
Pernahkah anda mencintai seseorang sehingga anda menangis kerananya? Pernahkah anda mencintai dia sehingga anda tidak tidur, tidak dapat melelapkan mata walau sesaat? Mencintainya sedalam-dalam cinta, sehingga anda rela melakukan apa saja?
…walau terseksa batin, jiwa dan raga anda teruskan jua cinta anda kepadanya!
Bukankah lebih senang jika kita lupakan saja cinta itu? Bukankah lebih mudah jika kita mulakan sebuah percintaan baru dengan orang baru? Mengapakah awan mendung berarak hitam itu juga yang kita dambakan? Kesepian yang menusuk kalbu juga yang diimpikan?
Sesungguhnya berkata-kata adalah jauh lebih mudah dari melakukannya, kan?! Dulu ku fikir, mudah untuk aku menukar cinta. Namun kini, pabila langkah ku longlai, bagai tiada lantai untuk ku mengertak, bagai sapuan angin…aku mengaku kalah pada sepasang mata yang sangat sukar untuk ku pujuk rayu, apatah lagi memilikinya.
Hanya yang merasa kan mengerti betapa cintanya aku pada dia…walaupun dia mencintai orang lain…..ya, panjang helaan nafas ku terhembus sejuk, beku…tak bermaya…
Cinta ku ibarat semangat yang membara, melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya. Namun cintanya tetap kepada yang lain…walaupun dia merasa betapa indahnya cinta ku bak pelangi, walau bergetar jantungnya pabila merasai cinta ku yang sehangat mentari….namun, dia tetap mencintai orang lain. Mengapakah ini bisa terjadi??
Alangkah sedih aku, walau selaut cinta kucurahkan namun sekelumit tak ku rasai balasannya. Dia langsung tidak tersentuh, tidak terasa…
Bukan salahnya, tetapi salahku yang membiarkan diri alpa dengan manjanya, manisnya… Mengapa aku harus menaruh seribu harapan pada yang tak sudi? Mengapa aku membiarkan diri terlamun cinta sepi? Bukankah hanya kesedihan yang pasti merobek hati?
Apa yang ku fahami, itulah cinta sejati…ibarat mengejar mentari, walau hangat, walau bisa membakar diri, itulah yang diimpi…
Mata ku bergenang di saat menulis artikel ini, dada ku sebak tak terperi…sedikit penyesalan melanda di hati, apa bisa ku ubati luka ini? Tiada siapa yang mengetahui…cuma yang pasti aku dalam dilemma…arah manakah yang harus ku redahi?
- Berundur dan menikmati kesenangan tanpa kebahagiaan?
- Hanya terus melayan saat manis, yang hanya berasaskan kebahagiaan sementara?
- Atau terus berjuang, walau kekecewaan yang pasti menanti?
Inilah kemelut sebuah percintaan yang sulit untuk dihuraikan. Ramai yang mengalaminya…ramai yang terkecewa, namun…adakah jawapan untuk semua persoalan ini?
Jawapan dari ku,
“Walau ku masih mencintai mu, walau ku masih menyayangi mu…ku harus melupakan mu, ku harus meninggalkan mu…ku harus merelakan kau pergi…”
— FIN —
*Maafkan Bro kerana tidak membalas banyak email persoalan cinta, kerana bulan ini begitu banyak sekali yang mengharapkan pertolongan dari bro. Sebagai membalas sokongan anda. BRO MAHU MENJAWAB PERSOALAN ANDA SECARA TERBUKA DI TOPIK INI.
*Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang KAMUS CINTA KLIK DI SINI
*Di harap anda semua boleh bersama-sama memberi pendapat bagi situasi percintaan yang bro kisahkan disini. KOMEN ANDA KLIK DI SINI





















75 Comments
Wow!!! Hensemnyaaaaaaaaaa…….
Mengagumi tanpa dicintai….
Tak mengapa bagiku..
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu..
Pehhhh…memang hemsem bangat, tp sayangnyerrr…cintanya milik org lain 🙁
1st time tulis komen kt cni, kerana teruja tgk wajah pemilik blog nihh…uhh! Wow!! 😛
Tapi nk ckp gak, Hensemnyaaaaaaaaaa……
Bro, kisah ini ada kena mengena sedikit dgn saya hehe so, jawapan saya bagi soalan bro tu…seelok-eloknya kita memilih kebahagiaan. Tapi ketiga-tiga pilihan yg bro tulis tu satu pun tidak menjurus kepada kebahagiaan yg sebenar. Camana tu? Sedihnyerrr…
Soalan saya, apakah Bro akan bahagia jika dia terus menolak cinta bro dan terus menyintai kekasihnya??
p/s Hensem mcm ni pun girl xnak terima? Sorry 😛
Mengapa kita selalu mencintai orang yang tidak mencintai kita?
Pernah. In fact, i’m still struggling to forget abt it..
Dari 3 pilihan yg bro bg tu.. if i were u, i would choose :-
1) Berundur dan menikmati kesenangan tanpa kebahagiaan?
2) Hanya terus melayan saat manis, yang hanya berasaskan kebahagiaan sementara?
3) Atau terus berjuang, walau kekecewaan yang pasti menanti?
1 atau 2
1 – coz i know i would never ever get the chance to be with him, knowing tht he already have ‘her’. even tho it makes me suffer enuff.
2. even tho i know he’s gonna be hers forever, tp hati ni masih degil. biasa la kan, hati manusia..mana penah puas 🙁
but..
definitely im gonna choose 1. *mengeluh panjang* 🙁
*in the process of motivating myself too*
Sorry lupa jawab : My answer is 3 – terus berjuang, walau kekecewaan yang pasti menanti…bukan apa, it is because itu yg I tgh buat sekarang. 🙁
CINTA….jangan butakan mata dan minda hanya kerana menurut kata hati yang terlalu menyintai.
Kenapa diabaikan perasaan sendiri demi menyelamat dan mempertahankan sebuah cinta.
Dulu saya pun fikir CINTA hanya akan datang sekali.Itu kerana pabila saya jatuh cinta hanya dialah segala-galanya!
Saya takut akan kehilangan orang tersayang dan CINTA yang saya agungkan…
Tapi akhirnya semua itu memakan diri.Kedegilan hati melepaskan CINTA sidia yang sering beralih arah mengikut musim membawa padah yang maha dahsyat!
Tak perlu takut untuk melepaskan cinta yang mula pudar…tak perlu gentar merawat hati yang sedang lara….
Dari hidup berpura-pura hanya kerana ingin ada cinta dan dicintai….
Lepaskanlah dia…bebaskan lah diri dari terus dibelenggu.
Hidup ini tidak panjang…
jadi nikmatilah hidup ini seadanya….
Esok..adalah hari lain…
yang kan pasti ada sinar baru
menggamit jendela bahagia.
Bro Razzi tengok sekali ada iras salah seorang abang saya.
mencelah sikit..
2 perkara yang paling menyedihkan adalah..apabila kita mencintai seseorang,seseorang itu mencinta orang lain. apabila kita ingin seseorang bahagia,tetapi dia membalas dengan menyakiti hati kita..
sabar sokmo!
N : Pastinya kita tidak akan bahagia jika mencintai dia yang mencintai orang lain. Tapi hakikatnya, itulah cinta n pengorbanan kita demi kasih kita kepadanya.
Kay & Ieja : Cabaran itu lebih membuat kita merasa HIDUP daripada memilih jln mudah yang tidak memberi kehangatan percintaan itu 🙁
Nissya : Good for you, I know you’re happy now. As for me, only God knows…
S : Ye ke sama? 🙂 Pelanduk 2 serupa tu beb hehe
*Walau apa pun, kita hanya merancang…Tuhan yg menentukan. Tanya pada diri sendiri, “Mengapa aku masih single? mengapa aku masih tidak berkahwin?!…mengapa Tuhan masih tidak menemukan jodoh aku?”
Jawapannya terletak pada hati kita yang sentiasa mencari buruk dan salah orang…suka mengeji pasangan orang, suka menghina peribadi orang, suka menghakimi orang… “Sesungguhnya, tidak bertemu jodoh itu adalah satu BALA dari ALLAH!”
Buku Kamus Cinta kini sudah berada di hampir semua kedai-kedai buku seperti:-
Kinokonuya, Borders, Popular dan hampir semua MPH di seluruh Malaysia, juga kedai-kedai buku biasa…Alhamdulillah!!
*5 PERBEZAAN BUKU INI DENGAN BUKU-BUKU MOTIVASI CINTA YANG LAIN.
1. TIDAK SEPERTI PENULIS BUKU LAIN, Bro menulis Kamus Cinta adalah berpandu dari kegagalan-kegagalan silam dari pengalaman Bro sendiri. Ramai penulis berbangga dengan kejayaan mereka, tetapi bro mensyukuri kegagalannya. Dari artikel-artikel, dari newsletter yang anda terima juga, bro menceritakan berbagai-bagai kisah kegagalan bro sendiri. INI ADALAH KERANA…dari kegagalan2 cinta kita itu…lebih banyak yang kita boleh belajar agar dapat kita elak dari gagal lagi lantas, menemui kejayaan!
2. Jika seorang motivator, Profesor atau Doktor bercakap tentang cinta, tidakkah anda merasa begitu jauh untuk mencapai taraf seperti mereka???…SEBAB itulah bro menonjolkan diri sebagai seorang penulis yang biasa sahaja. Yang juga seperti anda. Kerana sememangnya, kita semua hanya insan biasa yang mudah melakukan kesilapan. Begitu juga penulisan Bro, ianya cukup mudah difahami, dan membayangkan seseorang yang dari masyarakat kebanyakan. Cukup santai untuk anda merasakan berada dekat dengan Bro, dan terasa seperti anda juga pernah mengalaminya, kan?! 🙂
3. Bro juga tidak pernah mendabik dada, mengatakan Kamus Cinta ini menjanjikan sebuah kejayaan jitu. Itu kerja TUHAN! Yang Bro mahu berkongsi di sini ialah, kita jangan sesekali berputus asa dalam mencari sebuah kebahagiaan. Sebagai seorang insan biasa, adakala kita bahagia, ada masanya kita berduka dan kita tidak akan terlepas dari kekecewaan. Maka Kamus Cinta inilah yang boleh bersama-sama menjadi panduan kepada anda dan kepada bro juga! In fact, sekarang ni pun, Bro masih refer Kamus Cinta lagi…baca lagi untuk lebih memahami. Berjaya atau tidak…USAHA TANGGA KEJAYAAN dengan izin Allah, jom kita sama-sama berusaha, InsyaALLAH!
4. TIDAK SEPERTI BUKU LAIN…buku Kamus Cinta ini ditulis oleh 2 orang penulis. Bro Razzi Rahman & Sis Catriona Ross. Dimana cinta juga memerlukan semangat di dalam memperjuangkannya. Jadi, penulisan dari Catriona di buku dan blog cukup memberi semangat dan kefahaman dalam mengenal sesama insan.
5. Buku ini juga adalah kompilasi 4 ebuku, yang bernilai RM126.00 yang kini anda hanya mendapatkannya dengan harga RM34.90 sahaja!!!
Anda juga boleh membeli secara ONLINE di sini >> KAMUS CINTA
Kerana Cinta
Bukan ku bermain cinta
Dan bukan ku berpura
Akhirnya kita terpisah jua
Suratan yang melanda
Bulan bintang matahari
Dan api cinta ini
Tetap bersinar dan bercahaya
Panas cinta membara
Cintaku kepadamu semanis madu
Bersinar dihatiku adalah rindu
Andai terciptalah istana di bibirmu
Mengapa musnah roboh dihatiku
Kerana cinta aku tersiksa
Kerana cinta merana
Kerana cinta aku terpedaya
Kini dikau tiada…
caya la bro…..hanya lelaki memahami lelaki
Bro~Apakah itu maksud isihati you yang sebenarnya?
“As for me…only god knows”(why?)
Aren’t you happy with your life?
biarlah kita mencintai orang yang tidak mencintai kita..kita berhak jatuh cinta..andai cinta itu bukan milik kita, kita harus pasrah!!
tp percayalah..cinta memerlukan pengorbanan..hanya yang jatuh cinta yang tahu menghargai pengorbanan insan yg dicinta..asalkan dia bahagia..kita pasti akan bahagia..percaya lah janji Tuhan!
p/s: bro, kita pun miss u gak..lama tak dengar berita ni..hepi valentines day!dpt tak kad tuh?
bro~ manusia takkan pernah puas dengan apa yang ada..tp bersyukurlah kerana kita masih dlam lindunganNya..masih dlm pilihannya..alhamdulillah..
NISSYA : Define happiness… I’m happy with my work, my career, my friends. Is that answers you? 😆 I dont know why, I refused to just accept the easiest way of life 🙁
SHALIZA : Dah terima kad kahwin you tu. InsyaALLAH bro n cat sampai jika tidak di KL. Bcoz kita akan berada di sana dari hujung Feb lagi untuk KC Authors Talk.
bro-i akan nyanyikan lagu ni untuk u masa dilangkawi nanti,dah lama i tak menyayi semenjak 10thn yang lepas,teringat masa muda2 dulu bersama koir kebangsaan………
Bro~ well..teringat pada diri i suatu ketika dulu.Even sekarang ni pun ada la sikit sikit lagi perangai camtu!
I selalu suka tengok benda yang terjadi dalam hidup dari perspektif yang berbeza dari orang lain.
Selalu orang lain pelik dengan i sebab i tak mudah puas hati dan akan melakukan sesuatu dengan cara yang susah untuk orang lain faham.
Nak buat camne ekkk!!
Ada setengah orang kata i ni degil…macam satu dialog dalam filem P.Ramlee tu..
“Encekk…dia banyak degil
itu batu ..atas kepala juga ada duduk”!
Apa yg Bro tulis hampir sebijik dgn apa yg sedang berlaku pd saya sekarang. Cuma bezanya dlm kisah bro si dia cintakan orang lain dan dlm kes saya.. saya sendiri pun tak pasti adakah dia sudah berpunya?
Mungkin saya dah tersalah tafsir segala gaya dan tingkah lakunya, atau dia cuba memberitahu – aku milikmu! Entahla..
Patut ke saya terus berusaha utk mengharapkan sesuatu yg tak pasti? Atau terus meletakkan titik noktah pd perjuangan utk menawan hatinya.
Jadi apa yg patut saya lakukan?
Rasanya,biarlah saya terus kekal pd tahap kawan saja dgn dia coz memang itu pun yg dia nak.Dan saya akan cuba seberapa terdaya untuk menawan hatinya sewaktu di alam persahabatan ini. Percitaan bermula dr sebuah persahabatankan?
NISSYA : Sometimes, untuk kita bahagia, kita pastinya menempuh duka dulu. So kedegilan selalunya mengundang kedukaan itu…just have to be bare with it.
KHAI-RULES : Memang teramat benar, “Percitaan bermula dr sebuah persahabatan”
..Khai jangan putus asa k. Apabila Khai bersahabat, peluang Khai untuk merapati dia lebih cerah…dalam masa yang sama, Khai tunjukkan yg Khai mengambil berat tentang dia. Tunjukkan Khai benar-benar sayangkan dia sebagai seorang “KAWAN”…Bila berkawan, Khai juga boleh tahu tentang kekasihnya…JADI, buat yang jauh lebih baik dari kekasihnya. Mungkin lama-kelamaan dia akan sedar, yg Khai lebih baik dari kekasihnya, lebih caring… Namun, janganlah menutup terus ruang untuk gadis lain, mana tahu…ada yg lebih bagus nanti.ALL THE BEST!
Thanks Bro!
pergh!!!!! hensem tahap gaban…ngehehehe…kuota ade lg 3 kan bro..wakikiki!! hmm…mencintai tanpa balasan…adoi…its too hurt but its ok…maybe itu yg terbaik buat kite…Tuhan tau segalanya 🙂
Betul tu lizz…mmmmmmmmmm
nissya~ngehehehe…betul kate survey 🙂 kikiki!!!
Nasib la masa keje MAS dulu tak ter jatuh cinta ngan mamat hensem gaban tu!
he he he!!!