Cakap, cakap…CAKAP! ;)

Ingat lagi tak filem Seniman Bujang Lapok? Dimana director Ahmad Nisfu geram sambil menyuruh P.Ramlee, “…cakap…cakap” – tapi si P.Ramlee diam je tak cakap-cakap haha… alasannya? “Macamana saya nak cakap, tuan director suruh saya actions, tak suruh saya cakap!”

Kelakar giler hehehe… tapi dari sini juga we can learn something, which is ‘COMMUNICATIONS’ – yaa beb, komunikasi amat penting di dalam pekerjaan, dalam perniagaan, kehidupan seharian dan tentu saja amat penting di dalam perhubungan.

Kalau communications breakdown – Komunikasi terputus, hancur, maka perhubungan pun tak kemana, kebahagiaan tidak akan tercapai! – Ramai yang bertanya bagaimana nak buat supaya perhubungan itu selamat dan saling faham memahami?

  • The answers is… cakap…cakap…cakap!

Sebagai contoh dari beberapa soalan yang selalu sangat Bro Razzi terima :-

1. Benda yang paling simple orang tanya Bro Razzi, “Macamana nak buat supaya dia tahu kita suka kat dia?”

  • Jawapan : CAKAP JE LAH .. nak buat macamana lagi laaa agak-agaknya ya?
  • Penjelasan : Ramai di antara kita suka memikirkan berbagai perkara dengan cara melampau banyak sangat. Berfikir itu bagus, tetapi jika terlalu sangat ianya tidak menguntungkan kerana, sesuatu yang kita ingin tahu itu ada lebih baik kita ALAMINYA sendiri, barulah kita akan lebih mengetahui. Jadi di dalam soal meluahkan perasaan ni, apa yang perlu kita lakukan adalah… LUAHKAN, CAKAPKAN isi hati kita…that’s all… jangan merasa malu jika ditolak… itu sudah adat, BUT at least kita tahu, daripada duk tertanya-tanya tu.

2. Bagaimana nak buat pasangan faham apa yang saya suka, benci, menyampah atau sesuatu yang saya tak suka atau apa-apa saja, sebab dia ni susah faham?

  • Jawapan : CAKAP JE LAH… nak buat bagaimana lagi?
  • Penjelasan : Susah faham atau tidak mengerti biasa terjadi di dalam perhubungan. Tugas anda adalah buat dia faham. Cakap perlahan-lahan pada dia, jelaskan kedudukan atau beritahu satu persatu dan buat dia faham. Jika dia masih juga tak faham…kena KEEP ON TELLING. Kalau tak cakap… tak tahu, dan takkan faham punya. JANGAN suka anggap orang faham apa yang anda fikirkan. – Bukan semua orang begitu. -Memang best dapat pasangan yang tak perlu cakap pun dia faham… tetapi, kan Allah buat manusia ni serba kekurangan… ianya untuk kita belajar sabar dan saling ingin kenal mengenali…faham memahami… basically, pasangan begitulah yang patut anda miliki, yang mahu belajar bersama 🙂

3. Bro Razzi, macamana ya saya dah cakap kat dia, saya suka dia tapi dia macam buat endah tak endah je, macam dia ingat saya main-main je, apa perlu saya buat?

  • Jawapan : CAKAP LAGI… cakap sampai dia anggap anda serius.
  • Penjelasan : Sesetengah orang ada ego dia, sesetengah orang pula hanya mahu faham apa yang dia mahu faham. Orang cakap dia tak nak dengar. Apa yang perlu anda buat, cakap pada dia, DENGAR apa yang anda mahu cakap! – Bagi dia terkejut sikit 😉

4. Dia selalu hilang dan jarang-jarang sangat dia hubungi saya. Saya confused. Dulu bila saya tanya dia, dia cakap dia masih sayang saya dan minta saya jangan fikir yang bukan-bukan, tapi dia macam ada tapi selalu tak ada je macamana ni?

  • Jawapan : Sudahkah anda CAKAP kan situasi ini pada dia? Sudahkah anda CAKAP perasaan anda padanya? Jika sudah cakap, tapi masih sama… CAKAP LAGI!
  • Penjelasan : Cinta yang sebenarnya cinta ni takkan dia mahu tak berhubung barang seketika pun. Dia akan keresahan, kegelisahan ingin berhubung. Kalau kita cakap-cakap dan cakap tak berubah-ubah juga tu, maknanya… bukan cinta la tu. – Masa untuk cari lain lah tu, tak perlu nak confused lagi, tak perlu takut… setiap perhubungan mesti ada kekurangan, kelemahan…tetapi lebih baik bersama yang betul-betul mahu sentiasa berhubung, itu barulah cinta!

5. Bagaimana nak tahu dia sayang atau suka kat kita bro?

  • Jawapan : DIA AKAN CAKAP LAH KAN?
  • Penjelasan : Sekiranya dia tak cakap samada dia suka atau minat atau nak pada anda, itu bermaknanya apa? Tak cakap tu maknanya dia tak bersungguh sangat lah… adakah kita mahu bersama dengan orang yang tiada kesungguhan walau dia malu nak cakap atau dia mahukan kita sekali pun? …Kita mahukan orang yang rela berkorban demi kita, benar-benar mahukan kita, betul tak?

So, LIMA CONTOH situasi yang berbeza ini, kesemuanya hanya perlukan komunikasi yang seimbang! Maksudnya, kalau tak cakap tak tahu… bila cakap baru tahu…

Straight forward je benda ni, jangan jadikan ia terlalu complicated sangat sampai tak tahu nak buat apa sampai bingung memikirkannya… benda simple je…. cakap…cakap…CAKAP… bila dah cakap tu baru terjelas semuanya, barulah dapat diluahkan, jadi mesti tahu punya… tak cakap tak tahu.

Rasa malu, segan, risau, takut itu ini semua tu tolak tepi yang penting maklumat terkini tu perlu dicakapkan dulu, suka, benci, tak suka, tak benci, kasih, sayang cinta, whatever… semua tu, kalau nak disampaikan, CAKAP JE…that ‘s it! Hehe 😀

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

p.s. : Ketahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut – klik di sini

14 Comments

  • nurazua27Agmail.coom

    thank you atas cadangan yg diberikan.saya berase sangat gembira kerana saye sudah mempunyai teman lelaki.

  • BUNGA – Macamana you bercakap dengan kawan you? Cakap macam tu la hehehe 🙂 – Buat apa fikir susah-susah, buat senang-senang je.

    Atau kalau orang tak kenal… kita mulakan dengan salam, lepas tu tanya nama, buat apa, tinggal kat mana, all basic questions la kan 😉

    Masalah ramai adalah apabila bertemu dengan yang lawa/hensem terus kelu lidah… SEBAB mereka terus fikir nak mengorat, nak bercinta, nak memikat…

    Jangan fikir semua tu, kita pun tak tahu tah dia dah berpunya, dah kahwin, tak suka kat kita… tah dia tengah berserabut… Best is put aside all that. Be cool… if dia layan okay, tak layan… biarlah kan.

    CUBA fikir nak BERCAKAP saja-saja… sure semua akan menjadi mudah!

  • bunga

    Assalamualaikum wbt. Bro, bersua lagi kita 🙂

    Soalan lepas bro ckp saya kena bijak memilih mana yg terbaik..entry yg nie bro anjurkan utk kita CAKAP..

    Jadi perlu ke utk saya cakap? Tp mcm mana nk mulakan..nk tanya pun tak berani..
    Maaf kalau soalan xmasuk akal sgt,tp sy sekadar inginkan idea mcm mana nk mulakan..

    Terima kasih daun keladi 🙂

  • awin

    cm mngene je no 4 tu kt sy bg…
    kte dh 2thn couple n’ pranagai dy yg slalu m’mtuskn comunication ble kte tgah b’jauhan tu yg wt sy mkn ati je…kte dh bncang hal ni pn dy ttp wt gak, alsan yg ayh dy skit la, tgah sbok la cm2 je bile kte gdoh psl ni…cmne wt dy pham n sdar yg prangai dy tu wt sy trasa skit ati sgt bg….

  • SALLY – Tak faham… Siapa yang nak claim duit siapa? Dan mengapa kerana nak claim duit tu sampai tak bertegur sapa? Pelik tul…

  • sally

    salam, sy ada salah paham dgn mmber lelaki… kitaorng ni kamcing sgt…smpai 1 fakulti ckp ktaorng kapel….then nk di jadikan cerita….nk claim duit ktaong bermsam muka….sy dh txt minta maaf….dia ckp xnk bncang pape…sy dh ajak kuar mkn….dia xnak…lastly sy ajak berbncang tp x jalan juga…bila selisih dgn saya dia mgelak dari jumpa sy….then sy dh xtau nk bt apa dh…huhuhu sy syg dgn phubungan ni….. tolong sy bro 🙁

  • SYARA – Very sure boyfriend you belum puas enjoy lagi. And he’s not ready laa beb.

    Ada orang umur 40-50 tahun pun tak kahwin-kahwin juga, sebab apa dia nak dia dapat! Hidup dah lebih pada orang yang kahwin, so buat apa dia nak kahwin? 🙂

    You beri kat dia kut? Kalau dah dapat, buat apa dia kahwin lagi… tu kena hati-hati 😉

  • BUNGA LARANGAN – Mungkin dia simpan dulu dan akan balas dendam nanti… Atau dia relek dulu sementara dia jumpa girl lain 😉

  • HARUMICHI – TInggalkan je lah kalau tak boleh terima. Tak guna dah nak bersemuka dan tanya that tanya this… buang masa.

    Now dia curang, sebab dia nak… dia boring, dia nak main lain… that’s it!

  • harumichi

    bro , ape yg perlu kita buat bila dpt tahu pasangan kita curang ???? sy menghadapi masalah nie 🙁

  • syara

    bro..nape lelaki ni selalu sangat mengelak bila bercakap pasal kawen ek..? padahal diri tue dah cukup segala, kerjaya , duit n umo pon dah makin meningkat… tapi bila sebut pasal kahwen tu mula la senyap n cakap busy la ape la.. padahal sebelum tu dia yg mulakan dulu sebut hal tu… eee tension tol la.. kalau bro nak tahu bf sye ni macam takot sket dengan perkataan kawen tu..knape ntah..nak kata ade pngalaman ke ape, family dia semua happy family, tapi dia syang sye n family kitorang pon dah tahu tentang hubungan nie.. mak dia pon ada tanya2 die jugak tapi dia ntah la xtahu la.. nanti la.. hmm sye je yg banyak bersabar n dah lama dah bagi green light suruh masuk minang.. tapi die..? hmmm cool je cam xde pape..haduii..pening2.. 🙁 xkan saya nak paksa kot brO… tolong lah macamana nak buat ekk… umo pun dah meningkat nie..huhu

  • bunga_larangan

    bro…kenapa sorang lelaki tu masih nak terima dan syg perempuan yang dah khianati cinta dia..contoh,terkantoi tepon member dia dan sebagainya..kenapa dia x tinggalkan perempuan tu yang dah terang2 buat salah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons