Cara Memikat BAKAL MERTUA


Tahukah anda… untuk berjaya dalam CINTA, anda juga perlu memikat kedua ibu dan bapa pasangan anda? Sesungguhnya Mertua atau Bakal Mertua ni SANGAT PENTING peranannya. Ia boleh membawa kesan yang berpanjangan di dalam perhubungan anda.

In fact, jika hancur perhubungan  baik antara anda dan mertua, alamatnya… bergoncanglah perhubungan anda bersama pasangan yang dicintai. Anda tidak mahu itu berlaku, kan?

  • Jadi, sekiranya jadi lah perkahwinan anda berdua, anda tidak mahu sesekali ada sebarang perselisihan faham atau tidak disukai oleh mertua,… perriiiitttt beb! 🙂

Hehe… menjadi Menantu yang disayangi itulah yang patut kita FOKUS, atau yang perlu kita AIM untuk masa depan yang membahagiakan.

  • “Tapi Bro Razzi, Jika kecantikan/ketampanan memang bakal mertua tidak peduli, jika kelayakan kita pun tidak dihiraukannya dan berbagai-bagai lagi yang tidak disukainya, apa lagi yang perlu saya buat??”

JANGAN putus asa. Ada banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memikat bakal mertua, antaranya  :-

1. ANDA BUKAN PERAMPAS – First sekali kita kena faham satu perkara, apabila kita mengahwini anaknya, makna situasi itu bagi seorang ibu atau bapa adalah mereka merasakan bahwa anda telah merampas anaknya dari mereka. Jadi, anda HARUS buat dia sedar yang anda bukan perampas. Buatkan dia merasa selesa dan tidak rasa kehilangan anaknya itu. Berjanji untuk selalu melawat dia pada hujung minggu atau bermalam di rumah mertua sekali atau 2 kali sebulan.

2. LUANGKAN MASA BERSAMANYA –
Penting ni, sewaktu bercinta jangan asyik bersama pasangan anda sahaja, kenalah fikirkan ibu dan bapanya sedari awal. Barulah bila sampai waktunya anda dengan mudah diterima dan disukai! Jadi, luangkan sedikit masa untuk bersama ibu atau bapa pasangan anda. Mungkin cuba membantu memasak bersama. Atau melakukan kerja rumah bersama. Lakukan perkara rutin yang sering dilakukan oleh kedua ibu bapa, agar mereka merasa anda boleh menjadi temannya.

3. MENGALAH TIDAK SEMESTI KALAH – Dengan mertua ni kena selalu mengalah. Jika mereka berleter sepanjang waktu, JANGAN melawan. Diam saja, dan buat tak tahu. Tapi jangan pula tidak menghormatinya. Buat-buat la macam dengar… angguk-angguk kepala tu kan hehehe… Biarlah dia nak berleter, kita bukan tak tahu kita dah tahu semuanya tetapi kita juga punya pendirian sendiri. NAMUN, tidak ada gunanya nak bertekak atau nak explain pada mereka, kerana mereka pun tidak mahu mendengar pendapat kita. Itu biasalah orang tua ni… yang penting, anda tunjukkan yang anda boleh berjaya dengan cara anda, nanti lama-kelamaan mereka akan terima juga.

4.JANGAN LUPA DIA – Ramai sangat orang yang lupa… bila bercinta, lupakan ibu dan bapa pasangan. Ada pula siap bergaduh dan sms marah-marah bakal mak mertua lagi. Macamana nak bahagia hidup? Sure you dan pasangan pun akan bergaduh punya. – Dari hari ini, jangan lupa hari jadi ibu dan bapa pasangan anda. Jangan lupa bertanya kesihatannya, makan minumnya, keinginannya. Selalu-selalu tanya khabar beritanya. Jangan asyik contact kekasih je, mak kekasih tu, hantar-hantarlah sms sekali dua. Tapi jangan tersilap hantar pulak hahaha… Kut terhantar ayat-ayat cinta leleh kat mak ke bapak dia ke …hahaha adoi!

5. BUAT DIA RASA DIINGINI – Especially apabila membuat keputusan, walaupun perkara yang hendak dibuat itu kecil sahaja, namun, tanya-tanyalah pendapatnya, agar dia rasa dirinya masih diperlukan. Apatah lagi jika urusan besar. Jangan tinggalkan dia di belakang… kecil hatinya nanti. Itu mertua yang baik, merajuk dan senyap sendiri, buatnya dapat yang ganas sikit… you tinggal dia belakang, dia suruh anak dia tinggalkan you, amacam? Heeee… 🙂

PADA ASASNYA… GEMBIRAKAN HATI MEREKA!

Sebenarnya banyak lagi cara untuk anda memikat hati mertua. Ada berbagai-bagai cara lagi… beli hadiah, beli saham, beri duit bulanan, hadiahkan sebidang tanah, bantu kerjanya, senangkan projeknya, bantu adik-adik juga boleh gembirakan mertua. Tidak ada in laws yang tidak akan terima jika menantu atau bakal menantu nak belanja. Suka lagi ada!

Jadi, belanja laaa… Tapi kita… malas nak fikir perkara sebegini. Biarlah…. Habis duit lah… sedangkan kita nak ambik anak dia. – Belanjalah apa salahnya, belanja makan kat restoran mewah sikit ke sekali sekala. Atau belanja dia pergi SPA ke, manja-manjakan diri. Beli tiket pergi holiday untuk ibu dan bapa …honeymoon tua-tua hehehe… Nothing left behind already kan, itu sajalah yang tinggal yang dia pasti akan menyukainya. So why not! Dia happy… anak dia pun happy… semua happy tenang dan pastinya anda akan dihormati dan disayangi.

Basically, jadilah orang yang menyenangkan kehidupan. Jangan jadi orang yang mengeruhkan keadaan. Dunia ini, bukan untuk anda berdua sahaja… ingatlah apabila anda berkahwin, anda bukan berkahwin dengan dia sahaja tetapi seluruh kaum keluarganya.

  • Jangan sesekali berpendirian, “Aku kahwin dengan dia, bukan dengan mak dia, bapa dia ke!” – Ini cara orang sombong dan bongkak… saya pun pernah jumpa orang macam ni…memang hidup tak ada ketenangan.

Jika begitu jawab anda, maka tidak lamalah perhubungan anda itu. Jika kahwin pun anda akan dibenci oleh seluruh kaum keluarga malah, mertua anda pula suruh pasangan anda cari yang lain.

Dalam hidup ini, kita perlukan sebanyak mana bantuan yang kita boleh perolehi. Jadi, buat baiklah dengan mertua dan keluarga kekasih anda… kerana merekalah yang akan membantu perkahwinan kita besok dan memberi sepenuh sokongan agar perkahwinan kita terus kekal bahagia.

Jangan besok dah kahwin, semua orang benci pada anda…masa tu nak minta tolong pada Bro Razzi pun, dah tak boleh dah hehe…. Selamat mencuba!

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

16 Comments

  • timtim

    I ade sorng bf . Bf I ni non muslim . Sbelum I kenal dgn dy I prnah krja skali dgn mak dy . Mak dy boss I N dy manager I . Lps tu pulak sangkut dgn ank dy . I daa brhenti kerja . Now I rasa tk berani nk jumpa mak bf I ni . Sbb mak dy agak garang N selalu busy dgn krja . I takut nk call or tnya khabar sbb takut kacau time krja dy . Dr pg sampai mlm mak dy brkerja . Pg krja lain . Mlm mak dy jaga rumah org tua2 dkt rumah . Kiraa mcm mak dy duduk asing . Pls bg cadangan mcm mne nk ambil hati mak dy. Lg pun I tak faham bahasa yg diorang ckp . Cumaa bahasa malay n english I fhm lh . I’ll try to learn abt their language .

  • helena

    macam mana nak tarik balik hati bakal family mertua kalau selama nieh kita dah xpernah menziarahi keluarga pasangan,jarang bertanya kabar..tapi tapi dengan anaknya selalu pulak jumpa.. pasangan saya ni jenis rapat dengan family dia ..

  • cik april

    i ni baru je tunang ikt persetujuan sy dgn tnang saya wang hntaran sy lain. tp time nk btnang tu tbe2 mak dia mntk srh ltk mrh@ je sume jd lain. sbb da syg sy ikt je. lastly bila org sekeliling dok ckp2 psl hntran ktorg tu dia jd kcik hati dgn kluarga sy lak. sbb suma org dok sblh fmly sy. skrg ni hbungan dah mcm dingin. mcm mna tu??

  • ainy_pahang

    Sy bru mgenali bkl suami sy sekitar setahun,kami bercdng akn mlngsungkn perkhawinan pd hujung 2014,tp bkl ibu mertua sy pk sy xbole bahgiakn ank dy,dan sy akn pijk ank dy,alasan umur kami sebaya,adakah umur yg menntukn kebahagiam seseorg,sy tersiksa bile dpt thu bkl ibu mertua sy tidak berkenan n sy,mcm2 dy tuduh sy,mcm sy ni pengikis,sy bkn jns mcm tu,sy xpnh berkira pon nk guna duit spe bile kmi kluar,bg sy ssh snng bia bersama,tp bile ibu dy ckp sy itu ini,sy jdi lmh,ape hrs sy bt

  • hanya lelaki biasa

    Assalamualaikum..saya pernah bergaduh dengan suami sepupu kekasih saya sehingga menyebabkan ayah kekasih saya marah hingga tidak membenarkan saya berhubung dengannya..macam2 tuduhan saya terima..budak rempit..budak xdak wawasan sedangkan saya xpernah merempit..saya xpernah melakukan sebarang jenayah,..saya ingin mintak pendapat tuan blog, bagaimana saya boleh mendapat kepercayaan ayah kekasih saya kembali? dulu beliau percayakan saya..hingga beliau mahu jodohkan saya bila saya habis belajar dr Uitm..sekarang beliau menganggap saya budak “jahat”…mohon pendapat tuan blog..terima kasih..

  • KERANI BIASA – Interesting kan your story ni… sememangnya ada Bosses yang apabila betul-betul sukakan pekerjanya, mereka akan sanggup buat apa saja asalkan dia terus kekal memiliki pekerja tu. Kerana memang susah untuk dapatkan pekerja yang baik dan boleh dipercayai. I know that coz I’m the boss too 😀

    But about the part nak jadikan you menantu dia tu, I tak berani nak komen laa… coz tak tahu betul-betul niat dia yang sebenar. BUT kemungkinan dia ada niat itu tetapi mungkin takut anaknya tak suka pula bila dia merancang untuk anaknya.

    Basically, what you can do adalah, try to be in contact dengan anak dia di luar waktu kerja. Seperti, in contact melalui chat, atau email, atau sms dan sebagainya. Lihat dia nak atau tidak… cubalah buat-buat macam biasa-biasa saja …see how it goes.

    Kalau dia nak, try buat macam kawan-kawan biasa dulu… see how far you all boleh get closed. From here slowly you all boleh lah figure it out by yourselves kan? Good luck!

  • FIZA – It’s not easy untuk serasi, tambah pula dengan family dia yang bukan selalu bersama… BUT if you really love your partner… PEJAM MATA TUTUP TELINGA and be happy with it. 😉

  • Kerani Biasa

    Adakah aku bertepuk sebelah tangan??

    Boss aku ada sorang anak dara dan usia anaknya muda 1tahun dari aku. Anaknya pun tengah study Master..maybe dalam tahun ni habis kot.

    Nak dijadikan cerita, boss aku pernah suruh anaknya putus cinta sebanyak 4KALI. Antara alasannya lelaki tu tak solat, xhormat orang tua, merokok dan mcm2 lagi. Pada mulanya aku xkesah pun. Tapi, lama-kelamaan hati aku mula tertarik pd anak sulung dia. Aku pun hairan kenapa aku nak cuba nasib dan adakah aku bakal jadi orang yang KELIMA ditendang.

    Aku xde niat nak puji/bangga diri sendiri, tp, majoriti ciri2 suami pilihan anak dia ada pada aku dan Boss aku pun tahu hal yang sama.

    Cuma, kerja aku xde le dasyat..cuma kerani biasa je.

    Tapi, yang aku hairan dan pelik, kenapa Boss aku sangat sayang pada aku seolah2 mcm anak dia. Dia rasa bersemangat sejak aku keja dgn dia. Dia rasa cemburu bila aku bersembang dan rapat dengan orang lain (x hiraukan dia).
    Aku xfaham laa sikap dia..
    Aku juga kerap ke rumah dia dan aku juga agak rapat dgn anak dan orang rumah dia.
    Boss aku kuat melancong dgn family dia..tp, sejak akhir2 ini, dia sering ajak aku sekali. Jika aku xikut dia merayu dan sanggup bagi pinjam duit tambang dan belanja.

    Baru2 ini aku dapat berita pertukaran aku ke HQ sbb tempat aku akan digantikan dengan kerani tetap. Boss aku rasa sedih dan dia xdpt menerima berita ini. Dia buat rayuan dan bantahan HQ supaya aku kekal jadi kerani dia. Macam2 dia cerita pasal aku kat Boss HQ. Boss HQ faham dan akan usahakan supaya aku kekal dgn Boss aku.

    Aku pelik…kenapa Boss aku begitu nakkan aku. Bila aku pandang mata Boss aku, aku dapat rasakan sesuatu yang nak dia luahkan pada aku tetapi bila dia akan luahkan pun..aku tak tahu. Adakah dia nak aku jadi menantunya sedangkan aku cuma kerani sambilan dan hanya berkelulusan Dip. sahaja…

    Aku mohon pandangan Bro mengenai cerita ini.

    tk.

  • fiza

    saya ni jenis yg pendiam n xbyk ckp dgn org yg baru kenal n jarang jumpa,tp bile n bf, mcm2 hal sye ckp n die.. Masalahnye skg ni,saya still xbole nak masok kepala n ibu,ayah n adik-beradik bf yg adala dlm sbulan skali jumpa..kalo borak pon,hanya satu jam yg awal saje,the rest,saya mati kutu,xtau nk borak ape sampai saya seakan takde bersama n diorg dlm sesatu masa tu..huhu how ni??

  • Puan Yana, susah tu… perkara sebegini kena bincang betul-betul. Duduk sama-sama semua keluarga. Sebab bukan anak dia saja yang boleh jatuh derhaka, you pun sama juga kan?

  • yana

    sy khwin dh 3 thn. mslhnya mak mertua sy suka msuk campur dlm hal rumahtangga sy. n dia nk kami mesti ikut ckp dia je. setiap kali cuti msti kn blik umah dia, dhlah raya pon tiap2 thn blik umah dia smpai mak sy plak yg terasa. bila ckp dgn hubby, atau klw hubby x nk ikut ckp dia, dia akan ungkit pasal jd anak derhaka.mcm mana ni?

  • BALQIS – MAK AIHHH!!! Apa hal teruk sangat bakal mertua you ni? Macam you ni lelaki pulak?? Confused jap!

    Siap suruh belanja 8 orang makan kat hotel tu apa hal? Mengapa tak suruh anak jantan dia je yang belanja?

    Ishh… kalau belum berkahwin pun sampaikan dulang kahwin pun dia nak ciput, ikut suka dia… BELUM you all kahwin, BELUM ada anak… esok tu LAGI BERAT tu… nampak sangat dia cuba untuk putuskan hubungan you all…

    Sanggup ke terus kan? I tak sanggup. Fikirlah sebaik-baiknya. BE FIRM jika nak teruskan. Jangan sampai anda pula yang merana kelak…

  • balqis

    Menarik artikel ni cuma nak tanya sket bagi orang mcm saya yg bakal dapat mak mertua.

    sy br kenal bakal mak mertua ni dn sy dn pasangan akan berkahwin cume kebelakangan ni sy asek diperli. contoh berat badan saya sedangkan sy ni kalau beli baju kurung ready made pun leh beli saiz SS. tp mungkin sy x sekurus mak mentua sy.

    lps tu ttg hantaran / dulang yg diberi, bakal mak mentua sy ni dh ckp awal2 depa akan bawa mas kawen, hantaran dan tepak sirih je. lelain xyah bwk sbb dh bagi seme masa tunang. sy sedih+terkejut, adakah sebab sy ni tak disukai sbb persetujuan asal sy dan pasangan ialah kami akan beli sama2 barang2 yg hendak diletak atas dulang dan kami exchange ikut kesukaan.

    lps tu ada skali makan lunch kt hotel, ttibe bakal ayah mentua suruh sy belanja 8 orang (sedaramara mereka). sy terkejut sbb maunye kos beribu. sy x kisah nak belanja tp ikut kesesuaian tempat gak la.

    …dan lain2 yg x termampu nk cite di sini…

    pendek kata, sy rasa mcm berat hati nak teruskan sbb sy xnk nanti ada masalah lagi besar yg akan timbul di masa hadapan…

    -help!-

  • LYNN – setiap kegagalan itu adalah satu ANUGERAH!

    Bukan semua orang yang dapat pengalaman seperti yang you lalui. – Selalu anggap kegagalan itu juga adalah jalan menuju kejayaan.

    InsyaAllah dengan pengalaman yang ada, Lynn akan lebih bijak dan matang dalam membuat keputusan untuk percintaan akan datang!

  • lynn

    takpe sekurang2nya dah mencuba daripada tidak mencuba…he he he..

  • lynn

    Sudah mencuba tapi apakan daya tiada jodoh buat diri ku..sampaikan bondanya berkata “calon yang sekarang ni makcik nampak terang”..sabar je la pengalaman hidup ada hikmahnya kan..sebab itu semua adalah ketentuan ilahi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons