blogimage_red01

Benar, ianya adalah takdir dari yang Maha Esa, samada kita sudah berpunya, atau pun masih single. Tetapi, cubalah renung-renung juga seketika, walaupun kenyataannya menyucuk di jiwa, pedih hempedu, telan dan buat tak tahu 😉 …cuba tanya, “mengapakah aku masih single?”

Anda cantik/lawa dan berbudi bahasa. Anda juga baik terhadap semua lapisan masyarakat. Ada ramai pula yang meminati anda, tetapi anda tetap juga belum kahwin-kahwin. Setiap kali anda memulakan perhubungan pula, ada sahaja perkara yang membuatkan perhubungan itu terputus di tengah jalan, lalu anda kembali single lagi. MENGAPA? 🙄

Umur anda juga sudah late 20’s dan menghampiri ‘3 series’…tak tua, tapi taklah anak muda lagi. Yang nyata, anda masih tiada kekasih hati atau baru sahaja putus. Keluarga pun sibuk bertanya bila nak mendirikan rumahtangga?. Dan itulah soalan yang paling malas anda nak jawab, kan? But persoalannya, again…MENGAPA? Mengapa anda masih single?

Mari kita sama-sama bincang soal yang quite important ini… 😉

Reality Checks! …cara hidup, pemikiran dan pendirian anda, MUNGKIN tidak sesuai dengan anda? atau mungkin juga selama ini ada beberapa perkara yang salah dan tidak sepatutnya anda amalkan? Kalau tidak, mungkin sekarang ni anda sudah berpunya? Malah, kemungkinan besar… ramai yang mahu berkahwin dengan anda?

Mungkin ada yang terpikat…tetapi, kemudian mengundur diri sebab :-

  • Mungkin cara anda berfikir tidak matang?
  • Mungkin cara anda bercakap tidak ikhlas?
  • Mungkin tanpa anda sedari, anda sentiasa berubah-ubah pendirian?
  • Mungkin anda hanya fikir anda saja yang betul?
  • Mungkin anda tidak sedari yang anda terlalu sombong?
  • Mungkin anda fikir anda lebih bagus?
  • Mungkin anda punya lebih banyak bakat?
  • Mungkin anda rasa pengetahuan anda lebih meluas?
  • Mungkin anda rasa andalah yang terbaik?

NO?…anda fikir anda sebaliknya dan rasa sebaliknya?…dan anda tidak fikir anda begitu?

Aaaa…semua tak ngaku ek? Dont lie to yourself beb, Abang Razzi tahu 😛 – Well..ada berbagai-bagai kemungkinan lagi. BUT…yang penting cara yang anda lakukan, cara yang anda lalui, pemikiran anda sekarang, malah pendirian hidup anda selama ini jelas…tidak membuatkan anda mempunyai kekasih! Kerana anda masih single kan…must be something wrong within yourselves kan?…kalau tidak, pasti anda sudah memiliki kekasih hati yang bersedia untuk mengahwini anda, betul tak. 😉

Dari pengalaman Brother Love sendiri….

Dulu-dulu, saya pernah mengalami situasi seperti ini. Saya fikir eh pasal apa semua member dah kahwin? Aku handsome (perasan), I got the look, I got the money, I famous…tapi masih single!

Some of my friends dah ada anak pun. Tapi saya…masih bujang, masih duk enjoy ke sana-sini, masih bangun lewat, masih keluar malam, masih main computer games, …memang best lah enjoy, happy! BUT at the end of the day…I end up kat GSC Cinema alone! Pergi library…alone. Pergi shopping…alone. Buat apa, pergi mana…ALONE! It’s so, so sad. Masa tu Bro Razzi begitu DEGIL, duk berpegang jugak dengan pendirian dan cara pemikiran seperti biasa, BUT….

The loneliness really killing me…Fuuuu…lonely giler, eventhough I berada ditengah-tengah khalayak ramai. Umur semakin meningkat…then akhirnya I rasa, “I have to changed!”

Obviously, cara  saya selama ini mungkin teramat salah, kan?! Pendirian, tanggapan, pemikiran saya mungkin semuanya tak bersesuaian…if not, dah tentu saya tidak kesunyian dan pasti punya kekasih!

Ternyata benar…apabila saya buang kedegilan di dalam diri dan berubah berlawanan terus dari diri biasa saya selama ini. I’ve found a special person, Alhamdulillah!

So, ada 3 perkara utama yang kita dapat ambil ikhtibar daripada pengalaman Bro Razzi di sini :-

  1. “Sedarlah cara kita selama ini adalah salah!”
  2. “Berubahlah dari kedegilan diri kepada memperbaiki diri!”
  3. “Beranikan diri untuk mencuba dan membuka dunia baru!”

~ TAK RUGI pun jika kita mencuba sesuatu yang berlainan dari biasa. Cubalah jadi lain sedikit dan lihat, ada tak perubahan yang menggembirakan? Cuba-cuba benda baru, tabiat baru, hobi baru, pendirian baru, pegangan baru… dan lihat, mana tahu perubahan ini boleh memberi anda sebuah kebahagiaan yang amat menguntungkan anda. Well… tak cuba tak tahu kan? 😉

My final say, Bro Razzi habiskan dengan satu quote of mine :~

“Memang susah membuat perubahan, tetapi lebih susah hidup dalam kesunyian!”

Good luck dan selamat mencuba. I doakan semoga anda berjaya dan bahagia hendaknya, ok… ALL THE BEST, Chiaow 😉

ebookcover_mencaricinta_small

p/s : Ketahui berbagai tips mencari cinta, dengan panduan lebih mendalam melalui ebook Mencari Cinta dari Razzi sekarang! Klik di sini.

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…