Apabila dikecewakan…

  “Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”

Beberapa soalan yang memenuhi email bro Razzi sepanjang minggu ini, ingin I jawab di sini khas untuk semua wanita yang I sanjungi :-

  • Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
  • Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
  • Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah meminta maaf, dan lakukan apa saja?
  • Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
  • Mengapa sudah tidak semesra dulu?
  • Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
  • Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??

Sebenarnya, kesemua soalan ini hanya ada 1 jawapan sahaja. Apakah jawapannya?? I yakin jauh dilubuk hati you all, pun tahu mengapa, kan?

Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.

 Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan anda ialah…

“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Pendapat Bro Razzi, meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

In my further opinion :-

Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan anda. Ingat, makin lama umur anda semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.

Memang susah jika anda masih solo. Ianya lebih mudah jika anda mulai membuka hati dan meluaskan pandangan anda. Yang penting, anda mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, anda kenalah mencuba, barulah anda tahu itu jodoh anda atau tidak. Kemudian, usahakannya.

Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.

ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

  • Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
  • Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
  • Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
  • Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
  • Apabila break aje…MOVE ON!
  • Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru 🙂

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

145 Comments

  • DINI

    Bro~ 100% dini setuju dengan pendapat Bro…
    Usah ditunggu pada yang tak pasti…Dini pun pernah buang masa…sekarang tidak lagi…jangan jadi bodoh hanya dengan janji2 manisnya dulu.

  • Lyn

    huhuhuhu…bro, lyn terkenak la nampaknyer 🙁

    tul ke sume lelaki cam tu?!

  • yaa.. setuju!! oleh itu majulah sukan untuk negara! 😀

    suka ngan ayat “DIRI ANDA LEBIH BERHARGA”

    yup, jgn sampai kita ilang harga kerana terlalu menagih cinta lelaki! huhuhu..

  • Dini : Betul sangat kata Dini tu. Anyway, lama tak tinggal komen kat sini Dini, tp bro tahu Dini setiap hari singgah 😉

    Lyn : Sorry sayang…men truly are like that.

    Azwa : True Azwa, kerana diri kita lebih berharga! 🙂 Eh you pun lama tak meninggal komen kat sini. Mana menghilang?

    Eh Azwa…apa kata you start a new prolog? Email kat bro ok…cuma, this time tak nak about love…something else.

  • lizz

    Ngehehehe!!! Apabila dikecewakan…cepat-cepat cari boyfriend baru :)wa sker yg ni ar bro..wakaka!! cam menarik untuk belajar teknik2 nyer ngn bro naa..muahaha!!!

  • busy body sket arr bro… tp still lawat slalu kat blog nih cuma tak sempat nak meninggal komen.. intai dr jauh jer.. belum pupus lg tau! hehe 😉

    nanti gue pikirin arr bro.. x mo cinta eh? tp, gue nih sentisa penuh ngan flowers love arr.. bagaimana bisa gue singkir itu love arr??ekeke 😀

  • Lizz : Teknik cari bf baru? Nak cari balak? Mudah je…cari je la, jumpa je sambar 😆

    Azwa : Tak pupus lagi? Bagussss…kalau nak cinta tu tak 100% boleh la. Eh apa kata u buat cite fantasy ke, seram ke…

  • Kepada G yang email kat bro tu, maaf ya bro nak bagi jawapan di sini kerana nak kongsi pengalaman dgn bloggers.

    Jawapan kepada soalan anda :-

    1. Kalau u dah beri ‘mahkota’ u kad si dia, apa lagi yg tinggal untuk u offer kat dia?

    2. Dan mcmana dia nk ajak u kahwin sebab, dia dah dapat segala-galanya dari u, luar dan dalam, so buat apa nak kahwin??

    Masalahnya di sini, apabila dia nak, u duk bagi lagi, bagi lagi…bila dia dah boring, dia belah. Bila dia dah tak ada minah lain dia call awak, then awak bagi lagi kat dia…so habislah, bertahun2 dia duk pakai awak je. Sampai badan pun dah macam mak orang. Punggung dah lebar semacam. MAAFLAH, bro tak tahu how you look like, tapi itulah perumpamaannya.

    ** Please, cari boyfriend baru yang benar-benar menghargai you! Hargailah diri anda…jangan jadi bodoh menunggu dan terus menunggu, bila anda sedar, anda sudah tua dan tiada siapa lagi yang berminat dengan anda.

    “Sorry, but the truth is Hurts!”

  • Ladies…ladies…please..!!!
    Kalau Bro sendiri sebagai lelaki dah kata cam tuh…so apalagi nak ditagih pada golongan lelaki yang tak setia itu{segelintir,not all}

    Am talking thru my own experience.I wasted my precious moments of my life grinning and crying over men!!

    Get up and be realistic n reasonable…
    Klau kerajaan yang ditadbir pun berubah ikut peredaran masa…inikan pula kita..

    Wanita hari ini jati dirinya utuh dan teguh walau serjuta halangan dan rintangan mendatang…

    Usah di kesal kan dengan suratan yang berlaku…

    Bangkit dan Mara menjadi insan yang lebih baik dan bersemangat…

  • WANITA
    by Shiela Majid

    Wajah selembut bayu
    lenggang dan lengguk mu..
    keperibadian wanita..
    Ayu…

    Didalam keayuan..
    ada kekuatan..
    engkau lah racun..kau penawar..
    insan..

    bagai dermaga di pelabuhan
    berdiri gagah…sendirian
    hadapi gelora..kehidupan
    kau memberi…menerima
    menempuhi segala dengan rela..

    tapi ada masanya..
    engkau api panas..membakar
    ada ketikanya ..kau penawar duka
    kaum wanita ..ciptaan istimewa..

    suka-duka berganti
    rahsia tersembunyi dihati
    tabahnya hatimu..
    beriman..berilmu
    wanita sumber ilham selalu.

    lagu ni untuk semua wanita yang tak pernah putus asa dan sentiasa cekal dan tabah..

  • dini

    ye Bro..dini dah tukar keje….keje tempat lain doh skang…buat masa ni amat tertekan sbb takde kemudahan untuk dini…masih dlm sesi taklimat…lom ada meja dan sebagainya…

  • Lyn

    Kak Nisya, susah nihh,xsenang nak lupa dia huhu..

    Dah cam2 kita lalui bersama arr. xkan nk lupakn gitu je. Terasa rugi laks. Dah 5 tahun huk huk.. tunggu je la 🙁

    klu ada rezeki ada lah. 🙁 🙁

    Bro tolong!!

  • lyn-Jangan hanya kerana takut masa 5 tahun itu rugi begitu sahaja maka perhubungan harus diteruskan juga…

    Ikut lah naluri/instinct yang ada .. insyaallah,pastikan akan diberikan hidayah memilih/membuat keputusan yang tepat.
    Am talking thru my own experience..

  • Nissya : Its last year pics la Nissya, saja letak gambar tu to show the meaner side of man who can come when he is pleased and go when he used!

    Agreed dengan Nissya. So girls listen to Kak Nissya 🙂

    Dini : Rindu kat Dini tau, bila nak kuar date ngan bro ni? Im available now 😉

    Lyn : “LIFE IS ABOUT TAKING CHANCES” …orang yang dah kahwin 12 tahun pun boleh bercerai dan terpaksa memulakan hidup baru, mencari teman baru. Tengok berapa punya rugi??…so before you rugi macam tu elok la you cari yang betul-betul serius untuk kahwin dengan you. Bukan yang tak tahu bila nak kahwin! ADO!

    Lyn kena cuba ambil peluang yang ada, kerana Lyn tidak akan tahu samada berjaya atau tidak sesebuah perhubungan itu sehinggalah Lyn mencubanya! Now you belum kahwin…so its much easier!

    Hargai diri Lyn dan mulakan perhubungan baru. Grab the chance while you still can! Besok dah berumur, lelaki muda memilih girl yang under 21-23thn je, umur lebih pada tu, suami orang aje la yg berminat…

    Take the chance, you’ll never know until you try, you may or may not bahagia tetapi at least you give it a try daripada duduk menunggu bulan jatuh ke riba…ADO! 😉

  • Very true…kadang-kadang kita ni banyak sangat unreasonable fear…try it out..bukan nak ajar jadi player or sewaktu dengannya Memang buruk dik oi kalau owang pompuan jadi ‘player’ Tapi…cuba cari peluang lain..berikan diri sedikit ruang untuk membuka blind folded kat mata tu agar menilai alternatif lain.

    Kalau itu jugak jawapannya…kalau itu jugak yang ada kat mata…kalau itu jugak melekat di hati…then teruskan…n what we can tell you…

    “ALL D BEST”..

  • lizz

    Bro~ chet!! bro menduekan wa woo…nk pi dating ngan kak dini woo..wakaka!!!nak ikut:P lalala!!kang wa salah sambar kang..tersambar helang langkawi camner ek?wakikiki!!

    nissya~kite cam leh rase je..kak nissya nyer rase nyesal dok buang mase cry psl lelaki woo…sure sakit naa??uhuhu…

  • Anna

    Are you saying, that if this ‘man’ really loves me, care for me, makes me happy, and I just accept the ‘man’ eventhough he is married? 😉

    miss ya.

  • anami

    Bro Razzi, Saya pernah dikecewakan 4 thn lalu dan 5 bln lepas bertemu cinta baru. Cinta baru ini melalui internet dan kebetulan kami satu sekolah dan dia junior saya. Saya blh menerima keadaan dia yg berstatus duda dan merasakan dia berbeza dr teman2 dahulu. Kami sering ym dan melihat satu sama lain melalui web cam.Kami blh menerima diri masing2 dan telah merancang utk melangsungkan perkahwinan. Baru2 ini dia balik ke Malaysia utk cuti dan kami bertemu. Everthing is ok… saya telah membawa dia berjumpa keluarga.. Sebelah keluarga dia tiada bantahan. Selepas 3 hari bertemu tiba2 dia berubah sikap. Dia menghilangkan diri, call, sms, email,ym semuanya tidak berjawab. Bila saya minta kawan telefon dia, dia angkat dan dia ader di rumah. Setelah 5 hari cuba menghubungi dia,dan gagal saya mula rasa tawar hati… saya merasakan dia cuba jauhkan diri dari saya.. Pengalaman putus cinta dahulu saya rasakan saya ingin melindungi diri… saya ingin bertemu kali terakhir dgn dia sebelum dia balik semula ke luar negara (For Work)this friday. Saya hanya ingin dgr apa reason dia… jika saya rasa ianya tidak munasabah saya ingin mengundur diri… saya tidak ingin memaksa lelaki mencintai saya… saya hanya perlukan lelaki yang betul2 ikhlas menyintai saya.. adekah tindakan saya ini wajar… tapi saya sudah bersedia dgn segala kemungkinan… dan saya perlu tabah menjalani hidup ini..

  • ANAMI : 1st – Bagaimana perubahan diri lelaki pilihan anda itu, sudah Bro tulis di dalam topik artikel di atas, kan. Jawapan mengapa dia berubah ada di situ.

    2nd – Closure, itu yang anda inginkan. Anda mahu tahu sekurang-kurangnya sebab apakah ini boleh terjadi, kan? You need a closure, bro faham…

    You know what, bro pun pernah merasakan yang sama. I would do the same thing! Bro rasa tindakan anda wajar untuk bertemunya buat kali yang terakhir dan mendapat penjelasan.

    NAMUN, dari pengalaman bro sendiri… selalunya ‘The Closure’…segala penjelasan dia nanti hanya akan menyakitkan hati, atau tidak akan membahagiakan kita.

    Tapi, selalunya juga ianya akan menjadikan kita lebih tabah dan dengan mudah melupakan si dia. So I would say, jangan simpan harapan apa-apa and GO FOR IT! 😉

  • Nissya : Nicely put it. 🙂

    Lizz : Xkan xleh kikiki 😆

    Anna : Are you sure you want to play with fire? Coz I’ve been tru that road, its bouncy! 😉 Miss u too.

  • wooo…don’t mean to interfere…but b4 i found my love now…i was once involved with a married man…bukan lagi “bouncy” macam yang Bro cakap…tapi…miserable..

    Ikut hati mati wooo…masa bercinta sume memang indah belaka…tapi macam Bro cakap…
    sanggup kah bermain dengan api..salah langkah..bukan lagi terbakar…tapi rentung!!!

    Lizz-yup over the years i’m cryin over men…Not anymore..and it will remain that way insyaallah..till d day i say goodbye to d world.
    Dulu akak tak boleh terima rejections n betrayal…but now…am now a new person with new spirits n always believe in qada dan qadar dari tuhan…
    Dunia dan isi dunia hanya pinjaman..dengan siapa dan dimana kita…bersyukurlah untuk waktu itu sahaja dan andainya esok suratan lain tertulis…jangan ditangisi dan dikesali…

    Live life to d fullest!!

  • ali

    slmt pg bro. Nampak ramai pempuan je kat sini. ni saya nak tambah. Mcm mana pula kalau pempuan yang tanyak kat soalan di atas tu? sama juga kan jawapan dia?

    bagi saya, laki atau puan sama je skrg ni. laki boleh curang, puan pun boleh. puan boleh cari lain, laki pun boleh.

    tapi dunia skrg dah nak terbalik dah. kebanyak kan perempuan yang memainkan perasaan laki. boleh ke dia dah ada kekasih tapi dlm masa yang sama dia juga ada kekasih yang lain kat. dua2 kekasih dia pun dpt benda yang sama (termaksud mahkota sekali) hehe… bila kekasih pertama tanya dia sayang siapa? dia akan jawap dia sayang kekasih pertama. bila kekasih 2 tanya, dia cakap dia sayang yang 2…

    isk… memang celaka lah perempuan macam ni… macam pelacur kan?

    so saya nak komen dari perempuan dari sini… boleh kan?
    apa padangan korang…:-)

  • ali

    sebenarnya tu adalah kisah saya.
    saya adalah kekasih pertama…hehe
    tapi skrg kami dah berpisah.
    tapi bukan saya yang buka mulut kata pisah. tapi dalam hati saya memang nak berpisah dgn dia sebab fikir dia takkan bahagian kalau kami bersama.
    dan dah banyak kali peluang yang bagi tapi dia tak hargai.
    so saya buatlah dia kata berpisah so saya takkan dipersalahkan kalau lain hari dia nak berbaik sebab saya takkan berbaik dgn dia…(saya paling benci perempuan curang!!!)
    Sebab bagi saya perempuan mcm tu adalah pelacur dan takde kepala hotak…
    kita sayang dia betul2 tapi dia buat perkara mcm tu…
    lebih baik takde kekasih dari ada!!!
    skrg ni masih takde lagi awek baru…hehe(taknak cari lagi sebab fikir2 menyusahkan)haha
    tapi kadang2 rindu tu ada lah…

    lelaki yang kecewa,
    ali

    harap dapat lah padangan dari bro love dan awek2 kat sini.

  • abby7788

    Assalamualaikum Bro Razzi…

    abby percaya ngan kata2 Bro…but, btl ker smua lelaki mcm 2? abby confuse ler…knp perangai lelaki nie ssh d duga? abby dh byk kali d kecewakan!

  • nini

    bro, i have problem..dlm delima nie. xtau nk pilih yang mana.1st guy, z kenal masa sekolah. couple since form5 .skg dh 6 thn kitorg couple..but z juz ade spm.skrg z juz kejer sbg kerani kat 1 of the goverment office, z baik, but die garang…panas baran..2nd guy..m , jumpe ms sama2 wat diploma n skg kami sama2 smbg degree..m pandai, caring, baik…saya xtau nak pilih saper, m punya masa depan yang cerah tp klau saya tros ngan z, masa depan saya stil the same..skg saya couple ngan both of them..help me. saya xtau nak pilih yang mana..

  • ali

    oo..
    jadi nini ni pempuan curang lah ni…
    saya paling benci pempuan mcm nini ni…
    kalau nak cari yang baru tu, cari je lah yang baru…ni dua2 pun nini couple…
    kalau saya ni BF nini, dah lama saya tinggal…

    mereka tak tahu ke?

  • hi…aduh..apa sudah jadi…jangan la macam ni adik -adik ku sayang….
    Siapa lah kita nak label kan orang sebagai pela…..Tak sampai hati nak sebut perkataan tu.
    Kalau kekasih dah curang ngan kiter…mesti ada sebab nyer…tak semua manusia sempurna termasuk diri kita sendiri…

    Blog ni rasanya Bro sediakan untuk berkongsi masalah dan idea..bukan untuk melabel orang dengan nama yang kureengg sesuai…!!!

    Harap maaf andai ada yang terasa…sowwwwyyyyy!!!!

  • ali

    saya tak marah kalau dia berterus terang…
    kalau dah taknak cakap je taknak…
    tak lah payah buat mcm tu…
    kalau nak cari baru, bagi tahu lah…
    ni dalam 1 masa 2 dia couple…
    kalau lah suami nissya macam tu, apa yang nissya rasa?

  • ali

    JANGAN INGAT PEREMPUAN SAJA YANG ADA PERASAAN!!!
    LELAKI PUN ADA TAHU!!!

  • abby7788

    Nini, u xleh ckp z xde ms dpn…xsemestinya si m blh m’bhgiakan nini dgn p’didikan yg tinggi…biarlh kte syg seseorg dr hati kte s’dri..klu nini rs z serasi ngan u, teruskn! tp klu dh xleh trskn, baik lpskn jer yg u xnk n trs trg aje ngan die..jgn biarkn org t’anianya…klu u msh mcm nie, kelak 6t u jgk yg rugi…pk2 kn lah…

  • ALI : Sabar-sabar jangan cepat nak marah je. Dari pengalaman Bro sendiri, Bro pernah dikecewakan sperti Ali itu, memang kalau boleh nak sumpah seranah, TAPI itu hanya akan menambahkan sakit di hati Bro.

    Mungkin Ali rasa puas bila memaki hamun dan mengata orang dengan berbagai nama. Kerana keterlampauan mereka memiliki 2-3 kekasih dalam satu masa, namun jauh di sudut hati, Ali masih juga kecewa, kan?

    Ubat untuk anda ialah, “MAAFKAN DIA!” Jangan menyimpan dendam, marah atau benci. Maafkan segala kesalahan dia pada Ali. Dengan cara ini, Ali akan lebih tenang dan pasti akan bertemu dengan gadis yang benar-benar setia dengan Ali.

    “Tuhan akan menjodohkan kita dengan jodoh yang sama dengan kita.”

  • abby7788

    Emm…btl ler ali ape yg bro gtau! kte jgn t’lalu ikutkn perasaan sgt k! u ingt u sorg je ker yg alami mcm nie? lgpun xsmua p’puan mcm 2…sy pun m’galami mslh spt u jgk, tp bak kata bro MAAFKAN DIA…

  • NINI : Yang penting, Nini kena pilih ialah yang membahagiakan Nini. Jika kaya berduit, tapi tak bahagia hati tak hangat bersamanya. Tak guna juga.

    Jika asyik kena marah, dipersalahkan, dipukul, diherdek…itu bosan lah kan.

    Jadi, pilih yang Nini rasa bahagia sangat apabila berada dengannya, ataupun tanpa dia di sisi. 😉

  • ABBY : Lelaki as simple as bro explain. Memang sudah azali. Secara logiknya memang begitu.

    Dan disini bro nak jelaskan, bukan lelaki sahaja begini. Ada juga wanita yang bertindak sedemikian, namun bukan semua lah.

    Lelaki juga ada yang segelintir itu masih lagi mahu menghormati sesetengah wanita dengan cara, tidak lari dengan senyap tetapi bertemu untuk berpisah! 😉

  • ali

    abby,
    saya tak kata semua perempuan mcm tu…
    saya cuma cakap saya benci orang yang suka mainkan orang…

    Bro razzi,
    buat masa sekarang saya tak boleh maafkan dia sepenuhnya tapi hati saya ok je…
    cuma kadang2 terasa nak balas dendam…hehe
    tapi fikir2 tak baik lak buat cam tu…
    last2 saya ambil keputusan biarkan je…tak guna fikir2 kan dia…kalau teruskan akan seksa hidup ni… tahu je lah kan kalau bersama dgn orang yang tak jujur takkan bahagian…

  • ali-My previous marriage a went thru lot of hell…tak baik la cakap macam tu kan…tapi apa yang akak terima dari semua tu adalah sebuah pelajaran dan pengalaman yang sangat tak ternilai…

    Akak dah rasa dan lalui semua tu dik oii…tak bangga ..tapi sekadar berkongsi pengalaman
    Perit memang perit..lebih -lebih lagi masa tu dah beranak pinak dan banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan…

    Bukan mudah nak harungi semua tu..tapi
    siapalah kita untuk membalas dendam dan menghukum sesama manusia…
    Lagi lama kita berdendam… makin di jauhkan kedamaian hati untuk kita…
    Semakin kita menjadi insan yang redha dengan qada dan qadar dari tuhan…semakin didekatkan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup kita.
    Setiap doa yang dimohon agar insan lain mendapat keredhaan Allah…makin kita mulia sisinya…
    So…kalau x gf u perangai macam tu..doakan selalu agar dia berubah dan menjadi wanita solehah.Walaupun Ali dah tak nak pada dia lagi.
    Cuba lah buat apa yg akak kata ni…pasti tuhan akan berikan Ali pengganti yang lebih baik kerana mendoakan kesejahteraan insan lain.

  • Aisyah

    Salam, interesting topik la bro… 🙂
    Lelaki & perempuan yang dikecewakan & mengecewakan.
    Sya suka nasihat kak nissya & bro.

    This my opinion (Ni nasihat yg sya dpt dr ustz, & org yg berpengalaman):

    1) sebelum kamu confirm dia jadi pasangan hidup, buat solat istikharah,ia adalh jln terbaik utk kamu semua (ni sya lakukan bila lbih dr 1 nak make me GF,& plih hanya 1)
    Ni doa yg sya amalkan lpas solat ikhtiharah(khas sya tulis utk blog bro)

    Yang bermaksud (versi malay):
    “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau berkuasa, sedangkan aku tdk berkuasa. Engkau mengetahui, aku tdk mengetahui. Engkau mengetahui segala yg ghaib. Jika engkau mengetahui bhwa si ….(sebut nama pasangan)
    baik untukku, agamaku, duniaku & akhiratku maka berilah dia utkku. Jika selainnya lebih baik drpdnya utkku, agamaku, duniaku & akhiratku, maka berilah yang lain utkku… Amin
    (Rajin2la amalkan)

    Selepas anda yakin dia pasngan anda, ada doa utk dia tertarik pd anda…

    2)Sekiranya pasangan menyukai anda dia sanggup berjumapa dgn ahli keluarga terutama parents (my x-perience yg mane x-bf mmg susah nak jumpe my perents)
    -Jgn membelakangkn parents cause parents tau yg terbaik buat anak mereka….

    3)Dan sekiranya terjadi perpisahan mcm bro ckp jgn ader sifat dendam, maafkan si dia,kalau tak blh jadi kawan pun jgn bermusuh.. (this nasihat from my mama)& bak kata kak nissya doakan dia…

    4) “Tuhan akan menjodohkan kita dengan jodoh yang sama dengan kita.”(Btol ape yg bro ckp)Pasangan kamu adalah kamu, insyallah sekiranya kamu baik/soleh maka pasngan kamu juga akan begitu, Sekiranya tidak kamu sedang diduga oleh ALLAH…

    To Ali fikirkn la, mungkin kamu akan dpt yg lebih baik dr dia…

    P/S : Sorry if i make mistake for this opinion..

  • anami

    bro razzi, i dah pun break off dgn my bf ( so now is my ex). I tak mintak penjelasan pun sbb i rasa dah tak penting lagi. I duga dia hr ini… my friend call him dan cakap direct nak jpa utk htr brg dr i.. when he heard my name mantion mcm nak tak nak jpa.. but my friend control the situation. my friend bg kata dua just jpa , bagi barang dan she will go.. so he agreed. (I was there listen from the hp loud speaker)we make sure he came first. he park the car and we park near by him. i observe him … from the way he walk and face i just feel that no explaination needed. I dont want to see him and my friends just gave the thing ( presents from him when our 1st date w/p from overseas tapi i tak padang dah…) and we drove… his face merah (may be he felt ashamed we did that- serve him right!!) then i rasa leganyer rasa i dah buat the right choice… my best friends keep remind me he dont deserve me.. and that make me love my self first.. i was so greatful Allah bagi i kekuatan utk tempuh kejadian hr ini… and i love my best friends so much for helping me through this time…. the credit is for her… and bro razzi u too for at least make me believe lelaki ader berperangai mcm tu dan patut ditinggalkan… i harap lps ni i dapat cepat lupakan dia. i tak bencikan dia cuma berfikir kenapalah dia tidak belajar dr kesilapan perkahwinan yg gagal dulu..to be a better man.

  • Ali : You ni funny guy actually 😉 Sabar k friend… Ingat akan “HUKUM KARMA” Hari ini kita aniaya orang esok orang buat kat kita pulak tau 😉 So, kalau nak dibalas dengan baik dan dicintai, berbuat 10x baik, 10x memberi kasih sayang, sure itulah juga you akan dapat! 😉

    Aisyah : Great Doa there. Cukup-cukup berjaya doa tu. Ramai yang bro sudah jumpa yang mengamalkannya. Alhamdulillah!

    Nissya : Thank You for sharing with us your experience yang amat bernilai!

    Anami : Bro sangat-sangat happy that you get thru all that. It takes couriage to do that beb! WOW…best kan bila everything settled.

    To forget someone yang sudah sekian lama berkasih sayang dengan kita mungkin difficult, tapi menjadikan perasaan kita “empty” terhadap dia boleh…caranya,

    Mulakan perhubungan baru cepat, cari teman baru, kawan baru, kehidupan baru! Then selalu fikirkan segala keburukan tentang dirinya setiap hari! Tak lama, you pun sudah tidak sedar akan kewujudannya. Try it!

  • Ema

    Bro, ema sedang mengalami krisis seperti mana yang bro huraikan di dalam artikel ni…Benar kata bro, jika lelaki sudah tidak menghiraukan pasangannya, mungkin kerana dia sudah ada teman wanita yang lain, berjanji dengan kita seolah2 sudah tiada esok baginya, kita lah teman sehidup dan sematinya, tapi bila berlaku selisih faham, kita juga yg sering dipersalahkan.
    Tak dinafikan dia seorang yang mengambil berat mengenai diri ema pada awal perkenalan, setiap hari pasti ada panggilan dan sms dia…kekadng sampai ema lak yg rasa bosan. tapi sekarang, nk dengar suara pun susah, kalau ada hal jer baru nk call, sms dah jauh sekali,hubungan pun dah tak mesra macam dulu…seksanya ema rasa…jiwa terseksa.

    pandangan kawan2 ema dengar dan ianya sama seperti apa yg Bro huraikan, tapi kenapa cinta buat hati kita jadi gelap tak nampak dimana silapnyer kita dah org yg kita syg???

    Kenangan dah janji2 yang dikatakan / diucapkannya semakin jauh….

  • anami

    thanks bro…. actually kita pernah jpa dulu.. sama 2 kursus dgn irfan khairi.. mcm ner nak start biz di web.. anyway all the best to u bro..

  • Anami : Eh you ni yang cute girl duduk sebelah I tu ke?? 😛 OR the girl yang duk seberang meja saya? hehehe…

    I wonder what is your zodiac?

    EMA : Apabila sayang jauh menular dalam sanubari, orang gunakan kita pun, kita rela. Call bila dia boring saja, ctc bila dia kesunyian…sedih…tapi kita layankan juga, semuanya kerana cinta!

    Tapi, bila dia ada teman, kita dibiarkan, berbagai alasan diberikan kita terima, kononnya kita ni tak kena untuk dia lah, tak sesuai lah, suruh kita bahagia dengan orang lain kononnya, nak kita happy…hakikatnya, dia hanya mencari alasan supaya tidak rasa bersalah… Orang macam gini Ema, lebih baik lupakan saja. Cari yang benar-benar menghargai kita, ramai lagi dont worry! 😉

  • anami

    yg i ingat dulu masa kursus tu lum start i ader duduk kat sofa i ader berbual dgn u, i tya u dr mana… tapi masa tu i tak perasan u ni penyanyi. i pakai blazer hr tu dtg dgn kakak i. masa start kursus yg i ingat u duduk di side kanan i duduk di side kiri..tapi kita satu baris.. he he.. u masa tu nak jual halalgel i jual gamat masa tu… agak2 boleh igt tak… Im LEO…(Calender Cina Tahun Naga)

  • ali

    betul ke kalau kita akan dapat yang sama dgn kita bro?
    knp saya sayang dia, dia boleh buat camtu kat saya?
    mcm mana pula orang yang baik dpt yang tak baik?(kena dera lah) tu dikira mcm mana?

    saya pernah nak balas apa yang dia buat…
    tapi saya fikir balik, tak baik buat camtu…
    so saya biarkan jelah…
    saya fikir, mungkin perpisahan ni adalah sesuatu yang baik untuk saya…

    mcm mana bro?

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor