bukan seorang dua yang mempunyai masalah sebegini menemui Razzi, tetapi RAMAI!! Ramai yang seeking answers from me. InsyaAllah so far, ada lah 2-3 orang yang dapat dibantu mengembalikan semangat mereka untuk menempuh sisa-sisa hidup ini, tetapi kebanyakannya…

  • Confused, apabila lelaki yang dicintai dan diserahkan dara, sudah punya kekasih lain atau sudah tidak mahu bersama lagi… bagaimana?
  • Complicated, bagaimanakah untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini setelah terpedaya oleh seorang suami orang yang nyata sangat menyayangi isterinya dan tidak mungkin mengahwini mereka!

You see, sesungguhnya, sudah tidak ada guna lagi jika kita mahu membincangkan soal pecah dara, soal terlanjur, dosa, neraka dan sebagainya…kerana ITU SUDAH PASTI. –

Berdosa YES, mereka tahu tu… Lost virginity, YES mereka tahu tu…  BERSALAH, YES mereka sedar tu.

Jadi rasanya tidak perlu lagi untuk lebih menyalahkan mereka atau memarahi golongan yang sudah keterlanjuran ini. SEBALIKNYA, ada lebih baik kita mencari SOLUTION, mencari jalan penyelesaian agar mereka tidak terus hanyut… dan tidak melakukan lagi perkara yang pasti menghancurkan masa depan mereka.

KERANA sesetengah dari mereka, apabila sudah ‘kotor’ fikirnya, “Apa lagi yang tinggal, main je lah dengan lelaki yang mana-mana yang nak kat aku! Dah hilang, hilang dah dara…”

  • Semua ini terjadi kerana persepsi di kalangan kita bahawa apabila sudah terlanjur, sudah kehilangan dara maka sudah tidak ada lelaki yang menginginkan mereka, jauh sekali mengahwini mereka. Lalu, mereka mengambil jalan singkat dengan berfikir, hanya memberi sex kepada lelaki so lelaki akan kahwini mereka!

KESIANNN…

Ya, tidak disangkalkan memang ada ramai lelaki yang hanya mahu mengahwini wanita yang masih memiliki dara…TETAPI… pada pendapat Razzi, dunia sudah berubah. Bukan zaman “Dagang Pak malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu” lagi… Bukan zaman “Sumpah Semerah Padi”…KERANA, sudah ramai lelaki yang BOLEH menerima wanita atau gadis yang sudah tiada dara.

Contohnya :-

  • Sudah ramai lelaki yang mengahwini janda. Janda yang pernah 2-3 kali kahwin lagi.
  • Ada yang sanggup menerima jan da yang sudah ada anak lagi. Kalau nak dikira, janda jauh lagi terlebih ‘pengalaman’ dalam mengharungi hubungan kelamin.
  • Ramai juga lelaki yang pentingkan CINTA dan tidak menghiraukan pengalaman pahit dan zaman kejahilan kerana dia juga menyedari dia juga tidak sempurna.
  • Ada juga lelaki yang sedar yang dia juga sudah beberapa kali terlanjur dan merosakkan anak dara orang
  • Duda-dua juga kebanyakannya tidak mengira masih dara atau tidak, yang penting bagi mereka adalah keikhlasan dan kejujuran, kerana lelaki juga pernah dicurangi dan dikecewakan.

JADI, tidak seharusnya wanita atau gadis yang telah keterlanjuran ini merasa gusar atau bimbang sudah tiada lelaki yang boleh menerima mereka lagi. Selalu berpegang :-

  • Jika lelaki itu benar-benar ikhlas dan cintakan anda, maka dia sanggup menerima anda dara atau tidak dara
  • Jika lelaki itu baik, dia menghormati masa lampau anda yang kelam itu

**KERANA, lelaki yang sebenarnya lelaki, apabila mengetahui anda dianiayai, dinodai, masa depan hancur apabila telah disetubuhi…DIA AKAN HADIR SEBAGAI PENYELAMAT ANDA! Dia akan mengahwini anda dan selamatkan anda dari lembah yang hina!

TETAPI kena lah bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi dan berdoa kepada Allah swt agar membawa seorang jejaka yang benar-benar bertanggungjawab! InsyaAllah hidup anda akan selamat.

p.s : <a href=”http://www.razzirahman.com/buku”>Sudahkah anda memiliki BUKU 101 Nota Mencari Cinta? Sila lihat maklumat lanjut – KLIK DI SINI</a>

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

17 Comments

  • Insan patah hati

    Saya jatuh cinta pada seorang gadis.. Alhamdulillah pakaiannya ikut sunnah. Dan saya melamarnya menjadi isteri. Dia terima lamaran tersebut. Bahagianya rasa..

    Tapi itu x lama, baruni die mngaku die dah takde dara.
    Allahu! Patah seribu hati.. Hanya mampu menangis..

    Saya seorang lelaki tidaklah lelaki baik tapi sye jarang bercakap dengan wanita apatah lagi menyentuhnya. Sebb sye percaya lelaki yg baik ntuk pempuan yg baik.. Tapi Allah uji sye dengan ujian ni.. Hanya Allah tahu betapa pedihnya hati..

    Dara? Kalau tiada dara disebbkan aktiviti lasak, sye x kisah.. Tapi memikirkan dia dah pernah disentuh lelaki dan bersama dengannya, itu yg buatkan hati ni pedih.. Lelaki mana dlm dunia tidak patah hati bila tahu pasangannya pernah terlanjur?

    Walahpon pedih, sye tetap nak terima dia sebab sayang dan mahu bimbing dia..

    Tapi mak n ayah dia x bagi kawen awal atas alasan dia anak sulung. Mak ayah dia tatau anak die dah terlanjur dlu. Takde sape tahu melainkan sye.

    Gadis ni mahu nikah cepat sbb katanya nafsu dia dh berubah sejak disentuh lelaki. Tapi masalahnya mak ayah dia plak x bagi dia kawen awal.

    Jiwa kami terseksa.. Skang kami hanya mengikut takdir Nya

  • fifi

    IRA – berdasarkan pengalaman dan kisah benar kehidupan; andainya lelaki meminta benda yg kita jaga utk sekian lama, you maybe not the only one. especially zaman cyber ni; dia boleh panggil “sayang” utk mana2 perempuan utk benefit dia sendiri. Saya sendiri menjaga diri sekian lama akihirnya penah tertewas kena kebodohan yg mempercayai dia kan berkahwin dgn saya. Akhir, the truth mana ada, dia dpt apa yg dia nak. and i found out bukan i sorang, many more ladies he has slept with. mostly, younger girls yg memandang harta. I’m the one not look on those harta or pangkat just need a love; desperately looking one before. Thanks to Allah SWT, saya sempat berkomunikasi dgn kwn yg dia rapat. i back off and tinggalkan dia. Bertaubat and be more wise women. Don’t believe when a guy asks for sex he will really responsible to you. It is just a game of a player.

  • ira

    salam, saya nk tny satu pndpt,,,,sy bru brcinta dgn seorg lelaki nie bru 4bln,,,,,dea dh jnji nk setia n kahwin dgn sy,,,py mslh ny skrg dea nk wat hbungan trlarang dengan sy,,,so,,mcm mner nk elakkan drp kmi trlanjur or sy juz tinggal kn dea je,,,py sy syg dea sgt2 & brhrap hbungan kami kekal smpai k alam prkahwinan,,dlm mse yg same, sy x nk wat dose…

  • Mohd

    Bro love..sy bkn nk cite aib bakal isteri sy ni..tp nk jdkn pengajaran n mntk pndapat…bru2 ni bakal isteri sy mngaku kat sy yg dye dah xde dara..tp sbnrnye da lame dh sy agak bnde tu sblm sy wt kptsan tuk trime dye..sy pn xtau knp sy boleh trime sdgkn sy mmg anti pasal tu..sbb sy x pernah pn wt gtu kat pmpn lain..tp bile fikir balik sy rse dh syg sgt kat dye..cme mslhnye kami bru bbrp bln berkenalan..tp tibe2 je da ckp psl kawen..dy pn da cite seme perangai dye sblm ni…dye mmg cantik..rmi peminat..dulu sllu tukar2 pakwe n main-main ngn llki..tp seb baik dye kate hanye terlanjur ngn sorang je..wlau beberapa kali jgk lah…llki tu nk jgk tanggungjawab tapi mak pmpn x bg…mse tu dye bru form 4…dye penah jd model n x pki tudung…lepas tu bru blaja pki tudung…dye ckp dye dah menyesal sgt akan peristiwa itu..n dye nak bertaubat..dye bru nk belajar pasal aurat n bnde2 agame ni..dye arap sy dpt bimbing dye..sy pn trime je lah..sbb yakin klu dye jodoh sy nk wt cmne…dlm mse sblm n selepas jmpe sy pn..rmi lagi yg nk kat dye..mngorat sggh2 siap masuk minang lagi ajak dye kahwin..termasuk org yg ambil mahkota dye tu…tp dye x trime sme tu katenye sbb hati dy mmg nk kat sy…sy pn xnk percaye spnhnye just sy harap ap yg dye ckp tu betul laa..sy sggp tuk bimbing dye pas ni..tp klu keluarga sy tau mmg x bg pnye…sy ok klu x bgtw kat keluarga..lgpn haram cite aib org…cme takut nnt mereka dgr dr mulut org..sbb rmi yg x puas hati bile dye tolak mereka..mula la cite mse lampau dye..jd sy nak tnye bro..ap yg ptt saye wt..n betul ke tindakan saye tuk lpekan mse lampau dye n trime dia seadanya..

  • sis h

    adakah lelaki yang mahu terima perempuan yang pnah terlanjur dan pnah mgandung

  • man

    Bro sy nk luahkan something n nk minta pndapat bro,
    Sy kenal gadis ni masa kmi di bangku sekolah lg..pernah sy bwa dia ke rumah dn hmpir terlanjur tp dia menolak sbb nk jga virgin dia..sy pn hormat kputusan dia n kmi juz tidur je..lepas hmpir dua tahun sy mngambil kputusan utk mnghilangkan diri krna dihina oleh bapa tirinya yg terlalu gilakan hrta..gadis ni dari golongan org yg berada…lepas hmpir 8 tahun kmi brtemu lgi dn sy ambil kputusan utk bertunang dgn dia..tp lepas dpt tahu kisah silam dia yg dia dh x ad dara n ad ramai bf sblm ni..dn prnah gugur sekali..fikiran sy jdi x mnentu,tp sya nk sgt nikahi dia..sy ni pn prnah terlanjur sblm bjumpa kmbli dgn dia…masalah yg sy alami ialah sering dihantui kisah silam dia..sy cuba utk menerima sebaik baiknya dn redha tp hti ni msih x tnteram..skarang ni kami dh pun brtunang..dn akan berkahwin dlm masa terdekat ni..patutkah sy terima dia mnjadi isteri sy..keluarga dia skrang dh boleh menerima sy krna keluarga dia dh jatuh dari segi ekonomi…sy x tau nk luahkan kat sape..sy hrap hti sy boleh menerima dia n kembali tenang selepas ceritakan kisah hidup sy..hrap tuhan kuatkan semangat sy utk mnerima dugaan hidup ini..

  • NISHA – Selalu-selalu buatkan banyak pilihan supaya you all boleh nampak keputusan apa yang terbaik untuk dibuat.

    Jangan terburu-buru dalam melakukan sesuatu tanpa merancang dan berfikir yang terbaik untuk you all.

  • nisha

    Thanks bro..sy dh bertaubat n xnk ulang sume ni..sy try slowly truskn hidup mcm bese. Nk lupakn hal ni mmg ssah..sy amat tertekan tp syukur sy dpt sokongan dr adik, kmi mmg rapat sejak dr dlu, dia sgt mnjaga sy, bila perkara ni jd sy tau dia rs amat kesal..dia tk blh lpaskn hal ni begitu sje..sy terpaksa hapy wlupn sdih, klu sy sdih dia pn akn terasa, ape yang menakutkn tindakan adik sy jika bf sy enggan bertggungjwb bile tiba masanya nti..hal ni agak merunsingkan sy..

  • NISHA – Tak perlu buang masa menunggu lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. NISHA kena tabah menghadapi dosa ini dan berubahlah ke jalan yang benar. Bertaubat nasuha dan berdoa kepada Allah, minta diampunkan dosa dan dibawakan jodoh yang boleh membimbing Nisha untuk hidup yang lebih diberkati.

    InsyaAllah, masih ada lelaki yang menghargai wanita yang sudah terlanjur…

  • nisha

    Sy menyesal coz terlanjur, cinta buat sy terpesong sampai terlalu bodoh mempercayai kata-kata dia, kononnya cinta, berjanji utk setia n kwen..last2 ketepikan sy mcm smpah..sy tk tau dia main2kn sy atau tk, tetibe je dia xconfident nak kwen..klu btul2 nk berubah jd baik tkpela..sme2 berubah..sbb dia jgk yg bwk sy ke jln ni..tp sy dibiarkn seolah2 xde prasaan. Dia tknk jmpe, jwp call & msg sy lg..hancur rsnye tp sbbkan syg rs tk bleh nk benci..Sy ikhlas pd dia, nk yg terbaik utk dia..sy hari berdoa pd Allah bukakan hatinya.. Patutkah sy teruskn hubungan dgn dia atau putuskn sj sdgkan sy rs tk rela brsuamikn org lain bila sy igtkn keterlanjuran sy dan sy masih mgharapkn dia lg..adakah sia2 jika sy trs menunggu jwpn dr dia?

  • LAN – Harap you jumpa dengan gadis tu lan, kesian dia…

    Melepaskan mahkota dengan sepenuh kerelaan dia, kemudian memberi harapan untuk mengahwininya tu lan, bukan benda yang boleh dibuat main-main.

    lan kena minta ampun dan maaf dari bapanya, dan bertaubat lan. Nanguzubillah, jangan lah pula Allah balikkan bala tu pada anak cucu sedara mara lan pula.

    Seelok-eloknya sebelum kahwin ni, carilah dia semula dan minta maaf darinya. Sekarang ni twitter ada facebook ada, InsyaAllah boleh jumpa kalau mahu cuba, check kawan-kawan dia punya facebook ke. Minta kawan-kawan buat announcement ke.

  • lan menyesal

    saya pnh couple dngan ssorg sehingga 5tahun..kami couple sjak kami xjd ape lg shgga lah kami dapat pkarjaan yg baik..kami bcinta spt kami sudah m’jadi suami istri..sy bkerja di ngeri yg len dari dia..jd apabla kami mdapat cuti kami akn bcti b2 sperti suami isteri..kamu sdah byak kali tlanjur..sya bjanji utk mngahwininya..entah knapa tuhan ingin mnguji sya tjumpa ssorg gadis di ngeri saya bkerja..sya jatuh hati pdnya shgga sya lupa org lama..dia sdih sngt smpai sakit2 smasa saya ingin tggalkan dia..tp saya x hairan sb sya tlampau suka dngan org baru..dia pun sudah tidak dapat sya hbungi..stelah d pikikan blek saya ase mnyesal sngt sbb dah tgglkan dngn ssorang yg sgt bek dan turuti apa shja pmintaan saya..sya bg2 mnyesal..sya cuba mcrinya smula tp xjumpa..sya cuba utk menelefon ayah nya juga..tp ayah nya mmarahi sya dan x benarkan saya berkawan smula dngan anak dia..saya sdih..hari2 sya nges..saya rasa apa yang dia tlah rasa..mafkan saya..hati saya masih lg pd dia..rasa mcm xsempurna xder dia..wlwpon dh nak khwen tp msih tringat akan dia..saya amat9lah menyesal

  • sweetmanja

    besabar dan mohon keampunan pada ALLAH…

  • larahati

    bagi saye… x akan ade lelaki yg akan terime permpuan yg da telanjur… coz sye da rase smue tu… ble sye buat pengakuan yg sye pernah terlanjur…. die trus snyap… ble sye tnye knape… die ckp, xpasti die sayang saye lg atau x…. die xbole terima kekurangan sye ni… sedih n myesal… hanya ALLAH yg tau…

  • YIERA – PASTI AKAN ADA! Saya sendiri sudah menemui beberapa orang yang sanggup menerima tanpa memikirkan kisah silam gadis itu.

    baginya, dia juga punya kisah silam jadi, sama-sama tidak mehu memikirkan lagi yang penting bagi mereka adalah kisah masa depan.

    Kena cari yang menyesal dan ingin pulang ke pangkal jalan lah. Kalau yang dia sendiri pun tak ada apa yang hendak dikesalkan, takut suatu hari nanti diungkit pula yang bukan-bukan.

  • yiera

    betul k akan ada owg yg boleh menerima golongan wanita yang malang itu…?akan ada sinar harapan utk mereka…?akan ada owg yg sanggup menghapuskan linangan airmata penyesalan,putus asa dan kesedihan itu….?akan ada k…?

  • Tiada sesiapa yang tak dapat lari dari melakukan kesalahan.

    Barang yang lepas jangan dikenang.Bertaubatlah dan bina keyakinan baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons