Musim Raya, Musim Cinta

Sudah lebih 1 minggu kita beraya, menyambut Aidil Fitri. Bro Razzi pun mengambil masa lama juga untuk kembali menulis di blog Tip Brother Love ni. I harap you all terus setia browsing blog ini okay, maklum sajalah raya-raya ni kan, cuti memanjang laaa…, tak cuti macamana, ada open house la, ada kenduri arwah la, ada kenduri kahwin la, dah naik tembam dah muka ni haha 🙂

Talking about, kahwin… bro Razzi dapat lihat, ‘Musim Raya, memang Musim Cinta’ sebabnya, ramai kelihatan seperti mencari-cari cinta, mencari siapa yang boleh menjadi kekasih, “Hmm…siapa yang nak aku pikat ni?” hehe…

Pergi kenduri arwah pun ada yang nak match making… open house pulak lagilah, yang lelaki mesra lebih-lebih yang wanita over excited hehe… Kenduri kahwin, memang tempat mencari cinta lah kan… desperado je nampak kadang-kadang tu, kesian…. BUT, I understand the pressure… especially bila you pergi ke tempat keramaian seperti ini, ramai yang sudah couple….ada pulak yang sibuk je bertanya,

“Bila nak kahwin? Umur makin lanjut!” haaa….ada tak? Sure ramai punya lah kan….tanya soalan yang menyirapkan darah tu 🙂

 Well, tahan je laaa 😛

CUMA, dalam ramai-ramai lelaki dan wanita yang begitu menginginkan cinta tu, I tengok dan dengar, ramai begitu gabra, gelisah, keresahan, tidak sure, lack of confident dalam memikat! Susahlah macam tu nak dapat boyfriend atau girlfriend beb.

“Mengapa bro Razzi ada ramai kenalan wanita? Mengapa wanita cepat sukakan saya? Because I’m very friendly, funny dan ikhlas berkawan, most important sekali is I’m very confident with myself!” …tengok, I cakap kat sini pun confident semacam hahaha 😉

THE SECRET IS : 

Saya selalu “AWAS” dengan sejenis makhluk! …haaa, makhluk apa tu? Hehe, well…Semasa anda sedang asyik dan bersusah payah mencari cinta, ada satu lagi makhluk yang turut asyik bersama anda tau! Yep! SYAITAN! 

Iblis dan syaitan ini pasti akan turut bersama dengan anda sebenarnya. Mereka akan menghasut, mengejek mengherdek, menakutkan anda dan mereka akan lakukan berbagai-bagai cara lagi… semuanya adalah untuk kegagalan anda!

Tugas syaitan ni…buat anda was-was, minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan. Dia tidak akan henti menghasut anda sehinggalah anda mengalah dan putus asa! Kerana, sekiranya anda menemui cinta itu dan anda berkahwin, maka gagallah tugas syaitan dalam merobohkan perhubungan yang sungguh suci itu, kan?! Now you see?

Jadi, syaitan akan cuba sedaya-upaya untuk menghalang anda dari dapat ‘mendirikan masjid’ itu. Kesan dan akibat hasutan syaitan ini selalunya akan membuat anda jadi hilang keyakinan, gusar, was-was, resah, takut, malu, keliru, minda lemah, terasa susah dan perkara yang selalu bermain-main di minda anda nanti adalah seperti :-

  • Layakkah dirinya untuk aku? Nanti dia malukan aku…seganlah!
  • Dialah yang kena mula dulu, mengapa kena aku? Aku lagi kaya…
  • Orang perempuan mana boleh memikat lelaki, lelaki kena pikat dulu…
  • Dia muda lagi, aku sudah tua…Dia sudah tua, tak padan dengan aku
  • Aku tak sepadan dengannya…dia berpangkat, dia berpelajaran tinggi
  • Dia tak hensem la, yang tu lagi hensem tapi yang ni macam kedekut hmm yang itu pulak pendek…
  • Aku nak kahwin dengan dia tapi aku tak yakin dia boleh bahagiakan aku laa..
  • Takutlah bercinta dengan orang yang lawa-lawa ni nanti dia orang tak setia
  • Famili aku boleh terima ke dia? Famili dia macamana pulak? Boleh berkekalan ke cinta aku dan dia? Takut nanti tak kesampaian…
  • ..isshh…takut dia tak layanlah, malu pulak aku nanti. 

Anda nampak? …belum apa-apa, anda dah takut itu dan ini, tak ada keyakinan, lepas tu asyik kelirulah, seganlah, malulah, risau tak menentu!! Semua ini adalah halangan yang anda reka sendiri semata-mata! Semuanya hasil dari hasutan syaitan yang cuba membuat anda hilang keyakinan, selalu was-was dan merasa terlalu rendah diri yang tidak sepatutnya.

Namun, bro Razzi tidak berhak untuk menghalang anda dari terus berpendirian begitu. Cuma kesemua perkara yang menghalang anda dari bertindak ini hanyalah akan melambatkan proses pencarian cinta anda sahaja. 

tip brother love :
“Apabila fikiran anda mulai memikirkan perkara yang tidak baik atau negatif dan mengecewakan, cepat-cepatlah mengubah cara minda anda berfikir kepada perkara yang menggembirakan, ingatkan kenangan yang manis, bayangkan kejayaan dan percaya kepada diri anda sendiri, serta permudahkan minda anda!”

Salam Ikhlas Aidil Fitri dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s : Nantikan Buku Terbaru dari Razzi Rahman dalam masa terdekat!

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *