Teknik Memikat #65 – MENYANYI

Anda mungkin berkata, bro Razzi tak apalah nak menyanyi sebab dia memang seorang penyanyi! Sebenarnya kawan-kawan, …suara tak perlu merdu jika menyanyi secara berbisik!

Selalulah menyanyi-nyanyi lagu yang disukai oleh si dia. Pasangan anda bukan mahukan seorang penyanyi tetapi seorang yang baik, penyayang dan romantik. Nyanyikan sebaris dua lagu memadailah. Janganlah pula sampai habis satu lagu, nanti boring pulak. Nak satu lagu kenalah pasang cd lagu tu barulah menarik.

Dari pengalaman bro : Saya selalu menyanyikan lagu-lagu kegemaran si dia. Selalunya saya hanya menyanyi dengan nada yang perlahan sahaja, sekadar untuk membuatkan mood si dia agar lebih tenang dan ceria.

Tapi apabila dia tidak dapat mendengar dengan jelas nyanyian saya itu, saya akan mula menyanyi dengan nada yang agak kuat. Saya yakin semua orang gemarkan orang yang pandai menghiburkannya dan berani walaupun berada di khalayak ramai. Tapi menyanyi kena pilih tempat juga. Biarlah tempat itu agak tenang dan tidak bising serta suasananya juga turut romantik.

tip brother love : 
“Bait-bait dari lirik sesebuah lagu selalunya boleh menyentuh kalbu seseorang sehingga membuatkan dia menangis. Pandai-pandailah cari bait lagu mana yang kena dengan si dia…cuba semua lagu!

~ klik di sini untuk tip memikat #64 ~

(Dipetik dari eBook 101 cara Mencari Cinta)

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons