“At First Sight” begitulah tajuk movie yang Bro Razzi tengok semalam. Very interesting dan agak memilukan juga. Sebuah kisah cinta err… BUKAN cinta buta, tetapi Cinta Si Buta 🙂
Virgil Adamson (Val Kilmer), adalah seorang lelaki buta yang begitu bijak menjalani hidup seharian seperti seorang lelaki biasa walaupun dia buta. Kehidupannya yang cukup menarik telah membuatkan Amy (Mira Sorvino) seorang gadis dari New York, begitu terpesona dengannya dan merasa begitu pelik seorang yang buta sepertinya boleh menjalani hidup seperti seorang yang normal, seolah-olah dia langsung tidak buta.
Lama-kelamaan, persahabatan mereka telah bertukar menjadi satu percintaan! Masing-masing begitu menyayangi sesama sendiri dan saling ingin memberi yang terbaik. Tetapi, Amy yang tersangat cintakan Virgil, merasakan dia perlu melakukan sesuatu agar Virgil dapat melihat semula…
Amy ingin cuba MENGUBAH kehidupan Virgil dengan memperkenalkannya kepada doktor pakar bedah mata. Kerana cintakan Amy, Virgil yang sememangnya sudah selesa dengan dirinya buta, telah bersetuju untuk melakukan pembedahan itu. Dan akhirnya, dia dapat melihat semula dan berpindah ke NewYork.
Di New York,
Amy sekali cuba MENGUBAH kehidupan Virgil dengan cuba memberi kehidupan yang lebih tinggi tarafnya kepada lelaki itu dan membawanya ke party-party dan memperkenalkan kehidupan ahli perniagaan yang jauh berbeza daripada kehidupan Virgil di kampung yang biasa di laluinya.
Di saat ini,
Virgil dapat merasakan itu semua bukanlah dirinya. Buta atau Celik bukanlah yang menjadi keutamaannya. Tetapi, keselesaan dan kebahagiaan hidup sederhana itu sahaja yang diingininya.
Mereka akhirnya berpisah kerana tidak sehaluan. Dan penyakit retina mata Virgil kembali menyerang hinggalah dia kembali buta. Ceritanya ini happy ending actually, Amy menyedari kesilapannya yang cuba MENGUBAH nasib dan kehidupan kekasihnya. Virgil lelaki buta, pulang semula ke New York kerana cintakan Amy dan bekerja di pusat asuhan kanak-kanak buta. Akhirnya, Amy menerima Virgil dengan seadanya…
Ada satu soalan yang bro Razzi ingin ajukan kepada anda semua,
- “Mengapa anda suka menegur? dan selalu berfikir yang kehidupan orang lain itu tidak sehebat kehidupan anda. Lalu anda cuba mengubahnya. Mengapa?”
Seperti dalam movie ini, bukankah Amy jatuh cinta dengan Virgil yang buta dan penuh sederhana? Mengapa mesti dia cuba untuk mengubahnya? Sedangkan Virgil sudah cukup bahagia, malah Amy pun juga sedari awal lagi, sudah bahagia dengan keadaan Virgil yang buta dan hanya seorang lelaki kampung!
- Treasure the moment that you and your loved ones spend together with love, happiness and tenderness BUKAN sibuk nak menegur pasangan anda, sibuk nak membetulkan orang, nak mengkritik pasangan, …asyik fikir orang tak bagus, dia aje yang bagus…of all you know, You yang sebenarnya tak bagus, you yang sebenarnya tidak berjaya! Malah you yang banyak tak betul!!…
Apabila setiap perkara nak ditegur, nak kritik, nak diperbetulkan, masa anda untuk happy-happy dah limited, masa untuk bergurau senda dengan yang tersayang juga terbuang begitu sahaja. Yang tinggal hanya KEBOSANAN dari sikap anda yang sentiasa fikir anda betul dan semua orang lain tak betul…
- Jika anda terus mengamalkan sikap sebegini, …at the end of the day, pastinya tinggallah anda keseorangan diri kerana tiada siapa lagi yang ingin menjadi kawan anda jauh sekali kekasih…
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
10 Comments
Allah takkan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia yang mengubah nasib dirinya sendiri. Malah Allah takkan menguji seseorang itu andainya Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya. Kadang-kadang ujian yang kita terima amatlah pedih dan berat, masa itu kita akan berdepan dengan bisikan yang perlbagai dalam menjadikan kita mengalah dengan pertolongan Allah tapi kadang-kadang kita diuji dengan kesenangan dan kegembiaraan, ini juga membuatkan kita lalai akan pertolongan Allah selama ini. Jadi berhati-hatilah dalam menilai setiap perbuatan kita. Allah sentiasa dekat dengan kita. Hanya kita yang selalunya menjauhkan diri daripadaNya.
Untuk you all senang faham…macam ni je lah, I ni tak suka nak bunga-bunga kalau bercakap…straight forward je kan.
1. Kalau awal-awal tu, dah suka macam gitu, so terima je lah yang macam gitu. Tak payah nak tukar-tukar orang pulak.
2. Lebih kan masa mengenali dan memahami pasangan masing-masing daripada memenuhkan masa untuk mengkritik pasangan atau orang lain.
3. Setiap manusia tu tak perfect, so jangan kita sibuk nak memperbetulkan dan menegur orang. Betulkan diri sendiri dan continue doing that. Look at me, I pun tak perfect…and still learning! 😛
So, perkara yang paling best is…to learn with each other, that’s love is all about 🙂
True bro, i hate this kind of person. Salu je nak menegur, mcm bagus je. Cermin diri dulu awrrr. Igt k, kita semua xperfect.
Semalaman sy membc dn bc dn bc artikel bro kali ni. Sy ni kire cam silent reader you lh bro, n setahu I bro mmg beribu2 silent reader bro ni ekk 🙂
Biasalh bro cam Sayang ni kn bro, pemalu bro. Bukan xnak reply komen tau bro tp takut trsalah tullis, jd pembaca je ler.
pape pun bro congrats kerana mgujudkn satu blog yg sgt unik, brbeza dr blog lain. Yg Sayang plg suka, bro xhipokrit. Sellau kongsi pengalaman yg susah dn sng bro dlm brcinta. Cool!! Pastu, I like bro cite psl kegagalan bro supaya kita sumea xalami sama ngan bro, bkn cam org lain asyik cite kajayaan mereka je. Cam perfect sgt dia org tu bro huhuhu…oklah, terlebih sudah, all d best bro, Sayang support bro 4ever!
Quote movie ni mmg kena sgt “Only love can bring to your senses”
Double meaning kn? 1-Cinta tu dpt buatkn si buta tu dpt merasa. 2-Cinta tu dpt buatkn mereka brdua sedar akn realiti
Best artikel ni bro keep up d gud job!!!!
‘Treasure the moment that you and your loved ones spend together with love, happiness and tenderness ‘ I love that Bro…because we will never know ..it might be the last time we spend ourselves together…kan Bro… =)
Sya, I agreed wit u!! Yeap, we’ll never know kan Sya, maybe by d time kt sedar its already too late so better spen time for ahppiness drpd sadness…gud point bro.
Salam,
Best Story dari Bro, cuma bab2 emosi ni lemah sket nak komen huhu :D…. Anyway, happy dapat jumpa bro smlm kat KB. You are the best, Brother Love!
ehm. biasalah. pempuan memang ada perangai macam tu..
masih ade ke laky2 yg setia?