November 2008 – Semenjak pulang dari ibukota dua hari yang lalu, aku merasa agak kaku berada di kota sendiri. Funny aku rasa…hehe, dari seorang yang selalu aktif dan punya berbagai rancangan, aku mulai merasa sedikit kemurungan. Mungkin aku kerinduan dengan kesibukan kota itu yang aku benci selama ini.
Peliknya, aku tidak menghubungi sesiapa pun yang aku kenali sepanjang berada di sana. Bukan seperti selalu. Aku sendiri pun tidak faham apa yang aku rasa sebenarnya. Apa yang aku dapat katakan, mungkin…just mungkin kerana hati aku yang pernah terluka dulu, kembali terasa pedih di parut lama.
- “Betul juga kata orang tua-tua, sekali terluka sampai bila-bila kan terasa pedihnya”
Maaf pun sudah, terima pun sudah, melupainya pun sudah tetapi kembali juga rasa kecewa, frustrated dan kesedihan yang mendalam akan kisah lalu.
Kisah yang aku sebenarnya, tidak suka sangat tetapi it’s okay to talk about or think about sebab semuanya sudah tidak bermakna bagi aku. Well, siapa suka apabila cinta kita ditolak, siapa yang tidak kecewa apabila cinta suci kita dianggap sejati namun tidak dapat menerimanya kerana cintanya sudah untuk orang lain…Frust! Memang frust!
Tetapi, setelah sekian lama tiba-tiba kita dapat tahu yang cintanya kepada yang lain itu juga ditolak, lantas dia pula yang kecewa dan keseorangan…hati mulai tertanya-tanya, hati kelonjakan sendirian,
- “Masih ada kah peluang untuk aku bersamanya? Adakah dia akan menerima aku kali ini?”
Nun jauh di sudut kebiruan kalbu ini, satu bisikan menghantui ku…
“Bukankah dia pernah mengecewakan kau? Mengapa masih mahu kembali kepadanya walau dia sudah sendirian? …tidakkah kau masih terasa luka lalu? Tidakkah kau ingat betapa hancur luluh perasaan mu? Tidakkah kau ingat bagaimana susahnya kau mengharungi hidup setelah dilukai dulu? Kau masih inginkan nya?”
Fuhh…it’s not easy apabila hati pernah terluka, perit rasanya. Walau aku tahu kini dia keseorangan, dan aku tahu peluang untuk bercinta kembali terbuka…tetapi berat rasanya untuk mengorak kembali cinta lalu. Walau jelas sekali dia sedang di dalam situasi yang agak lemah dan pasti menerima saja cinta yang hadir akibat dia juga dilukai….BUT, mungkin aku tidak akan kembali menagih cintanya.
Berat hati memikirkannya, berat lagi jiwa ini yang pernah dilukai. Kekecewaan lalu tidak mungkin dapat aku lupakan. Mungkin aku dapat bersatu dengannya, mungkin cinta kami kan mulai berputik dan dipupuk semula, tetapi tidak mungkin aku bahagia bersamanya.
Hati aku yang pernah dilukainya pasti akan bangkit memberontak, mengingatkan aku kembali bagaimana saat-saat dia membuang aku, menolak cinta ku, menyisih segala usaha ku, menganggap segala tindakan ku bagai debu-debu yang tertiup bayu sendu, berterbangan lenyap di kedinginan senja kali, hingga hancur sebuah harapan suci…
Tapi aku masih cintakan dia… ya, aku masih sayangkannya. Rela aku berkorban apa sahaja untuknya, rela aku bersusah payah deminya, mahu ku habiskan segala harta untuk kebahagiaannya… namun untuk aku bersamanya, memilikinya, mungkin tidak! Keperitan hati ini yang pernah dilukai, terlalu pedih walau pun untuk menyapu sedikit penawar untuknya…
Apa yang harus aku lakukan? Mandikan diri ku dengan kegembiraan selagi boleh dan sejauh yang terdaya kerana…kemurungan ini mungkin akan terus berpanjangan, kehadirannya mungkin akan terus ku rasai, cinta ini mungkin akan terus bersemadi di hujung-hujung jari jemari, ditepi-tepi kepiluan hati yang pernah dilukai… so,
“Life is too short, enjoy it while you still can!”
p.s. – Ingin memiliki peluang bersama your Personal Brother love? click here
Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
25 Comments
ok bro razzi, let me comment first.
after reading this, i tot many will be touched as people who r always helping n supporting peoples is hurt..
anyway, my sense is that.. sesiapapun yg berada d tmpt bro skrg for sure akan bermuram durja.. membiarkan diri utk memikirkan atas kemungkinan2 yg bakal terjadi.. kita bukanlah nk sgt rasa sedih tu.. tp dah pk nk wat camana.. cuma itu la.. the root cause is diri kita sbnrnya.. kita yg sengaja meletakkan diri kita dlm situasi yg berat..
my opinion is like this:
a) if you feel like u wanna cherish her back.. and can consider about d past.. i support u could gain her back.. maybe, dia pun ada terfikirkan ttg kekejaman lalu dia pnh buat.. i dont think she was being cruel as she is.. maybe she just need to be cruel into u..
b) then we go to d 2nd part.. if wut u feel is as stated above.. means, u still love her but still remembering wut she has done.. cannot forget and there is no way u could refresh ur heart.. then let it done.. remain your sorrow.. yep, it hurts.. but i believe like u always says.. it will disappear someday.. as u wish..
but for b).. maybe u need i lil some time to think about a).. tp kalau jawapan ttp sama.. i guess u lg terror apa my suggestion lps tue.. 🙂
lastly bro, i know u can do it.. coz i have read ur book 😉
salam brother love..mmg sakit apabila cinta kita x dihargai.tp lebih sakit lg apabila dikianati oleh insan yg kita cintai bergelar suami..memaafkan mmg boleh.tp utk melupakan amat sukar sekali rasanya..setiap hari ingatan diatas kecurangannya menjadi duri dlm hati.
.hati dan jiwa jd sakit..kecewa..
saban hari jiwa memberontak..rasa ingin membalas kecurangan dgn kecurangan juga..kerana segala pengorbanan dah kesetian yg di curah selama ini tdk dihargai..
bro razzi, chenta menangis2 baca artikel bro kali ni…tp baru trperasan, kisah dari 2008 rupanya. Tp bro mmg sedih sgt sb cite dia tu sama cam cite chenta la bro huhuhuhu!!! Apa leh wat kan, ikut hati rase naaak je bersama die, tp trsedar lak kita ni pilihan terakhir dia kut ya? kire kita ni plg worst arrr tuuu, dh xda org laen baru pilih kita kan huhuhu benci arrr..////
Fullhouse – Eh? you’ve read my books? Buku yang mana ya? eheh, you ni kan so mysterious girl la 🙂
Anyway, thank you very-very much for being the first to give comments.
Well, this is kisah lama yang always there. Selalu di hati. I quite strong facing this actually. Sadness and happiness is always together with me.
Cuma kadang tu, I feel like to let out rasa yang membengkak di jiwa, well you know how it is kan. 😉
Sweetzmama – Ya, I rasa I faham apa yang you rasa. Ya lah kan, apabila kesetian kita sekian lama dibalas dengan kecurangan, pasti kita amat sedih sekali dan rasa geram untuk membalas balik apa yang telah dilakukan terhadap kita.
My advise, lakukan apa sahaja yang boleh membahagiakan diri you. Cuba cari perkara-perkara yang pasti menggembirakan dan tidak membosankan perhubungan you all. Jika sudah tidak bahagia bersama suami, kadang-kadang tu kita terpaksa berpisah…
Memang sebuah perceraian itu bisa mengoncangkan tiang arash yang menongkat langit, tetapi mungkin juga jodoh yang sebenar tidak diketemui lagi.
Mungkin Tuhan sengaja memberi kekecewaan ini untuk kita keluar dari perhubungan itu dan memiliki kebahagiaan bersama yang lain.
Tetapi sekiranya, perkahwinan itu masih boleh diperbaiki lagi, masih boleh membahagiakan dan menggembirakan, ada lebih baik berbincang dengan secara serius untuk mencuba cara-cara membaik pulih perhubungan suami isteri. Good Luck! 😉
dear bro,
of cos buku u yg terbaru 😉
chenta – Its better if you berundur setapak dua dan lihat kembali ke sekeliling dan pilih kepada kegembiraan yang ada around you.
Maybe from your friends, family atau pun orang baru.
Yang chenta ceritakan hari tu macamana dia? Dia berminat ke untuk mula berkenalan dengan lebih rapat lagi? Hope so…
Another thing is, Chenta jangan ceritakan kisah-kisah sedih yang Chenta lalui before kepada guy yang you baru berkenalan tu okay.
Enjoy the time you have, feel all the happiness of present and future. Forget the past…keep moving forward!
I know, sometimes jadi macam Bro Razzi ni la kan. terduduk seketika apabila the past haunting us again. Well, just be strong! You know, you’re better than anyone around you! 😉
ermmm…..mmg kdg2 kita akan berada dlm keadaan itu….teringat akan perkara ini akan membuat saya rasa sakit hati…xbf saya ttiba cari balik sbln sblm perkahwinannya…spe xsakit hati breakoff saja trus bertunang ngn org lain…bercerita ttg majlis yg akan berlangsung…..boleh lagi 3 hari akan akad nikah pada 11 Jun 10 menghubungi saya mengatakan rindu pada saya & ingin sgt berjumpa….lelaki jenis apakah itu….mujur tatkala itu tunang saya berada di sisi….kurang rasa amarah & sakit hati…
sebenarnya saya bersyukur pada Allah swt tidak bertaut jodoh dengannya…saya sedar dia mmg bkn tuk saya…tunang saya yg skrg jauh 100 kali baik darinya….
bkn ingin mencerca tpi dia tidak layak menjadi suami kepada sesiapa pn kerana sentiasa akan ada perempuan simpanan wpn telah ada yg steady….kesian kepada isterinya yg pasti akan memendam rasa selamanya akan perbuatannya…dia tidak puas dgn seorang perempuan pantang nmpak yg cantik pasti akan dinguratnya….adakah itu yg dikatakn hidung belang???????
apa yg lepas biarlah lepas….yg kini & pasti saya telah memulakan kehidupan baru.baru 5 bulan mengalami alam pertunangan dan hanya tinggal lagi 5 bln tuk merasai alam perkahwinan…doa saya moga dikurniakan keluarga yg bahagia disamping tunang saya yg amat menyayangi saya serta mendapat anak2 yg comel…..bukan kekayaan yg dipinta tpi kebahgiaan.
FULLHOUSE – thank you very much for the support and buying my newest book. I cuba jugak tengok dalam list semua nama yang membeli… adoi, ramai sangat tu tak dapat nak teka yang mana satu your full name 🙂
Yuyu – Syukurlah Yuyu tidak panjang jodohnya dengan bekas kekasih Yuyu tu kan, hmm… kalau tidak mestilah merana hidup, asyik makan hati berulam jantung je la…
So, Alhamdulillah muga-muga Yuyu bersama tunang tersayang ini akan bahagia selalu dan apabila berkahwin nanti akan kekal sepanjang hayat you all berdua, InsyaAllah!
Thank you for sharing, really appreciate it very much!
ermmmmmmmmmmm…
kenapalah stiap ape yg Bro Post…mesti ada kena mengena ngn diri sy……………
erm….betul bro cakap…sekali terluka sampai bila-bila kan terasa pedihnya….
macam tulah dgn diri sy….pertama kali di kecewakan…sewaktu tingkatan 5….sy mengambil masa 3 tahun utk pulihkan diri sy… selepas tu…sy bertemu dgn seseorg….sy bukak kan hati utk dia…tp…akhirnya dia lukakan hati sy….
ermmmm..smpai skrg sy dah xboleh terima mana2 lelaki….dh masuk 4 thun sy tutup pintu hati sy…smpai lah sekarg…..
br2 ni sy ader terjumpa fb ex sy..( ex masa sekolah….dia lah cinta pertama sy…)
dia masih single…semua kawan2 kami minta kami sambung kembali hubungan kami yg terputus dulu gara2 fitnah….sy akui…sy mmg msh sygkan dia…sbb dia cinta pertama sy…tp..dia…?? sy pun tak tahu….
dia mmg baik…terlalu baik…
masih boleh bersamakah kami…??
Mmg sakit bila cinta ditolak lebih2 lg bila hati sy telah brbuka untuk menerima kehadiran seseorg buat pertama kalinya..sy juga tdk sangka akan meluahkan perasaan cinta kpd dia.sungguh sy sendiri tdk tahu mengapa sy cintakan dia.Katanya hatinya itu telahpun ada insan lain walau sy tahu dia masih lg single.Barangkali dia meminati seseorang yang lain agaknya.Sy pernah tanya dia jika dia punya kekasih hati?namun dia hanya membiarkan soalan sy tdk berjawab..Apapun keadaannya sy tahu cinta tdk boleh dipaksa dan sy telahpun melepaskan dia pergi dan sy memutuskan persahabatan kami.(sy beritahu dia, sy takkan bencikan dia ).Andai suatu hari nanti jika dia datang mencari sy semula,maaf..sy tdk dapat memberikan hati ini kpd dia..kerana walaupun sy masih sayangkannya tetapi hati sy telahpun trtutup untuk terima dia kembali.
bro love, well,today u deserve a best women in ur life. right? love to read ur personal diary..hehe.keep writing bro.
LONELY GURL – First sekali nak minta maaf banyak-banyak sekiranya apa yang I tulis telah membuatkan you terasa di hati atau telah menambahkan sedih di hati. Tidak terniat sebenarnya…
Anyway, if you ask me nak continue atau tidak dengan bekas kekasih anda, well…
It’s good to know daripada tertanya-tanya kan? So I think apa kata you face him with care. try to be his friend dulu… who knows maybe nampak saja dia masih single tetapi sebenarnya dia sudah dimiliki secara rahsia? So better berkawan balik dulu…
Ini jika this thing can makes you happy la, tapi kalau you rasa-rasa boleh mengecewakan hati you, well better jangan try la kan.
Nothing wrong jika continue berkawan, in fact better berkawan ramai-ramai, not only with him, so in a way boleh buat diri you kembali berkeyakinan dan mungkin akan membuka pintu hati you semula pada lelaki. 😉
Zura – terimakasih kerana berkongsi pengalaman you kat sini, Bro Razzi amat hargainya.
Di sini I doakan Zura semuga bertemu dengan lelaki yang benar-benar menghargai Zura. Dia yang sudah berpunya atau meminati yang lain tu biarlah. Mungkin jika Zura bersama, mungkin juga tidak lama bahagianya.
Hopefully someday, Zura akan bertemu jodoh Zura yang sebenarnya ya. All the best!
bRo,sy ngn ex-sekolah(si A) still lg berkawan..sehari selepas putus(sms tingkatan 5)…kami berkawan n until skrg kami still berkawan…dh 7 thn kami berkawan…dan sy selesa berkawan ngn dia..
utk sambung smula percintaan kami…xtau lah…sy pun xnk try ape2 pun…
umur sy skrg dah 25..famili pun dah tnye…bila nk kawen…kdg2 stress…tp itu lah…pintu hati sy ni belum terbukak utk sesiapa lg…..
kinda lost when I read your article *brainy abit slow tonight* ^^
yup, memories being dumped by your loved ones is so painful and only Allah knows what happen in our mind and heart at that stage…
for me, i remembered, i forgive, i learned, even he still in my heart, once i moved on i will never turn back, not to him of course ^^
ya..tq for doa’ bro razzi.
to be honest i still love him but now i try hard to like some1 else but..his name always in my mind..only Allah knows the answer.now i need some1 else help me to forget him totally.
LONELYGURL – Rasanya macam tidak adil pulak bila you terus setia kepada dia yang entah mahu entah tidak kat you. Unless kalau dia betul-betul cinta kan you dan tidak ada orang lain lagi dalam hidup dia, well at least berbaloi lah juga pengorbanan you kan?
If not, what a waste of time longing for someone yang belum tentu akan kita miliki. Betul tak? So, better be sure about it, go and ask him straight, tanya jika you mempunyai peluang untuk bersama, if not…well It is the time to open up yourself to any possibilities 😉
Aryphena – Interesting nickname hehe…apa maksudnya ni?
Anyway, it’s good untuk punya kekuatan dalaman like you have, barulah boleh nak tepis any kind of obstacles.
Really hope many of us, have the things that you got. All the best ya. Thanks for sharing.
btul ke..bile cinta d hati seseorang itu telah hilang..maka segala kasih sayng dan cinta yang mendalam terhadap kita juga hilang sama sekali..apa perlu lakukan untuk kembalikan cinta di hatinya..sampai sekarang saya masih menanti dia kembali kepada saya,walaupan saya tahu dia tidak mungkin menjadi milik saya walaupun apa cara sekali pun yang saya lakukan..namun saya tetap mengharapkan dirinya..kerana saya masih cinta kan dye..biar pun die buat tak tahu dengan perasaan saya kepada dye..
HILDA – Jika sudah begini yang Hilda katakan…
“walaupan saya tahu dia tidak mungkin menjadi milik saya walaupun apa cara sekali pun yang saya lakukan..”
Bagaimana lagi yang boleh dibantu? Jelas sekali kegagalan yang Hilda akan terima. Berpindah lah hati pada yang benar-benar menghargai diri you. Kerana kemungkinan hatinya sudah pada yang lain…
bro razzi,
Tajuk ini membuatkan saya terpanggil untuk menulis. Sekarang sy tengah mengandung anak pertama kami. Hati saya terluka sekali bila melihat dalam notebook suami, ada video xx yang baru sahaja di download. Sebelum ni pun saya pernah tertangkap die melihat gambar xx di internet. Pernah saya berbincang secara baik dengannya, namun die telah berjanji untuk tidak mengulanginya. Tapi perkara sama masih berulang. Hati saya rasa macam ditoreh-toreh dengan pedang.. I’m very2 dissapointed! 🙁
Cinta mmg menyakitkan..tp sbrlah..pasti ada yg lbh baik bg kita..plg pentg berusaha..yg lps biarlah pergi..kerana tak mungkin yg kita impikan utk ms lampau akan sama utk ms akan dtg..carilah kekuatan baru..cinta yang lbh indah utk kita..pasti ada..
31/08/2011 raya ke-2 sy melihat sendiri penipuan c’dia’.sebelum ni dia mengatakan yg dia ke umrah.memang sy ketahui yg dia sakit kanser,tak sangka dia sangup meipu sy mengatakan yg dia tenat setelah seminggu melakukan umrah.pada raya kedua sy melihat gambar dia sendiri berhari raya.sy harapkan dia mampu berkata jujur,apa yg sy sangkakan itu musnah dgn pembelitan c ‘dia’.sy masih tidak dpt maafkan dia.smpi saat ini dia masih tidak menjelaskan perkara sebenar.sy mengambil keputusan 1/9/2011 untuk memutuskan hubungan kami melalui email.derita yg sy tangung teramat pedih org yg kita syg sanggup melakukan demikian…