Blog Cinta & Kehidupan – Brother Love by Razzi Rahman
Blog Brother Love | Razzi Rahman | Blog Cinta

Cinta “3-4 Series”: Bila Hati Masih Mencari, Tapi Usia Tak Lagi.

wanita 30-an masih single

Apabila Bro Razzi renung-renungkan…

Rupanya cinta “3-4 series” bukan sekadar tentang wanita 30-an masih single atau yang sudah menjangkau usia 40-an tetapi masih belum berkahwin…

Ia sebenarnya tentang sebuah fasa hidup wanita yang jauh lebih sunyi, lebih matang… dan kadang-kadang jauh lebih memeritkan daripada yang orang sangka.

Sebelum tu…

Ini bukan bermakna lelaki tidak melalui perkara yang sama. Ramai juga lelaki yang masuk 30-an dan 40-an masih mencari, kecewa, tertanya-tanya di mana silapnya.

Cuma kali ini, Bro Razzi mahu bercakap jujur tentang sisi wanita — kerana ada luka yang mereka simpan terlalu lama, tetapi jarang benar-benar diluahkan.

 

You see…ramai orang suka bercakap mudah.

  • “Alah… dia tu terlalu memilih.”
  • “Mungkin sibuk sangat dengan kerjaya.”
  • “Mungkin belum bersedia.”
  • “Mungkin memang tak nak kahwin.”

 

Tapi realitinya… tidak semudah itu.

Wanita 30-an Masih Single

Kadang-kadang, bukan kerana wanita itu terlalu memilih.
Bukan juga kerana dia tak cantik. Bukan kerana dia tak laku.

Tetapi kerana…

cinta selepas usia 30 memang sudah tidak sama lagi.

Ia bukan lagi tentang siapa paling pandai menggoda.
Bukan lagi tentang siapa paling banyak dapat mesej.
Bukan lagi tentang siapa paling ayu bila merajuk.

Selepas 30…

cinta jadi lebih senyap…Lebih berhati-hati.
Lebih penat… malah lebih mahal harga emosinya.

Kadang tu, “hmm… single lebih baik!”

 

Bila Kawan-Kawan Settled. Kita Masih Di situ…

Inilah bahagian yang paling pedih.

Semasa usia 20-an… semuanya masih nampak tenang.
Masih rasa macam ada banyak masa. Masih rasa macam “nanti-nanti pun sempat lagi.”

Tapi bila masuk hujung 20-an… kemudian awal 30-an… satu per satu kawan mula berkahwin.

  • Ada yang sudah sibuk dengan suami.
  • Ada yang sudah pegang anak kedua.
  • Ada yang sudah sembang tentang rumah
  • Ada yang sibuk pasal sekolah anak, cuti keluarga, simpanan masa depan.

Dan kita?

  • Masih balik rumah seorang diri.
  • Masih scroll media sosial sambil tersengih sorang… tapi dalam hati, kosong.
  • Masih cuba jawab soalan standard dari keluarga setiap kali balik kampung…

“Bila lagi?” – “Tak ada orang masuk meminang ke?” – “Memilih sangat nihh…”
“Kerjaya tinggi sangat kut…”

…hanya mampu tersenyum, dalam hati, Tuhan saya yang tahu. Orang hanya nampak senyuman di luar.

Tapi mereka tak tahu…

Nampak wanita cam kuat je, tapi diam-diam runtuh juga air mata… penat menjadi tabah.

 

Cinta Selepas usia 30 Bukan Lagi “Cari Boyfriend”

Ini yang ramai tak faham. Bila usia makin meningkat, wanita bukan sekadar mencari “boyfriend”.

Mereka sedang mencari:

  • ketenangan dan kestabilan
  • keserasian hidup dan penjagaan emosi
  • lelaki yang bukan sekadar hadir… tapi tahu memimpin

Dan di sinilah cabarannya…

Kerana semakin matang seseorang wanita, semakin dia sedar bahawa cinta bukan sekadar rasa syok saja…

  • Cinta itu satu tanggungjawab besar.
  • Cinta itu keputusan untuk masa depan. 
  • Cinta itu bukan hanya untuk hari ini, sebaliknya it’s FOREVER!

Sebab itu ramai wanita selepas 30 bukan susah jatuh cinta… tetapi susah untuk percaya semula.

Pengalaman lalu telah mematangkan, kerana…

  • Mereka pernah dikecewakan… Pernah ditinggalkan.
  • Pernah dipermainkan… Pernah diberi harapan yang indah…
  • Pernah berjanji setia, kemudian ditinggalkan dengan alasan yang bodoh.

Jadi bila orang tanya, “Kenapa susah sangat nak kahwin?”

 

Kadang-kadang jawapannya mudah:

Sebab hati yang pernah luka, tidak semudah itu membuka pintu semula.

Bro Razzi nak cakap jujur… Bukan semua salah wanita.

Tetapi dalam masa yang sama,
bukan semua benda boleh disalahkan pada takdir semata-mata.

Ada beberapa realiti yang memang perlu dihadam.

 

1. Circle makin kecil

Bila umur meningkat, peluang untuk bertemu orang baru makin berkurangan.

Zaman belajar sudah habis. Zaman kawan-kawan introduce sana sini pun makin kurang.
Kerja, rumah, komitmen, penat… Akhirnya hidup itu jadi rutin.

Dan dalam rutin itu, ramai berharap cinta datang sendiri. Masalahnya…

Jodoh memang urusan Tuhan. Tapi usaha… tetap urusan kita.

 

2. Standard lama kadang-kadang masih dibawa ke fasa hidup yang baru

Ini yang agak sensitif… tapi perlu disebut.

Ada yang masih mencari lelaki berdasarkan imaginasi zaman 20-an. Well, ada la seorang dua yang bernasib baik… tapi ramai yang hanya tinggal imaginasi semata-mata… I know, you all mahu yang…

  • Mahu yang terlalu sempurna… sentiasa romantik.
  • Mahu yang sentiasa ada masa… flawless.
  • Mahu yang buat jantung berdebar setiap masa.

Sedangkan realitinya…

Lelaki yang matang untuk berkahwin kadang-kadang tidak datang dengan gaya budak muda bercinta lagi… Dia mungkin:

  • lebih tenang dan kurang dah ayat-ayat manis nihhh…
  • lebih fokus pada hidup dan lebih serius
  • lebih straightforward la basically… no more bulan bintang dah 🙂

Dan kadang-kadang, inilah yang buat wanita terlepas lelaki yang baik…

 

3. Makin matang… makin penat nak mula dari kosong

Faktanya… Nak mula kenal orang baru… penat.
Nak cerita kisah hidup dari awal… penat.
Nak explain trauma, prinsip, keluarga, masa depan… penat.
Nak cuba lagi… penat.

Sebab itu ramai wanita 30-an masih single, bukan tidak mahu bercinta.

Mereka cuma…

letih untuk berharap terlalu banyak, kemudian kecewa sekali lagi. Nak kena start balik… lemah…

 

4. Kadang-kadang terlalu independent… 

Nah… ini pun pedih, tapi benar…

Wanita yang sudah biasa hidup sendiri, akan urus kewangan sendiri, buat keputusan sendiri, survive sendiri…

kadang-kadang tanpa sedar,
hati jadi terlalu kuat untuk menerima kehadiran orang lain. Jauh sekali nak bagi peluang dan ruang untuk lelaki tu, buatkan untuknya.

Bukan sebab sombong. Bukan sebab ego.

Tetapi sebab sudah terlalu lama membiasakan diri, “Saya boleh buat sendiri.”

Dan bila lelaki datang… dia tidak nampak ruang untuk menjadi lelaki dalam hidup wanita itu.

 

Tapi Dengar Sini Baik-Baik… Wanita 30-an Sebenarnya Sangat Bernilai

Ini part paling penting.

Bro Razzi nak cakap sesuatu yang ramai wanita perlu dengar malam ni…

Wanita 30-an dan 40-an masih single tu bukan wanita gagal.

Ulang sekali lagi.

Bukan. Wanita. Gagal.

Mereka mungkin:

  • lebih matang
  • lebih tahu apa yang mereka mahu
  • lebih tenang
  • lebih berhati-hati
  • lebih menghargai hubungan yang betul
  • lebih faham beza antara cinta dan sekadar perhatian

Dan jujur cakap…

wanita yang matang, tenang, dan tahu nilai diri — itulah antara wanita yang paling indah untuk dicintai.

Bukan sebab usia. Tapi sebab…

Mereka sudah belajar tentang hidup.

 

Cuma Satu Pesanan Ikhlas…

Jangan Bawa Perangai Lama Ke Fasa Hidup Yang Baru

Kalau usia sudah berubah… cara melihat cinta pun perlu berubah.

Kalau hati sudah lebih matang… pilihan juga perlu lebih matang.

  • Jangan masih menilai semuanya dengan drama remaja.
  • Jangan masih suka permainan tarik tali emosi.
  • Jangan masih mahu diuji setiap masa.
  • Jangan masih suka merajuk tanpa sebab.
  • Jangan masih berharap semua lelaki pandai membaca hati.

Itu bukan lagi comel. Itu meletihkan… haha 🙂

Cinta selepas usia 30, bukan cinta di usia yang untuk berpura-pura.

Ia adalah usia untuk:

  • lebih jelas
  • lebih jujur
  • lebih matang
  • lebih tenang
  • lebih terbuka kepada lelaki yang benar-benar serius

Kerana cinta selepas usia 30… bukan perlukan drama.
Ia perlukan arah.

 

Masih Single Dalam Usia 30-an Atau 40-an? … Jangan Malu

Dengar sini.

  • Jangan malu.
  • Jangan rasa diri tertinggal.
  • Jangan rasa anda “kurang laku”.
  • Jangan rasa hidup anda rosak.

Hidup bukan perlumbaan siapa kahwin dulu.

Ada orang kahwin awal, tapi menangis diam-diam.
Ada orang kahwin lambat, tapi akhirnya dipertemukan dengan pasangan yang benar-benar menghargai.

Yang penting bukan cepat.

Yang penting… betul.

Ya, realitinya memang berbeza bila usia meningkat.
Ya, peluang mungkin terasa lebih sempit.
Ya, hati mungkin sudah banyak kali penat.

Tapi selagi anda masih hidup…

harapan itu belum mati.

Cuma kali ini… jangan tunggu cinta datang sambil duduk diam.

Baiki diri… Jaga penampilan.
Jaga hati… Jaga circle… Jaga cara berfikir.
Buka ruang… Belajar menerima yang baik… walaupun dia tidak datang seperti fantasi lama anda! 🙂

Kerana kadang-kadang…

jodoh terbaik tidak datang dengan debaran yang gila-gila cam muda dolu-dolu.
Dia datang dengan tenang… dan membuat anda rasa,

“Kenapa orang ini tidak hadir lebih awal?”

 

Penutup Dari Bro Razzi

Kalau anda sedang membaca ini dalam diam…dan usia anda sudah masuk 30-an… atau mungkin 40-an… dan anda masih belum bertemu jodoh… Bro Razzi cuma nak cakap satu benda:

Anda bukan terlambat.
Anda cuma sedang melalui jalan yang berbeza.

Dan jalan yang berbeza itu… kadang-kadang memang lebih sunyi.

Tapi percayalah…

Sunyi bukan bermaksud gagal. Lambat bukan bermaksud tidak laku.
Dan usia bukan penentu sama ada anda masih layak dicintai atau tidak.

Cuma jangan nafikan realiti.

Usia berubah. Keutamaan berubah. Cara mencintai pun perlu berubah.

 

“Biar usia bertambah, asalkan hati tetap hidup. Kerana jodoh yang lambat bukan bermakna anda kalah — kadang-kadang, ia cuma bermakna Tuhan sedang menyelamatkan anda daripada usaha cinta yang salah.”

 

Dan dalam semua usaha, jangan pernah lupa  — jodoh tetap urusan Allah, jadi, kita berusaha, menjaga diri, membuka ruang… dengan disulami doa! InsyaAllah teruslah berdoa dan berharap kepada Tuhan.

sehingga kita berjumpa lagi dalam BAHAGIAN KE 2… tungguu 😉

………………………………………………………………………………………………….

 

“Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.”

Ikhlas ❤️
Brother Love by Razzi Rahman
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini

Leave a Reply

Razzi Rahman
Razzi Rahman

Founder & Creative Director

Author • Designer • Singer

“Menulis dari hati untuk yang pernah
rasa cinta, luka, dan kehilangan.”

Pilihan Untuk Anda:
  • Ebook

    Untuk anda yang sedang sembuhkan hati dari terluka dan kecewa...

  • Lihat Semua Artikel

    Untuk anda yang mahu terus membaca pelbagai artikel yang lebih bermakna lagi.

  • Muzik Untuk Hati

    Untuk jiwa yang mahu tenang melalui bisikan lagu-lagu penuh rasa.

Artikel Pilihan ❤️

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor