Syukur dalam CINTA

syukur

Alhamdulillah, kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, syukur dengan kehidupan sendiri, syukur dengan perhubungan yang terjalin setakat ini, syukur dengan ketenangan dalam perkahwinan kini, syukurlah apa sahaja takdir Ilahi. Itulah yang penting!

JANGAN SESEKALI :-

  • Mencemuh melihat couple yang bahagia, – bersyukurlah buat mereka…
  • Menghina mereka kerana tidak laku, kononnya tiada siapa yang mahu – Tak baik tu…
  • Mengata-ngata mereka yang masih single kerana mereka kononnya terlalu memilih, “Padan muka!” – Jangan macam tu…
  • Mengata-ngata pula bila pasangan bercerai, “Tu la dulu sombong sangat, ambik! Sekarang dah bercerai pun huh!” – MasyaAllah, jangan macam tu hari ni susah dia, esok susah siapa belum tahu…
  • Menganggap mereka low class dan tidak seperti anda yang hidup happy je – Jangan macam tu dik…
  • Mengabaikan kawan-kawan yang sedang dalam kesunyian sehingga menambahkan lagi rasa kekosongan dalam hidup mereka. – Cubalah hilangkan sunyi mereka dan bersyukur kerana anda tidak dalam kesunyian sepertinya.

Bersyukur adalah satu keredhaan kita terhadap nasib kita dan juga nasib orang-orang di sekeliling kita.

Selalu saya perhatikan ramai berdoa, memohon kebahagiaan dan kejayaan sewaktu berada di bawah dan kemudian bersyukur bila dapat naik balik. Tetapi jarang yang bersyukur sewaktu hidup mereka dalam penuh kebahagiaan, mereka tidak bersyukur bila dalam keadaan baik, perhubungan tengah rancak, percintaan tengah asyik, tengah sedap… Mereka lupa kenikmatan itu datangnya dari DIA. Malah mereka hina pula orang-orang yang dalam kekosongan, dalam kedaifan… jangan macam tu, tak baik.

Bersyukurlah kerana anda TIDAK dalam kesusahan hidup, bersyukurlah kerana perkahwinan anda masih dalam kebahagiaan dan berpuas hati lah kerana itu adalah anugerah dari Allah swt. Dengan cara itu ianya akan membuatkan perhubungan dan perkahwinan kita lebih diberkati, InsyaAllah.

Ingatlah, bala dari Tuhan tiada siapa yang tahu hadirnya, tiada siapa sedar tibanya. Tahu-tahu, dah kena… jadi hati-hatilah bila bercakap, ingat-ingatlah bila mengata dan menghina orang tu, kerana siapa tahu, anda pula yang akan menerimanya.

Peringatan ini, bukan untuk anda sahaja… ianya juga untuk saya. Kerana kadang-kadang kita lupa dan alpa dengan kemenangan atau kebahagiaan yang kita terus kecapi. Marilah kita sama-sama bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah, moga-moga Allah terus mengekalkan kebahagiaan yang sedia ada. Dan bagi yang belum mengecapi bahagia, insyaAllah akan mencium rasa nikmatnya nanti.

I wish you all the best and good luck!

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Share This Post

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *