LOVE for ALLAH

Many of us selalu mengatakan, love your God first barulah love your partner. Sayangi dan cintai Allah bagi yang Islam, bagi yang bukan Islam maka cintai Tuhan mereka dulu, barulah boleh mencintai pasangan mereka.

In my humble opinion…

Cinta kepada Allah, atau Love for Allah, or Love kepada Tuhan mereka dulu ni… “It goes without saying!”  – apa yang I maksudkan di sini… Cinta kepada Tuhan itu, TIDAK PERLU diperkatakan lagi kerana ianya adalah wajib! IT’S A MUST!

Mengapa kita perlu usulkan lagi, mengapa perlu kita persoalkan lagi. Mengapa kena cakap, “Cintailah Allah kerana itulah cinta abadi” MEMANGLAH! Sudah satu kewajipan kita untuk mencintai dan menyayangi Tuhan kita. No doubt, Ianya adalah yang paling utama. Tidak kita letak ianya kedua…ataupun pertama, or terdahulu kerana ianya adalah yang terunggul dan teragung! Out of our league, out of options…End of story!

  • Takkan kita begitu jahil sehingga kita fikirkan, “Nak cinta yang mana dulu ya? Kekasih atau Tuhan?” heyye… PASTINYA, kalau I orang islam, My LOVE is for ALLAH!

So, please semua… jangan rasa rendah diri, jangan rasa bagai melakukan kesilapan apabila gagal bercinta atau rasa kegagalan itu kerana kurang mencintai Tuhan… KERANA,

Rasa cinta kita, rasa sunyi, feelings of love kasih dan sayang yang bergelumang dalam diri ini… Kesunyian yang menghenyak tubuh yang longlai… Keinginan yang mencengkam jiwa dan hati nurani yang makin perlahan geraknya… Bukankah semua perasaan ini datang dari Dia yang Maha Esa?

YES, Cinta dari Tuhan itu terunggul, YES, Cinta dari Tuhan itu penuh kesetiaan, keluhuran, kelembutan, Yes Islamic people, Love from Allah, penuh dengan kenikmatan kasih dan sayang yang mengasyikkan…TETAPI, tanya pada diri anda sendiri…

  • “Mengapa Tuhan ciptakan Adam dan Hawa?”
  • “Kemudian memasukkan perasaan cinta?”
  • “Mengapakah Tuhan ciptakan manusia berpasang-pasangan?”
  • “Mengapakah Tuhan telah menulis jodoh mu?”
  • “Mengapa adanya hukum akad nikah?”

Kerana, walau dunia ini hanya pinjaman, tetapi Allah mahu kita menggunakan akal dan fikiran kita agar bijak membuat keputusan dalam kehidupan bercinta…kemudian melahirkan zuriat yang baik-baik untuk memakmurkan dunia ini… BUKAN hanya sekadar duduk dan tengok je dunia ini mentang-mentang pinjam…

Memang apa sahaja yang kita lakukan, mesti kerana “LILLAHHITAALA”, semua untuk ALLAH, akan tetapi…ianya bukan bermaksud, beramal kepadanya dengan sembahyang 24jam, berdoa sepanjang waktu kepada Allah sehingga tak buat kerja lain! Sebaliknya… Allah mahu kita melakukan pelbagai perkara yang telah disediakan di dalam dunia ini, kerana itu juga adalah satu amalan!

  • Mencintai seseorang dengan penuh ikhlas dan jujur…adalah satu amalan suci, yang akan membawa kepada pernikahan yang mana pahalanya seperti mendirikan sebuah masjid! Amalan besar tu…
  • Memberi perbelanjaan kepada isteri tanpa berkira, dan penuh ikhlas…amalan suci jugak! Kerana Allah memberi ganjaran yang besar kepada suami yang suka berbelanja kepada isteri dan membahagiakan bakal ibu kepada anak-anaknya nanti. Di dunia lagi Tuhan akan curahkan rezeki yang melimpah ruah.
  • Kemudian menanam benih-benih yang subur di malam jumaat, sambil membaca ayat-ayat suci alQuran sehingga membuatkan isteri mengandungkan anak-anak yang baka soleh dan solehah. Ini juga sunat, pahala yang besar.

Jadi, dari contoh-contoh ini jelaslah maksud sentiasa mencintai Allah terlebih dahulu itu…adalah melakukan kesemua amalan-amalan bukan saja dari bacaan, doa-doa maupun sembahyang sahaja sebaliknya, KESEMUA SEKALI…termasuklah melakukan pelbagai-bagai jenis amalan lagi yang diizinkan Tuhan…

So, as Islamic man, sebagai seorang lelaki Islam… YES! My Love is For ALLAH for sure! Dan tidak kiralah lelaki atau wanita Islam, LOVE ALLAH is a must. No doubt about it! Nobody can tell us otherwise! CUMA….cinta di sekeliling kita ini juga amat penting dan perlu diutamakan dengan keikhlasan dan keluhuran agar ianya menjadi satu amalan yang diberkati Tuhan, kerana semua ini juga adalah suruhan darinya! InsyAllah!

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta, sila klik di sini 

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

13 Comments

  • Moon6

    Cinta itu sememangnya indah…

    Kita perlukan cinta;ingin dicintai,ingin disayangi…dalam hidup kita..

    Namun,kita mungkin terlupa…
    Dari manakah datangnya perasaan cinta ini?
    Mengapakah datangnya rasa cinta ini?
    Adakah cinta itu bertunjangkan hawa nafsu?

    Jika adanya bulan,maka bintang itu ada mendampinginya…
    Jika adanya bunga di taman,pasti ada kumbang di sekelilingnya…
    Jika adanya malam,pasti ada siang…

    Kita saling melengkapi antara satu sama lain..namun siapa tahu apa yang menyebabkan anda merasakan CINTA ini..

    Ingatlah,setiap sesuatu ada PENCIPTAnya…
    Selagi CINTA bersuluhkan AKAL dan PEDOMAN,moga CINTA kita tidak diselunbungi NAFSU durjana…

    P/S:CINTA itu suci,lahir dari hati yg IKHLAS…

  • Cinta kepada Allah mengatasi segalanya…

    Oleh itu…. kita janganlah terlalu besedih andai percintaan itu tidak berakhir dengan perkahwinan…

    Kita hanya merancang hanya Allah yang menentukan… mungkin apa yang kita rasa terbaik itu…tidak selari dengan perancangan yang Allah beri… kerana ia amat mengetahui masa depan kita…

    Bercinta lah seadanya…TQ 🙂

  • Qi

    Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

  • eila

    alhamdulillah..sy mendapat sedikit kekuatan daripada kekecewaan…thank you ALLAH temukan aku dengan blog abang Razzi ni…di saat daku hampir tersungkur

  • shams

    best bang razzi bila abg bicara cinta pada allah terlebih dahulu..

  • YUYU – Wasatiah is not easy tetapi boleh dilakukan, bersederhana dan try to be balance in life. Good thoughts.

    ENA – love your words, its so true. “Same goes to our love,share dengan everyone, everybody… then u will feel the true meanings of love…”

    IDALARA – Thank you for your lovely words…

  • MIMA – it’s okay, kita hanya manusia yang sentiasa lemah dengan godaan syaitan tanpa kita sedari.

    Sewaktu tergoda, memang kita terlupa pada Allah, lena diulik nafsu. Apabila terkecewa, ia sebenarnya Allah mengejutkan kita dari tidur yang panjang.

    Sebagai manusia biasa, kita memang terbuat berbagai-bagai dosa dan kesalahan, yang penting kita sedar darinya dan kembali ke jalan Allah, semuga Dia mengampunkan dosa-dosa kita InsyaAllah!

  • FATEN – Cinta kerana Allah termasuk dalam seperti yang I tulis di artikel di atas lah, “Lillahhitaala!”

    Maknanya…KERANA ALLAH, jadi segala-gala apa yang kita lakukan adalah KERANA ALLAH. Begitu juga hidup dan mati ku Kerana Allah, cinta kerana Allah… maka barulah cinta itu suci dan murni.

  • Faten

    Bro, boleh komen sikit pasal ‘Cinta kerana Allah’ tak?

    =)

  • saya selalu berpegang kata2 azimat ini..
    “jika rasa kekurangan cinta..Allah sentiasa ada untuk menerima dan memberi cinta…Allah tidak akan menolak cinta yg kamu berikan walaubagaimanamu kamu..”
    Walaupun tk mampu menjadi sehebat Rabiatul Adawiah sudah cukup bagi kita sentiasa meletakkan Allah cinta pertama dalam hati kita.

    tidak salah bercinta sesama insan selagi kita berpegang dengan cinta Allah

  • ena

    Love Allah…. semmgnye kite kene bersyukur.bersyukur lah kite dgn sume yg kite ade… rase bersyukur kite pada ilahi akan menembahkan rass cinta kite pdNya… Allah sgt suke pd umatnye yg bersyukur,mengucap time kasih padaNya,insyaallah Allah kasi lebih lg… same goes to our love,share ngan everyone,everybody…. then u will feel the true meanings of love..

  • yuyu

    benar akan ungkapan bro razzi….selalunya manusia selalu alpa padaNya…..hanya bila muram dujana baru mendekatkn diri padaNya…..apabila gembira trus lupa padaNya….Allah swt setiap saat,setiap minit,setiap jam,setiap hari,setiap minggu,setiap bulan,setiap tahun xpernah lpe akan hambanya….memaafkan…memberi petunjuk….tpi adakah kita benar-benar bertakwa padaNya…hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya…..WASATIAH kah kita?

  • mima pine

    mima sokong sgt dgn kate2 abg~
    sejauh mn pun kte pergi, akhirnya kita pasti kembali merujuk pd ALLAH~
    mima selalu ptus cinta~ bila keadaan ni berlaku, akhirnya mima rujuk pd ALLAH…….~
    Hmm…… kdg2 mima terfikir, knp bila hati da kecewa baru nk mhon mcm2 da tuhan, mn mima pergi slame yg mima tak kecewa tu…?
    ble pk, kte sedar, tp ble nk buat, mg payah~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons