www.razzirahman,comTaman yang indah tidak terjadi di dalam masa 1 hari… bunga-bunga yang mekar juga dibaja, disiram dan dijaga selalu…

Begitu juga perhubungan cinta yang happy je…ianya bukan terus terjadi begitu. Perkahwinan yang kekal lama, lagilah dipupuk dengan usaha dan kegigihan!

How to do it? Memahami antara satu sama lain dan toleransi….Meanings?

Apa yang bro ingin katakan di sini, you have to work it out TOGETHER…Sambungan tips cinta kekal lama this time is : Mengalah demi sayang, Bersetuju demi cinta…

Ada pula yang kata ni, “Apa bro ni, takkan nak setuju atau mengalah kalau apa yang dia buat tak betul!!” 😆

Hehehe…anda sure ke yang anda 100% BETUL? Mungkin pada anda betul tetapi tidak kepada sesetengah orang. Mungkin citarasa anda berbeza, pendirian dan cara pemikiran juga berlainan. Contoh mudah :-

  • Anda suka makan sayur, pasangan anda tak suka terus saja anda sound dia, “Eh apa ni, tak bagus tau you tak makan sayur, nanti tak berzat dan kulit tak cantik”
  • Anda suka tengok bola, pasangan anda suka tengok drama, “Apa menda la tengok drama ni…apa faedahnya?”
  • Anda berkerja office hours 9 to 5, pasangan anda suka berniaga, “kerja lah bagus dari business, gaji tetap dapat…business belum tentu untung!”
  • Anda suka membaca surat khabar, pasangan anda tak suka, “Asyik baca novel cinta je, bacalah suratkhabar ada juga faedahnya!”

😳 HOW SURE ARE YOU apa yang anda tidak bersetuju itu kerana apa yang anda lakukan adalah lebih baik dan berfaedah? Sebelum bro menjawab kepada empat situasi di atas…ingin bro katakan di sini…

sekiranya anda mengalah atau membiarkan saja atau bersetuju dengan pasangan anda akan keempat-empat contoh di atas…bukankah perhubungan anda akan lebih tenang, bahagia dan pastinya kekal lama?

  • Biarlah kalau dia tak nak makan sayur…biarlah kalau dia tak suka makan buah-buahan atau makanan apa sekali pun yang anda suka…
  • Apa salahnya menonton drama? kan menggembirakan dia. Samalah juga, apa faedahnya menonton bola? hanya untuk menggembirakan anda juga kan?
  • 9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. Itu Rasulullah sendiri yang mengajar umatnya. Nak berkerja 9 to 5 juga? Yet it still okay…cuma, tak perlulah tidak bersetuju dengan mereka yang berniaga.
  • Baca suratkhabar memang bagus…tapi kalau pasangan anda suka baca novel, relek aje lah…bukan kah bila anda berpasangan, tugas bersama ialah membahagiakan diri masing-masing?

Maksud bro sebenarnya, KADANG-KADANG jika pasangan anda berlainan pendapat, tidak melakukan perkara yang sama dengan anda, tidak minat atau tidak suka  apa yang anda minat dan apa yang anda suka…TIDAK bermaksud dia bersalah atau dia tidak bagus…setiap orang ada kehendak dan citarasa tersendiri!

Sebagai pasangannya…anda wajib memahami keadaan ini, dan seelok-eloknya anda mengalah dengannya dan bersetuju je…anda tidak rugi apa pun. Tak perlu sibuk-sibuk nak betulkan dia, nak cakap itu salah ini betul…NOPE! No need babe!

“Life is too short, just enjoy the moment…enjoy the love!”

Anda tak suka budu, tempoyak, durian, cencalok, buah salak, kerang, whatever lah…TAPI kesemua itu, pasangan anda suka?…Buat-buat je lah suka, kalau geli buat-buat tak nampak, kalau busuk…biasa-biasakan diri dengan aroma yang tak tahan di kalbu tu 😀

  • JANGAN pulak…bila tak suka, buat muka geli lah, tutup hidung dengan tanganlah, memuncung mulut lah hehehe ini mesti ada yang tersengih ni sebab pernah buat 😛
  • JANGAN pulak…bila suka, semua orang kena suka, semua orang mesti minat dengan apa yang anda minat…i seh man, ini pun ramai gak yang tanpa sedar melakukannya 😉

….demi kasih dan sayang, demi cinta yang terus kekal lama….hehehe, TERIMA JE LAAA!! 😀

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com