Blog Cinta & Kehidupan – Brother Love by Razzi Rahman
Blog Brother Love | Razzi Rahman | Blog Cinta

Hati isteri bila sudah nekad…

Nekad tidak mahu kecewa lagi

Bayangkan seorang lelaki yang hanya average looking guy,  average income, kehidupan yang biasa-biasa saja, tiba-tiba menemui seorang  wanita, jelitawan yang lawa, anggun, lebih berjaya darinya…  tetapi dapat ditundukinya, sehingga wanita itu mahu berkahwin dengannya…

Wahhh sikit punya bangga brother kita. Kawan-kawan yang selalu mengejek kini senyap dan sepi. Terdiam sendiri pula. Keegoaan diri si suami mulai muncul… terasa hebat dan sedikit bongkak dengan kejayaannya.

Hidup bahagia… seketika, dapat baby pun cantik juga… NAMUN, tah macamana keegoan diri mulai menghantui… kerana akibat kejayaannya itu memiliki isteri cantik yang tak sepadan dengannya, dia terasa hebat, lalu mulai terasa nak try yang lain pula.

Aiiii… melekat lagi pulak tu, mudahnya gitu. Lalu sibuk melayan yang baru, isteri di depan mata sudah tidak dihiraukan lagi.

BUKAN semua lelaki begini… hanya segelintir sahaja yang tak sedari diri.

Apa yang saya nak katakan di sini…

HATI-HATI, mungkin kita rasa kita boleh dapat semua awek, semua wanita yang kita cuba. Mungkin kita pandai melawak, mungkin pandai mengayat dan sebagainya.

TETAPI, ingatlah isteri yang telah berkorban apa sahaja demi kita sebelum ini. Ingat anak-anak di rumah. Jangan sombong…

JANGAN sampai ISTERI NEKAD untuk berpisah. Di saat itu mungkin anda masih tak kisah. Tapi ketahuilah… selepas itu, di saat tiba-tiba Tuhan nak tarik kehebatan kita, tak siapa yang suka kita lagi. Tak mudah lagi untuk kita memiliki sesiapa pun, akibatnya… kita keseorangan diri. Akhirnya menangis tak berlagu… ini pernah terjadi, tak mustahil anda juga kan merasainya nanti.

Hargailah dia yang ada di samping mu selalu itu. Sayangilah dia sepenuh hati… itu saja pesanan saya.

Takut bila sampai waktu, anda mulai tersedar, di saat itu segala-galanya sudah terlambat.

KLIK BUTTON PLAY!

“Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.”

Ikhlas ❤️
Brother Love by Razzi Rahman
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini

Leave a Reply

Razzi Rahman
Razzi Rahman

Founder & Creative Director

Author • Designer • Singer

“Menulis dari hati untuk yang pernah
rasa cinta, luka, dan kehilangan.”

Pilihan Untuk Anda:
  • Ebook

    Untuk anda yang sedang sembuhkan hati dari terluka dan kecewa...

  • Lihat Semua Artikel

    Untuk anda yang mahu terus membaca pelbagai artikel yang lebih bermakna lagi.

  • Muzik Untuk Hati

    Untuk jiwa yang mahu tenang melalui bisikan lagu-lagu penuh rasa.

Artikel Pilihan ❤️

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor