Razzi Rahman - www.cintagrafik.com

Perkahwinan bahagia bermula dari bijak membahagi masa. MASA adalah PETANDA CINTA buat seorang isteri. Mengapa? Sekejap lagi saya ceritakan. For now,  satu soalan bro Razzi ajukan kepada anda, “SUSAH KE KAHWIN NI?”

Apa yang saya lihat, nak kahwin mudah je, janji suka sama suka, ada sedikit duit untuk bayar mas kahwin, dah boleh kahwin. Nilai mas kahwin di Malaysia sebenarnya cukup murah. Jika anda di Johor, mas kahwin yang ditetapkan pada tahun 2013, adalah serendah rm22.50 sahaja. Yang paling tinggi adalah di Sarawak iaitu hanya Rm120, sudah boleh menikah! Negeri-negeri lain adalah di antara nilai-nilai itu. (Senarai mas kahwin penuh boleh lihat di akhir artikel)

Like I said, kahwin itu mudah, yang susahnya adalah SELEPAS KAHWIN! Tanggungjawab anda terhadap pasangan anda… terhadap rumah tangga yang dibina, adakah anda boleh tanganinya?

Antara MASALAH yang sering berlaku di dalam rumah tangga sekarang :-

  • – Isteri rasa terabai, terbiar begitu saja hingga terlalu sunyi
  • – Isteri rasa cinta semakin pudar kerana tiada lagi sentuhan mesra
  • – Isteri rasa dirinya sudah tidak cantik lagi kerana suami sudah tidak ‘mahu’ 😉
  • – Isteri sugul saban hari kerana suami selalu cakap kasar, tiada lagi manja-manja seperti dulu
  • – Isteri merasakan kasih sayang sudah tidak mencukupi kerana suami jarang di rumah

AKHIRNYA isteri merasakan yang suaminya ada yang lain, ada perempuan simpanan, ada skandal di luar sana. Secara keseluruhan, ini semua berpunca dari TIADANYA MASA lagi yang diperuntukkan buat isteri. – Tiada MASA bercinta dengan isteri. MASA manja-manja dah tak ada. MASA geli-geli, gelak ketawa pun tak ada lagi. MASA mesra-mesra makan bersama jauh sekali…

At the end, bila Encik Suami pulang ke rumah, si isteri yang tertekan dan terhimpit perasaan, mulailah berleter saban hari, cemburu tak menentu. Dan kalau Encik Suami memang bersalah, memang selalu tinggal isteri dan ada skandal tak pa juga kena leteran. Yang tak ada apa-apa pun kena leter! Itu yang tak ada apa boleh jadi ADA kerana si suami itu sendiri telah menjadi bosan kena leter sehingga membawa kepada adanya skandal dan akibat tertekan, ianya boleh membawa kepada perceraian!

ADAKAH ISTERI YANG BERSALAH?

Sebelum menjawab soalan itu, let me ask you guys something. Mengapa berkahwin jika tak boleh beri masa yang secukupnya kepada isteri? ATAU memang benar anda sudah bosan dengan isteri? Mungkin dulu ada masa, sebab masih hangat cinta, sekarang tak ada masa sebab sudah muak dengan isteri, is that why?

KERANA bagi seorang isteri MASA itulah PETANDA CINTA sebenarnya. Jika Encik suami ada MASA buat ISTERI :-

  • – Isteri tidak lagi rasa terabai dan tiada lagi kesunyian, right?!
  • – Isteri tidak lagi nak komplen tak cukup masa, dan akan rasakan dirinya masih dicintai
  • – Isteri tidak lagi rasa rendah diri kerana suami selalu ada bersama dan pastinya isteri rasa diperlukan
  • – Isteri tidak lagi kesedihan setiap hari menanti suami yang jarang bersama, pastinya tidak rasa nak berleter
  • – Jika suami ada MASA buat isteri, ISTERI TIDAK LAGI fikir suami ada skandal dan pastinya isteri anda akan rasa cukup kasih sayang!

Sebab itulah Bro Razzi katakan MASA adalah PETANDA CINTA bagi seorang isteri! Bukan saja-saja punya. Betul pepatah berkata… MASA ITU EMAS! …emas itu pula bagaikan kecintaan bagi wanita! Jadi, gunakanlah masa sebaik-baiknya demi untuk perhubungan yang membahagiakan. Janganlah TIDAK ADA MASA untuk isteri.

  • “Kebanyakan suami yang berjaya bahagia di dalam sesebuah perkahwinan adalah kerana mereka bijak membahagi masa!”

Jadi ingat semua ya dan bro Razzi pun nak ingatkan kepada diri sendiri juga ni hehe, JIKA SUAMI… adakan MASA buat ISTERI, insyaAllah perkahwinan akan aman sentosa dan bahagia selalu.

Bahagi masa elok-elok, semua akan jadi cantik! Peruntukkan masa kerja sekian, masa bersama isteri sekian, masa keluarga sekian, jadi suami isteri akan saling memahami kerana sudah ada masa dan jadual yang lengkap! Jadi tidaklah ada komplen lagi.

Sebenarnya orang pompuan yang baik-baik ni mudah saja, deorang bukan minta lebih-lebih pun. Deorang nak dihubungi, bukan hilang tah kemana. Deorang nak ada waktunya untuk makan bersama, ada masanya untuk keluar-keluar sesekali, ada masa pula untuk bermesra, belai-belai sikit-sikit, all that takkan tak boleh nak buat dalam seminggu? Dahulukan amanah kita ini iaitu menjaga isteri dan keluarga dan memberi sepenuh kebahagiaan. Lepas tu buatlah apa nak buat. MUDAH! 😉

Kalau belum boleh komited begitu, jangan kahwin dulu. Kahwin bila sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seoarang suami yang mana bukan untuk part geli-geli saja ya, ada berbagai-bagai macam jenis tanggungjawab yang seharusnya bersama-sama isteri menjalankannya, insyaAllah.

So, dah ready nak kahwin? Kalau dah, boleh tengoklah senarai mas kahwin kat tepi ni. Err… yang dah kahwin tu nak tengok juga ya? Ada planning baru ke? …kalau ada, saya tak campur haha 😀
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

p.s. Miliki 3 ebook Pakej istimewa : – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI