gambar_blog17

Sepanjang bulan ini sahaja Bro Razzi boleh katakan RAMAI SANGAT yang kehilangan arah akibat ditinggalkan kekasih yang selama ini berjanji untuk berkahwin. Asalnya, kerana sayang…kerana cinta lalu hati kekasihnya dijaga rapi. Hidupnya merana tak apa, asalkan yang tersayang tenang di jiwa tanpa sebarang soalan, tanpa kepastian, tanpa tekanan darinya.

  • Walhal ibu bapa selalu menekan bila nak kahwin?! Dah bertahun-tahun bercinta, berkawan dan berkasih mesra. Ke hulu ke hilir bersama… bergaduh bagai si gila, berkasih khayal hingga lewat senja!

Tapi bila disoal tentang kahwin, soal nikah dibangkitkan saja… pasangan terus terdiam, atau pun lari entah kemana. – Oleh kerana takut pasangan melakukan peristiwa sama, lalu soal perkahwinan didiamkan saja!

AKIBATNYA... anda juga yang merana, anda juga yang terbiar sengsara! Dia? Sedap je merintis kehidupan biasanya…

Sebenarnya perkara ini berlaku kerana sedari awal anda tidak bertanya rancangan sebenarnya. Itulah RAHSIA PERHUBUNGAN yang selamat!

“TANYA SEDARI AWAL!” – Jika dia mempunyai rancangan masa depan… InsyaAllah dialah orang yang patut anda berikan peluang untuk memulakan sesebuah perhubungan. TETAPI…

  • Jika jawabnya, “We go with the flow…” maka anda pun flowing lah tah kemana.
  • Jika jawabnya, “Kita tengok macamana…” maka anda pun akan duk tengok sajalah sampai bila-bila!

 

RAMAI yang takut bertanya, takut dia terasa, takut memberi tekanan, takut tak ada orang nak kat kita… takut itu, takut ini… JANGAN TAKUT! – Kalau betul dia tak nak, kalau betul pun nak hilang BIARLAH!! …buat apa ada orang yang macam tu pun… JANGAN TAKUT kehilangan dia hanya kerana segan bertanya rancangan masa depan… atau tidak mahu dia terasa hati dan tertekan dengan keinginan anda yang ingin tahu rancangan dia yang sebenarnya.

  • Must think of your future! Sampai bila nak tunggu tanpa kepastian?

It’s okay to ask, “Adakah kita akan berkahwin atau hanya sekadar bercinta saja?”“Jika benar ingin berkahwin… BILA? Bulan berapa? Tahun?”

– Bila dah dapat haribulan, jumpa bersama-sama dengan ibu dan bapa tetapkan tarikh merisik dan sebagainya. Jangan kata,

  • “Eee takkan saya nak tanya,biarlah dia fikir sendiri, dia lah yang kena buat keputusan!” “Takkan saya nak tanya malulah, nanti dia kata saya desperate!”
  • Itu yang silap! …ANDA BERHAK TAHU! Jangan malu dan segan. Jika dia benar-benar dan serius mahu berkahwin dia LAGI SUKA berbincang soal perkahwinan. Yang buat sesetengah orang melenting, tak suka, marah, dan bagi alasan macam-macam SEBAB dia tak mahu kahwin lagi!

Itu yang ramai tak kahwin-kahwin sebab tertipu dengan mereka yang suka, tunggu dan lihat. Sengaja lambat-lambatkan sementara menunggu ada yang lebih baik lagi!

Anda punya perhubungan, orang tu cintakan anda. MENGAPA TAK BOLEH TAHU? MENGAPA TAK BOLEH TANYA? MENGAPA TAK BOLEH CAKAP BILA NAK KAHWIN? …MENGAPA ada perhubungan tapi tanpa sebarang kepastian? Janji tinggal janji, tahun demi tahun…tak kahwin-kahwin, akhirnya umur sudah lanjut… kulit semakin kecut, last-last berpisah juga tanpa haluan! SAPA RUGI?

Sayangi diri anda sendiri dan JANGAN biarkan maruah anda tergadai begitu mudah sahaja! Jika Cinta, BERTINDAK SEKARANG!

“Allah akan membuka jalan rezeki yang melimpah ruah bagi mereka yang mengerjakan sesuatu ke arah kehidupan yang HALAL!”

p.s. : Ketahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…