reject

Tiada yang paling memalukan dan mengerikan kita apabila direject! Baru je cakap, “Hi!” dia buat tak tahu je…Baru je kita senyum kat dia, muka dia selamba macam kita tak ada pun kat depan dia! Frust dan malu, kan?!

Dalam society kita pula, apabila pelawaan kita untuk keluar minum-minum atau sekadar nak berkenalan, ditolak mentah-mentah, semua orang akan pandang semacam, senyum sinis kat kita dengan wajah perli dan mengutuk… Tambah perit lagi, kita tak tahu nak sembunyi muka kat mana apabila orang-orang di sekeliling mendengar jelas cara rejections itu, kemudian digosip-gosip pula peristiwa yang amat memalukan itu, rasa bagai tersungkur merudum jatuh ke tanah… adoi! Malunyaaa… 😳

Itu belum Cinta Kena Reject… baru tegur-tegur dan ajak keluar. Cuba kita minat dengan dia, nak sangat buat dia special, …bercinta tapi di REJECT? Fuuuuhhhh… lagi MALU!

Malu memang malu, tetapi itulah hakikatnya bila kita mencuba. Tengoklah nasib dan rezeki macamana… Dan walaupun kita boleh jadi gila kerana tersangat mencintai seseorang, kita tetap tidak dapat memaksa orang mencintai kita. Terpaksalah kita terima malu itu…

Ini adalah masa yang paling kritikal. Sewaktu inilah kita perlukan kawan-kawan yang selalu memberi semangat dan  famili yang memahami.  ALSO, this is not the time you nak buat perubahan beb, just because you kena reject over something tentang diri you yang tak berapa okay to him/her, so you pun nak berubah… NO!

Kita kena fikir juga, mungkin kita bukan citarasa dia, mungkin ada orang lain yang menyukai kita. To change, boleh…but better berubah kerana kita yang mahu berubah untuk feel good about ourselves. Jangan berubah kerana orang yang mahu kita berubah, takut esok-esok bila kena reject jugak, lagilah hancur jiwa… Silap-silap terus jadi seseorang yang hilang terus keyakinan diri.

BEST IS… kita kena BE READY dan PREPARE diri untuk menghadapi situasi CINTA DITOLAK atau Rejections ini agar hidup kita tidak menjadi terlalu sukar untuk dijalani. NOW… “bagaimana hendak hadapi rejections?”

1. Relax – Selalunya apabila kita berminat dengan seseorang, kita akan jadi kelam kabut, bercakap tak berhenti, suara jadi meninggi, ketawa terlebih, membuat keputusan tanpa berfikir, gelojoh, mahukan sesuatu dengan cepat…Relax beb! Face him/her dengan perasaan yang KOSONG. “Dia hensem, dia lawa, dia cantik, dia cute…” I tahu!…but put it away, relax… Tells yourself “relax” 100x …then kenalkan diri you kepada sesiapa sahaja yang you tak kenal! 🙂

2. Confident – To be confident you cuma perlu hilangkan sebarang HOPE! Buang sebarang harapan yang ada dalam diri. “I hope dia akan nak kat I” – “I hope dia akan reply” …i harap tu, I harap ni…hehe, BUANG semua tu. Awal-awal lagi biar ada rasa, if he/she for me then he/she for me…if not, NO PROBLEM! Ada ramai lagi… Lelaki dan wanita sama sahaja… masing-masing ada keinginan untuk bercinta dan berkenalan. Kalau dia tak mahu, maknanya you just not his/her type… habis cerita, just go and look your type je. Tak perlu rasa malu or takut.

3. Be Happy – Maksud I kat sini, jangan sesekali bersedih jika tidak dilayan atau direject. Rejections adalah BIASA. Put that on your mind. Bro Razzi pun selalu juga direject!…tidak dilayan. But I tak bersedih instead, I go to the next hot girl yang lagi lawa dari yang reject i tadi untuk berkenalan haha 😀 – I cakap you all, everytime I said Hi to a girl, then if the girl tu buat tak layan…buat I macam tunggul, I KEEP SMILING… semua orang tengok hehe… and you know what, because I look happy, ramai yang mahu berkenalan dengan I selepas tu 😉

4. Take your time – Jangan nak cepaaaat je, tahulah dia tu kira your taste, your kind of person yang menjadi idaman. Tetapi take your time, berkawan dan berkenalan dulu. Kenal lama-lama. Bila penampilan you lebih kepada kawan, ianya lebih selesa dan susah untuk mendapat rejections. Don’t rush! Kalau dia tu sudah ditakdirkan untuk you insyaAllah, akan menjadi milik you juga nanti. Be cool… biarkan rasa ingin bercinta tu hadir dalam diri dia dengan sendiri… tugas you, show the best of yourself. Don’t ask for more…kalau melepas, well anggap dia bukan untuk you je lah kan… Malah kalau bercinta pun, mungkin huru-hara, then breakoff jugak… Because, kalau betul CINTA,  dah ada sparks, ada electric shock, bahan kimia sudah menaikkan rasa berahi ni… 😉

5. Keep your options open – Bagi sesetengah orang, perkara ini agak kurang selesa tetapi to me it’s the best way untuk hadapi rejections. Keep your options open ini adalah bermaksud, bukan berharap pada yang satu tu je. Let yourself berkenalan dengan beberapa orang yang berpotensi untuk menjadi specials dalam satu masa. Wait and see…dan maintain options open/berkawan tanpa sebarang ikatan. TAPI kalau dah ada ikatan tu tak bolehlah lagi keep your options open hehe.

Meantime masih belum terikat tu, yang mana bersungguh dan sesuai dengan you, akan muncul sendiri…menagih cinta dari you! Dan selalunya, at that time, you mesti terkejut… yang you ingat akan jadi your lover, are totally different dari yang you expected! hehe  😉

JADI, untuk mengelakkan diri kita kecewa, frustrated, marah, berduka cita, malu kerana REJECTED, kita bolehlah praktikkan  5 perkara di atas dan, selalu ingat,

“Mengapa kita berpisah? Mengapa putus? Mengapa dia tidak mahukan aku? Mengapa cinta aku ditolak?…well, sebab dia tidak sesuai dan dia bukan untuk aku, cinta aku yang sebenar-benarnya akan hadir nanti!”

CINTAKAN HADIR DALAM HIDUP MEREKA YANG BENAR-BENAR INGINKAN CINTA SEJATI…

Miliki eBook 101 cara Memikat Lelaki sekarang! – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [59] Comments