Cinta si Senior

Apa pulak Bro Razzi ni, Cinta Si Senior pulak ni. 😀
blog1

I kira ni berlapik la kan, apa yang nak diungkapkan yang sebenarnya adalah yang ‘TUA’ kang kata cinta si tua, ada pula yang terasa hati, kalau kata oldies kut marah juga hehe… but basically, artikel Razzi kali ini akan mengatakan tentang PERCINTAAN atau perhubungan cinta dengan orang yang jauh lebih tua umurnya, seperti yang ramai kita lihat kebelakangan ini.

TETAPI , yang paling kita semua nak tahu adalah, adakah ianya boleh membahagiakan? Adakah ianya boleh kekal? Atau adakah ianya lebih elok daripada yang muda atau sebaya? Saya akan beri jawapan kepada persoalan-persoalan ini sekejap lagi.

Sebelum itu, mari kita lihat secara keseluruhan situasi yang sebenar berlaku di dalam perhubungan cinta dengan orang yang jauh lebih tua ini.

  • Pertama sekali perkara ini boleh terjadi, adalah akibat dari orang-orang muda juga. Mereka terlalu sukakan hiburan, hidup free, sosial, sehinggakan mereka tidak pentingkan komitmen. Lalu selalulah terjadi kecurangan dan perpisahan.
  • Perkara sebegini membuatkan dia yang terkecewa berkali-kali akan mulai mengubah haluan. Mungkin mereka akan terfikir, “Issh bosan dah aku dengan yang muda-muda ni, dah lah gelojoh, tak matang pulak tu, hmm mungkin dia yang lebih tua, lebih setia dan pandai layan, mesti best!”
  • Bagi mereka yang terdedah dengan ramainya kawan yang muda-muda di sekeliling juga, akan membuatkan mereka ingin menukar citarasa. Apabila setiap masa asyik yang muda-muda saja yang dikenalinya, dan kesemuanya membosankan dia pula kerana tidak saling memahami.
  • Sesetengah pula, rimas apabila yang biasa dengannya tidak bijak dalam membuat keputusan. Akhirnya, mereka akan mulai ingin berkenalan dengan mereka yang lebih tua atau yang lebih dewasa dan berpengalaman serta matang!

To me, biarlah mereka mencuba dan mengenali kesemua tahap umur dan kemudian bolehlah kita minta mereka berikan masa pada diri mereka sendiri untuk membuat pertimbangan yang terbaik dan memberi keputusan yang tepat buat masa depan mereka sendiri.

CUMA, apabila peluang itu terbuka. Apa yang akan terjadi? SELALUNYA… yang tua akan memenangi hati yang muda. Ini adalah kerana selalunya, mereka yang sudah berumur ini adalah mereka yang banyak pengalaman dan bijak dalam mengambil hati serta, pandai membahagiakan pasangan dengan layanan 1st clas, layanan seperti raja-raja, permaisuri, puteri/putera raja.

Setakat ini, JUJUR saya katakan amat ramai yang telah MENGAKU, bercinta dengan yang sudah berumur, yang jauh lebih tua ini, amat memberangsangkan, keghairahan yang diterima juga menerujakan malah tabiat dan tingkahlaku yang memahami membuatkan yang muda mudah terasa disayangi, lantas jatuh cinta.

blog2

AKAN tetapi, menjawab kepada persoalan di awalan tadi…

  • Adakah cinta mereka yang sudah berumur ini boleh membahagiakan? boleh kekal? Atau lebih elok daripada yang muda, yang sebaya?
  • SUDAH TENTU jawapannya YA. …tetapi TIDAK pun ada juga.

Hakikatnya, MUDA atau TUA sama saja. Keperibadian anda yang akan membezakan perhubungan yang dilalui. Masih ramai single mother yang belum matang dan tidak pernah mahu belajar dari kesilapan dan pengalaman lalu. Dan si duda, juga ramai yang tidak matang dan terlalu ‘control freak’, jeles membabi buta…

Yang muda pun ada yang boleh membahagiakan pasangan mereka, bukan semuanya tak matang. Jika mereka betul-betul sayang dengan seikhlas hati, jujur, dan berusaha untuk keselesaan perhubungan, tua atau muda ianya bukanlah penghalangnya. Dan yang tua juga ada yang terus-terusan gagal dalam perhubungan kerana terlalu egois dan hanya mahu mengikut kehendaknya.

Yang sudah berumur, pun masih perangai macam budak kecik. So apa guna tua dan sudah berumur tetapi perangai tak berubah-ubah, tiada keyakinan dalam hidup. CUMA, jumlahnya mereka yang kurang kematangan ini tidaklah seramai orang-orang muda yang sememangnya kurang pengalaman.

  • Pengalaman akan mematangkan kita. Tanpa pengalaman tidak mungkin kita boleh belajar mengenal erti percintaan yang sebenar. Dan pastinya tidak mungkin kita boleh tahu bagaimana memberi layanan 1st class kepada pasangan kita.

blog3

NAMUN, walaupun anda masih muda, anda boleh mempelajarinya, ilmu selok-belok percintaan yang membahagiakan. Janganlah ego dan sombong, berlagak macam tahu. Lihat diri di cermin, adakah sudah cukup ilmu di dada? Lihat wajah, adakah wajah itu sudah merantau ke seluruh dunia menimba pengalaman? Apa yang hendak dikatakan di sini. CINTA adalah terlalu subjektif. Saya tidak boleh kata, kalau anda pilih jalan A, anda akan berjaya. Pilih jalan B, anda akan gagal.

Saya BUKAN PAWANG, yang boleh mengubat orang untuk gilakan anda. Saya BUKAN BOMOH, yang boleh menjampi sesiapa untuk mabukkan anda. Saya juga bukan AHLI SIHIR, yang boleh menyihirkan perasaan dia untuk kembali mencintai anda…

JIKA ITU YANG ANDA CARI, MAKA INI BUKAN UNTUK ANDA…

TETAPI, dari ‘PENGALAMAN’ saya …apa yang saya lalui dan lihat sendiri, itulah yang selalunya terjadi. Jadi setiap penyelesaian kepada persoalan anda itu yang saya kongsikan, berdasarkan dari 20 tahun pengalaman di dalam cinta.

blog4

As for our topic today, TUA atau MUDA yang patut dipilih? Tepuk dada tanya selera. But if it’s me… I akan pilih yang buat I rasa dihormati, dihargai dan paling penting, rasa amat istimewa buatnya!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

  • Share this article at your facebook…  😉

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

2 Comments

  • gadis nogori

    salam bro razzi..

    ada sorang lelaki ni iaitu R,saya pernah tolak cinta dia dulu..lalu saya pilih lelaki lain iaitu N..sekarang saya dah putus dengan N kerana N telah tinggalkan saya..

    dalam diam R masih mengharapkan saya,dalam status facebook dia telah letak in relationship..dia menyuruh kawan pompuan dia menyamar jadi girlfriend dia utk cover tempat saya..R juga selalu berkhayal seolah kami benar2 sedang bercinta..

    baru2 ini dia telah membuat keputusan mengejutkan dengan bertunang pd tarikh besday saya..sekali lagi dia mempergunakan pompuan itu utk cover tempat saya..

    R bercadang utk terus bernikah dengan saya bila saya sudah boleh terima dia..setelah cinta dia ditolak,dia cuba lagi untuk kali ke 2..tapi kali ini dia tidak mahu bercinta,bertunang tapi nikah terus..

    saya tahu semua perkara ini melalui risikan dan R tidak tahu saya tahu tentang semua perkara ini..

    saya amat hargai kesungguhan dia,cuma yg agak menakutkan saya adalah cara dia macam org saiko,saiko kah dia..??orang lelaki memang macam tu ke bro..

  • enchinoderm

    bro razzi,terima kaseh pnulisan yg bagus sgt nie. bru2 nie sy ad mslh cinta..time kusut nk hdapi mslh n tgh sdey2 sy baca la blog bro razzi ni. sy rase lbih bersemangat n cm dpt inspirasi baru. pnulisan bro byk mmbuka mata sy.. sy yakin dgn move on dr relationship dlu..sy yakin ada sinar baru yg mnanti..sy redha dgn apa yg blaku.

    thanks bro ats blog yg mnarik ni..truskan mnulis ya..always support you and may Allah bless you 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons