rpt4o85k

Apabila bercakap soal kecurangan yang berlaku di dalam sesebuah perkahwinan, selalu sangat si isteri menyalahkan ‘orang ke 3’.  Katanya sebab wanita itulah yang selalu menghasut suaminya untuk membenci dia, si isteri.  Kata si isteri malas lah, tak jaga suami lah, tak pandai berhias, tidak meluangkan masa untuk suami dan berbagai-bagai lagi lah kan. Jadi, sebab itulah si suami menjadi benci melihat si isteri dan tidak mahu bersama lagi.

TETAPI, sekiranya si suami itu benar-benar sayangkan isterinya dan amat menghargai si isteri, adakah si suami itu boleh senang-senang membenci isterinya hanya dengan kata-kata hasutan dari wanita lain?

Secara logiknya… si suami sememangnya sudah mempunyai rasa benci, bosan, kepada isterinya sedari awal lagi dan kehadiran segala hasutan hanyalah sebagai satu alasan remeh dan bodoh untuk dia tinggalkan isterinya saja. Jadi, di sini I rasa, lebih baik tidak menyebelahi sesiapa, kerana kemungkinan besar suami anda itu memang gatal nak kepada wanita lain. Cuma menunggu masa dan pilihan saja… Perit apabila kebenaran itu terpaksa di hadapi bukan? Tetapi itulah kenyataannya…

Sering juga Bro Razzi mendapat komen dan pengakuan benar dari suami-suami di kalangan kawan-kawan sendiri, baik dari my old office mate mau pun kawan dari sekolah menengah dulu lagi.

Jujur I katakan, my friends ni ramai yangberkahwin 2 atau 3, so far tak ada yang kahwin 4. But yang paling ramai tentulah masih berkahwin pada yang 1 itu lah saja… Yang kahwin cerai kahwin cerai …Alhamdulillah, tak ada…

So, apakah pengakuan suami-suami ini yang sebenarnya ya? Okay ini adalah pengakuan benar…bukan rekaan, so I hope you all open your mind… Nak terima, tak nak terima itu terserah…

Yang penting Bro Razzi nak kongsi dengan you all dengan harapan ianya dapat membantu kita bersama.

  • Pengakuan 1 :
  • “Sebenarnya, isteri aku okay… semua dia buat untuk aku. Setakat ni dah bertahun-tahun kahwin aku tak pernah terfikir untuk berpisah dengan dia lah dan aku puas hati ada isteri seperti dia. Tetapi, yang bermasalahnya adalah aku, sebab …entah lah, bila isteri aku terlalu baik… aku hilang teruja. Sebab tu lah aku mulai berkenalan dengan gadis lain… naughty girl buat aku rasa hidup kembali!”
  • Pengakuan 2 :
  • “I love my wife very much! She’s the mother of my children mestilah aku sayangkan dia. Tetapi aku nak rasa macam muda-muda dulu… Ada girlfriend, hang out, dating, bercinta, kalau isteri aku boleh buat semua tu dengan aku, baru best. Apa yang aku ada sekarang adalah perkahwinan yang bosan… BUKAN aku cari girls yang nak kat aku… dia orang muncul tah dari mana… aku layan la tengah-tengah bosan ni kan hehe… dah layan sure sangkut laa”
  • Pengakuan 3 :
  • “Waktu pertama kali isteri aku dapat tahu aku ada girlfriend, memang dia mengamuk sekejap hehe… aku pun tak boleh buat apa, dah terkantoi… diam je la. Tapi aku respect isteri aku sangat sekarang kerana…dia deal perkara ni secara matang. Dia bukan pergi maki hamun kat girlfriend aku instead, dia usaha untuk jadi jauh lebih baik dan lebih hebat dari girlfriend aku tu dalam semua segi. Penampilan dia semakin up to date, makan minum aku terjaga, dan lately ni kami selalu keluar dinner just the two of us, best wei! …Cuma tu la, kesian gak la aku terpaksa tinggalkan la girlfriend aku tu… I’m happy with my wife already man!”
  • Pengakuan 4 :
  • “Sebenarnya, kawan wanita aku ni bukanlah cantik sangat. Bini aku lagi cantik! Cuma dia pandai berpakaian… sexy juga la… tapi aku suka personaliti dia yang cool, modern dan sophisticated. Buat aku rasa dihargai dan dihormati dia pun bijak membuat keputusan. Setakat ni, kami rapat sebagai kawan… belum ada affair apa-apa. Tapi kalau dia sanggup… aku pun nak sangat miliki dia huhu… Sebab, honestly aku bosan sangat dengan bini aku… kami dah macam pasangan BEKU dalam AIS haa gitu lah kalau nak diumpamakan hahaha …nak bercakap pun dah tak boleh, mesti bergaduh!”
  • Pengakuan 5 :
  • “Bukan aku nak kahwin 2 atau 3 ke berapa… pening kepala beb kahwin ramai ni, ingat senang ke?! Habis duit, habis masa, tanggungjawab besar… kena mengadap berapa ramai mertua daaa. Orang gila je sanggup buat …jadi, aku jatuh dalam kategori gila la hahaha… paling bosan, bila isteri 1 asyik call dan tanya-tanya bila nak balik?, pergi mana?, dengan siapa? …lepas tu kena giliran dia isteri2 pulak yang bertanya macam-macam soalan. Adoi!! …ikutkan hati aku nak lepaskan dua-dua!”

Mungkin ada yang boleh diterima, dan mungkin juga ada alasan-alasan yang tidak boleh diterima anda kan? Tetapi, inilah hakikatnya… apabila seorang lelaki bercakap kepada seorang lelaki lain, mereka pastinya akan lebih jujur bercerita dan meluahkan rasa.

My advise, jangan pergi marah pulak pada laki you all tu… especially apabila pengakuan sebegini sudah terbongkar. Tenangkan fikiran, sejukkan hati, kawal pernafasan… redakan emosi. Kemudian fikirkan jalan-jalan yang terbaik, yang menguntungkan anda dan pastinya cari jalan yang boleh membahagiakan perkahwinan you all. Kerana if sampai this stage… everything adalah sangat NIPIS… anything can happen! So kena extra careful okay…

I doakan you all bahagia selalu, wish you all good luck and all the best!

p.s. : Dapatkan ebook-ebook Brother Love yang telah membantu ramai orang – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

  • Klik like and Share this article at your facebook…