Blog Cinta & Kehidupan – Brother Love by Razzi Rahman
Blog Brother Love | Razzi Rahman | Blog Cinta

Cinta sampai ke Syurga

Bercinta bukan untuk sehari dua, berkahwin bukan untuk seketika. Cintalah untuk selama-lamanya. Kahwinlah sampai ke tua, sampai bila-bila. Mohonlah selalu pada yang Maha Esa, agar bersama sampai ke syurga, InsyaAllah.

Pesan ibu dulu-dulu, “Esok Razzi kahwin, carilah pasangan yang bukan hanya bercinta untuk hari ini atau esok lusa saja, jangan juga cari yang sibuk dengan lelaki-lelaki lain pula! Cari yang benar-benar serius dan bukan untuk suka-suka!”

Ya lah, siapa yang nak cari pasangan yang hanya nak bermain saja, tak pasal nak suka-suka saja, sampai bila? Ada ke orang nak bercinta hanya untuk sementara? Pastinya tak ada namun, selalu terjadi perhubungan yang hanya sementara saja hangatnya. Sekejap je dah putus! Bercinta bagai nak gila, tengok-tengok seminggu dua dah hilang?

Memanglah kalau kita awal-awal tu terus khayal dan hanyut dengan kemesraan dari chatting di facebook, chatting di whatsapp, melayan bergayut berjam-jam, memang kita tidak akan nampak REALITI yang sebenar. Ada sedikit cara-cara untuk anda lakukan jika anda mahu melihat dialah THE ONE!

  • LANGKAH PERTAMA, apa yang kita perlu lihat dan tanya pada diri sendiri, “Okay, aku suka pada wajahnya, not bad lah… tetapi adakah aku boleh bercinta hingga ke tua dengan dia? Dengan keperibadian dia begitu, perangainya begini, adakah aku boleh hidup bersama-samanya sampai bila-bila?”
  • LANGKAH KE 2 :  Renung-renungkan lama-lama. Kalau boleh cuba jadi orang lain yang memandang kepada anda berdua… Nampakkah lagi 20-30 tahun anda masih mesra bersama, happy together?
  • LANGKAH KE 3 : Tutup mata anda! Haaa… nak tengok pun tak perlu mata kasar, guna mata hati. Okay, tutup mata anda dan buka mata hati. Nampakkah anda masih berdua bahagia bersama walau sudah berpuluh tahun berkahwin?
  • LANGKAH KE 4 : Cuba naik bukit, atau pergi ke tempat yang tenang dan berangin… best is PANTAI. Berdiri mengadap samudera luas terbentang, tenung, tenung tajam-tajam sehingga anda nampak anda berdua bersama yang tersayang, kemudian tenung lama-lama lagi dan lihat sungguh-sungguh sehingga anda nampak anda berdua… Amacam? Masih bercinta? 😀

CUBALAH TENGOK… kalau betul-betul dialah orangnya, anda boleh bayangkan kebahagiaan hidup bersamanya hingga ke tua, tapi jika dia bukan THE ONE, puas anda tenung dan bayangkan, puas anda lihat tajam macamana pun, anda memang takkan nampak punya. LALU, tinggallah satu lagi langkah, iaitu…

  • LANGKAH TERAKHIR : Haaa… ini langkah, paling menakutkan! Langkahnya adalah, melangkahlah dengan tenang ke jinjang pelamin setelah benar-benar mengenalinya. Kahwinilah dia dengan sepenuh kasih sayang, redha, dan bersama memohon keberkatan dari Ilahi. Sama-samalah berusaha membahagiakan pasangan sendiri dalam menyusuri hidup berumah tangga dan sama-samalah lihat nanti, adakah akan terus bahagia dan masih utuh cintanya walaupun sudah tua.

Sebenarnya hala tuju kesemua perhubungan terletak kepada pasangan itu sendiri. Jauh mana  anda mahu terus berusaha membaik pulih dan membahagiakan perkahwinan dan antara satu sama lain. Jika malas dan suka melayan godaan, memang tak kemana la perkahwinan itu. Sekejap je sudah bercerai, tetapi jika benar-benar sayang, dia pasti mahu berusaha untuk kebahagiaan bersama, dan mahu Cinta sampai ke Syurga!

Jadi, sama-samalah kita ingat-ingat balik, bercinta bukan untuk sehari dua, berkahwin bukan untuk seketika. Cintalah untuk selama-lamanya. Kahwinlah sampai ke tua, sampai bila-bila. Mohonlah selalu pada yang Maha Esa, agar bersama sampai ke syurga, InsyaAllah.

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda layari laman ebook + buku-buku Brother Love, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

Leave a Reply

Razzi Rahman
Razzi Rahman

Founder & Creative Director

Author • Designer • Singer

“Menulis dari hati untuk yang pernah
rasa cinta, luka, dan kehilangan.”

Signature Razzi Rahman
Pilihan Untuk Anda:
  • Ebook

    Untuk anda yang sedang sembuhkan hati dari terluka dan kecewa...

  • Lihat Semua Artikel

    Untuk anda yang mahu terus membaca pelbagai artikel yang lebih bermakna lagi.

  • Muzik Untuk Hati

    Untuk jiwa yang mahu tenang melalui bisikan lagu-lagu penuh rasa.

Artikel Pilihan ❤️

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor