Minggu ini, bro Razzi ingin kongsi dengan semua pengunjung blog Brother Love ni, info dari buku yang pernah bro baca dulu. Tajuk buku ni ialah, “he’s just not that into you” dah baca ke belum? Kalau belum pergi beli 🙂

Interesting about this book is, penulisnya Greg Behrendt adalah seorang komedian dan consultant kepada siri komedi cinta popular, “Sex in the city” …jadi, cara penulisannya juga cukup humor dan menggelikan hati TETAPI very straight forward! Mungkin bro suka membaca buku-buku yang jenis seperti ini membuatkan cara penulisan bro Razzi dan segala jawapan kepada email anda juga, lebih kurang laa 😆

Penting : Di dalam buku ini, Greg betul-betul ingin membuka mata wanita-wanita yang selalu terpedaya, wanita yang sentiasa fikir segala-gala is okay dan juga wanita yang confused dengan status dirinya, samada bercinta? berkawan? atau tiada apa-apa lagi.

Best part, Greg juga telah lampirkan beberapa email pertanyaan bersama jawapan straight forward darinya. Dan dari kebanyakan pertanyaan yang diterimanya, kesemua jawapan adalah sama, He’s Not That Into You!

Maknanya, pasangan anda sebenarnya tidak berminat dengan anda. Cuma anda sahaja yang tidak sedar dan selalu menyangka yang anda berdua masih ada peluang. LALU, kerana mahu memuaskan hati anda sendiri, anda telah membuatkan (alasan) EXCUSES UNTUK LELAKI itu!

Hakikatnya, anda tahu yang :-

  • anda dan dia sebenarnya tidak ada harapan lagi
  • anda tahu yang dia sudah jauh menghilang diri
  • anda tahu yang dia sudah tidak berminat lagi.

Ada berbagai-bagai alasan yang selalu wanita buatkan untuk menjawab pertanyaannya sendiri demi menghilangkan rasa kecewa dan bimbang. Sedangkan apa yang sepatutnya anda lakukan ialah, mulakan hidup baru, buka lembaran baru dengan orang baru. Berbagai-bagai alasan pula yang anda buat untuk tidak memulakannya, letih nak mula bercinta balik lah, sudah bosanlah, putus asa lah 🙂

Di sini, bro Razzi lampirkan 2 keratan dari buku ini, satu pertanyaan dan satu lagi jawapan.

Nampak excuses yang girl ni buatkan? “Maybe he wants to take it slow” 🙂 Now, baca pula jawapan Greg padanya…

Hehehe 😀 ada banyak lagi alasan-alasan yang selalu wanita buatkan untuk lelaki APABILA lelaki yang diminatinya tidak mesra seperti dulu. Semuanya semata-mata kerana mahu menyedapkan hati sendiri. Antaranya :-

  • Mungkin dia tak mahu merosakkan persahabatan? ~ Lelaki jika mahu, tak kira sahabat atau tidak!
  • Mungkin dia takut dengan kedudukan saya yang lebih tinggi? ~ Lelaki jika mahu, tidak kira pangkat atau kedudukan!
  • Mungkin dia perlukan masa untuk berfikir? ~ Lelaki jika mahu, akan terus mahu, mahu dan mahukan anda …no excuses, that’s it!

😀 funny but true! Tak perlu nak buat excuses atau menidakkan apa yang bro tulis ni, semuanya terbukti nyata di dalam buku ini dan beberapa buah buku lain.  Apa yang perlu kita fikirkan ialah, “We got to move it, move it…we got toooo..MOVE ON!” (nyanyi kartun madagascar jap 🙂 )

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
http://www.razzirahman.com