Taman yang indah tidak terjadi di dalam masa 1 hari… bunga-bunga yang mekar juga dibaja, disiram dan dijaga selalu…
Begitu juga perhubungan cinta yang happy je…ianya bukan terus terjadi begitu. Perkahwinan yang kekal lama, lagilah dipupuk dengan usaha dan kegigihan!
How to do it? Memahami antara satu sama lain dan toleransi….Meanings?
Apa yang bro ingin katakan di sini, you have to work it out TOGETHER…Sambungan tips cinta kekal lama this time is : Mengalah demi sayang, Bersetuju demi cinta…
Ada pula yang kata ni, “Apa bro ni, takkan nak setuju atau mengalah kalau apa yang dia buat tak betul!!” 😆
Hehehe…anda sure ke yang anda 100% BETUL? Mungkin pada anda betul tetapi tidak kepada sesetengah orang. Mungkin citarasa anda berbeza, pendirian dan cara pemikiran juga berlainan. Contoh mudah :-
Anda suka makan sayur, pasangan anda tak suka terus saja anda sound dia, “Eh apa ni, tak bagus tau you tak makan sayur, nanti tak berzat dan kulit tak cantik”
Anda suka tengok bola, pasangan anda suka tengok drama, “Apa menda la tengok drama ni…apa faedahnya?”
Anda berkerja office hours 9 to 5, pasangan anda suka berniaga, “kerja lah bagus dari business, gaji tetap dapat…business belum tentu untung!”
Anda suka membaca surat khabar, pasangan anda tak suka, “Asyik baca novel cinta je, bacalah suratkhabar ada juga faedahnya!”
😳 HOW SURE ARE YOU apa yang anda tidak bersetuju itu kerana apa yang anda lakukan adalah lebih baik dan berfaedah? Sebelum bro menjawab kepada empat situasi di atas…ingin bro katakan di sini…
sekiranya anda mengalah atau membiarkan saja atau bersetuju dengan pasangan anda akan keempat-empat contoh di atas…bukankah perhubungan anda akan lebih tenang, bahagia dan pastinya kekal lama?
Biarlah kalau dia tak nak makan sayur…biarlah kalau dia tak suka makan buah-buahan atau makanan apa sekali pun yang anda suka…
Apa salahnya menonton drama? kan menggembirakan dia. Samalah juga, apa faedahnya menonton bola? hanya untuk menggembirakan anda juga kan?
9/10 rezeki adalah datang dari perniagaan. Itu Rasulullah sendiri yang mengajar umatnya. Nak berkerja 9 to 5 juga? Yet it still okay…cuma, tak perlulah tidak bersetuju dengan mereka yang berniaga.
Baca suratkhabar memang bagus…tapi kalau pasangan anda suka baca novel, relek aje lah…bukan kah bila anda berpasangan, tugas bersama ialah membahagiakan diri masing-masing?
Maksud bro sebenarnya, KADANG-KADANG jika pasangan anda berlainan pendapat, tidak melakukan perkara yang sama dengan anda, tidak minat atau tidak suka apa yang anda minat dan apa yang anda suka…TIDAK bermaksud dia bersalah atau dia tidak bagus…setiap orang ada kehendak dan citarasa tersendiri!
Sebagai pasangannya…anda wajib memahami keadaan ini, dan seelok-eloknya anda mengalah dengannya dan bersetuju je…anda tidak rugi apa pun. Tak perlu sibuk-sibuk nak betulkan dia, nak cakap itu salah ini betul…NOPE! No need babe!
“Life is too short, just enjoy the moment…enjoy the love!”
Anda tak suka budu, tempoyak, durian, cencalok, buah salak, kerang, whatever lah…TAPI kesemua itu, pasangan anda suka?…Buat-buat je lah suka, kalau geli buat-buat tak nampak, kalau busuk…biasa-biasakan diri dengan aroma yang tak tahan di kalbu tu 😀
JANGAN pulak…bila tak suka, buat muka geli lah, tutup hidung dengan tanganlah, memuncung mulut lah hehehe ini mesti ada yang tersengih ni sebab pernah buat 😛
JANGAN pulak…bila suka, semua orang kena suka, semua orang mesti minat dengan apa yang anda minat…i seh man, ini pun ramai gak yang tanpa sedar melakukannya 😉
….demi kasih dan sayang, demi cinta yang terus kekal lama….hehehe, TERIMA JE LAAA!! 😀
You all perasan tak dengan sesetengah couple tu, selalu sangat komplen pasangan dia? Tegur pasal lambat lah, tegur tentang berat badan lah, tak puas hati dengan tabiat dia lah…tak berpuas hati dengan segala-gala cara pasangannya.
Ini selalunya terjadi setelah beberapa lama bercinta lah. Awal-awal tak da punya. Semua ok, semua cantik…everything is great! Sebabnya…masih sayang, masih teruja. Jadi, kalau ada apa-apa yang tak berkenan dek kalbu tu…buat tak tahu je, telan pahit dan hempedu kerana cinta! 😀
TAPI, setelah lama, setelah tahu luar dan dalam…slowly, pasangan anda mulai menegur itu dan ini. Ada je perkara yang tak disukainya, ada je komplennya. Pelik tak? Dulu ok je…dulu boleh terima, mengapa sekarang bosan la? tak serasi la? ada je yang tak puas hati, mengapa?
Apa yang bro nampak di sini, selalunya…pasangan itu cuba,
Mengubah pasangan masing-masing, mengikut cara dan kehendak hatinya yang mana difikirkan baik untuknya. Yang mana dirasakan betul baginya.
Mungkin betul tindakan anda, mungkin apa yang anda mahu dia berubah adalah baik untuk perhubungan anda. TETAPI, masalahnya…pasangan anda tu dah hidup sebegitu sejak dulu lagi…sejak sepanjang umur dia lah dia begitu…tiba-tiba anda bercinta dengannya dan dalam masa duk happy-happy tu, anda cuba mengubah dirinya!
Setiap orang tidak mahu dan tidak akan terima teguran anda setelah anda bercinta dengannya dan menerima caranya sedari awal lagi. Ianya seolah-olah, anda muncul menjadi Ibu Bapa yang asyik berleter dan menegur mereka! Semua orang mahu yang boleh jadi member dengannya…
Jika anda mahu kekal lama di dalam sesebuah perhubungan, jangan sesekali cuba untuk menjadi ‘Ibubapa’ kepada pasangan anda. Dia dah ada ibubapa dah…atau dia pernah ada orang tua yang selalu berpesan macam-macam, selalu melarang dari melakukan itu dan ini. dan dia pastinya tak mahu menambah seorang lagi ibu atau bapa seperti itu 😉
Melainkan…dia berubah setelah anda bersama itu lain lah. Contoh : Awal-awal dulu wangi dan harum je setiap kali bertemu, tapi sebab dah kenal lama, dah bercinta, so dah tak jaga…ITU WAJIB dITEGUR!, Pasangan anda pula, patut berubah!
TETAPI, jika anda sudah terima sedari awal, dari mula-mula dulu lagi dia gempal ke, betis besar ke, punggung besar, badan kurus sekeping, bersiap pun lambat, bercakap menderam kuat, sendawa depan orang ramai, suka mengata orang, badan hapak, nafas berbau, selekeh, kekampungan dan apa-apa sahaja yang anda anggap buruk…ANDA SEHARUSNYA TERUS KEKAL TERIMA DIA SEADANYA!!
Janganlah sibuk-sibuk nak menegur atau cuba untuk mengubahnya lagi, “Yang hang pi pilih yang macam tu dari awai lagi tu pasai apa? Pilih lah yang baguih punya….tu dia, sekarang nah…padan muka hang!” 😀
Ramai yang menerima sahaja pasangan masing-masing tanpa mengambil masa untuk memikirkan terlebih dahulu, samada sanggup kekal lama bersamanya walau baik atau buruk…
Sebenarnya, jika sedari awal anda boleh berjanji pada diri anda sendiri yang anda akan menerima si dia walau bagaimana keadaan sekali pun, maka perhubungan cinta anda pasti kekal buat selama-lamanya! …jika sebaliknya, lebih baik anda cari bukan yang sikit-sikit berkenan je tau…haaaaa, terus cari yang betul-betul berkenan di hati, barulah ada ummphh!! 😆
“I believe I can fly, I believe I can touch the sky
I think about it every night and day, Spread my wings and fly away”
Kata-kata yang memberi perangsang seperti bait-bait dalam lagu seperti ini sebenarnya begitu memberi motivasi kepada kita, kan. “I believe I can fly…” walau ianya tidak logik dek akal, tetapi you percaya…you boleh lakukan. “I believe I can touch the sky…” lagilah…tak pernah dilakukan oleh sesiapa, yet…you believe you can!!
Berpeluang untuk merakamkan album sekali lagi setelah bertahun-tahun…adalah menjadi impian bro selama ini. Dan apabila Mentor/sifu Jutawan internet, saudara Irfan Khairi menyarankan untuk menubuhkan band yang diberi nama Razzi.Muz.Ik dan terus merakamkan album single dengan 2 lagu hit …bagaikan satu khayalan fantasi yang telah menjadi kenyataan!! Alhamdulillah sangat2 beb…
Nak story you all sikit…. 😉
Sebenarnya, segala-gala bermula sejak lama-lama dulu lagi. Irfan Khairi (IK) minat bermain gitar dan sewaktu dulu-dulu semasa belajar bermain gitar, lagu-lagu Razzi Rahman lah yang menjadi pilihan beliau untuk practice kerana begitu minat dengan penyanyi tu lah! 🙂 .Hingga semua lagu-lagu bro tu IK boleh hafal!
Ingat lagi tahun 2006, selepas bro attend seminar Jutawan Internet, 1st time naik kereta dengan IK, dia pasang lagu Razzi…then menyanyi lepas satu-satu lagu bro…waaa, boleh ingat tu, bro ketawa sakan… ketawa sebab, setengah lagu-lagu bro tu, bro sendiri pun tak ingat lirik nya hahaha 😀
Then Pilot Mas, Captain Muzamil (Muz) pulak jiran IK…Muz ni memang minat main gitar sama dengan IK, dia orang ni berpuluh gitar ada haha…jadi bila bro pergi jamming kat rumah IK, Muz join sama…since then, kita orang jadilah best of friend!
Tapi things yang sentiasa bring us together adalah semangat kami, minat kami…music, singing is always been our passion!!…that’s why, always ask yourselves, what do you really like?…then, just do it!
What we like? IK minat business and music, Muz pun minat music dan bro sendiri minat sangat menulis dan singing/music so, keghairahan kami sama di situ. Kalau dengar lagu yang hebat, menaikkan semangat dan dapat motivate memang berdiri bulu roma kami!! 😆
so bagai sudah ditakdirkan, tertubuhlah band kami sekarang ni RAZZI.MUZ.IK
Dan today adalah hari our TURNING POINT, nak tahu kenapa? Hari ini adalah hari pertama kami bersama-sama as a band, akan mengadakan photoshoot dan interview dengan reporter newspapers!! …gementar juga beb, doa kan kami berjaya please…dan nantikan news dan update dari kami ok. Tapi, bro cukup confident dengan IK sebagai band leader…his strategy, his mind works wonders! 🙂
Untuk dapatkan updates pasal band kami, countdown ke hari launching atau mendapat jemputan ke pelancaran album itu nanti pada new year ini, lawatilah RazziMuzIk.com
Untuk itu, Bro tinggalkan you all dengan sebuah video clip persembahan kami baru-baru ini 25th october di Hotel Jw Marriot sempena Launching Impian U-mobile, IK sebagai DUTA. Lagu apa? Pastilah lagu yang cukup memberi semangat juang yang tinggi! For that, bro salute Faizal Tahir. Ok semua, enjoy the clips…and tell me what you think. Thank you and good luck to all!
Saya rasa by this time you all semua tentu sudah mendengar atau sudah membaca berita terbaru tentang Jeniffer Hudson??…
Jeniffer adalah bekas peserta American Idol yang gagal menjadi juara dan mendapat tempat ke empat walaupun memiliki suara yang sangat hebat! Namun dari kegagalan itu Jeniffer telah bangkit dan telah memenangi Academy Award dan Golden Globe Award sebagai pelakon pembantu terbaik di dalam cerita Dream girls dan beberapa award berprestij lagi. Dan album pertamanya pula baru sahaja berada di pasaran…
Di sebalik kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Jeniffer, pada hari Jumaat lepas, 24oct pukul 2:44pm beliau telah dikejutkan dengan berita pembunuhan ngeri ibunya, Darnell Donnerson dan adik lelakinya Jason Hudson yang telah dibunuh dengan Shotgun blast dirumahnya, di Chicago. Mayat mereka ditemui oleh sepupunya yang tinggal berdekatan…
Julian king, 7 tahun…cucu kepada ibu Jeniffer Hudson pula telah diculik dan setelah Jeniffer menawarkan wang $100,000 untuk siapa memberitahu dimana anak saudaranya berada…Julian telah ditemui mati di tembak di dalam sebuah kereta hari ini….
TRAGEDI NGERI YANG AMAT MENYAYAT HATI buat sesiapa sekali pun, bayangkan lah jika ibu, adik, anak saudara kita mati ngeri hanya dalam sekelip mata sahaja…Bagaimanakah perasaan kita agaknya?
Jeniffer sebenarnya baru sahaja akan kembali berlakon sebuah lagi hit movie, “The Secret life of Bees” dan dia juga baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan seorang lawyer, David Otunga….
Seperti yang bro cakap earlier, kejayaan demi kejayaan yang dia terima, dari karier yang memuncak naik, percintaan yang membawa ke pertunangan…I mean, she’s got all she wanted….all the happiness in the world! Tapi…kalau Tuhan nak tarik…sekelip mata saja…BOOM! and all this is like, “Kematian’ buat Jeniffer Hudsons sendiri.
Segala kebahagiaan, kejayaan bagai tidak segembira mana lagi berbanding dengan kematiaan ibu, adik dan saudaranya… Di sini, Tuhan sebenarnya memberi kita amaran agar tidak riak dan takbur dengan kejayaan yang dicapai, dan Tuhan juga memberi cabaran dan dugaan kepada kita agar kita sabar dan semakin tabah…
Sebenarnya, bro sendiri telah melalui banyak kegagalan dalam hidup, kekecewaan dalam cinta, ditipu, dihina, dikeji…duit dicuri beribu-ribu!!
BUT…Alhamdulillah, bro selalu percaya ini semua dugaan Tuhan, kita cuma perlu redha dengan ketentuannya! Dan memang benar sekali…setiap kejayaan pasti akan lalui kegagalan, setiap kehilangan pasti ada pertemuan dan setiap kekecewaan pastinya akan mengecapi kebahagiaan…
All i can say… “You lose some…you surely gain some” …so you cuma perlu relax dan sabar. Kalau you kata you kecewa dengan cinta… kecewa dengan kekasih you…it’s nothing!!…ramai lagi orang lain yang lebih teruk dan kecewa daripada you!
So, daripada meratap pilu, feel sorry for yourselves…baiklah you redha dengan ketentuan Ilahi dan mulai hidup baru…percaya cakap bro Razzi ni. You pasti akan menemui sesuatu atau seseorang yang jauh lebih baik dari yang dulu!! 😉
Dengan ini, marilah kita bersyukur dengan segala apa sahaja anugerah Tuhan kepada kita!
Bro sendiri pun bersyukur sangat dengan anugerah Tuhan! Dan di atas kesyukuran itu jugalah, bro amat terharu sekali apabila, mendapat peluang sekali lagi untuk merakam kan album! Album single, 2 lagu…
Tapi kali ini…
bukan solo, tetapi bertiga!! Nama group kami ialah RAZZI.MUZ.IK semua pakai nama sendiri 🙂 Dan lagu-lagu kami juga bukan cintan lentuk lah…semua semangat untuk berjaya, tidak mudah putus asa dan bergerak ke hadapan…
ini adalah kerana niat kami adalah untuk kita sama-sama memberi motivasi agar kita sama-sama berjaya di dalam apa jua perkara yang kita lakukan! So, you all nak dapat lagu free? news updates, album launching invitations tak?? 🙂 …jadi lah Fan kami sekarang >> Jadi fan www.RazziMuzIK.com atau add bro as your friend di facebook klik di sini
Adakah anda masih single? Adakah anda masih kesunyian setelah segala pengorbanan anda lakukan? Adakah anda masih tak sure, anda berjaya memiliki lelaki itu atau tidak? Anda cuba pikat lelaki itu dengan berbagai-bagai cara TETAPI TIDAK BERJAYA?
Hari ini bro ingin bongkarkan “Cara Paling Berjaya, memikat lelaki!” Teruja tak? 😀 mesti punya betul tak?! Okey, before that…girls, you must remember something that really important,
Lelaki paling tidak suka dengan Stress or Preasure…maksudnya, lelaki paling bosan bila bersama wanita yang tiada pendirian, tak boleh buat keputusan dan suka memberi tekanan, lebih-lebih lagi tentang perhubungan cinta!
So, di bawah ini ada 5 NO’S, and all this adalah langkah-langkah yang sangat silap untuk anda lakukan :-
Memujuk dan terus-menerus memujuk lelaki untuk menyatakan cinta dan sayang kepada anda.
Terus bertanya jika lelaki itu mahu couple ke, atau mahu memulakan perhubungan cinta ke, no! no!
Tidak perlu sibuk-sibuk mencuba berbagai-bagai cara untuk mempamerkan yang anda berminat atau jatuh cinta kepadanya…
Berlumba atau berebut-rebut cuba memikat lelaki yang anda minat itu.
Memaksa dan keep on memaksa lelaki mengikat tali pertunangan atau perkahwinan
Mungkin anda fikir, jika anda tidak bertindak nanti melepaslah kan, lebih-lebih lagi ramai pulak yang berminat dengan lelaki yang anda minat!…my advised, relax beb, jangan tersilap langkah seperti 5 no’s di atas tu, 😉
Jadi?…bagaimana kita nak buat ni?…well, HANYA ada SATU sahaja cara paling berjaya untuk memikat lelaki dengan cara TANPA STRESS, dan TANPA TEKANAN!…
“BE A REAL GOOD FRIEND!” …maksudnya, anda mesti jadi kawan baiknya, teman rapatnya, kawan tempat dia meluahkan segala masalah, kawan yang tempat dia meminta tolong, jadi teman yang sentiasa memberi semangat dan dorongan agar dia bangkit gagah!
Seriously, it works! Bagaimana bro tahu anda tanya? To tell you the truth….it happens to me 8 years ago. I’ve met a really beautiful girl, tapi sayangnya dia sudah berpunya. Biasalah kan… “it’s like a good parking space, surely taken up” jadi…what else can I do?
Cara memikat Be a real good friend ni, actually bro belajar secara tidak sengaja. Apabila dia yang bro minat sangat di kala itu sudah dimiliki. Tapi hati bro ni masih dan asyik duk teringat kat dia je…so what I did was…bro continue berkawan dengan dia dengan berasaskan “REAL FRIENDSHIP” bukan “HUBUNGAN CINTA” ….tetapi,
…realitinya bro rahsiakan perasaan cinta padanya walau tersangat giler kat girl ni, walaupun bro tahu…i wont have a chance…so hari demi hari…bro terus berkawan dengan dia, selalu lah dengar dia bercerita tentang boyfriend dia. Dia juga selalu bercerita tentang dirinya dan keluarganya. Kisah boyfriend tu kira macam dah jadi perkara MESTI untuk dibincangkan!
Lama-kelamaan bro dah jadi, a shoulder to cry on, masalah-masalah cintanya dengan boyfriend dia pun telah menjadi perbualan harian kami. Tidak kurang juga kebaikan-kebaikan kekasihnya itu. Yang bestnya…oleh sebab kami kawan rapat, best friends…she told me everything in detail…dan setiap kali itulah, slowly bro tunjukkan yang I am much better dari balak dia hehe… 😉
THE SECRET kat sini ialah, tanpa kami sedari…persahabatan yang terjalin itu sebenarnya perlahan-lahan telah bertukar kepada percintaan. Makin hari, walau baik atau buruk kisah percintaan dia dan boyfriendnya yang bro tahu…semuanya cannot compare dengan bro lah hahaha…habis camana?, setiap kali cerita yang buruk…bro tahu…I tak buatlah malah tunjukkan i lebih baik pada boyfriend dia dalam hal tu…yang baik pula…lagilah bro tunjuk bro jauh lebih baik dalam hal tu hehehe…
Jadi, last-last…I ajelah yang terbaik…sebagai kawan baik pula, bro lah yang satu-satunya orang yang paling dipercayai, disukai, disayangi…kerana I lah yang selalu mengambil berat tentang dia, i lah yang duk dengar dia punya songeh, I lah yang menunggu dia aje…
SO, dalam tak sedar…bro mendapat cara PALING BERJAYA, memikat WANITA & LELAKI!! Haaa, interesting tak?? Baik lelaki maupun wanita…kesannya sama!
Sekiranya anda mahu memikat seseorang, cara yang paling berjaya ialah jadilah teman baiknya, teman yang paling dipercayai dan paling rapat….berkawan dengan ikhlas dan jujur….pamerkan kita sangat mengambil berat dalam persahabatan…lebih dari semua orang! TAPI…pendamkan dan rahsiakan dulu perasaan cinta itu kerana lama-kelamaan, dia pasti akan sedar yang anda jauh lebih baik dari semua orang…kalau tak sedar-sedar jugak tu…belah aje lah…itu maknanya dia tak berguna punya orang 😀 …ini adalah pengorbanan kita, kesabaran kita…which, you hanya buat kepada orang yang tahu menghargai sesama manusia. ALL THE BEST, I know you can do it! 😉
Funny jugak masa bro di KL last week, bro telah berkesempatan untuk menemui satu couple yang not bad saling sayang dan cukup cinta lagi. Tapi, asyik bertekak tentang hadiah. Yup!, Hadiah yang diberi selalunya, either, tak romantik atau tak kena! Hehehe…asyik komplen je laaa…. 😉
kekasih lelaki menyalahkan, girlfriend dia yang menghadiahkannya hadiah-hadiah yang femenin gitu, seperti bunga, buku resepi, baju yang bercorak dan berwarna terang!
What do you guys think dengan apa yang girlfriend dia hadiah kan tu? 😆
Dan kekasih wanita menyalahkan, boyfriend dia yang menghadiahkannya dengan hadiah-hadiah yang to her, tak romantik langsung, seperti, tiket tengok bola, wallet, krim jerawat
Bagaimana dengan pemberian boyfriend dia pulak ni? Romantik ke tak bawa girlfriend tengokbola?…cuba nak buat girlfriend dia hilang jerawat…hehehe 😀 not bad lah juga kan.
Well, memberi hadiah kepada yang tercinta juga kena ada seni dia ya…tak boleh nak bagi ikut sedap kita je. So, bagaimana memberi hadiah yang boleh membuatkan kekasih kita rasa kena dan tepat serta romantik?
Paling utama, MESTI tahu apakah minat dia? Apakah kesukaan dia? Benda apakah yang selalu dia mention nak dapatkan?…jika kita tahu semua tu, mudahlah kan?…Bagaimana nak tahu…kenalah betul-betul memberi perhatian dengan tabiatnya, kata-katanya, actionnya…
Disini, bro ada beberapa tip memberi hadiah yang sesuai, murah dan very intresting :-
1. Pasu bunga, dengan pokok bunga nya yang masih kecil dan baru –
Instead of bagi bunga je, haaa…bagi pokok bunga gitu ya. Hadiah ini, kita kenalah tahu pasangan kita tu suka atau tidak menjaganya. Minat atau tidak menyemai, menyiram, membaja…seumpama perhubungan cintalah juga. Jadi, dalam masa yang sama anda boleh tahu what type of person pasangan you tu kan, interesting tak?
2. Pet atau binatang peliharaan – Pernah terfikir nak beri pemberian sebegini?
Hehe..mungkin ada yang pernah hadiahkan. Alright, selalunya pet ni anak kucing la kan. Atau pun burung parrot ke. Iguana pun boleh hamster pun alright juga. STILL, kena tahu adakah dia suka pet tu…kang bagi hamster…melompat pulak pasangan kita tu. 😀 Bagi kucing…kang terbersin-bersin… BUT kucing is always the best lah! Jangan bagi ikan…cepat mati, nanti perhubungan pun seolah-olah begitu pulak ya 😉
3. Buku Resepi, yang exotic dan terasing…
Seperti kawan bro tadi beri buku resepi pada boyfriend. Well, that’s not bad! Tapi masalahnya, boyfriend dia tak suka masak. To those man yang suka masak…Im sure they would love to have. Tapi buku resepi masakan exotic lah…masakan-masakan yang dari Korea ke…Greek ke baru interesting untuk kita cuba masak. Kalau bagi buku resepi local…buat boring je. Tak menariklah menu dia nanti, betul tak? …bagi lelaki, pun kena tahu pasangan anda tu suka masak atau tidak? Kalau suka, belikan buku resepi masakan Arab! Hangat beb!
4. Lampu tidur/Lampu garam bukit –
Okey, hadiah ini kalau tak romantik lagi, tak tahulah. Untuk lelaki, you tidak akan terasa seperti mat jiwang dengan memberi hadiah ini. Untuk wanita pula, dengan memberi hadiah ini, ia seperti memberi peringatan kepada boyfriend anda yang cahaya itulah yang anda inginkan teru bernyala…seperti mana anda ingin kan cinta itu terus bersemi…dan paling best, setiap kali pasangan anda masuk bilik, buka je lampu tu…pasti teringat kan anda kan? Hehe…kalau nak romantik lagi, beli kan lampu tidur yang ada mangkuk atas tu bercorak-corak warna-warni…
Cam? Very interesting isnt’t it dan tidak mahal, its affordable lah kan. You know guys/gals, memberi hadiah memang penting! Tetapi, paling penting adalah memberi hadiah ialah, hadiah yang sesuai dan kena pada masanya. Selidiki dan perhati serta amat-amati pasangan anda…apakah hadiah yang cukup sesuai dan pasti memikat hatinya? Bro dah beri 4 tip memberi hadiah yang sangat menarik…bagaimana dengan idea anda pula? 🙂
Hakcipta Terpelihara 2006-2020 Razzi Rahman Productions. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan
laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran bertulis daripada Management.
www.razzirahman.com