Tahukah anda… untuk berjaya dalam CINTA, anda juga perlu memikat kedua ibu dan bapa pasangan anda? Sesungguhnya Mertua atau Bakal Mertua ni SANGAT PENTING peranannya. Ia boleh membawa kesan yang berpanjangan di dalam perhubungan anda.

In fact, jika hancur perhubungan  baik antara anda dan mertua, alamatnya… bergoncanglah perhubungan anda bersama pasangan yang dicintai. Anda tidak mahu itu berlaku, kan?

  • Jadi, sekiranya jadi lah perkahwinan anda berdua, anda tidak mahu sesekali ada sebarang perselisihan faham atau tidak disukai oleh mertua,… perriiiitttt beb! 🙂

Hehe… menjadi Menantu yang disayangi itulah yang patut kita FOKUS, atau yang perlu kita AIM untuk masa depan yang membahagiakan.

  • “Tapi Bro Razzi, Jika kecantikan/ketampanan memang bakal mertua tidak peduli, jika kelayakan kita pun tidak dihiraukannya dan berbagai-bagai lagi yang tidak disukainya, apa lagi yang perlu saya buat??”

JANGAN putus asa. Ada banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memikat bakal mertua, antaranya  :-

1. ANDA BUKAN PERAMPAS – First sekali kita kena faham satu perkara, apabila kita mengahwini anaknya, makna situasi itu bagi seorang ibu atau bapa adalah mereka merasakan bahwa anda telah merampas anaknya dari mereka. Jadi, anda HARUS buat dia sedar yang anda bukan perampas. Buatkan dia merasa selesa dan tidak rasa kehilangan anaknya itu. Berjanji untuk selalu melawat dia pada hujung minggu atau bermalam di rumah mertua sekali atau 2 kali sebulan.

2. LUANGKAN MASA BERSAMANYA –
Penting ni, sewaktu bercinta jangan asyik bersama pasangan anda sahaja, kenalah fikirkan ibu dan bapanya sedari awal. Barulah bila sampai waktunya anda dengan mudah diterima dan disukai! Jadi, luangkan sedikit masa untuk bersama ibu atau bapa pasangan anda. Mungkin cuba membantu memasak bersama. Atau melakukan kerja rumah bersama. Lakukan perkara rutin yang sering dilakukan oleh kedua ibu bapa, agar mereka merasa anda boleh menjadi temannya.

3. MENGALAH TIDAK SEMESTI KALAH – Dengan mertua ni kena selalu mengalah. Jika mereka berleter sepanjang waktu, JANGAN melawan. Diam saja, dan buat tak tahu. Tapi jangan pula tidak menghormatinya. Buat-buat la macam dengar… angguk-angguk kepala tu kan hehehe… Biarlah dia nak berleter, kita bukan tak tahu kita dah tahu semuanya tetapi kita juga punya pendirian sendiri. NAMUN, tidak ada gunanya nak bertekak atau nak explain pada mereka, kerana mereka pun tidak mahu mendengar pendapat kita. Itu biasalah orang tua ni… yang penting, anda tunjukkan yang anda boleh berjaya dengan cara anda, nanti lama-kelamaan mereka akan terima juga.

4.JANGAN LUPA DIA – Ramai sangat orang yang lupa… bila bercinta, lupakan ibu dan bapa pasangan. Ada pula siap bergaduh dan sms marah-marah bakal mak mertua lagi. Macamana nak bahagia hidup? Sure you dan pasangan pun akan bergaduh punya. – Dari hari ini, jangan lupa hari jadi ibu dan bapa pasangan anda. Jangan lupa bertanya kesihatannya, makan minumnya, keinginannya. Selalu-selalu tanya khabar beritanya. Jangan asyik contact kekasih je, mak kekasih tu, hantar-hantarlah sms sekali dua. Tapi jangan tersilap hantar pulak hahaha… Kut terhantar ayat-ayat cinta leleh kat mak ke bapak dia ke …hahaha adoi!

5. BUAT DIA RASA DIINGINI – Especially apabila membuat keputusan, walaupun perkara yang hendak dibuat itu kecil sahaja, namun, tanya-tanyalah pendapatnya, agar dia rasa dirinya masih diperlukan. Apatah lagi jika urusan besar. Jangan tinggalkan dia di belakang… kecil hatinya nanti. Itu mertua yang baik, merajuk dan senyap sendiri, buatnya dapat yang ganas sikit… you tinggal dia belakang, dia suruh anak dia tinggalkan you, amacam? Heeee… 🙂

PADA ASASNYA… GEMBIRAKAN HATI MEREKA!

Sebenarnya banyak lagi cara untuk anda memikat hati mertua. Ada berbagai-bagai cara lagi… beli hadiah, beli saham, beri duit bulanan, hadiahkan sebidang tanah, bantu kerjanya, senangkan projeknya, bantu adik-adik juga boleh gembirakan mertua. Tidak ada in laws yang tidak akan terima jika menantu atau bakal menantu nak belanja. Suka lagi ada!

Jadi, belanja laaa… Tapi kita… malas nak fikir perkara sebegini. Biarlah…. Habis duit lah… sedangkan kita nak ambik anak dia. – Belanjalah apa salahnya, belanja makan kat restoran mewah sikit ke sekali sekala. Atau belanja dia pergi SPA ke, manja-manjakan diri. Beli tiket pergi holiday untuk ibu dan bapa …honeymoon tua-tua hehehe… Nothing left behind already kan, itu sajalah yang tinggal yang dia pasti akan menyukainya. So why not! Dia happy… anak dia pun happy… semua happy tenang dan pastinya anda akan dihormati dan disayangi.

Basically, jadilah orang yang menyenangkan kehidupan. Jangan jadi orang yang mengeruhkan keadaan. Dunia ini, bukan untuk anda berdua sahaja… ingatlah apabila anda berkahwin, anda bukan berkahwin dengan dia sahaja tetapi seluruh kaum keluarganya.

  • Jangan sesekali berpendirian, “Aku kahwin dengan dia, bukan dengan mak dia, bapa dia ke!” – Ini cara orang sombong dan bongkak… saya pun pernah jumpa orang macam ni…memang hidup tak ada ketenangan.

Jika begitu jawab anda, maka tidak lamalah perhubungan anda itu. Jika kahwin pun anda akan dibenci oleh seluruh kaum keluarga malah, mertua anda pula suruh pasangan anda cari yang lain.

Dalam hidup ini, kita perlukan sebanyak mana bantuan yang kita boleh perolehi. Jadi, buat baiklah dengan mertua dan keluarga kekasih anda… kerana merekalah yang akan membantu perkahwinan kita besok dan memberi sepenuh sokongan agar perkahwinan kita terus kekal bahagia.

Jangan besok dah kahwin, semua orang benci pada anda…masa tu nak minta tolong pada Bro Razzi pun, dah tak boleh dah hehe…. Selamat mencuba!

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…