Dulu Cinta, Sekarang?

Cinta Razzi Rahman 01

Bayangkan sekejap, dulu-dulu waktu awal-awal perkenalan. Bagaimanakah keadaannya? Rasa kalau Abang Razzi cakap, awal-awal jatuh cinta dulu pastinya kerana terpikat kepada Ketampanannya/Kecantikannya? Betul kan?

Selalunya tanpa kita sedari itulah yang membuatkan kita tersenyum. Bila kita berseorangan tak fikir apa-apa, atau masa kita tengah berjalan relek-relek, tiba-tiba terpandang seraut wajah. Boom! Kita tersenyum lebar, wah…sebab apa?

Sebab kita terasa seperti ada sesuatu mencucuk-cucuk di jiwa. Hati kita terbuak-buak tak semena-mena, mulut mulai berkata tanpa bersuara “Yes! Yes!… dialah!” Ya…dialah yang telah lama menjadi impian kita. Kan?…pernah rasa begitu betul tak hehe samalah kita huhu…

  • Tapi itu DULU. Memang seronok dan asyik sekali bila mengingati saat manis dan memberi debaran itu. Namun, biasalah baru-baru memanglah jatuh cinta itu indah. Bercinta dan berkasih sayang, couple, semua tu memang best sangat. Tambah menyeronokkan lagi adalah apabila percintaan itu membawa ke jinjang pelamin.
  • Tapi SEKARANG? Apa sudah jadi? Mengapa sebuah perhubungan yang mengasyikkan itu, perhubungan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang itu berubah menjadi seolah-olah tidak pernah ujud cinta itu?

Jika baru-baru couple ke, atau baru date 2-3 kali ke, bertukar tidak suka. Mungkin itu boleh diterima sebagai tiada persefahaman ke atau ‘True Colours’ sudah keluar ke dah nampak perangai sebenarnya yang tak suka dan tak boleh terima…Okay FINE!

BUT, what about yang sudah bertahun-tahun bercinta, berkahwin, hidup bersama, saling cinta, saling sayang… Sekarang dah benci?

  • Lupakah segala-gala kenangan manis bersama dulu?
  • Sudah tak ingat lagi bagaimana seronoknya percintaan itu dulu?

Ishh… sayangnya terasa jika ianya dilupakan, terasa amat rugi! Walau apa pun alasannya, sudah benci ke, sudah berubah ke, tak sefahaman lagi ke…ingatlah,

  • MENCINTAI DIA… bukan ikut suka masa kita. Sebaliknya, sayangilah dia setiap masa BUKAN ikut masa-masa tertentu saja. Dulu cinta sekarang benci… mana boleh! Tak baik macam tu, apa sahaja masalah yang timbul, selesaikan bersama dan usahakan bersama jalan penyelesaiannya. Pasti boleh jika ada kemahuan… jangan ikut nafsu sangat, ikut akal, fikir…fikir 😉

Bukan apa Abang Razzi takut, nanti anda juga yang kerugian. Jadi,

“Hargailah dia, semasa dia masih bersama. Kelak dia sudah pergi menyesal tak berguna”

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons