This week, I ada 2 kisah cinta yang sangat menarik untuk you all. Kisah yang bro nak ceritakan kat you all ni, kedua-duanya, hampir sama. Both pasangan telah memberi alasan dan helah yang langsung tidak disedari…

Kisah 1

Sometimes ago, I’ve met satu sweet girl ni. I memang interested sangat kat dia. Betul-betul kena dengan taste I lah kira. Baik, sweet, manja dan suka bergurau senda. Kami selalu bergelak ketawa dengan apa sahaja yang kami perbualkan, sehingga kami boleh berbual-bual berjam-jam.

Tapi, the problem that we had. Not we lah, me actually. So the problem that I had…dia sudah berpunya. Sudah dimiliki seorang kekasih hati yang katanya sangat menyayanginya dan deeply in love gitu…

So, you all mesti wondering why dia asyik melayan I aje kan. Sedangkan dia dah ada boyfriend. Dan walau dia tahu yang I sangat crazy for her, dia terus layan I. We can really be a great couple, memang sehati sejiwa. Cuma…to her, dia hanya mahukan teman di waktu sunyi, sebab…dia sudah berpunya.

I pernah tanya dia, “mengapa tak break je dengan mamat yang tak sudah tu. Bukannya dia nak kahwin dengan dia, bukannya dia selalu ada di situ menemani dia. Pernah mengaku yang dia tidak percaya kepada perkahwinan. So, what the hell are you waiting for him lagi?”

“It’s not easy, I do really love him so much. Dan dia pun loves me very much too. Tak baik lah jika I minta putuskan perhubungan kami sedangkan dia begitu baik pada I selama ni, cuma dia tak nak kahwin je. Mungkin belum masanya lagi.”

So, perkenalan kami berakhir di situ. I memang sayangkan dia. Well, kami masih berkawan tapi tidak seperti biasalah. I pun tak nak hati dan perasaan I terus dipermainkan…I want to search for my happiness and move on!

Kisah 2

Last few weeks, a guy called me nak bertanya jika si Razzi Rahman @ Brother Love ni buat personal consultation 🙂 He wanted a sort of Dr Love yang boleh heal kan sakit cinta dia. Well, this is not the first time orang datang bertanya begitu pada I. Cuma, selalunya wanita, this time around, it is a MAN!

So, we talked. And I, as usual being a good listener to him or whoever yang mahu meluahkan perasaan, mendengar dengan penuh teliti ceritanya.

So, the problem yang dia hadapi pula ialah, pasangan wanitanya yang sudah 4 tahun bersama, TIDAK MAHU kahwin. Well, itu memang unusual problem. Selalunya lelaki yang tak mahu kahwin, kan, ini wanita! So I guess, mungkin sebab dia janda beranak tiga. So, tak heran sangat dengan perkahwinan ni, kut.

You all nak tahu apa my advise to him? macam biasalah…because I paling sedih bila seseorang diperdaya tanpa disedarinya. So, “Tinggalkan je dan cari wanita yang mahu berkahwin dengan you je lah.” ….Tapi you all tahu apa dia cakap,

“It’s not easy, I do really love her so much. Dan dia pun loves me very much too. Tak baik lah jika I minta putuskan perhubungan kami sedangkan dia begitu baik pada I selama ni, cuma dia tak nak kahwin je. Mungkin belum masanya lagi.”

BAMM!!…jawapan dia kat I SAMA dengan my ex gf punya jawapan, sebijik! Hehehe So, You all nampak tak? Bagaimana satu situasi yang merugikan anda, anda menerimanya dengan rela hati kerana cinta anda kepadanya. Sedangkan lama-kelamaan anda yang PASTI menyesal!

My opinion & advise :-

Kalau pasangan anda tidak mahu kahwin, ia seumpama dia TIDAK MENGHARGAI anda. Dia tidak kisah anda hidup bersentuhan dengannya secara haram. Dia tidak kisah akan maruah keluarga anda. Dia tidak peduli dengan umur anda yang semakin lanjut. Can you imagine betapa ramainya orang susah mencari jodoh apabila umurnya sudah lanjut? SUSAH! Susah sangat.

Dan bukankah perkahwinan itu menghalalkan hampir segala-gala yang haram? Jadi, mengapa pula tidak mahu berkahwin? Perkahwinan itu juga membawa rezeki yang melimpah ruah, jadi mengapa nak tolak rezeki? …Melainkan ada agenda lain lah, kan?

HATI-HATI dengan tipu daya pasangan anda yang TIDAK MAHU BERKAHWIN. Mungkin apa yang dikatakan, semuanya alasan belaka!

Sila fahami alasan-alasan yang biasa digunakan ini :-

  • “I mahu kahwin tetapi ibubapa I tak bagi I kahwin sebab mereka sudah punya pilihan sendiri.
  • “Duit tak cukup lagi, kereta tak ada lagi, rumah pun belum ada.”
  • “Belum bersedia untuk buat komitmen kerana karier tengah naik”
  • “I boleh kahwin dengan you tetapi I tak nak terikat, I mahu bebas melakukan apa sahaja.”
  • “Kita kan dah happy begini, I tak mahu mengubahkan perhubungan kita yang sedang bahagia ini dengan sebuah perkahwinan, takut nanti kita akan selalu bergaduh.”

Ini hanyalah sedikit daripada alasan-alasan yang selalu digunakan. Ada banyak lagi helah, tricks, sandiwara yang dipraktikkan supaya mereka tidak perlu berkahwin. Dan selepas alasan-alasan ini pula, mereka dengan sengaja menghilangkan diri, sengaja tak menjawab call, sms, sengaja berkasar, merajuk, buat-buat cepat marah, sentiasa pula menyalahkan anda. PADAHAL, dia mencari alasan untuk berpisah!!

So, apakah yang anda boleh pelajari dari pengalaman bro Razzi sendiri ni?…

Yang paling simple, apabila pasangan anda mulai memberi berbagai-bagai alasan, itu bermakna dia mencari jalan untuk breaking off. Alasan-alasan pulak semuanya seperti anda yang salah, itu bermakna dia mencari jalan mudah untuk putuskan perhubungan anda berdua.

Yang kita ni pulak, pergi rasa kesianlah, pergi rasa bersalah untuk dia lah. Kita pula yang jadi lemah untuk dia. Kita pula yang memberi alasan untuk dia. Sedangkan dia dalam proses mengecewakan kita beb!! 🙁

Jadi, my advise …be sensitive dengan tindakan your partner. Kenali cara kebiasaannya dengan cara luar biasanya. After that, be in control of your life NOT just waiting for your hukuman gantung diri sendiri, ok?! Good Luck!

~ Untuk mendapatkan tip & cara memikat pasangan lelaki anda dengan lebih romantik lagi, penuh intimasi dan seksi, dapatkan ebuku 101 cara “how to keep your man” , sila klik di sini!  Brother Love menjawab segala masalah cinta anda di dalam ebuku ini!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com