Jika wanita kahwin lebih satu…

married

Bertahun anda memiliki seorang isteri yang cukup lawa, manis dipandang, sejuk hati mendengar suaranya yang manja, runtun jiwa dengan sentuhannya, rebah bila dibelainya… dialah paling baik dan paling lawa dalam dunia bagi anda, tiba-tiba…

Dia nak kahwin lagi satu! Katanya, nak membantu lelaki itu yang sudah lama kehilangan arah dan begitu memerlukan bimbingannya, kesiannnn kat dia kononnya, jadi untuk mengelakkan dari zina, ada baiknya mereka kahwin! Terkejut giler rasanya anda sebagai suaminya kan? Sentap cam nak giler sekejap hihi…

Andai kata LELAKI yang dimadu… bagaimana agaknya dunia ini? Pernahkah anda terfikir mengapa Allah swt tidak meletakkan hukum, wanita boleh kahwin 4? Hancur dunia barangkali kan… Syukurlah Tuhan tak buat macam tu, sesungguhnya hukum Islam itu sudah cantik dah…

NAMUN, cuba renung-renungkan seketika, SEKIRANYA hukum membenarkan wanita boleh kahwin lebih, poligami untuk wanita yang kahwin 4, amacam? Anda seorang suami… tetiba isteri kata,

“Bang… ayang rasa ayang nak kahwin lagi satu la bang! Tak baik rasanya ayang biarkan dia begitu saja. Ayang kena kahwin dengan dia macam-macam mana sekali pun. Abang kena terima madu abang ni ya…”

…haha 😀 bagaimana reaksi anda? … nak pecah dada gamaknya ya. Lepas tu pujuknya lagi,

“Berdosa melanggar hukum Tuhan bang, kalau abang rela bermadu dengan ikhlas, Payung emas esok-esok abang di syurga nanti…pahala besar bang!

Nak je cakap tak boleh, sekali dia keluarkan hadis, ayat sekian, baris sekian mengatakan wanita boleh kahwin lebih. Kalau suami membantah, hukumnya berdosa. Amacam? Terpaksalah anda membenarkan isteri anda yang sudah bertahun-tahun bersama anda itu kahwin lagi satu. Demi anak-anak anda, tak mahu rumah tangga berpecah belah, anda rela kerana sayangkan isteri!

Marah bukan kepalang la kan tapi tak boleh nak buat apa, sakit hati usah cakap… tambah menyirap darah panas, tengok madu anda pulak, lelaki tampan, muda, sado pulak, tough giler… MAK AIHH!! PANASSS… 😀 😛

  • Apa anda rasa? Boleh ke terima, sanggupkah berkongsi tubuh manis isteri anda dengan lelaki lain? …walaupun ianya halal, TAAAKKK SANGGUUUUP!

Kalau anda seorang suami dan sanggup berkongsi isteri, sebagaimana ramai isteri-isteri yang sanggup berkongsi suami, anda kira seorang suami yang cukup STRONG giler lah, “Wa respect sama lu!”

– Kerana sesungguhnya wanita yang berpoligami, perit jiwanya menahan sabar, tabah menempuh takdir perkongsian hidup bersama wanita lain, redha dengan ketentuan Ilahi… dan ramai yang mengaku, ianya adalah ujian paling getir dan terbesar dari Allah swt…dan pasti ada yang bahagia berkongsi suami, tetapi belum ada lagi yang mengaku secara jujur kepada saya. Jadi, TABIK giler pada mereka yang cukup tabah ini.

HAKIKATNYA? …wanita hanya boleh kahwin 1 suami saja! Dan hukum yang sahih, Lelaki boleh kahwin 4 dan wajib berlaku adil… Dan Allah tahu, lelaki tidak setabah wanita, Allah tahu lelaki tidak sekuat mana kesabarannya, Allah tahu tidak ada lelaki yang rela berkongsi isteri, wanita kesayangannya!

Jadi siapa lemah dan siapa yang kuat di sini? …Ya wanita lembut, wanita lemah, wanita senang diperdaya…tetapi semua itu kerana sayangkan dan cintakan lelaki. NAMUN ingatlah siapa yang lemah sebenarnya dan siapa yang lebih tabah menghadapi ujian Allah swt.

Ingatlah jika hukum diterbalikkan kepada lelaki… bergoncang dunia! Maka hargailah wanita, hargailah pasangan mu, cintailah isterimu dengan sepenuh hati dan sayangilah dia dengan seluruh jiwa dan ragamu, sesungguhnya setiap kejayaan lelaki di dunia ini, ada wanita yang sentiasa menyokong di belakang tabir. Tanpa wanita, tanpa isteri yang selalu ikhlas menyayangi mu… suami tidak mungkin bahagia sampai bila-bila. Bersyukurlah kerna kau ada wanita itu, kau memiliki isteri itu… 😉

p.s. : Bagi wanita yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang lelaki pula,
Dapatkan eBook terbaru dari Brother Love, 101 cara Memikat Lelaki sekarang! – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

2 Comments

  • OOPS MAJOR TYPO ERROR:: Haha she was more than willin to secrah for someone for me, i guess all mothers would since they get to choose their perfect type (get this right THEIR TYPE), to tie the knot with me. Hahaha (not tie the not with my husband, .sorry probably was thinking too much of him when i was typing this)

  • Situasi yg saya rasakan sekarang ini , bila terbaca nurkilan saudara razzi rasa terkaku seketika . Ada betul apa yg saudara razzi katakan . Sekarang saya dapat satu pengajaran di sini . Terima kasih saudara razzi , moga terus kan tips tips yg berguna dan boleh di kongsi kan sebagai ilmu untuk pengetahuan diri dlm kehidupan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons