Yes, I’m The Brother Love for the past 5 years . Helped many couples, yes I do, it said and done TAPI… I juga banyak buat silap dalam hidup I sendiri. It’s like pakar bedah…surely dia perlukan pakar bedah yang lain untuk merawat dia kan…camana nak bedah diri sendiri hehe 😀

Well I’m only human. I may know BANYAK tip cinta, I’ve been in MANY relationship dan pernah berjaya dan gagal dan berjaya dan gagal.  But one thing yang I tahu sangat-sangat adalah bagaimana untuk gagal dan rosakkan perhubungan sendiri! – for knowing that… Alhamdulillah I’m very happy with my life now!

So… what is the secret?

Yeaaa…NO ONE suka a control freaks! Boyfriend yang kaki control for sure girlfriend menyampah giler. Girlfriend yang suka mengawal everything dan kena report, also suka bertanya every detail… perggghhh BOSAN Beb!

You may have your own reason la kan…mungkin you akan kata sebab nak jaga perhubungan takut ada kecurangan berlaku. Or sebab tak suka pasangan anda dimiliki orang lain pulak nanti kan jika tak control…

WELL, that’s one of kita punya biggest mistake la beb…

Being a control freak adalah SATU perkara besar yang boleh menghancurkan perhubungan anda berdua. Even esok dah kahwin pun…kalau kita lakukan, kemungkinan besar kita akan gagal di dalam perkahwinan itu.

Control freak ni ada 2 jenis :-
1st – secara NYATA – Tunjuk, cakap, kawal depan-depan.

  • Semua benda yang anda buat, semua tak betul semua salah. Hanya cara dia saja yang terbaik
  • Kemana sahaja yang anda hendak pergi, adalah membuang masa bagi dia.
  • Siapa saja kawan anda adalah merugikan bagi dia. Semua tak baik, semua tak elok.
  • Keluarga anda juga dianggap sebagai keluarga yang tidak setaraf dengan keluarga dia.
  • Perbelanjaan anda juga dia yang jaga hehehe… apa nak beli, apa tak boleh beli. – That is seriously memang control freak! Anda macam tu ke? atau pasangan anda macam tu? 🙂

2nd – secara HALUS – tidak menonjol, mengawal secara dalaman

  • Apa nak makan – Anda telah memesan makanan, tetapi tiba-tiba dia menegur “Errr…I rasa tak best yang tu, kat restoran ni, you makan mee hailam dia lah, sedap punya.” — amacam? Pernah buat? hehe…
  • Apa nak minum – Belum pun pasangan anda order minuman, anda telah order untuk dia. Anda tidak ada rasa little respect untuk bertanya pun, “You nak minum apa?” ke atau “What’s your drink?”
  • Apa yang ditonton – Terus saja beli tiket movie yang anda suka. Yes anda tanya dia, tapi cara anda bertanya, “Eh kita tengok movie Transformer, you mesti suka kan?” – Sedangkan pasangan anda punya menyampah tengok movie robot. Tapi nak jaga hati…dia senyum je.
  • Perasaan dia – Pernah anda tanya samada dia suka atau tidak suka setiap apa yang anda suka dan benci? To you, apa yang you suka… you anggap dia pun suka. Benda yang you benci pun sama, you just take for granted dia pun tak suka. Atau you anggap dia MESTI TAK SUKA! hehehe… mana boleh beb 😛

Nampak macam tidak mengawal…tetapi IT IS!

  • Namun, sesetengah tu pula kan… dia tahu dia tak suka, tapi dia berdiam diri. Bila ia berlaku sebagaimana yang dia tak suka…bamm merajuk! Hehehe… ada jugak!

Well, kawal atau tak kawal… kalau nak jadi, jadi jugak. So dalam Islam pun kita mengamalkan kesederhanaan. Kawal sikit-sikit okaylah… not too much sampai dia naik menyampah dan lemas dengan perhubungan itu.

Solutions :

Kembali kepada KOMUNIKASI. Dalam setiap perhubungan perlu ada komunikasi yang telus. Dan saling hormat menghormati keputusan masing-masing. Kalau tak suka dan tidak mahu mencuba untuk menyukainya…CAKAP!

Jangan memendam rasa, membiarkan ianya melarat. Seelok-elok, sedari awal pengenalan kita kena jujur menceritakan apa yang kita suka dan tak suka. Kemudian decide!

  • Kalau sanggup terima kena sama-sama tolak ansur la kan, give and take. Kena saling faham memahami…
  • Kalau TAK sanggup, jangan buat-buat sanggup pulak. Nanti merana sendirian.
  • Jangan hanya kerana tidak mahu kehilangan lalu kita menerimanya dengan berat hati… in a long run, anda tetap tidak akan bahagia.

Jika kita takut pasangan berlaku curang…well, jika pasangan kita tu berlaku curang… kita anggap saja lah that it’s so obvious yang dia BUKAN yang terbaik untuk kita la kan? Sebab… kalau dia untuk kita…

  • “The secret of REAL LOVE is” , kalau dia betul-betul serius jujur cinta kan kita, ikhlas sayang… tak sempat pun kita nak kawal dia, atau nak menjadi control freaks, …dia pula yang akan buat kita confident memiliki nya setiap masa 😉

Cool? All the best to all

Cool? All the best to all

p.s : Hey, check out my latest ebook – Click here

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…