Ketaasuban Cinta…

Razzi Rahman

Begitu susah untuk kita membuka lembaran baru, kan?! Kata seorang gadis yang saya kenali di tempat kerja,

“TAK NAK!!…I just want him!”

Tanya saya pula, “Walaupun dia tak membahagiakan kau?…walau dia mencintai orang lain, tak menghargai cinta kau??”

“Biarlah…biar aku tersiksa, namun untuk aku mencari kasih yang baru tidak sama sekali!”

Sepanjang January, ada beberapa yang saya temui memiliki pendirian sebegini. All I can say, “Kesian…betapa ketaasuban cinta telah membutakan hatinya!”

TETAPI…siapalah kita untuk menghakimi mereka ini. Dulu-dulu…saya juga begitu. Dungu menunggu, mengharapkan sebuah fantasi yang akhirnya menghancurkan seluruh hidup saya yang telah terbina teguh.  Saya rebah tersungkur sendirian…

Kita biasa dengar kisah kanak-kanak suka kan mainan orang lain. Dari sekecil-kecilnya, yang susah itulah yang diimpikan, yang sudah ada atau yang senang dapat itu, dihindarkannya. Begitulah juga sesetengah dari kita.

All I can say, That is NOT YOU…that is the devil inside you, called NAFSU! Yep! dia hidup dalam diri kita untuk menghancurkan kita. Kalau lemah maka dia akan terus menguasai kita. So, you think you can control it?

Namun baru-baru ini, saya cukup gembira dengan salah seorang yang telah ‘khatam’ Kamus Cinta. ‘F’ mula namanya… Saya telah dapat membuka mata dan hatinya dari terus taasub dan degil dengan pendirian dia itu. Kini, F telah membuka hatinya kepada yang lain dan melupakan kekasih yang tidak menghargainya itu. F telah buang si dia yang tidak membahagiakannya. LALU…Alhamdulillah, kini F sudah pun bertunang dengan orang baru dalam hidupnya dan tidak lama lagi beliau akan berkahwin!

Apa yang F lakukan hanyalah membuang kedegilan dan ketaasuban cinta dalam dirinya dan percaya ada insan yang lebih menghargainya, malah ada yang lebih mencintai dirinya dari bekas kekasihnya itu. So simple…buka hati dan perasaan kepada yang baru!

As for me…I’ve comeback to my senses, if thats what you guys wonder. Yup! I do! Never thought I could’ve just slipped through that old bouncy road again, through those sharpest thorn and the worst part…I wasn’t appreciated! Am I crazy or what?

I guess, I can be both ways, hello Please arr I’m straight! 😆  What I meant was…I can be a good role model for having so called “Brother Love” and at the same time, I can be, “A sore Loser”…

TAPI…itulah nama dia manusia. We are not perfect babe! Kejahilan, kedegilan dan ketaasuban terhadap cinta bagai virus yang menular di dalam relung-relung rindu, menyemarak di jiwa, merebak ke seluruh saraf-saraf halus sehingga membingungkan kita yang waras.

YES….kita akan kecewa, tetapi kita pasti berjaya jika kita membuka lembaran baru dan terus pandang ke hadapan. Jangan cakap saja…BUAT!

Kekerasan hati, menyulitkan minda untuk membuat keputusan yang tepat. Itulah kita. Yang senang kita hindarkan, yang susah itulah yang kita inginkan. Bagaikan ada getaran yang berdetak di seluruh jantung pabila menginginkan sesuatu yang pastinya jelas bukan milik kita.

  • Bagai idealistik…mengharapkan keajaiban dunia.
  • Bagai khayal marijuana, hanyut, sesat di samudera
  • Bagai mabuk raspberi merah, kita dungu dengan ketaasuban cinta…
  • Wizurai meletakkan garis tapi masih ramai yang merempuh ilustrasi itu, untuk apa?? Secebis kasih yang tak pasti?

Akhir kata,

Aku bagai mandolin kecil beralun simfoni merdu, bersinar romantika yang masih hangat di jiwa ini. Aku menggersik, mengutuskan suara kalbu, ikhlas dari jauh demi membangkitkan jiwa yang dalam keresahan. Membisa aku penuh yakin, rupanya masih luas ilmiah ku. Namun, untuk apa? kemanakah arah dan destinasi ku? Aku sendiri tidak pasti…yang nyata, aku hanyalah insan biasa, seperti kamu, kamu…dan juga kamu…

Razzi Rahman

14 Comments

  • aim

    Cinta memang amat indah,pernah ku ulangi kasih sayang itu.Setelah beberapa belas tahun x dapat berhubung.Ku yakin bahawa dia juga amat menyayangiku kerna penggorbanan
    nya sering datang utk melawatiku dan berkongsi kasih setelah agak lama terputus hubungan…selama hampir 2 tahun kami berkongsi kasih kembali namun ku tahu hubungan itu hanya bersifat semantara hanya sekadar ingin mengetahui kenapa cinta yg kami lalui x kesampaian…segala2 terjawab dari A-Z.Aku rasa berbangga dgn respons yg d berikan.Semoga kau Berbahagian….AKU TAHU CINTAMU…..
    sukar utk di lupakan namun apakan daya segala nya telah di tentukan oleh illahi…

  • resyam

    cinta ibarat kita memandu kereta juga, mesti ada tayar spay. kalau takut di lambung ombak jangan berumah ditepi pantai…pandai2lah…kita cari kebahagian sebalum, kesakitan melanda kita….

  • resyam

    salam semua… begitu aneh pasal cinta. sukar bagi kita untuk menilai. dulu aku juga pencinta batu. cinta hanya pada dia yang menyebabkan aku buta cinta. tapi setelah diberi racun, aku mampu mencintai seramai mana yang boleh… sehingga berjumpa miss true all. jadi aku tak kisah walaupun aku di cop PLAYBOy… sebelum aku dipermainkan, aku perlu bermain untuk kebahagian. aku suka disayangi dan disayangi….yg penting aku tak buat jahat..racun perosak bunga..sendiri mau ingat

  • ariqa

    klaka la..
    dlu riqa jga slh seorg yg bodoh2 tntg cinta..
    kapel..
    yg sememgnya kwn2 sy katakn ia trsgt indah..
    trsgt sronok utk di alami..
    bnar ia mmg sronok..
    indah..

    namun..
    trkdg tnpa kpahitan,ksedihn mhupn kkecwaan..
    tiada mkna bg sebuah cinta..
    right?
    slps ptus ksh syg antara sy dn insan prtama yg mngajar cinta..
    yg mnjadikn fantasi sebuah cinta trlalu mnarik utk sy hayati..
    sy pasrah, bnr mlupakn se2org tak semudah mmbuang sgala pmberian yg dia bri.
    trlalu sush sgt hngga trdetik dlm hati bhawa adkh ini CINTA yg kwn2 aku slame ni katakn?
    tntg indahnya?
    hmm..bla sdar yg dri ini tetp ada yg inginkn..
    sy akur..
    bnar bro kata,cinta tak dtg tnpa dipaksa mhupun dpinta..
    ia hadir..
    x mngira masa..
    bla..
    d mana..
    mncari jiwa kita yg pernh kcewa..
    wlupn bribu kali luka mngulit parut yg sama..
    tp..kta ttp akn kuat mlaluinya..
    lg smggu sy prlu mmberi jwpn pd insan yg sdg mnanti jwpn sy slama hmpir 4 buln dia mnanti sy..
    hrp sgt sy pnya kekuatan mnerima cinta dia bro..
    wlupn ini cinta kdua namun..
    sy hope dia lbh baik dr yg prtama..^^

  • dlayla

    bro..
    cinte tu bukan ker bahagie..kenape kdg2 ia amat menyakitkan..mencintai dgn sepenuh hati…tetapi masih lagi merase tidak disyangi…tidak bahagia…

  • Beego

    Tuhan itu tidak kejam,kan?Sudah tiada erti semuanya di sisa-sisa penghujung khidupan ini.Ye..bunyi nya macam kecewa tapi diri telah telah berjumpa dan memahami rahmat disebalik semua dugaan ini.Sesungguh apa yang di atur Allah untuk perjalanan ini terlalu indah walaupun pahit yang ditelan.Saya bahagia dgn kehidupan begini dan keluarga saya menemui jawapan dan mungkin penyesalan.Walaupun bukan balasan yang dipohon utk mereka namun kita mesti akur setiap perbuatan baik atau tidak ada balasannya.Berdendam bukan sikap saya.Itu pasti!
    Semua kisah ini dah lama berlalu,namun tautan kasih yg dtg kembali ini biarlah menemui jalannya sendiri..bukan takut kecewa tapi yang saya takut mengecewakan org lain.Hidup yang kian smpai penghujungnya dan setiap saat saya isi dgn kesyukuran dan mencari kebahagiaan. Berada dihalaman Bro and Cat juga adalah saat yg amat membahagiakan.

    Tks and Alhamdulillah ditemukan kita disini biarpun tidak pernah bersua muka.Namun keikhlasan dan kekuatan semangat dan ‘aura’anda berdua dapat dirasai.

  • BEEGO : Bro faham sangat perasaan u tu…my opinion is this :-

    Buat apa sahaja yg boleh membahagiakan you..selagi ia boleh buat you happy…ia boleh buat u teruja…you go ahead!!…TAPI, jika ia hanya menyakitkan hati, membebankan you…TIDAK MEMBAHAGIAKAN…dont waste your time! Find a new person or do whatever opposite.

    YANG PENTING HAPPY…no point you berkorban apa sahaja if you are not happy!

  • Beego

    Razzi,benar katamu..’bercinta lah berpada-pada’.Kerana terlalu mengharapkan boleh merosakkan jiwa bila cinta ditolak apalagi kalau terlerai kerana kesilapan kita sendiri.Pengalaman saya sendiri dikecewakan dan mengecewakan orang lain membuat saya jadi dingin terus pada CINTA.Saya kata pada diri yang saya tak perlukan itu semua..saya sudah letih dgn kerenah CINTA.Tapi sebenarnya hidup ini terlalu sunyi tanpa teman,disayangi dan menyayangi.Dan untuk itu saya tak pernah lupa berdoa pada Tuhan di temukan insan yang baik untuk saya.Akhirnya Dia yang pernah bertandang di hati saya dulu kembali semula menyulam kasih.Walaupun tak seghairah dulu kata2 cinta kami tapi masing2 mengerti dan akur pada takdir ini.Persoalan tetap ada masalah tetap akan timbul kerana krisis yang timbul dulu kerana keluarga saya tidak menerima dia.
    Dan utk kali ini dia dan saya serahkan pada Allah.Kuat jodoh kami,Alhamdulillah tapi kalau tidak,walaupun ada kekecewaan dan kehampaan kami redha.
    Saya sudah penat mengejar cinta,dan mungkin fed up kerana pilihan saya di tolak keluarga.Kali ini saya benar2 serah pada Takdir Tuhan.Berkorban untuk keluarga..Mereka tahu saya kecewa..dan hubungan saya dan dia yang terjalin kembali saya pasrah kalau keluarga saya tahu biarlah..terima tau tidak saya pasrah jua.

    cerita saya masih panjang tapi cukup disini dulu.

  • S, sebenarnya Razzi sangat faham perasaan S yang tidak mahu melepaskan kasih yang jauh. Berbagai alasan dan sebab boleh Razzi katakan mengapa anda begitu…

    Namun yang penting di sini ialah, anda cuma perlu membuka hati anda seperti saudari F.

    Beberapa nasihat dari saya kepada F :-
    1. Membuka hatinya kepada yang baru
    2. Melupakan betapa hebat bekas kekasih
    3. Jangan membanding betapa bagusnya bekas kekasih.

    KINI, F telah menemui ramai jejaka yang inginkannya!…kemudian dia talah memilih seorang, bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.

    *Melepaskan sesuatu yang berharga, sememangnya anda akan merasa kerugiannya. Tetapi, menggenggam sesuatu yang tidak bermakna sebenarnya, anda lebih rugi!

  • S

    bersambung.
    seperti apa yg razzi tulis itu ada betulnya. saya sendiripun masih sukar membuang perasan sayang kpd seseorang yang….semakin menjauh!

  • Siapalah kita untuk menghalang cinta datang?…Siapalah kita untuk membuang sewenang-wenangnya cinta yang membara sekian lama…

    Namun, apakah gunanya kita mengagung-agungkan cinta yang penuh kepalsuan. Hanya kerana pegangan dan kesetiaan kita??…

    Benar pepatah lama berkata, “Buat baik berpada-pada!”

    Samalah, “Mencintai biarlah berpada-pada!”

    Maksud yang begitu mendalam, mengheret jiwa yang tak keruan ke hujung kegelapan malam, ke arah cahaya yang masih bersinar bergemerlapan walau nun di sana…asal mahu!

    Nien, S, Nissya…pendirian anda semua sangat Bro Razzi hargai!

  • nissya

    Bro~ senyum lebar saya kali ini membaca ur latest post”ketaksuban cinta”

    Bila dikenang-kenangkan..bodohnya lah saya suatu ketika dulu.Menghancurkan hati dan perasaan.. merosak kan diri ,demi sebuah cinta yang to me sangat agung.Walhal…jenuh hati ini disakiti…jauh sekali diri dihargai walau jutaan pengorbanan telah dilakukan.

    Semuanya berpunca bagai yang u katakan…kedegilan hati dan keegoan diri mempertahankan hak yang kononnya mempertahankan keagungan cinta.

    Alhamdullillah…pengalaman mematangkan akal dan naluri untuk memilih cinta bagai mana yang perlu dilayari.Bahtera mana yang boleh dinaiki…lautan mana yang boleh diredahi.

    Dulu asal bercinta..dialah segalanya.Baik buruk tak dapat dibeza…kesetiaan melebihi segala-galanya…!Bila kasih dimungkiri….
    bukan lagi rebah malah tertiarap ,terbenam kedasar keperitan yang sangat dalam.

    ku teringat hati..
    yang berterabur mimpi..
    kemana kau pergi cinta..
    perjalanan sunyi..
    yang kau tempuh sendiri..
    kuatkanlah hati cinta…
    ingatkah engkau pada embun pagi bersahaja…
    yang menemani mu sebelum cahaya..
    ingatkah engkau pada angin yang berhembus mesra…
    yang kan membelai mu cinta…
    kekuatan hati..
    yang berpegang janji…
    genggam lah tanganku cinta…
    ku tak akan pergi…. .
    (letto)

  • S

    ….. aku masih ingat lagi ,ada seorang gadis sangat menyayangi aku, walaupun aku cuba menjauh dan ada saja karenah yg tidak menyenangi dia, dia tetap bersabar dan menasihati aku sehinggalah aku berpindah dan mengakibatkan putus contact…
    bukan aku tak suka kat dia, cuma aku rasa dia cuma ada perasaan sayang SAHAJA tetapi tidak mungkin mencintai aku, siapalah aku ini(itu yg aku fikir dulu). ahh..tak mungkin dia cintakan aku. sayang kita boleh sayang kpd 1000 org, tetapi cinta adalah limited bilangannya.
    kini baru aku sedar dan berasa bersalah..

    cerita lain pulak.
    seperti apa yg razzi tulis itu ada betulnya. saya sendiripun masih sukar membuang perasan sayang kpd seseorang yang….
    ho,ho,ho,degilnya nafsuku ini.

  • ini kata2 semangat yg i selalu tanam dalam diri i supaya kembali kuat utk teruskan hidup…
    kadang2 org yg paling kita syglah paling sukar utk di sayangi..hidup selamanya bersusah dgn org yg kite sayang lebih baik dari hidup senang dgn org yg kita benci..jgn menagih syg pada yg xsudi..jgn abaikan kebahagiaan yg datang walaupun kte membenci..hargainya bila ada dn jgn sesali bila tiada.

    “Jgn biarkan cinta menjadi benci..jgn tinggalkan org yg kte syg utk org yg kte suka..kerna org yg kte suka akan tinggalkan kte utk org yg mereka syg..”

    Sygilah dgn apa yg ada..syukurilah dan hargailah selagi ia bermakna..x semua benda yg kita sayang akan jadi milik kte…tetapi biarlah org yg kte sayang mendapat kasih sayang dari org yg mereka sayang.. peace 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons