“Apa pendapat bro tentang second wife?”  …mungkin you all tidak pernah mendengar pandangan bro yang akan dipaparkan disini jap lagi. Jadi, apa yang bro pinta, you all semua lapangkan dada dan give it a thought for just a little bit. 😉

To me, meeting a new girl to be my wife adalah seperti I’m having ‘Another life’ menjalani satu kehidupan yang lain dari yang sudah ada. Jika ditanya, “tidakkah akan menyakitkan hati isteri pertama?”

NO!!…TAK PERLU! Kerana to me, there are no 1st or 2nd wife. It’s Only A WIFE!

Satu isteri hidup dengan way of suburb, big family gathering, kenduri-kendara. Satu isteri lagi hidup dengan way of urban nature, conservative, privacy dan modern way of living.

Bagi bro mempunyai dua isteri bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, bro suka mempunyai kehidupan yang berlainan. Kalau boleh ada 3-4 way of living. Mungkin satu hidup biasa dan satu lagi luarbiasa dan seterusnya. It makes my life more interesting!…so to “1st or 2nd wife” kalau ada laaa…take it as if your husband ada kehidupan yang lain. Yang tidak ada kena mengena dengan you, boleh?? 😀

Amacam? Setakat ni…you all boleh terima lagi ke? Atau dah merah padam dah muka? Hangat membara jiwa? Hehehe…jangan cam tu, ini pendapat peribadi bro je. Tapi you all berhak untuk merasa marah atau geram dengan bro kali ini…I give you the freedom!

Ok kasi bakar sikit lagi,  😈 “Eh bro I dah buat macam-macam dah, pasal apa suami I kena cari lain jugak ke?!” …Macam-macam? Apa yang macam-macam tu? :-

  • Banyak mana usaha yang telah anda lakukan?
  • Jauh mana anda sanggup lakukan demi membahagiakan suami anda?
  • Apakah semua kehendak suami, minat dia anda tahu?
  • His wildest sex dream…sudahkan anda penuhi?

Bagi bro, ramai suami mencari isteri kedua adalah kerana sikap isteri dirumah ;-

  • Yang membosankan! Asyik nak berkepit tak tentu pasal…
  • Tiada cabaran, hanya terperap dirumah.
  • Tidak adventurous and tidak pandai act bitchy
  • Hanya mendengar dan mengikut kata suami
  • Tidak pandai berkomunikasi dengan suami.
  • Tidak menyokong usaha suami
  • Terlalu mengharapkan segala-gala dari suami

Si isteri pulak selalu menganggap segala perbuatannya adalah seperti si suami inginkan. Tetapi, sebenarnya jauh meleset! Si suami yang sudah putus asa dengan sikap isteri, mulailah menerima sahaja rutin yang membosankan itu. Dalam masa yang sama, hati dan perasaannya yang memberontak mulai terbuka kepada dunia baru, hidup baru, muka baru….orang baru! 😉

Dan bila suami kata ada girlfriend baru dan nak buat 2nd wife…isteri pulak kata suami curang! Kalau beritahu nak kahwin tu tak curang lah…amende lu beb?

“Mengapa tidak ceraikan saja isteri pertama?”

  • Pertama sekali, bercerai tu satu dosa besar. Bergoncang tiang arash yang menongkat langit dari merudum ke bumi.
  • Kedua, rezeki pun marah dengan kita. Cuba you all tengok, ramai yang cerai isteri untuk berkahwin lain, akan jatuh susah. That’s why business man selalu tidak akan menceraikan isterinya untuk berkahwin lain.
  • Ketiga, it’s hard for me to see her diceraikan!! Bagaimana pula dia hendak menjawab kepada keluarganya, teman sekerja, kenalan? “Yaa…I dah bercerai!” Woo…bro tidak sekejam itu! Jika bro sudah beristeri, I don’t think I will divorced her. I do respect women so much, you can never imagine…so, mengapa mesti bercerai?

Nasihat dari brother love : 

Kepada lelaki : Having another wife so called 2nd wife is an options for all of us. Tepuk dada tanya selera. Tapi seperti kata Pak Tham, dalam topik dulu “mengapa lelaki curang” Dalam 10 perkara, berkahwin dua ni, sedapnya hanya 1 pahitnya 9!

Nasihat dari brother love :

Kepada Wanita : Carilah apa kehendak suami yang sebenar-benarnya. Jangan pakai langgar je. Kira on je…test the waters beb. Cari dan cari apa yang boleh membahagiakan suami anda. Bagi yang belum berkahwin tu, bersiap sedia dengan berbagai ilmu. Mesti tahu apakah kekasih atau bakal suami anda minat, impian dia…his wildest dreams…

Nak tahu apa suami/kekasih/lelaki suka??…itu kena beli buku bro lah nanti. Hehehe…sat dia mai…

Personal notes : Ramai wanita yang bro jumpa, tak sanggup bermadu. Tak sanggup menerima anak-anak dari isteri pertama. Tidak sanggup dikatakan perosak rumahtangga. Namun, dah terjatuh cinta nak buat macamana. Jadi, bila bercinta, mesti jumpa-jumpa dating-dating. Hmm…sampai bila nak buat maksiat kan? So, to be 2nd wife adalah the best next moved!!… 😉

p/s kepada semua isteri yang membaca post bro kali ni, sabar yaaa…silap-silap suatu hari terjadi kat awak pulak cam? 😆

*Artikel kali ini adalah jika atau seandainya…Jangan salah faham.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com