Bagai bercakap dengan orang GILA.

Pada masa yang tidak berapa lama dulu, seorang pembesar negara yang sangat mengambil berat  tentang masyarakat sekelilingnya, melawat sebuah hospital sakit jiwa….

Penghuni – penghuni hospital sakit jiwa itu, memiliki berbagai-bagai jenis penyakit gila. Ada yang bercakap dengan dinding, ada yang tersengih-sengih seorang diri, ada yang menangis sambil mendukung bantal, ada yang dalam ketakutan melihat apa sahaja di sekelilingnya dan macam-macam lagi. 🙂

Setiap orang gila ini, telah dilawati pembesar negara yang begitu baik hati. Dan kepada setiap pada mereka, dia telah duduk berbual, walau pun kebanyakannya tidak menghiraukan kehadirannya jauh sekali untuk menjawab sebarang pertanyaan dari pembesar itu.

Hinggalah sampai kepada seorang pesakit jiwa yang berada di hujung bilik itu, yang kelihatan sedang mengail di dalam sebuah baldi besar. Dari jauh, pembesar ini mulai terasa, mungkin lelaki gila itu mahu berbual dengannya. Lalu, pembesar itu mendekatinya dan menegur…

  • “Tengah buat apa tu, asyik saja nampaknya?”
  • “Tak nampak ke apa saya buat?” lelaki gila menjawab.
  • “Nampak…awak sedang mengail, kan?”
  • “Huh!!…dah tahu, tanya pulak!” dengus lelaki gila tu.

Pembesar itu tersenyum 🙂 , memahami akan lelaki yang sakit jiwa itu. Kemudian dia bertanya lagi,

  • “Tapi, awak mengail apa?”
  • “….mengail ikan la, awak nak saya kail beruk ke kat dalam baldi ni?”
  • “Hehe…tak lah, cuma…ada ke ikan dalam baldi tu?”
  • “Ehh?!!…AWAK GILA KE? MANA ADA IKAN!!”

Naaahhh 😀  …pembesar itu pula yang dikatakan gila. Jadi, moral cerita ini…tidak ada gunanya jika kita bercakap dengan orang gila, kita pula yang jadi gila, hahaha!! 😛

Begitu juga, di dalam sesebuah perhubungan. Kalau pasangan kita tengah ‘GILA’ tu… maksud I, tengah marah ke, panas ke…ada lebih baik kita mendiamkan diri, menjauhkan diri…biarkan dia. Biarkan until dia sejuk atau reda amarah dia…

Kerana, “Bagai bercakap dengan orang gila… tiada apa pun yang memberi makna!”

Jangan sesekali mahu menyelesaikan masalah di kala panas membara, marah memuncak. Alamatnya, naik gilalah nanti. So, relax je, cool… sabar. Ada banyak masa lagi nanti untuk selesaikan masalah yang berbangkit. Alright?!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

14 Comments

  • charge

    hye bro, ..sy bru kat ruangan ni..xreti mcm maner nk citer,sy bercinta dekat rumah.Pakwe duk blkg rmah sy, genap setahun la. asyik gaduh, pasal die ni suka kluar setiap hari balik kul 4,5 pagi kadang tu xbalik terus,,,,tiap kali gaduh bukan die nk terus pujuk, dier biar seminggu dua. baru nak cari. now, gaduh lagi…dekat 2 minggu daaa..tp sy terus mendiamkan diri..dier ader sms sekeping 2 gitu jer laa.aper lagi sy sembur sumpah seranah, cz mmg xthan daa..byk sangat janji tipu yg d’tabur nk berubah..:)

  • Mai – Hehe lelaki oh lelaki, hmm sabar je lah kan, habis tu nak buat macamana, kita dah jatuh cinta dengan nya 🙂

    Kalau lah ada yang lebih menghargai kita kan? Mungkin dia akan lebih prihatin…

  • mai

    so far ok..kteorg dh berbaik.pakwe sy ni mmg jenis x romantik bro,ckp pun kasar,tp sbnr nye dia sorang yg pnyayang cuma x mau tunjuk..ego la tu…kdg2 prangai dia cmni,kdg2 berubah cmni plak..pening gak kepala nk kenal dia ni.tp tu la cabaran nye bro..hehe…its ok,sy sabar..
    lelaki….oh lelaki….

  • Julia – 🙂 you pun excited juga nak tahu ya hehe …anyway, rasa takut dan segan tu bagus. Itu menunjukkan you sedar akan keadaan sekeliling dan ia mengelakkan you dari jadi over confident. TAPI, mix kan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Good luck ya, i know you can do it.

    Sapiah – Hehe, ini kak Sapiah peminat no 1 Irfan Khairi kan? Welcome beb. 😉

  • MAI – So, macamana progress? Okey ke date you dengan your partner? Is it working well? Kalau ya, bagus lah, but if its not, don’t give up!

    There’s a lot of ways to tackle him. Penting sekali, betul-betul kenali dia dulu okay. Good Luck!

  • Julia

    wow! bestnya Mai, you dh mula mencuba …i ni dh dpt cd tip trbaru bro love ni tp xcuba2 lagi ni huhu, takut, segan, mcm2 gud luck ek

  • mai

    dh seminggu sy gaduh dgn pakwe sy ni bro..mlm ni sy belanja dia tgk wayang ‘terminator salvation’..sy nk pujuk dia..lgpun kawan2 lelaki dia pun join kami skali tgk wayang..sy ikut tips2 dari bro dlm “HOW TO KEEP UR MAN”.best r tips2 bro tu…
    harap2 la dia nak berbaik dgn sy..bro doakan sy berbaik ngan dia ye..penat r bro gaduh2 ni..mcm bdk2 je rase..

  • mai

    mmg pun..b’ckp dgn lelaki yg tgh marah,mmg mnyakitkan hati.

    lagi2 dgn lelaki yg ego tinggi.perggh..sakit jiwa di buat nye.
    tp lawak pun ade gak..

    time tgh marah,pggl ‘abg’ pun tak suke.siap suh sy pggl ‘awk’ je..bile dh pggl ‘awk’,dia plak ckp kite tak sayang die,nak memainkan die..

    sy pujuk die,die bt bodoh,die ckp perkara yg mnyakitkan hati..bile tak pujuk,die tambah2kan sakit hati kite..

    aiikkk..mane satu nk bt pun tak tau la..ckp salah,tak ckp lagi la salah..

  • PenyabarMan

    sajak bebas bro, tak ditujukan pd sape2..

    saya silap bahasa bro,pembetulan, bukan pantun tapi sajak ( yg tak seberapa sajak)

    i like bro punya blog!

  • PenyabarMan – Pantun, jangan tak pantun hehe…

    Tapi, pantun you ni ditujukan kat sapa tu? and I think it is more like a sajak je. But quite interesting.

    I like 🙂

  • Shidah, merajuk lama-lama ni is a good thing tau. Tapi dengan syarat you jangan cepat rasa kesian kat dia laa 8)

    The feeling of pity kat dia tu simpan je, let him bawa diri sementara waktu. Later on dia akan longing for you lebih dari biasa…

    Actually, the trick is, kalau boyfriend tengah marah… you hilangkan diri, jual habis mahal… hehe see what happen 😉

  • PenyabarMan

    gila? hah!

    Nak berpantun sikit ni bro kat sini boleh tak?
    tengah gila nie..
    kalau bro tak kasi,bertambah teruk gila saya pulak.. haha

    “Dulu orang tuanya mesra alam
    Dari jauh senyum memanjang
    Dari dekat menyapa pendek
    Balik bila??
    Semalam!!
    Kini orang tuanya berubah iklim
    bukan salah aku
    bukan salah sesiapa
    bukan salah takdir
    Tidak juga aku mencaci takdir itu
    kerana
    dia pergi buat selama-lamanya
    Al-fatihah
    kalau tiada yang bersalah
    kenapa bagaikan ada yang bersalah??
    REDHA lah kepergiannya!!””

    just pantun

  • Shidah

    Salam Bro n semua,

    Memang betul tu, kalau sama-sama marah, silap2 haribulan, terkeluar semua hal yg lepas-lepas, ungkit-mengungkit, nak menang dalam perlawanan marah-amarah ni… jadi masalah besar pulak nanti…

    Tapi kan ada waktu tu, bila dia marah pada hal yg tak disengajakan, saya merajuk hehe.. sampai tak layan dia sepanjang hari… or rather 2, 3 hari… *kes terlebih diamlah pulak hehe…* kesian pula tengok dia sorang bawak diri… hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons