Apabila dikecewakan…

  “Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”

Beberapa soalan yang memenuhi email bro Razzi sepanjang minggu ini, ingin I jawab di sini khas untuk semua wanita yang I sanjungi :-

  • Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
  • Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
  • Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah meminta maaf, dan lakukan apa saja?
  • Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
  • Mengapa sudah tidak semesra dulu?
  • Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
  • Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??

Sebenarnya, kesemua soalan ini hanya ada 1 jawapan sahaja. Apakah jawapannya?? I yakin jauh dilubuk hati you all, pun tahu mengapa, kan?

Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.

 Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan anda ialah…

“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Pendapat Bro Razzi, meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

In my further opinion :-

Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan anda. Ingat, makin lama umur anda semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.

Memang susah jika anda masih solo. Ianya lebih mudah jika anda mulai membuka hati dan meluaskan pandangan anda. Yang penting, anda mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, anda kenalah mencuba, barulah anda tahu itu jodoh anda atau tidak. Kemudian, usahakannya.

Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.

ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

  • Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
  • Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
  • Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
  • Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
  • Apabila break aje…MOVE ON!
  • Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru 🙂

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

145 Comments

  • qisqis : Bro merasa apa yang u rasa. Byk2 bersabar…

    Sesungguhnya, untuk u harungi hidup selepas putus tunang teramat lah susah dan perit rasanya. Apatah lagi perpisahan terjadi disebabkan orang ke3.

    Ditambah pula dengan keluarganya yang masih berhubung dengan u, adoi beb…lagi terseksa tuh. Tapi xkan nak putus hubungan silaturahim lak kan.

    Nasihat Bro, Qisqis mesti mengubah cara pemikiran sekarang kepada lebih positif. Mesti menganggap yang bekas tunang anda itu NOT WORTH IT!…Sebab, jika dia tinggalkan tunang dia kerana orang lain, maka dia adalah orang yang tidak berguna untuk anda hargai dan fikirkan lagi.

    Anggap diri anda lebih berharga dan sayangi diri anda sebanyak-banyaknya, bahagiakan diri anda! Fikirkan kebahagiaan anda. Dia nak kahwin dulu ke, nak kahwin 10x lagi ke itu dia punya pasal lah!!…xda kena mengena dgn anda. Becoz, itu bukan kebahagiaan anda.

    So, jika anda terus memikirkan untuk kebahagiaan anda, maka kebahagiaan lah yang akan hadir dalam hidup anda. PERCAYALAH! 🙂

  • qisqis

    thanks bro..thanks a lot!now sy sedar dia lelaki yg xlayak disayangi n diingati.opppsss…lp nk bgtau btlla ape yg bro ckp aritu airmata lelaki hanyela lakonan semata n dia adalah d best actress yg sy penah jumpe!!sepbaik sy xtertipu untuk kali ke2.NEVER again!!huhuhuhu…

  • ixora qaseh

    ixora tumpang simpati pd qisqis.

    dan ingat lagi, baru bertunang…syukur blm kawin ada anak2 dll. ada lagi teruk!

    ixora pun dlm dilemma lani.tapi plan kami may be take a break dulu. tapi blm jadi2 lagi coz ixora dgn baby 3mths.tgh dok cari maid n kerje.

    kdgkala kita ingat itu ini, namun hakikat tak jadi mcm tu.

    ixora mencari kekuatan dan tambah ilmu di blog ini dan berbincang pd org tertentu

  • Qisqis : No problem, Bro ikhlas membantu. Lagi pun dah tanggungjawab Bro hehehe…im glad that I can give you a helping hand. All d best.

  • Ixora : Eh Bro tak berapa faham ni. You ada baby 3 months old and you are going to be seperated with your hubby ke??

    What happen? Eh email kat Bro gambar you and the baby ok. info@razzirahman.com

  • Ema

    qisqis…semoga tabah k. mmm…still ramai lagi insan yang menyayangi qisqis kat luar sana…tak guna nk bersaing sapa kawen dulu ngn ex-tunang tu…nnt esok2 qisqis gak yang merana…sebab kawen tangkap muat… Ema doakan semoga semua kaum wanita yang berkongsi cerita di blog BL ni semuanya tabah menghadapi hari2 yang bakal mendatang… tak luper tuk Bro gak…

  • qisqis

    thanks ema..act pas sy tau blog bro razzi ni byk yg sy leh blaja.blaja tentang cinta..lg2 pas bc cerpen bro “maafkan dia” tu…n btlla bro..pas sy bc cerpen tu..sy cb maafkan dia n then sume dendam sy..sakit ht sy pd dia hilang dan skrg ni sy bahagia ngan kehidupan sy.

  • Syukur Alhamdulillah Qisqis, bro hepi dapat membantu dan berkongsi pengalaman bro.

    Dah baca ebook bro yang bro beri download free tu? Maybe boleh u lebih bersemangat dan tabah serta ada banyak juga tip-tip yang menarik.

    Jom sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan. Hadiahkan ebook tu 🙂

  • ixora

    salam semua

    ixora org baru di sini, mohon sahabat doakan utk ixora agar Allah berikan jln terbaik dlm menghadapi ujian ini.

    TQ

  • ixora

    hi semua

    puashati ixora dpt jadi keras n hati kering!
    best rupanya
    kita perempuan memang unik
    kita boleh jadi terlalu LEMAH
    dan selepas tu kita jadi KERAS MCM BATU!

  • qisqis

    btl la ixora..qisqis setuju!!pengalaman membuat kite jd lbh kuat n tabah dlm menghadapi dugaan hidup ni.

  • ixora

    ujian dtg dlm semua bentuk
    wang, kesihatan,kecantikan ,rumahtangga dll
    kita dikurniakan akal utk berfikir
    oleh itu

    dulu ixora tak faham quote ini
    “sayangi diri sendiri sebelum menyayangi diri orang lain”

    dengan apa yg dah berlaku, meski ixora amat menyayangi insan ini, namun siapa kita untuk menghalang takdir

    uniknya, dlm masa 1 minggu Allah bagi kekuatan pada ixora utk melantun menjadi insan yg kuat semangat, tinggi daya saing dan mampu berdikari

    kini ixora sudah menjadi insan baru semangat baru! meskipun kasih sayang disemai selama hampir 10thn terlerai dek kerna perubahan semasa, namun antara kami redha dan terbuka menjalani kehidupan dari pasangan suami isteri kepada teman karib demi insan kecil yg berusia 5mths………….

    perkahwinan itu indah
    yg mencomotkan dan merosakkan indahnya
    angkara manusia sendiri
    oleh itu
    jgn jemu mencari cinta
    kerna dikecewakan 1 x
    kita akan tersedar bahawasanya ada 100x org yg kasih dan sayang kita

    itulah yg ixora alami sendiri!

  • achikz

    ixora keras mcm batu??uihhh…. takotnya…

    but the phrase is tru “sygi diri kita dulu”..

    dulu, aku pun meletakkan diri aku terlalu rendah semata2 sbb sygkan seseorg, tp akhirnya, dia gunakan itu sbg alasan utk menghina aku..

    but no more!! skrg, dia boleh pegi m****s!! aku bkn lagi aku yg dulu…. And i am happy without him more than i do with him…

  • mello

    ingatkan x-tunang sy lelaki yang paling baik n teramat baik kuz b4 ni dia sgt care n sayang sy but bile ade perempuan lain terus mintak putus tunang walaupun tarikh kawen dah dekat..then bila sy pujuk terus hina n maki2 sy..teruknye lelaki!!!!!!! b4 tunang sgt takut nak kawen kuz takut kena cerai lepas kawen then x kawen lagi dah kena..ces hampesnye lelaki itu..

  • HaTiFi :)

    Slm Razzi,
    xda album baru ke Razzi Muz.Ik?

    Bro,
    kalau wanita lak buat cmtu, maknanya wanita tu dh xberminat dgn kita juga ya? Pengalaman dr kwn sy sendiri. Wanita yg disyginya langsung x bg sbrg berita.

  • lan92

    salam..sye d’tinggalkn oleh tman wnita sye..tnpe pnjelsan yg jelas…sye taw yg die dh ade pgnti sye..tp npew?
    die cpat brubh..stelah 1thn 4bln kami bsme..
    pew slah sye..mne jnji2 die tuk setia…

  • jue

    hai bro love..

    sya nak tnya… sya da kapel 3thn lbih dgn xbf sya dia putuskan sya dgn cara kejam alasan yg x munasabah n mnyakitkan ati.. kalo la dia terus terang dia x suka sya n dia suka kwn baik sya sndiri sya x kisah wlupun mnyakitkan sekurang2nya sya tau dia x suka sya….

    yg mnydihkan lgi kwn sya ada bf kami brempat saling mngenali kami dputuskan scara mngejut
    dia x bgtau hal sbnar… sya da cuba brbncang dia hnya ketawakan sya smpai 1 thp sya mngugut bunuh diri wlupun tdak trniat tpi di situ baru sya tau dia ada org lain dia kata dia tersepit d tengah2 n sya agak kwn sya sndri…

    dan skrang sya hargai hidup sya wlupun sblum nie rasa takut n tidak yakin brcinta..

    apapun sya nak semangat sya… bagaimana sya nak terus perjuangkan mencari cinta sejati saya sedangkan sya seorang setia.. dan da cuba yg terbaik tuk dia… sya tau ramai lagi yg cintakan sya tapi mcm mna sya nak mengetahui org itu ikhlas mncintai sya???

  • saya cakap

    aii…

    erm suke ayat nih :

    “lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, bla3… kalu xsuke die BLA n wat DEK je..”

    semoga sy slalu BOLEH menjadi pompuan y MUDAH PAHAM bende2 cmni…jadi laki y kwn gan sy xrase sy menyusahkan,membebankan n memeningkan kepale die…semoga sy cepat paham bahasa…amin..

    semakin suke blog ni..hehe (”,)v

  • rin

    mungkin bagi seorang wanita yang belum mempunyai apa2 ikatan perkahwinan akan lebih mudah meninggalkan seseorg yg pernah di sayang… tapi bagaimana pula jika tanda-tanda tersebut muncul pada suami yang telah hidup bersama dan telah mempunyai cahaya mata… banyak perkara yang akan difikirkan jika sekiranya perpisahan yang dipilih..tapi banyak juga perkara perit yang akan dihadapi jika hubungan itu diteruskan….apa yang penting, bersabar dan bertawakal.. Semoga Allah memberi jalan terbaik untuk meneruskan kehidupan

  • bro mmg btol larh ap yg bro ckp…
    pnyoo larh bengap saya nie dlu..
    skrunk bwu tahu the real behaviour of boy~

  • JIBAM – hehehe, i rasa janganlah anggap diri you ‘bengap’ mungkin, you tidak exposed sangat dengan tipu helah yang selalu berlaku…

    Well, i hope you akan lebih berhati-hati next time. Anggap lah past mistake untuk berjaya in the next round.

  • Shazaira

    seksa yg teramat d rasakan…
    rasa spt d permainkn…
    dh kenal lebih kurang 3 tahun..
    tp dizahirkn perasaannye pd sy awal bln 10/2009…
    d permulaannye segala2 baik…
    pelbagai harapan d berikan kpd sy…
    tp x la sy pegang janji2 & harapan itu 100% sbb terlalu awal utk merancang lebih jauh…
    tp dlm ati mmg la gembira…

    tp perhubungan yg pelik tp benar…
    ktorg just sms sy…
    ntah la..sy pn xthu..bile sy kol mmg die xkn angkat…sy bkn jenis memaksa..sy layan je la rentak die…
    bila masuk bulan ke 2,segalanye berubah…
    tiada lg sms dr nye..sy plak yg bnyk sms…
    lame2 boring gak cm tu…sy pn biar je la…
    smpai 2 minggu xde kabar berita….
    slps mndiamkn diri,tibe2 die update status menyatakan “hati ini sukar menrima cinta”
    begitu hancur ati sy saat ini sdgkn die yg beri harapan bagai pd sy…
    esknye…stlah puas pikir + nngis ckit2…
    sy undurkn diri..biarknlah…sy suke memaksa2 org..biar die dgn cara die yg tersendiri….
    sy sms die tuk putuskn hubungan itu..tp tiada balasan..terima @ x?
    sy andaikn die terima kputusan itu sbb die tukar status d fb jd “single”….

    agak la down mase tu..tp b`syukur ade kakak,abg & kawan2 yg bnyk beri semangat…
    dan skrg jiwa sy kosong…
    xde rase ape2,mls nk mencari cinta..tp teringin…
    sy sedar akn kekurangan diri ini….
    sy redha dgn ketentuanNya…..
    🙂

  • Assalamualaikum Bro…Ape kabar..? harap Sihat Bro aku nie..hehehehhe6 🙂

    Nice Bro…kecian pompuan nie kan,dok kne main je dgn lelaki..? Tp bg saya Bro,skrg nie dah sama le. Lelaki mainkn pompuan,lelaki pn ada gak d mainkn..huhuhuhuhuhuhuhuhu8

    bg saya..Apabila d kecewakan oleh orang yg kita sayangi tu,ia adalah satu petunjuk yg dia bukan terbaik utk kita.
    ‘Pengalaman tu mengajar kita”…

    kepada Pencinta-pencinta kat luar sana…
    “kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum”.

    “Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun..
    Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
    Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya”.

  • Wah..Kena betul entri ni dengan jiwa lelakiku..
    Ada banyak sebab kenapa lelaki berubah hati.Kenapa lelaki mahu yg lebih baik. Sebab perempuan kdg2 tak beri apa yg terbaik dalam hubungan.Saya bukan tujukan pada perempuan je, lelaki pun sama. Saya dulu ada sorang awek..Lama dia membisu tak call, tak msg..Lps tu satu hari tu dia msg saya. Apa dia tulis..”pinjam duit rm 50..”.Hampeh!Nak duit baru ingat aku. Then saya tgglkan dia. Ingat, biarlah berpada dalam menunjukkan kesetiaan dlm cinta. Buat apa nak setia tunggu dia kalau dia tak menghargai kita?

  • nadiah najib

    ya..mmg patut tampar muka sendiri bila baca article bro nih!!!!! sgt terkena kt batang idung!!!! terima kasih sebab bro telah sedarkan saya!!! banyak lagi mende yg saya perlu kejar dalam hidup saya…tapi saya bazirkan 1 tahun memikirkan sesorang yg ntah fikir ke x pasal saya… hampehnya saya!!!!!! mmg saya akan meneruskan pengajian saya dlm bab2 relationship..dan saya akan beli buku2 teks dari bro nanti… da lama saya tangguh ni…

  • Shazaira – Always berpegang pada my quote ni…

    “Gagal kerana akan berjaya, Kecewa kerana akan bahagia!” So…ambil kekecewaan sebagai satu lumrah untuk berjaya dalam cinta dan menikmati kebahagiaan bersama yang tercinta, insyaAllah, you sedang hampir dengan jodoh.

  • Boby – I’m great, thank you!. And thanks for sharing your thoughts.

    Osman – Aihhh…minah macam tu pun ada ke?? Nak duit baru sms …adoi!! memalukan betul lah perempuan macam ni kan. Hmm…memang patut ditinggalkan saja lah…langsung tak appreciate kita.

    Anyway, all the best to both of you!

  • Nadiah – Aihhh…sakit tu tampar muka sendiri Nadiah hehe…sabar-sabar…

    I tell you what, you boleh gembira dari apa yang you telah lalui ini dengan cara :-

    1. Anggap kesilapan lalu adalah untuk mengetahui dan mempelajarinya agar tidak buat lagi in the next relationship. Kalau tak buat silap, sure you takkan dapat belajar.

    2. Kegagalan cinta, kebodohan membuat keputusan, kelemahan mencintai dia yang tidak cinta kita ADALAH satu pengalaman yang sangat berharga!!…Bukan semua orang dapat merasakannya, bukan mudah untuk sesiapa sahaja mendapatnya. But you gain it!

    Now, with this two things…you sudah boleh be happy dan berbangga…and to tell you the truth, bro Razzi pun berkali-kali melakukan stupid mistake…dan gagal dan gagal lagi dalam cinta. But now, Alhamdulillah I’M Settled!

  • enki hafiz

    wow..ramai btol org komen sini.baru nk berjinak2 dlm page blog bro love ni.komen beratus but still bro bleh catch up lg ngn responder2 ni suma ea.good luck..bro,try laa open topik 1 st love skali.cam best jer (”,)

  • Enki Hafiz – Hey you’re here too, facebook really can bring peoples closer kan. 🙂

    Thanks for dropping by and join Blog Brother Love community. Hey, you know what, idea you tu best jugak tau…

    So happen I have a story about 1st love. Ok, in a day or two…I will have it ready. We’ll see if it’s interesting or not 😉

  • marlin

    salam, bro razzi.

    actually i’m so new to your blog.
    but your article…so good for me.
    ianya membuka minda saya ttg segala alasan lelaki…but marlin pun baru sekali jer fallin in love…hehehe but it just history for me. mmg move on but sometime terkenang gak. just like lagu aliya..x mungkin kerna sayang..hanya terkadang teringat kembali. but bro marlin try to subscribe for bro punye article, bile enter nama n email, x bleh, kenapa yer?
    anyway, wanna say hi to u n all readers becoz marlin sgt2 baru 4 tis blog.

  • me

    bro in my case, im not couple wif him.im trying to get close wif him.n i find its quite hard.but in the same time..even if its hard..i still wanna know more bout him. hmm..just wondering..should i try?

  • MARLIN – Yaa…best kan lagu Aliya tu, so meaningful. Well, thats life…love & relationship. Sometimes, kita akan rasa sedih dan pilu bila mengenangkan kisah lalu…betapa kita sayangkan dia sangat. Namun… some things are not meant to be… terpaksa kita terima walau dengan berat hati 🙁

    About the newsletter, I baru je try tadi, memang betul not working, maaf sangat-sangat sebab SITE DOWN untuk sementara waktu sahaja. InsyaAllah akan beroperasi kembali esok.

  • ME – Ya, why not! If you think he’s worth to try, by all means… GO AHEAD! Hehe…

    Thrilling jugak tu, I pun sometimes love to try something yang I tahu it’s hard, I might get hurt, I maybe rejected, tapi worth to give it a shot! 😉 …tapi janganlah frust pulak nanti.

    Be ready for anything of the outcome, then you’ll be fine.

  • Ms. Shasha...

    um….byk sgt komen….sampai sndiri x tau nk bg komen da…hehehhee.but 1 song yg dok bergema dalam kepala ni…”when u love someone by Brian Adams” mmg touching gler….cam terkena pn ye….huhuhu.Tp ape pn mmg susah kita nk terima kenyataan lau kene reject or lau tiba2 kekasih berubah hati.Mesti kita still nk backup dia.sedapkan hati sendiri.

  • me

    thanx bro..at least i’d try my best juge kan?

  • Maria

    Salam…bro…betul…sy sokong dengan apa yg bro katakan…selama ni sy byk buang masa meratapi perginya orang yg tak lagi sudi….

  • cik bunga

    Masalah dan dugaan ialah hadiah dari Allah dalam bungkusan yg tidak cantik..
    Tapi percayalah ia tetap “hadiah”.
    Mungkin hadiah yg lebih berharga 🙂

  • iza

    salam, thanks bro 4 e article, article nie mmg btul2 menyedarkan sy, bodohnya sy krn menunggu org yg xsudi. sy nk sgt memulakan hidup br. lepas kecewa, sy pernah suka pd seseorg, tp xlama, hati sy boleh berubah sekelip mata. xtau kenapa sy still menanti org yg sm. sy dh xberhubung dgn dia, sy sedar dia xkn kembali, sy terima, sy mmg berharap yg dia akan berjumpa dgn org yg lebih baik dr sy, sy bermohon kpd Allah SWT agar memberi kekuatan pd sy utk melupakan dia, lepas sembahyg dan berdoa, hati sy jd sgt tenang dan sy x berharap lg. sy mmg xberharap lg yg dia adalah utk sy, tp nk melupakan dia mmg sy xbole.. smp skrg dia masih lg dlm hati sy, bkn mudah untuk menyingkirkan & melupakan org yg kt cinta

  • isck

    saie sokong9!!!
    betul jugak ckp dr. nie
    klu dfikir2kan balek erk…

  • pemuda

    “4. Jangan buang masa! Putus hari ni, terus cari lain. Putus lagi, terima cepat-cepat cinta yang lain. ANDA tidak akan tahu sebagus mana cinta itu jika anda hanya tunggu dan lihat tanpa memcuba.

    BERTINDAK HARI INI!”

    sokong seribu peratus. jom kita buru cinta baru tatkala kecewa datang mengundang. takkan nak tunggu aje. tunggu dia bahagia dan kita sengsara menderita…

    apekehal nak sengsara sedangkan dia seronok2 duk berbahagia. tak terasa rugi ke mengenang orang yang dah tak sudi2 kat kita?

  • betul…cari je cinta baru…xguna meratap org yg xnk kt kita..mcm sye,sye yg minta ptus coz dia dh brubh…jrg bls msg,call,so sye mnta dia tnggalkan sye…memang perit tpi life must go on…

  • cempaka

    minta pndpt..mula2 tahun pertama, memang hangat..sileleki mngusik dn selalu memuji siperempuan dpn rakan2 tanpa rasa malu, bersms tiap2 hr sampai kul 3, 4 pg..tahun ke 2, siperempuan dh tk berapa lyn atas alasan tertentu dn dia spt bleh menerimanya (alasan yg sgt kuat dn dia sendiri mengakuinya),, dh slow sikit, tp ada time bila siperempuan bg respon lebih sikit spt dulu, kelihatan lg sikap keterujaan silelaki terhdp sipermmpuan..maknanya silelaki mengikut rentak perempuan…tp, kalau dulu siperempuan lihat silelaki hormat dn sopan terhdp nya tp skrg silelaki dh pandai cuit2…apa yg berlaku sbnrnya pd diri lelaki itu dlm konteks hubungan atau perasaannya lelaki itu trhp si perempuan???

  • ginger

    bro,
    boyfren sy mmg dr sblm kapel lg dia mmg jrang kol. msj lg la x.
    dia memang mcm tu dr sbelum kapel smpai da kapel skng ni. prangai xberubah lgsg.
    penah gk sy mgamuk kt die suh msj sy. die msj. tp xbpanjangan. die ckp die mmg xsuke msj.

    klu da msuk 5 6 hri dia xkol tu, sy runtuhkan ego sy dan kol dia. dia layan sy cam dlu jugak. xberubah.

    dalam hati sy, sy percaya yang tu memang perangai dia dan dia masih sayang saya mcm dlu. FYI, kitorg bercinta jarak jauh. susah nk jumpa.

    mslhnya skarang bro, bro ckp klu laki tu btol2 syg, dia akan sentiasa nk kol@sms kite. tibe2 sy ragu ngan kasih syg bf sy tu.

    tp… jauh lam hati sy, sy dpt rase dia syg sy. sy da try bbincang ngan dia pasal ni. dia jwb, “kite knal bkan bru sehari dua,awk kan da tau sy mcm mana”.

    so bro razzi, cane ngn kes sy ni? adakah dia sayang sy atau tak..

  • GINGER – I tak pernah jumpa lagi lelaki yang betul-betul sayang giler kat girlfriend dia, kekasih dia, atau isteri dia yang tak suka berhubung….

    Semua yang tak suka berhubung tu tak sayang sangat la. Dia ada benda lain yang lebih dia sayangi…

  • gadis sepi

    saye pon alami sendiri skg ne ade knal sorg llaki..
    mule kenal hari2 call,msj lpastu diam kn
    dri sy call xjwb,mcj xbls pdhal xde slah ape pon ..knpe la sedih nyeer .. :'(

  • Nabila Beyla

    Salam bro . Bella nak tanya . Mengikut pengalaman bro kekal ke couple lama ni ? And kekal ke couple jarak jauh ni ? Sebab I sekarang macam tu . Then kitaorg selalu fokus kan future drpd love . So kitaorg jarang contact . So kdg2 rasa terabai . Adakah ini utk kebaikan ? Dia pernah honest kat I yg dia sayangkan ex dia lagi and still cant forget her. Then I terus mintk clash . Then he did a stupid thing to get my apologise bcs he said he loves me more than her . Should I give him second chance ?

  • yuyun

    assalamualaikum bro razzi..sy dlm kategori heartbroken skrg..sbb dh lama dia x wassap, call and hangout dgn sya.bla nmpak last seen dia everytime online.tpi tu lah pasal dia x chat sy..jdi penasaran lah hati ni menunggu dia..even bru bercouple dgn dia tpi sy sngt syg dengan dia..dah dua minggu masa berlalu tpi sunyi sepi jer tfon tuh..bla pg tdi sy buka wassap trkjut brabis sbb pic profile dia dah betukar..gmbr dia dgn sorang pempuan yg cntik..lebih lawa kot dr sya..so sy tau maybe dia dah xda feeling lagi dgn sya..bukan maybe but surely kot..hmm..tpi persoalan nya dia blum bagi kata2 putus relay spt hey lets break up or something like smpai di sini lah hbungan kita..bla baca semula pebualan lma kami xda pulak ayat2 marah or bgaduh..last text pn mcm ni “syg mimpi biy yha” hihihi..sbb tu sy msi menunggu luahan dr dia yg terakir..tpi patutkah mcm tu?? sy pn x pasti..tu lah psal nak minta opinion dr bro razzi..lagi stu x lama lagi befday dia..jd ni penasaran smada nak bgi hadiah atau tidak??? plzz help me bro razzi.. 🙁

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor