Pengantin 3 jam!

Petikan dari Harian Metro – 12December2009

Oleh Riadz Radzi, Rashidi Karim dan Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my


KANGAR: Hanya tiga jam. Itulah tempoh sempat dinikmati seorang lelaki untuk bergelar suami sebelum menemui ajal dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah bas persiaran di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam.Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini, selepas majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah keluarga isterinya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Star, kira-kira jam 10 pagi.

Turut terbunuh kedua-dua ibu bapa Mohd Ariff iaitu Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55, serta rakan karibnya, Mohd Farhan Musa,18.

Mohd Ariff yang baru saja menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di United Kingdom, tahun ini, sepatutnya memulakan tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau, dekat sini, Rabu depan.

I============================I

Amat memilukan hati saya apabila membaca berita yang terpapar di dada akhbar Harian Metro kelmarin. Terus saja terbayang betapa sukarnya nanti hidup si isteri yang baru sahaja diijab kabul …betapa peritnya menanggung berita kematian suami yang baru dinikahinya 3 jam lalu…

Begitulah mudahnya kita kembali ke rahmatullah, bila sudah sampai ajalnya. Maka, hargailah masa yang ada bersama yang tersayang, penuhi lah dengan kebahagiaan. Pergaduhan, pertengkaran, hidup dalam berduka, berdendam, tidak akan memberi keuntungan.

Pesanan ikhlas dari Razzi Rahman buat Teh Affifah Shahirah Abd Hamid :

Aku tidak mengenali mu…tetapi aku amat terasa begitu besar dugaan dari Allah buat mu, begitu perit menanggungnya hanya Tuhan saja yang tahu… aku turut bersedih Affifah, namun, walau berat dan perit menanggung pemergian suami tercinta itu, PASTI Tuhan ada menyediakan satu rancangan yang lebih besar buat mu, lalu…redhalah dengan ketentuannya. Hanya itu yang dapat memujuk lara, menyembuh duka. Takziah buat suami mu dan seluruh keluarga mu, muga-muga suatu hari… kebahagiaan jua kan jadi milik mu, InsyaAllah.

Dengan rasa tanggungjawab terhadap sesama insan, marilah kita sama-sama mengucapkan takziah dan ramai-ramai memanjatkan doa, kepada arwah suami Teh Affifah, Mohd Ariff Ab Kadir …muga rohnya dicucuri rahmat hendaknya, InsyaAllah. Amin!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *