Second wife

“Apa pendapat bro tentang second wife?”  …mungkin you all tidak pernah mendengar pandangan bro yang akan dipaparkan disini jap lagi. Jadi, apa yang bro pinta, you all semua lapangkan dada dan give it a thought for just a little bit. 😉

To me, meeting a new girl to be my wife adalah seperti I’m having ‘Another life’ menjalani satu kehidupan yang lain dari yang sudah ada. Jika ditanya, “tidakkah akan menyakitkan hati isteri pertama?”

NO!!…TAK PERLU! Kerana to me, there are no 1st or 2nd wife. It’s Only A WIFE!

Satu isteri hidup dengan way of suburb, big family gathering, kenduri-kendara. Satu isteri lagi hidup dengan way of urban nature, conservative, privacy dan modern way of living.

Bagi bro mempunyai dua isteri bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, bro suka mempunyai kehidupan yang berlainan. Kalau boleh ada 3-4 way of living. Mungkin satu hidup biasa dan satu lagi luarbiasa dan seterusnya. It makes my life more interesting!…so to “1st or 2nd wife” kalau ada laaa…take it as if your husband ada kehidupan yang lain. Yang tidak ada kena mengena dengan you, boleh?? 😀

Amacam? Setakat ni…you all boleh terima lagi ke? Atau dah merah padam dah muka? Hangat membara jiwa? Hehehe…jangan cam tu, ini pendapat peribadi bro je. Tapi you all berhak untuk merasa marah atau geram dengan bro kali ini…I give you the freedom!

Ok kasi bakar sikit lagi,  😈 “Eh bro I dah buat macam-macam dah, pasal apa suami I kena cari lain jugak ke?!” …Macam-macam? Apa yang macam-macam tu? :-

  • Banyak mana usaha yang telah anda lakukan?
  • Jauh mana anda sanggup lakukan demi membahagiakan suami anda?
  • Apakah semua kehendak suami, minat dia anda tahu?
  • His wildest sex dream…sudahkan anda penuhi?

Bagi bro, ramai suami mencari isteri kedua adalah kerana sikap isteri dirumah ;-

  • Yang membosankan! Asyik nak berkepit tak tentu pasal…
  • Tiada cabaran, hanya terperap dirumah.
  • Tidak adventurous and tidak pandai act bitchy
  • Hanya mendengar dan mengikut kata suami
  • Tidak pandai berkomunikasi dengan suami.
  • Tidak menyokong usaha suami
  • Terlalu mengharapkan segala-gala dari suami

Si isteri pulak selalu menganggap segala perbuatannya adalah seperti si suami inginkan. Tetapi, sebenarnya jauh meleset! Si suami yang sudah putus asa dengan sikap isteri, mulailah menerima sahaja rutin yang membosankan itu. Dalam masa yang sama, hati dan perasaannya yang memberontak mulai terbuka kepada dunia baru, hidup baru, muka baru….orang baru! 😉

Dan bila suami kata ada girlfriend baru dan nak buat 2nd wife…isteri pulak kata suami curang! Kalau beritahu nak kahwin tu tak curang lah…amende lu beb?

“Mengapa tidak ceraikan saja isteri pertama?”

  • Pertama sekali, bercerai tu satu dosa besar. Bergoncang tiang arash yang menongkat langit dari merudum ke bumi.
  • Kedua, rezeki pun marah dengan kita. Cuba you all tengok, ramai yang cerai isteri untuk berkahwin lain, akan jatuh susah. That’s why business man selalu tidak akan menceraikan isterinya untuk berkahwin lain.
  • Ketiga, it’s hard for me to see her diceraikan!! Bagaimana pula dia hendak menjawab kepada keluarganya, teman sekerja, kenalan? “Yaa…I dah bercerai!” Woo…bro tidak sekejam itu! Jika bro sudah beristeri, I don’t think I will divorced her. I do respect women so much, you can never imagine…so, mengapa mesti bercerai?

Nasihat dari brother love : 

Kepada lelaki : Having another wife so called 2nd wife is an options for all of us. Tepuk dada tanya selera. Tapi seperti kata Pak Tham, dalam topik dulu “mengapa lelaki curang” Dalam 10 perkara, berkahwin dua ni, sedapnya hanya 1 pahitnya 9!

Nasihat dari brother love :

Kepada Wanita : Carilah apa kehendak suami yang sebenar-benarnya. Jangan pakai langgar je. Kira on je…test the waters beb. Cari dan cari apa yang boleh membahagiakan suami anda. Bagi yang belum berkahwin tu, bersiap sedia dengan berbagai ilmu. Mesti tahu apakah kekasih atau bakal suami anda minat, impian dia…his wildest dreams…

Nak tahu apa suami/kekasih/lelaki suka??…itu kena beli buku bro lah nanti. Hehehe…sat dia mai…

Personal notes : Ramai wanita yang bro jumpa, tak sanggup bermadu. Tak sanggup menerima anak-anak dari isteri pertama. Tidak sanggup dikatakan perosak rumahtangga. Namun, dah terjatuh cinta nak buat macamana. Jadi, bila bercinta, mesti jumpa-jumpa dating-dating. Hmm…sampai bila nak buat maksiat kan? So, to be 2nd wife adalah the best next moved!!… 😉

p/s kepada semua isteri yang membaca post bro kali ni, sabar yaaa…silap-silap suatu hari terjadi kat awak pulak cam? 😆

*Artikel kali ini adalah jika atau seandainya…Jangan salah faham.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

42 Comments

  • Anna

    Salam,

    Ada lg ke ?

  • shaliza81

    hi bro..

    lama tak dengar khabar..sihat ke? bestlah baca artikel bro no..panas gak rase..he..he..

    pe2 pun good luck untuk semua xtvt bro ya..saya akan sentiasa berdoa di kejauhan..

    take care..miss u..

  • manja

    mellisa…manja rasa benda ni dah terlalu jauh utk dibincangkan…i know u on my side…thnk u so much…manja amat hargai.Seperti yang manja pernah kata….setiap manusia diberi pemikiran dan suasana yang berbeza…..Everyone in this forum have a diffrnt way of thinking.It ok if u get angry with me…Sebenarnya melawan dalam kelmbutan smtime lebih bejaya daripada kita melwan terang2an….Jodoh pertemuan ajal maut di tangan tuhan…Manja sudah berusaha.Selebihnya biar Allah yang menentukan….Tak mellisa mahu manja mengamuk…buat
    onar…atau mellisa mahu manja begaduh setiap hari selagi kehendak manja tidak di penuhi…untuk apa…yang menjadi mangsa adalah anak2…my husbnd bukan kaki perempuan…bukan kaki disko atau yang sewaktu dengannya….cuba mellisa lihat dari sudut yang positif….daripada suami bezina lebih baik dia buat jalan yang halal…manjakan manusia biasa…of cz manja terluka…but insyaAllah…masa itu akan mengubat luka yang ada….terima kasih di atas nasihat yang mellisa berikan pada manja…..andai wanita yg akan dikahwini oleh suami manja,wanita yang….nauzubillah perangainya…jenis yang kita tahu sengaja menggoda dan jenis yang suka mengikis…..manja will fight for that….tapi wanita ini seorg yang baik..cuma salahnya dia jatuh cinta pada suami org….mellisa…harap komen ini akan berakhir disini…..sekali lagi manja ucapkan terima kasih di atas sokongan dan pandangan yang mellisa sudah berikan…..Manja sudah berusaha n masih brusaha dan akan berusaha utk mengekalkan kehormanian rumahtangga manja…selebihnya ditangan Allah…

  • Mellisa

    Puan Manja, nyatalah puan adalah seorang yang suka bercakap banyak, kurang berfikir, tidak boleh menerima pendapat orang dan jauh sekali berusaha!!!!!!

    Please realised that Im at your side! Im trying to make you see. But you keep on talking and talking without do any thinking!!!! If you are really happy with your decisions why do you have to be sad???

    Now, your husband is marrying other women but you support him?! Are you crazy? YES we can leave it to Allah, but Tuhan sendiri suruh kita berusaha. Kalau suami puan kahwin lain obviously he is not satisfied with you. So you need to do something about it. Not just accept it. Work for it. Fight to get back the love of your husband. Manakah harga diri puan sebagai seorang isteri? Adakah maruah dan harga seorang isteri itu menerima suami kahwin lebih???? Bro, you have any comment? Anybody??

  • manja

    mengalah bukan bemakna kita kalah dan lemah….melawan bukan bemakna kita menang….

  • manja

    Dalam kehidupan ini segalanya mungkin.Walaupun utk menyebut pekataan menduakn itu kedengarannya sperti pekara yang tidak baik tetapi kita perlu ingat dalam hidup ini tiada yng tidak bkemungkinan utk diduakan….Hanya Allah yang tunggal.Itu pun masih ada lagi manusia yang tidak mahu mengakui keesaan Allah.Malah menduaknNYA dengan sesuatu yang memang tidak masuk dk akal kirannya difikir secara logik akal sekali pun.Tetapi demi kjahilan dn kedegilan hati manusia ni,tetap juga mereka meneruskan amalan itu meskipun ia becanggah dengan fitrah.Inikan pula kita manusia yang lemah.Tidak mustahil kita diduakan dalam kasih sayang…ditigakan…diempatkan…semuanya mampu terjadi…Itu bukan bmakna perangai kita yang menyebabkan kita dperlakukan begitu tetapi krna kedaifan hati dan akal manusia itu sendiri…Org yang mempunyai pemikiran yg hebat pn masih ada yg enggan mengaku Allah itu tuhan.Walhal bukti tlh nyata pd alam dan pd diri kita sendiri.Pn masih ramai yang engkar.Jadi sekiranya ada manusia yang disisihkan kasihnya oleh sesama manusia,itu bknlah pekara yg perlu dipersoalkan….Yang terlalu kita mahukan itu kdang2 perlu kita lepaskan kerana mungkin dgn bebuat bgitu kita kan lebih lega kerna walau sekuat manapun kita menggenggamnya supaya ia tidak terlepas dr tangan,tiba masanya kalau itu yg Allah mahu….ia tetap akan terlepas juga…kalau tidak terlepas dr tangan pun ia mungkin akan pecah di genggaman……

    manja tidak mengatakan manja seorang yg baik @ setabah2 wanita….kerna walaupun dengan kenyataan2 ini ada masanya manja terusik jua jiwanya….

    Tetapi kiranya dia adalah diantara yg paling kita kasihi dan dia tetap mahu pergi…biarlah dia tingglkn kita…tetapi jgn sekali2 kita minta supaya dia tinggalkan kita.Takut nanti permintaan kita itu menjadi pembuka kepada jln yg salah.Tidak hina kita hanya kerana kita menjadi manusia yg ditinggalkan.Tidak mulia dia hanya kerna menjadi manusia yg meninggalkan…Kadang2 lebih baik kita ditinggalkan kerana hanya kita yg merasa sakitnya.Daripada kita meninggalkan utk membuat org lain merasai sakitnya.Kiranya kita ikhlas,mungkin suatu hari nanti dia kan faham juga,akan tahu juga…..Tetapi kiranya dia tetap tidak tahu maka itulah yg Allah kehendaki….

    Redalah walaupun kita terpaksa menangis dan menenggelamkan tujuh benua dgn airmata kita.Menangislah walau terpaksa meruntuhkan tujuh gunung dengan airmata kita…tetapi jgn lupa…DIAlah yg lebih besar drpada segala apa yg kita rasa…daripada segala apa yg telah kita hilang.Jadi,jgn hilangkan DIA yg melebihi segala2nya.Klk kita akan bertemu kpada jawapan yg kita tdk pernah jumpa walau mencarinya dr permulaan hidup sehingga akhir hayat…..Hanya perasaan reda mampu memberikan kita jawapannya….

    *kata2 inilah yg manja serapkan dalam diri manja siang dan malam…waktu2 manja terusik jiwanya…waktu2 manja mempersoalkan ujian yg diturunkan….

  • Mellisa

    Sorry brother love, I get carried away. But I do stand with what I’ve said…because,

    SAMPAI BILA WANITA KENA MENERIMA KEKEJAMAN LELAKI? SAMPAI BILA WANITA TERPAKSA MENERIMA LELAKI YANG MAHU BERMADU??????

    NO WAY! Masa dulu kitalah segala-galanya. Now???!! What about us? …

  • Mellisa

    For a women, you are very-very weak Puan Manja. Apa yang Puan merapu bercakap tu?

    Fight for your husband, women!! Be brave!! It’s not your fault, its his fault, why you have to be the victim? Have you forgotten all of your sacrifice for him??

    Ask him to choose, you or her! If he choose her then he will loose you and the children. Why do you have to accept his bullshit by marrying another women?!!!!!

    You are showing and teaching us all to be weak!!! Come on guys, do you really agreed with Puan Manja?? how disgrace to all women in this world!!

  • manja

    Mellisa…hidup ini terlalu banyak benda yang kita tak boleh jawab.Bnyak benda yang kita tk boleh berikan alasan walaupun pada perbuatan yang kita lakukan.Kadang2 kita tak tahu knapa kita terdorong utk melakukan sesuatu walaupun ia amat bertentangan dengan apa yang kita inginkan.Dan,kdang2 pula kita terlalu ingin melakukan sesuatu bila hati hebat mendesak.Tapi Allah tak gerakkan kita untuk melakukannya walaupun ia teramat ingin kita lakukan kerana tulah,kadang2 kita cukup tak tahu…..

  • DINI

    Bro!!!

    Wah…tajuk nih padan ngan topik kenapa suami cari isteri kedua….

    well…i takleh nk komen banyak-banyak lagi dah nak habis office hour..

    Bro, jangan pegi mana2 bulan 8 tau….????

  • “Abg syg nak kawin lagi 1 eh?.. kawin la bangg.. Alhamdulillah ada gak org yang sudi nak layannn karenah abg yg kadang ntah apa apa tuh.. pas nih tak yah arr saya hempas pulas, tunggang terbalik nak dodoi dan timang abg ala gedik manja gitu saban waktu.. legaaa sket saya.. boleh rehat dari segalanya.. marah?? oh tidakk… saya lagi sukaaa.. gembira sgtt rasa cam nak melompat katak nih! toing! toing!.. tapikan.. saya cuma kesian jer kat insan malang yang nakkan abg tuh.. kasihannn.. muahaha ”

    saje jer nak wat iklan mengung kat sini.. 😀

    psst.. bro i tak terasa hati sket ponn.. hehe.. sememangnya semua naluri lelaki begitu.. nak wat camne?.. layankan jer laa.. 😉

  • Terimakasih kepada semua yang memberi komen, especially kepada yang membantu dan rational lah seperti kata CM tu.

    Dalam semua, yang paling kena dan faham dengan apa yang bro nak sampaikan ialah komen dari saudara HAZWAN – senicinta.com thank you! 😉

    Dalam realiti kehidupan kita tidak boleh cepat melatah, melenting…kita kena relax sikit…jangan terburu-buru membuat keputusan. Artikel kali ini adalah semata-mata memberi pandangan bro secara peribadi, BUT at the end of the day…biar bro tuliskan balik nasihat bro dari artikel itu…

    Nasihat dari brother love :

    Kepada lelaki : Having another wife so called 2nd wife is an options for all of us. Tepuk dada tanya selera. Tapi seperti kata Pak Tham, dalam topik dulu “mengapa lelaki curang” Dalam 10 perkara, berkahwin dua ni, sedapnya hanya 1 pahitnya 9!

    Nasihat dari brother love :

    Kepada Wanita : Carilah apa kehendak suami yang sebenar-benarnya. Jangan pakai langgar je. Kira on je…test the waters beb. Cari dan cari apa yang boleh membahagiakan suami anda. Bagi yang belum berkahwin tu, bersiap sedia dengan berbagai ilmu. Mesti tahu apakah kekasih atau bakal suami anda minat, impian dia…his wildest dreams…

    *Kalau tak faham lagi, tak dapet den nak nolong dah hah!!

    p.s : Walau bagaimana pun, Mentor bro, Jutawan Muda Irfan Khairi pernah marah kat bro kerana kesilapan yang lalu. Kata beliau, “A successful person is a person who admit their mistakes!”

    So, kepada semua yang terasa hati… Bro mengaku, mungkin silap bro juga menulis artikel ini agak harshed! So, I’m sorry! 8)

  • dekno

    salam to all,
    hangat tul topik kali ni..buat manja kuat betul hati mu yer..kalo lah dekno di situasi manja dekno xmampu nk harungi..xsanggup dekno nk kongsi suami dgn org lain..kalo dia nk kawen jgk, lepaskan aku hehe..buat manja dekno harap manja akan terus tabah, pedulikan kata org hehe..maybe disebalik kejadian tu ada hikmahnya..dekno sentiasa doakan manja dipermudahkan segala urusan..ok friend..

  • manja

    for kak su…maaf…manja tak berniat nak menyinggung perasaan kak su…kak su lebih tua dari manja…dan manja hormat kak su….hm..benar kata kak su..siapalah manja…seorg insan yang masih amat lemah dan cetek ilmu pengetahuannya…rumahtangga sendiri masih terumbang-ambing tapi masih nak menasihat org lain….tapi kak su..manja besyukur dan sangat puas…kerana selama ini manja melakukan apa yang terbaik yang manja lakukan utk suami…manja akan berusaha utk membuat yang terbaik dari yang terbaik utk masa yang akan datang utk mempertahankan ikatan suci ini…andai dia masih mencari wanita lain…manja tak mampu utk menghalangnya..manja tidak ada hak menidakkan apa yg halal didalam agama kita..agama islam

  • Mellisa

    Correct me if Im wrong Puan Manja, as a wife, you help your husband kahwin lain? Itu tabah namanya??

    It sounds like stupid act to me!! You should fight for your belongings…

  • Kak Su

    Kak Su suka sesgt dgn komen Encik Hazwan. Sgt bijak menyimpul maksud dari brolove. Syabas saudara!! Akak rasa itulh cara yg seelok2nya. Yg pntg, kita cari maksud yg tersirat dlm artikel bro ini.

  • Salam semua.

    Artikel kali ni menarik sebab mesej di sini
    adalah pandangan peribadi unik kepada pemikiran BL sendiri.

    Yang bestnya, mesej peribadi ini di’balance’kan dengan mesej utama iaitu kaum
    hawa adalah kaum yang perlu diberi penghormatan dan bukan dianggap sebagai objek.

    Apa yang menarik tentang mesej kali ini adalah persoalan bagaimana nak elak suami
    tambah lagi wife.

    Persoalan remeh/jarang didengar/tak brani sebut seperti “His wildest sex dream…sudahkan anda penuhi?” adalah antara
    main point untuk keutuhan dan keintiman
    sesebuah hubungan.

    Suami kadang2 boleh bosan dengan sikap isteri yg terlalu baik n follow the rules.

    Salah satu daripada 4 keperluan psikologi manusia adalah “uncertainties” iaitu suka
    kepada kejutan. Itulah wildest dream yang suami dahagakan.

    So i guess pengajaran nya kali ni adalah dengan teknik betul, kita atleast boleh merubah sesuatu keadaan dan jangan salahkan
    situasi dan nasib sebagai pemusnah hidup kita.

    Sebagai rujukan untuk penenang hati, bolehla rujuk filem motivasi seperti The Secret ke, buku Kamus Cinta BL or ape2 je sumber rujukan dari pihak lain agar pemikiran kita tidak dibatasi oleh diri kita shj.

    Ok Gud Luck to You’ll.

    Hazwan

  • faesal

    waaa panasnya….jom kite gelak sekejap…..

    BEFORE & AFTER MARRIAGE

    Before marriage.
    Darling here.. Darling there…
    After marriage.
    Baling here… Baling there..

    Before marriage.
    I die for you. . .
    After marriage.
    “You die, up to you. ”
    Lagi lama married.
    You die I help you!

    Before marriage.
    You go anywhere. . I follow you.
    After marriage. .
    You go anywhere. . Up to you .
    Lagi lama married.
    You go anywhere better get lost!!

    Before wedding
    You are my heart, you are my love”
    After wedding
    “you get on my nerves. ”

    Before wedding
    “you are sweet and kind just like
    Cinderella”
    After wedding
    “you are worse than godzila”

    Before wedding
    Roses are red, violets are blue. Like it
    or not, I’m stuck with you
    After wedding
    Roses are dead, I am blue. You get on my
    head, I will sue you

    Before wedding
    Every makan time he brings you to Shangri-La
    After wedding
    You want to go, he says you wait-la

    Before wedding
    She looks like Anita Sarawak
    After wedding
    Don’t know whether katak or biawak

  • Salam bahagia semua,

    Dikesempatan yang dieberikan ni, aku nak mintak ampon dan maaf atas kekasaran dan gurauan yang melampau yang telah aku taip kat atas…

    Tak kira laa kepada sape pon. Memang aku akui:-
    Madu ade kalenya manis, tapi selalunya pahit utk ditelan.

    Sedap kalau didengar, sakit kalau menerima.

    Terpulang kepada individu untuk menilai.

    Kepada BroLove, diharap dapat delete komen aku yang kat atas agar tidak menyinggung mane-mane pihak. (…tetibe malam ni aku skema tahap skolah tadika.)

    Terima Kasih.
    Kreuger®

  • ISTERI

    UNTUK SUAMI DAN ISTERI

    Buat para SUAMI,

    renungkanlah…
    Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
    tidaklah pula setaqwa Aisyah,
    pun tidak setabah Fatimah…
    Justru,
    isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
    yang punya cita-cita menjadi solehah…
    Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
    isteri menjadi tanah,
    kamu langit penaungnya,
    isteri ladang tanaman,
    kamu pemagarnya,
    isteri kiasan ternakan,
    kamu gembalanya,
    isteri adalah murid,
    kamu mursyidnya,
    isteri bagaikan anak kecil,
    kamu tempat bermanjanya,
    saat isteri menjadi madu,
    kamu teguklah sepuasnya,
    seketika isteri menjadi racun,
    kamulah penawar bisanya,
    seandainya isteri tulang yang bengkok,
    berhati-hatilah meluruskannya…
    Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
    untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.
    Kamu bukanlah Rasulullah SAW,
    pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
    kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

    Buat para ISTERI,

    renungkanlah…
    pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,
    suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,
    tidak pula setaqwa Ibrahim,
    pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,
    apalagi setampan Yusuf.
    Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
    yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh…
    Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.
    Suami menjadi pelindung,
    kamu penghuninya,
    suami adalah nahkoda kapal,
    kamu pengemudinya,
    suami bagaikan pelakon yang nakal,
    kamu adalah penonton kenakalannya,
    saat suami menjadi raja,
    kamu nikmati anggur singgasananya,
    seketika suami menjadi bisa,
    kamulah penawar obatnya,
    seandainya suami bengis lagi lancang,
    sabarlah memperingatkannya…
    Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
    untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT…
    Kamu bukanlah Khadijah,
    yang begitu sempurna di dalam menjaga,
    pun bukanlah Hajar,
    yang begitu setia dalam sengsara,
    kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.
    Karena itu,

    wahai para SUAMI dan ISTERI,

    jangan menuntut terlalu tinggi,
    seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya…
    Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
    andai diri tidak semulia Rasulullah?
    Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
    seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
    Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
    andai diri tidak sehebat Sulaiman,
    dan,
    Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
    anDai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
    Yaa Latief…. wahai Yang Maha Lemah Lembut..
    berlemah lembutlah kepada kami….

    amin..

    Buat isteri yang dicurangi suami sabar dan tabah hadapi dugaan. Tiada sebesar zarah pun dugaan yang tuhan timpakan tanpa ada hikmah disebaliknya.

    Buat mereka yang belum pun berkahwin mungkin senang untuk berkata dan menerima situasi diatas….kahwinlah…realiti tak seindah kenyataan… bila dicurangi

    Khas Buat manja…saya fahami situasi anda…

    Kadangkala Allah hilangkan mentari..
    Kemudian dia datangkan guruh..
    puas kita menangis,mencari mana mentari kita…
    Rupa-rupanya…
    Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah.

  • Aku ucapkan tahniah kepada BroLove.
    Sebab entri kali ni berjaya menaikkan RATING Blog.

    Lu orang kene paham strategi berblogging ni.

    Lagi satu gua heran… Cik Pemerhati, Ape sebenarnya yang nko takut sangat kalau laki nko berbini banyak?

    OOO… nko tak suke kongsi yang tuh ek… muahaha… bukan luak pon kalau kongsi.
    Sebab tuh laa agama tak melarang lelaki kawin sampai 4. Sebab tak luak. Tapi kalau pompuan… Lu pikirlah sendiri.

    OPS… ter over sensored… sory BROLOVE.

    Back to main topic, macam ni lah… muasabah diri tuh penting. Lebih lebih lagi kalau keadaan dah runcing dan merundum.

    Kalau die mampu utk membahagiakan kesemua isteri-isteri dia, cukup sifat dan amalannya… jangan lah dihalang utk dia bernikah lagi satu. Elak kemungkaran dan maksiat.

    Syurga nkorang terletak dibawah kaki suami nkorang. Tak cium syurga nkorang nanti kalau derhaka dengan suami. Lebih-lebih lagi kalau suami nkorang orang yg soleh.

    Kalau jenis haru biru tuh… lain citer.

    Kepada Cik Pemerhati jangan terlalu suke smashing the pumpkin… ni pumpkin holoween… salah care smash, boleh jadi lu punya nightmares. Ok, take care.

    Thank you very much.

    Nightmare On Elm Street.
    Fready Kreuger®

  • Aku ucapkan tahniah kepada BroLove.
    Sebab entri kali ni berjaya menaikkan RATING Blog.

    Lu orang kene paham strategi berblogging ni.

    Lagi satu gua heran… Cik Pemerhati

  • Salam Bro dan fellow friends….

    CM heran kenapa pulak CM diattack sedangkan CM tak pernah pun buat any personal attack kat sini. Sedih tau bila CM kena camni sedangkan CM willing to share apa yg berlaku or terbuku di hati CM sendiri….

    Pernah ker saper2 kat sini yg CM sebut nama or nick bila CM buat komen yg agak keras or menghentam ??? Rasanya tk der kan…cuma dlm komen sebelum ni CM cuma sebut nama Nurin Qistina sekadar untuk menyatakan bahawa pandangan kami mungkin berada di satu paksi yang sama…tu jer.

    So…kepada Pemerhati, CM mintak maaf banyak2 (xceli CM tk sepatutnya mintak maap punn…) sekiranya ada tulisan CM yg mengguris atau mengganggu emosi.

    So, kepada readers kt sini buatlah judgement yg rational…adakah CM yang bersalah dalam hal ini atau orang yang membuat attack ke atas CM yang bersalah 🙁

  • Kak Su

    Apa yang Kak Su tulis tentang Manja adalah kenyataan!! Kerana, dr komen Manja tulah yg Manja tonjolkan. ngapa lak Manja nk kata Kak Su yg kurang sopan??…. sedangkan Manja sendiri yg duk merungut hari-hari psl suami Manja yg curang. Klu benar Manja nak minta pendapat, terima atau fikirkan jelah pendapat org, ngapa pula nk marah xtentu psl??

    Yg Kak Su tgk, Manja aje yg duk beri pendapat n petua rumahtangga. Itu xleh ini xleh. Kena minta izin suami lah, kena itulh inilh. Sdgkan perkahwinan Manja sendiri terumbang-ambing!!!…sepatutnya Manja lebih mendgr dr memberi pendpt Manja yg nyata segala apa yg Manja amalkan tidak menjadi!! Klu tak, takkan suami Manja nk kahwin lain…

    Mcm Kak Su, kita sedar kita gagal…suami dah nk berpisah, jelaslah apa yg Kak su buat selama ni salah…jd, Kak Su mencari pandangan dan nasihat…bukan memberi pendapat atau nasihat, seperti Manja duk buat hari2.

  • manja

    tidak cukup tabahkah lagi manja di mata kak su…apa yg manja komen pertama kali itu adalh utk lelaki2 yg sudah pun menjadi suami @ yang bakal menjadi suami memikirkan bekali2 malah bejuta2 kali utk melangkah ke alam poligami….sekali lagi manja katakan…manja tidak akan menghina atau mempertikaikan cara org lain befikir….

  • manja

    maaf kak su andai kata2 itu menyinggung perasaan kak su…manja percaya…dulu kak su juga seperti manja…terluka dengan perlakuan suami kak su sampai kak su becerai…sampai kak su gelarkan wanita itu betina..sepatutnya kak su memberi kata2 peransang utk manja menempuh semua ini…bukan dgn kenyataan yg semedikian..walaupun manja terluka namun kasih sayang dan cinta manja pada suami masih ada.terluka pun manja…pilu pun manja….manja tidak pernah meminta suami utk memilih antara dua…manja tidak pernah membenci bakal madu manja….petama kali manja mengetahuinya…manja tidak pernah mengamuk atau menyumpah seranah bakal madu manja..malah….acara peminangan pun jua dilakukan oleh manja…wanita yg baru berumur 27 thn dan mempunyai anak2 yg masih kecil..itulah manja….

  • manja

    maaf kak su…manja masuk kebolg ini hanya utk meluahkan apa yg manja rasa….supaya manja boleh mendapat pndangan2 org sperti kak su utk menguatkan manja…bukan mengutuk manja…cara kak su..maaf kalau manja cakap…terlalu kurang sopan…manja menyatakan pendapat dan apa yg pernah manja rasa….manja tidak suka nak membangga-banggakan diri tapi utk pengetahuan kak su..manja sekarang berada di negara org utk mnolong suami menguruskan hari perkahwianan nya akan tiba….manja ucapkan tahniah kerana kak su boleh menjadi stabah2 wanita @ isteri….sudah manja katakan di dalam komen manja…setiap manusia ada pemikiran dan berada dalam suasana yg berbeza2…manja tidak akan mengutuk cara org lain befikir..itu hak individu….

  • Kak Su

    Maaf Saudari Pemerhati, akak ingatkan saudara, sori le.

    Baiklh Saudari Pemerhati, sebagaimana bloggers kt sini yg mengenali akak, kite ni walau bersuami yg berpangkat tinggi, akak bukanlh seorg yg brpljaran tinggi. Menempuh hidup tabah hr ni pun sbb anak2 yg dah besar2 blka. Serta kawan2 di sini dan brolove yg mengajar akak utk lebih tabah!!..Jadi, utk akak merasa terhina dari artikel sebegini, jauh sekali. Utk akak merasa sedih spt si adik Manja yg kepiluan hari2 kt blog ni merungut pasal lelaki/suaminya yg curang, tidak sama sekali!!!!!!

    …sedih, terseksa, huhu..memang.. tp mcm bro n Achikz prnah nasihat akak, kite kena tunjuk kite mempunyai nilai yg tinggi, kita kena gagah, klu tulisan cam ni pun dh terasa hati…camna nk berjuang di luar sana???…kehidupan sebenar lebih teruk lagi saudari pemerhati.

    Cuba perhatikan nasihat dari brolove diakhir artikel itu. Dia nk menghina kaum wanita ke cam tu?.. Kita kaum wanita sepatutnya tunjuk kehebatan kita, akak teruja dgn pendirian si Nurin dan Ixora tuu…mgp kite sume xleh jd cam mereka???

  • eMa

    erk…bro…mana ada perempuan blh terima suami ada “isteri” lain selain dari dirinya??? seorang isteri bukan tidak berusaha…bukan tidak adventurous and tidak pandai act bitchy, tapi bila si isteri bertindak demikian si suami mungkin akan mengatakan si isteri ni dah buang tebiat…yer laa…gedik semacam jer….
    semuanya terpulang kepada isi hati si suami, adakah dia menghargai pengorbanan si isteri buat dirinya? adakah si isteri tidak pernah membahagiakan dirinya??? tepuk dada…tanya akal….jgn ikutkan selera sangattt!

  • Pemerhati

    Assalamualaikum

    1st sekali untuk Encik Krueger, apakah dengan ayat-ayat sebegini yang bro ajak kita berfikir? :

    “tidakkah akan menyakitkan hati isteri pertama?”
    NO!!…TAK PERLU! Kerana to me, there are no 1st or 2nd wife. It’s Only A WIFE!

    Kepada Kak Su, saya bukan saudara tetapi saudari. Dan Kak Su sebagai orang yang telah dilukakan, sepatutnya Kak Su nmpk apabila artikel ini agak menghina kaum perempuan!

    Lihat pada komen Manja, jelas sekali dia sudah terluka!!!!!!

    Encik cybernetics mind, adakah cara penerimaan saya ni tidak rasional? Bagaimanakah lagi untuk saya berfikir dari artikel yang menghina ini??…kalau benar nak menaikkan rating pun janganlah sampai mengata dan menyakitkan hati orang!!!

  • manja

    assalammualaikum….
    manja masih berada di negara org.tapi manja terasa nak beri komen gak….trpaksalah g opis hubby pagi2 ni.secara jujur n ikhlas manja katakan…..bila membaca artikel bro kali ni hati manja…yep memang rasa terluka dan agak tersinggung..but semua manusia diberikan akal fikiran yang belain…so mybe ini cara bro befikir n manja tak nak kutuk cara org befikir…lain org lain suasana dan pemikirannya..tapi bro…..ALANGKAH SEMUANYA SEMUDAH YANG DI KATAKAN…….ALANGKAH BAIKNYA KAMI ISTERI2 PERTAMA INI DIBERI HATI YANG TIDAK AKAN MERASA APA2…..seperti kayu dan batu…KERANA SAKITNYA BILA DILUKAI TAK SETANDING DENGAN SAKITNYA BILA KITA TERHIRIS PISAU….SANGAT DALAM DAN SANGAT SUSAH UTK DIUBATI…..ALANGKAH BAIKKNYA ANDAI SUAMI2 DAPAT MELIHAT BETAPA TERSEKSANYA BATIN KAMI DAN BETAPA TERLUKANYA HATI KAMI ISTERI2 BILA MENGETAHUI SUAMI MEMPUNYAI WANITA LAIN SELAIN KAMI……NESCAYA SUAMI2 INI TIDAK AKAN SANGGUP MELUKAKAN HATI KAMI ISTERI2 YANG TELAH SANGGUP BETARUNG NYAWA UTK MELAHIRKAN ZURIAT DAN KETURUNAN MEREKA…..ALANGKAH BAIKNYA SUAMI2 MELIHAT BETAPA NABI MUHAMMAD MENYINTAINYA SITI KHADIJAH SAMPAI BAGINDA BERPOLIGAMI SETELAH KEWAFATAN SITI KHADIJAH….ALANGKAH BAIKNYA KEKURANGAN KAMI ITU DI BANDINGKAN DENGAN KELEBIHAN DAN PENGORBANAN KAMI….ALANGKAH BAIKNYA SUAMI2 TIDAK MENJADIKAN KELEMAHAN KAMI ITU SEBAGAI PENYEBAB UTK MECARI YANG LAIN….ALNGKAH SEMUANYA SEMUDAH MELIHAT…..ALLAHHUALAM….DARI DIA KITA DATANG…KEPADA DIA JUALAH KITA KEMBALI….Ingatlah wahai para suami…”andai kamu(suami2)takut pada pembalasan Allah di kemudian hari nescaya kamu(suami)tidak akan sanggup memikul beban utk bepoligami”

  • ixora

    kak su

    lucu, sedih pedih manis masam semua ada
    namun yakinlah ksu, hikmah tetap ada dlm apa cara tanpa kita sedari

    i sejak bpisah , baru sedar byk perkara.
    namun hakikatnya bkn mudah utk kita terima atau bagitau diri kita….sidia yg penah bersama kita dah ada kehidupan lain dan mungkin lebih bahagia!

    bak kata bro, cinta yg ikhlas adalah kita sanggup lepaskan seseorang yg kita sayang demi kebahagiaannya!

  • Assalamualaikum semua, samada yg tersenyum mahupun yg teremosional dgn posting bro love kali ni.

    Agaknya ada lagi insan2 yg masih belum mengerti konsep blogging ni. Sebenarnya salah satu cara untuk meningkatkan rating atau traffic dalam sesuatu blog itu adalah kontroversi atau provokasi…so, this is what bro love is trying to do, di samping cuba mencetuskan “brain storming” iaitu satu keadaan di mana kita memerlukan aqal untuk berfikir sebelum melepaskan apa2 kenyataan secara emotional.

    Setiap apa yg berlaku itu ada pro dan kontra nya, ada yg positif dan ada yang negatifnya. So, tk sepatutnya nafsu amarah kita mengawal atau menguasai minda kita lantas hilang nilai2 rational dalam pemikiran kita.

    Okay…back to topic. Jgn terlalu prejudis bila membincangkan topik ini. Jgn seolah2 menganggap hanya orang lelaki yg terhegeh-hegeh menyokong situasi ini tanpa mengunakan aqal yang sihat. Deep inside ruang untuk berfikir secara rational itu masih luas.

    My oppinion regarding berkahwin lagi ni sebenarnya dekat2 nak sama dgn pandangan Nurin Qistina. Apa yg samanya…???
    Regarding the situation….

    Okay cam ni citernya…CM sendiri memang mempunyai teman2 yg berkahwin buat kali kedua. Biasanya bila CM menghadiri majlis perkahwinan tersebut, CM akan tanya satu soklan utama iaitu “Ni ngko tambah ker ganti” Paham tak apa yg CM maksudkan di sini??? Maknanya CM akan tanya adakah isteri pertama masih ada atau telah diceraikan..???? What’s the difference..??

    Ok…kalau dia jawab “ganti”…CM akan fikir balik or teringat balik camner rupanya ex-wife dia dulu. Kalau CM ingat lagi yg ex-wife dia tu almost perfect orangnya….CM akan hantam balik kawan CM tuh, pasal sah2 dia yg punca segala2nya tapi kalau sebelum ni pun CM tau betapa buruk perangai ex-wife dia, CM terus akan ucapkan tahniah…because he deserved to get another wife…..

    Kalau dia jawab “tambah” pulak, dalam hati CM terus rasa kagum dengan first wife dia, nak pulak kalau CM tahu cam mana hati budi kawan CM tu. I’m serious, ada kawan CM yg isterinya awal2 lagi dah bagitaw kalau suami nk tambah collection isteri, dia tk kisah as long segala kebajikannya tidak terabai…Isk isk isk, hampir nk pitam CM mendengarnya. It’s not easy to “tambah” than to “ganti”. Dalam kes ni CM akan mendoakan dia bahagia bersama kedua2 isterinya.

    Kalau “tambah” tanpa pengetahuan first wife…emm itu mengundang padah ler jawabnya.

    Toleransi & respect sesama isteri tu perlu ada, tapi kalau si suami buat hal, suka2 tambah tanpa memberitahu isteri pertama, sampai bila pun keharmonian antara isteri2 tu tk akan wujud. Tak ker pening kepala.

    CM suka citer tntg diri CM sendiri. Bro dan bloggers yg setia dengan akupunyalife.blogspot.com sudah pasti tahu apa yg dialami oleh CM. Sesetengah org menganggap apa yg CM alami merupakan satu peluang atau reason yg cukup kukuh untuk bernikah lagi or tambah lagi stok…hehehhe.
    But not for me….there no reason for me untuk “tambah”…ntah ler tak jumpa2 sebab musababnya…everything seems almost perfect with my marriage xcept CM tak ada anak….and I’m not going to penalised my wife because of it….cause I’m sure Allah will grant my wishes one day. Afterall, kawin lagi is not the best solution for me. What about my wife??? Sanggup ker CM tgok dia bertambah2 sedih…I don’t think so.[so…uols doakan CM & partner errrkk ;)]

    But…yes there’s “but” in our life. Kalau takdir mengatasi segala2nya please….org pompuan don’t blame on it. Terimalah dengan rasionalnya bahawa jodoh dan pertemuan tu adalah ketentuan Allah dan kadang2 kita sukar untuk mengelaknya. Satu lagi CM tk berapa setuju bila perkataan atau istilah betina digunakan oleh seorang first wife kepada madunya….common, give respect to each other and please…don’t ever guna istilah perampas suami orang taw. Sebenarnya bukan nawaitu seseorang tu nak jadik perampas…sometimes love flows naturally.

    So, dalam perbincangan kali ni, cubalah berikan pandangan dengan se rational yang mungkin…walaupun CM paham sangat dalam dunia ni susah nk cari pompuan yg 100% setuju suami nk kawin lain kan….ahaks

    Bro…jgn maraa arhhh CM taip panjang2 ni erkkk, jauh sekali untuk mendapat belas simpati or publisiti…ok 🙂

  • hahaha… hot topic.
    aku nak nengok CybernaticMind plak komen pas ni…tapi tak kuar-kuar plak komen die.

    Erm.. nyampuk sikit kepada luahan hati Cik Permerhati… saya bukan nak bela sesape, tapi terpanggil untuk menjawab pertanyaan yang diajukan:-

    Macamana saudara Kruger boleh rasa menarik pun saya tak faham, sedangkan topik saudara BL kali ini amat tidak kena.

    Persoalannya sekarang ni seperti yang BroLove bagi tahu laa… die hanya mengajak kite berfikir. Tak lebih dari itu.

    Setiap manusia ni ade kelemahannya. Tak lupe juga dengan diri kite. Jadi cube tengok diri kite tuh, dah betoi-betoi ke berpuas hati utk kebahagiaan sidia? (Tak kire laa utk laki ke pompuan)

    Macam mane care kite utk tarik perhatian lebih sidia supaya lebih menyayangi kite? Adakah sampai die terase mual? Sampai nak menjenguk muke kite pon nyampah???

    Ter-Caring berlebih lebih… sampai orang tuh nak pegi kerja pon tak senang…

    Dah laa tention tempat kije, kerja banyak, stress kene marah, kene extend sampai malam… Sampai umah sidia pulak muncung macam boleh diikat… Sape tak meradang??

    Baik laki mahupon perempuan, sikap cemburu memang cukup kuat dan taksub. Masalahnya kite ni:- Takut kehilangan org tersayang.
    Sape tak sayang sidia? Takut sidia diambil orang? Kalau sidia dijemput tuhan? Sape nak dipersalahkan???

    Masyaallah… mase tuh baru kite terpikir:-
    Kenape aku tak menghargainya sewaktu die disisi…

    So kepada yang rase tertekan dengan entri BroLove kali ni… pkirkan lee balik.. bace berulang kali entri ni, dan anda akan paham akan isi tersirat disebalik tersurat.

    Aku yang masih mentah,
    Kreuger®

  • Kak Su

    Salam Ixora terimakasih sekali lagi. Kak Su ada, tak kemana-mana. Hari2 kat blog ni. Cuma membaca. Itulah Ixora akak baca gak proses perceraian Ixora tu. Tp macam sedih tak sedih je bunyinya. Kuat semangat Ixora ni. Kalau lah akak macam awak ;(

  • ixora

    aaaa baru terpikir kaitan isu kali ini

    dulu i penah terluka dek perempuan lain ketika i penah jadi isteri orang…..so i nekad kali ini…

    I ADALAH PEREMPUAN TERAKHIR ATAU TAKKAN MERUNTUHKAN RUMAHTANGGA ORANG LAIN….

    i biase dgr or terbaca perempuan ckp

    dah takdir sy dgn suami org
    dah dia tak bahagia dgn yg pertama
    dah wife pertama bg kebenaran…oklaa

    bla….blaa…blaaaa

    pd pdgn i…..kini takdir kita yg seolah2 create!…coz manusia suka konon….konon….hmmmm….

    oleh itu jgn cuba bermain dgn TAKDIR BUATAN KITA SENDIRI!

    P/S: PENGALAMAN my fren, dipujuk dirayu, oleh seorang lelaki bergelar suami org….DAN BIASAnya bila belum dpt, lelaki akan rasa thrill…..
    namun 1 je my fren jwb……
    layan dengar rintihan, email, sms or telepon boleh namun untuk langkah2 seterusnya cth
    -keluar dating…..cari nahas….coz 1x….jd 2x…dlll
    -dia bg hadiah, kita amik, kita dah mcm terhutang budi

    oleh itu
    “PAKAI OTAK….LEBIH SKET!”

    sebelum cipta takdir

  • ixora

    salam bro n geng semmo!

    wahhh hehheheh handsome rupanya bro…..kikiki semalam i terkelihs bro kat kb malll
    ….nak tegur segennnns

    anyway syabas bro…..segala yg bro curah sbg sharing , panduan pd geng semua

    hmmmm isu kali inii…..setiap dr kita membaca dgn interpretasi masing2

    sebab tu ada setuju vs kurengsss or tak setuju….

    naper kini bro bincang……huhuhu setelah i berpisah……(

    kak su

    lama tak dgr khabar.
    apa yg ksu lalui ,penah i lalui
    tabahkan hati ksu
    mcm i dulu pun keputusan akhir kami berpisah
    sedih pedih
    bkn mudah
    namun demi anak kecil brumur 6bulan
    kami tetap berkawan…..
    yg lucunya bila i dah bpisah….dan ditugaskan di kb smtara my X masih di KL
    baru i rasa berpisah betul2 krn jauh dan tak dpt berjumpa (krn slps selesai bpisah secara sah…..i blm dpt kerja dan masih tinggal di KL)

    may be both of us blm ada penganti, so kami masih bersms, berchatting….kdgkala rindu teramat….hehheheh

    opss dah terpesong kee
    anyway buat pedoman pd semua geng….kikiki

  • aS

    salam bro,

    baca ur blog lately, byk citer pasal berkwn dgn suami org, jd 1st wife n 2nd wife. sedikit sebanyak tu ada gak terkena kat batang hidung i ni… hikksss…

    well, bukan nak menyalahkan takdir. bukan kita mintak nak berkwn dgn suami org tapi dah takdir nak buat mcm mana kan…

    i selalu berharap dan berdoa agar bertemu jodoh dgn lelaki bujang tapi yg dtg kat i semuanya laki org… tapi in our relationship i tak terfikir pun nak berkahwin dgn dia… i faham perasaan seorang isteri. cuma pada pemikiran i, apa salahnya berkawan…

    kalau nak berkahwin sekalipun kalau boleh i nak lelaki bujang…

  • Kak Su

    Salam Bro dan sume,

    pertama sekali, Kak Su nak berterimakasih kpd bro love dn kwn2 yg lain kerana telah cuba membantu akak dlm masalah akak tempohari.

    Tp bro, kami baru shj buat keputusan utk berpisah. Apa nk buat…dia nk jugak kt betina tu!!

    Namun, semenjak dari hari tu akak tak prnah miss blog bro ni. Byk yg akak dpt ilmu dr penulisan bro love. Yang utama sekali, ebook bro buat akak jd tabah menghadapi saat sebegini.

    Akak setuju sgt dgn komen Nurin. Dia nmpk spt akak nampak yg bro sebenarnya ingin membawa kaum hawa berfikir. Walau akak amat tidak bersetuju dgn pendirian bro dlm soal bini no2 ni, akak dpt rasa bro amat menghargai dan menghormati wanita!!

    Tp bro, susahlah Kak Su nak terima bhg anggap suami ada kehidupan lain yg tak ada kena mengena dengan Kak Su, isshhhh!! Berat tu!!

    KPD PEMERHATI ~ Kak Su harap saudara Pemerhati, baca semula apa yg ditulis bro dan fahaminya. Kerana bagi akak sememangnya Bro unik, sebab itulah cara beliau berbeza dari manusia biasa seperti yg saudara katakan tu!

  • Salam BL and all…

    2nd Wife? 3rd Wife? Or berapa2 pun… Nurin pasti BL ada tujuan tersendiri mem’post’ kan entry ni…

    For Nurin, poligami dilihat dari dua sudut… seperti yang pernah Nurin komen sblm ini. Samada adanya orang ke3 itu sebagai pengganti ataupun pelengkap sesebuah rumahtangga itu…

    Pengganti – maksudnya amat jelas… menggantikan yang no1… tapi kenapa? kalau kurang… kenapa x ajak berbincang? kalau lebih… apa lagi yang tak kena?? Mengambil no2 sebagai pengganti no1… nilainya sama sahaja seperti habis madu sepah dibuang.

    Pelengkap – mengambil no2 untuk melengkapi perhubungan yang sedia ada. Nampak mudah… tapi tugasnya besar… sangat besar! Kekurangan dan kelebihan perlu dibawa berbincang… tapi, bila dah ada pelengkap… takde chance la nak no3 atau no4 yer…

    Nurin jelas disini yang BL cuba untuk bawa kaum hawa berfikir dan muhasabah diri… yelah, kalau sebelum ini kita selalu lihat dari sudut kejamnya perbuatan lelaki yang menduakan isteri. Kali ini, BL bawa kita semua untuk fikir dan telaah kekurangan sendiri untuk elak perkara2 yang di atas terjadi…

    For me, simple jer… BERBINCANG! Kalau x puas hati… bincang la wahai kaum adamku… dah berbincang, kalau masih tak jumpa jalan penyelesaian…(berbincang kena ikhlas yer, kalau boleh utk elak no2 atau penceraian…)… barulah fikir alternatif yang sesuai dan memberi kegembiraan kedua2 belah pihak…

    Yang peliknya, kaum adam ni kan… ada yang sampai bagi sebab munasabah… kononnya nak jaga hati no1 ni. Tapi, kenapa tak bincang secara terbuka?? Perbuatan menduakan pun dah cukup menyakitkan hati… kenapa tak beritahu je sebabnya… kan senang? Boleh juga no1 cuba perbaiki diri, sekurang2nya tahu dimana silapnya… Ini tidak, bagi sebab tak munasabah… no1 blur! tak tahu mana silapnya… teraniaya!

    Orang cakap… berkahwin lebih dari 1… kena adil. Faham dan jelas ke maksud ADIL tu? ADIL di sini bukan dari segi zahir dan batin je… banyak lagi… yang tak nampak, macam perhatian, baran, amarah, tindak tanduk, cara layanan… itu pun kena adil jugak… Yang biase terjadi, kalau ada no2, komfem no2 akan dilayan 1st class… abis? no1 takde hak ke? bukankah no1 dah hidup bersama selama ni… ada ke patut??

    ADIL juga pada jiwa, kasih sayang…. boleh ke adil?? Kalau ke rumah no1, jiwa di rumah no2… adil ke tu?? Sanggup ke melakukan penganiayaan sebegini kepada orang yang dah bersama berpuluh tahun… atau tak kira la berapa lama pun… yang pasti… dia no1!

    Ada betul BL cakap, pasal kaum hawa yang selalu ambil mudah dan rasa dah bagus sangat melayan si suami ni… itu la Nurin cakap… apa2 pun BERBINCANG… sama2 cuba betulkan keadaan…

    Sememangnya berkahwin lebih dari 1 itu dihalalkan dalam Islam… tapi perlu kena dengan sebab dan juga sebagai langkah terakhir…

    Penceraian… kalau kaum hawa rasa teraniaya, rasa ditindas… dilayan dgn tidak adil… kita ada mahkamah syariah, biar dia yang tentukan, jgn malu dan jgn terus aniaya diri sendiri… bayar rm10, dan biarkan mereka tentukan… sekurang2nya, anda diadili sewajarnya… dan kalau boleh, kesalahan bukan terletak dibahu anda!

    Talak… memang halal disisi Islam, tapi Allah SWT amat benci… melainkan dianiaya, dipukul atau perkara2 yang takleh masuk dek akal… barulah kita fikir ini yang terbaik…

    Untuk yang belum berkahwin… ilmu rumahtangga kena master… jgn nak main ikut sedap je nak kawen… jgn juga nak kawen sebab orang semua dah kawen… dah salah dah tujuannya… kaum hawa, jgn biar diri teraniaya dan dlm masa yang sama … DON’T TAKE THINGS FOR GRANTED!… layan suami sebaiknya… kalau dia nak cari lain jugak… dah itu rencanaNya… kita dah usaha…

    Kepada kaum adam… si suami, jgn bagi alasan x munasabah… Kalau benar kerana nafsu… beritahu! Kalau benar kerana tiada sayang… tiada cinta… beritahu! Jgn seksa jiwa yang bernyawa tu… mereka juga berhak bahagia…

    Nurin belum berkahwin, banyak Nurin tak tahu… ini setakat yang Nurin jelas… mungkin senang untuk bibir ungkapkan dan tangan menaip… ye tak? Nak kata experience 1st hand… mmg takda… tapi dalam situasi? atau diajak bersama dlm situasi… Nurin mengaku memang ada… Banyak yang Nurin perlu belajar… kalau ada salah silap… Harap ampunnn!!!

    Wassalam…

    Cahayamata Keadilan @ Nurin Qistina

  • Pemerhati

    Assalamualaikum,

    Terpanggil saya untuk memberi komen kali ini. Mungkin kerana topiknya yg telah membuatkan saya rasa kurang selesa dan amat kecewa dengan Bro love!!! 🙁

    Macamana saudara Kruger boleh rasa menarik pun saya tak faham, sedangkan topik saudara BL kali ini amat tidak kena.

    Saya amat menyokong usaha BL Sebenarnya, setiap hari saya menjenguk blog BL yang cukup berinformatif ini. Banyak yang dpt sy belajar. TETAPI, kali ini sy rasa saudara BL sudah agak terpesong!!

    Apakah patut seorang Brother Love menyokong lelaki berkahwin 2 malah mempunyai erti kata tersendiri dan perspektif yang jauh berbeza dari manusia biasa!!!

    Pada pemerhatian saya, amat tidak kena! BL seharusnya mempertimbangkan artikel kali ini. Demi untuk tidak menyakiti mana-mana pihak disamping memberi tunjuk ajar yang lebih berkesan seperti topik-topik sebelumnya.

    Wasalam!

  • Salam bro… gua pendatang baru kat sini, begitu juga bakal menjadi pendatang baru ke alam perkahwinan tak lame lagi.

    Hahaha… menarik gak kesah dan teladan yang bro paparkan pada kali ni. Sebenarnya gua tak berape nak berani komen kat sini. Maklum laa gua pon stendek kanak-kanak bawah umur jika nak bandingkan gua dengan bro.

    Tapi ni semua angkara CybernaticMind a.k.a bro seblogger gua yang gua anggap macam abg gua sendiri yang suh gua datang mencarik ilmu kat blog nih.

    Gua kerap datang kat blog ni, cume harini memberanikan diri untuk berkomentar.

    Segala tunjuk ajar dari bro, yang mane baik akan gua jadikan tauladan dan yang bro larang… gua jadikan sempadan.

    Thanks for all your knowledge.
    Kreuger®

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons