Brother love



Anda ada pertanyaan atau persoalan cinta? Ingin mendapat bimbingan atau jawapan tentang cinta? Di sinilah tempatnya!

“Apakah anda perlu membayar? TIDAK! Satu sen pun tidak!…IT’S FREE!!”

Inilah sumbangan Razzi Rahman @ Brother Love kepada anda selama 2 tahun ini. Segala pengalaman saya sendiri selama lebih 10 tahun, pahit maung, suka dan duka telah saya lalui di dalam percintaan dan akhirnya berjaya menemui kebahagiaan! Dan Razzi mahu kongsikan dengan anda! SECARA PERCUMA!

Syarat & Terma :-

1 : Kepada yang ingin membuat pertanyaan, sila post kan soalan anda ke sini. Kepada yang sudah menulis masalah cinta diharap bersabar. Dan, sekiranya ada kawan-kawan bloggers yang ingin menolong, silalah baca persoalan cinta yang the latest one.

2 : Please set level ke minimum sahaja dalam menggunakan short form. JANGAN sehingga begitu susah untuk dibaca. Harus diingat, proses ini adalah percuma, untuk dikongsi dengan ramai pembaca blog Brother Love ini. Tak gunalah kalau tak boleh nak baca.

3. HakCipta terpelihara © 2006-2009 RazziRahman.com. Semua posting, pertanyaan, komen, jawapan adalah menjadi hakmilik Razzi Rahman Productions. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik

Pendapat anda amatlah dialu-alukan.

p/s : Anda juga ingin mendapat tip & nota cinta? klik di sini untuk dapatkan secara PERCUMA

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [876] Comments



“I rela jadi isteri ke 4 pun…jika lelaki itu seorang Ustaz!”

Lebih 10  tahun kata-kata Nor itu, masih segar dalam ingatan ku. Why? Well, keunikan seorang wanita bernama Nor Azlin, yang membuatkan aku agak amazed dengan pendiriannya dalam percintaan, kerana… Cintanya hanya kepada seorang Ulamak atau lelaki yang menyebar agama Islam, atau paling kurang pun seorang ustaz…Lelaki macam aku ni, hmm…tak berpeluang lahhh… :D

Aku dulu-dulu pulak, ada satu fasa dlm hidup aku ni dimana aku jadi minat kat girl yg bertudung dan berjubah seperti Doc Nor ni…well itulah panggilan yang aku selalu panggil dia.

Nor adalah seorang pelajar lepasan dari United Kindom di dalam jurusan kedoktoran. Pulang dia ke tanah air setelah sekian lama menuntut ilmu sepatutnya adalah ntuk berkecimpung di dalam bidang perawatan. Maybe working in a hospital or open up her own clinic. Well, at least that’s what her mother and her beloved father thought. And definitely the whole family wanted.

Instead, pulang Nor ke Kota Bharu, bukan untuk menjadi Doktor, tetapi pulang untuk mencari seorang suami yang tinggi ilmu keagamaannya!

Well, in a way it is good la kan. Dapat suami yang kuat pegangan agama Islamnya tu, namun caranya yang mahu meninggalkan sepenuhnya segala yang dipelajarinya tu, telah cukup mengecewakan ibu dan bapanya… So, hadirnya aku…yang selalu memberi semangat untuk melihat dia berjaya sebagai seorang Doctor Phd, memberi sedikit sinar kepada keluarganya…

  • Cuma, Doc Nor ni tidak lah lawa, muka dia pun berjerawat penuh both pipi dan dahi, tapi manis tu ada laaa :P namun tidak seperti gadis-gadis yang biasa jadi girlfriend aku…tapi entah lah macamana aku nak sangat kat Doc Nor, hinggakan kalau dia nak kahwin dengan aku masa tu pun…sure aku kahwin punya hehe
  • Tapi…. Dengan tak lawanya, dengan jerawatnya, dengan tudung labuhnya, jubahnya tu… Dia boleh tak nak terima cinta aku, adoi! Hahaha…I was rejected babe!

Semuanya kerana rasa cintanya, dan suami impiannya hanyalah seseorang yang punya ilmu agama islam yang tinggi, paling kurang guru agama, or ustaz…

==========================
AKU INGAT LAGI 1st TIME DATE
==========================

Nak tahu mana kami date? Huhu…dia ajak aku pergi dengar ceramah agama oleh Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz. Wahhh!!…

Not my first time to go. I’ve been to many ceramah agama by Tok Guru Nik Aziz, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Din dan sebagainya. BUT to go with a girl that I’m interested with, that’s the first!

So, okaylah aku layankan je…so we went to the ceramah place…kebetulan, masa tu Tok Guru pun baru sampai…and you know what the funny part, kami bersama-sama kebetulan berada di antara arah stage dengan arah Tok Guru berjalan ke stage, so kami dapat melihat beliau dengan dekat…dan masa ni aku dapat melihat muka Doc Nor yang berseri-seri, tersengih-sengih macam tengah tengok Faizal Tahir merapati dia atau Annuar Zain tersenyum kat dia!! Hahaha :lol:

  • Then dalam masa tu dia sempat berkata, “Alangkah bahagianya jika I dapat kahwin dengan dia!”
  • “Whaaaaat??!…” Aku kebingungan sepanjang ceramah malam itu.
  • I said to her later on “Tok guru tu kan dah tua, dah ada isteri lagi… Why you sanggup jadi isteri dia?”
  • Jawab Doc Nor kat aku, “I ni Razzi, I nak masuk syurga…nak dipayungkan dengan payung emas di akhirat nanti, dikurniakan pahala dan darjah kebesaran sebagai isteri kepada penyebar ilmu dan pejuang agama Islam!”
  • “Ooookay…” then terdiam terus aku malam tu.

After that night, I know for sure that she’s not playing. She do really want to marry seorang ustaz atau pendakwah agama! Lagi banyak perbualan kami, lagi banyak kami bergayut kat phone, tak ada benda lain yang diperbualkan oleh Doc Nor…hanya duduk angau kat Tok Guru Nik Aziz.

Lama-kelamaan perasaan aku yang ingin jadikan dia girlfriend aku, pudar. Well, maybe sebab aku mulai realised that aku memang tidak minat kepada ketrampilannya,  malah caranya juga sudah mulai membosankan aku. Selama ini, mungkin sebab aku kesunyian agaknya…

Somehow, setelah keluarganya makin berduka…ibunya menangis siang dan malam mengenangkan anaknya yang langsung tidak meghiraukan keluarga, aku terfikir untuk give it a last try. Tapi bukan untuk memenangi cintanya tetapi, at least menyedarkan dia yang dia boleh mencari a right person for her.

  • Finally, she listen to me…nasib baik! So, dia mulai sedar…since then, dia sudah tidak crazy for Tok Guru anymore, but instead dia dah jatuh cinta pada seorang penceramah di masjid-masjid pulak dahhh… giler kat Ustaz Ali pulak.

Kebetulan Ustaz Ali ni sudah mempunyai 2 orang isteri. So, tambah suka dia….berduka lah lagi ibu dan bapanya apabila mengetahui yang dia sanggup menjadi isteri ke 3.

At this time, aku dah tak kisah dah dengan dia yang nak rampas kasih dan sayang wanita lain dari suaminya mereka. Aku dah tak heran dengan perangai dia yang tidak memikirkan hati isteri-isteri itu yang terpaksa berkongsi suami dengan dia pulak…Yang aku kisahkan adalah…masa depan dia. Sebab, ustaz Ali ni tak ada kerja pun. Anak ada 7 orang, isteri ada 2 orang, kerja tak ada, hanya mendapat elaun sebagai penceramah sahaja…you know what she said to me?

  • “I hanya nak dia berikan I nasi 1 bungkus setiap hari pun dah cukup…apa yang penting I dapat menjadi isteri seorang pejuang Islam!”
  • “Bagaimana pula hati isteri-isteri dia nanti? Itu you tak fikir? Betapa you dah hancurkan hati mereka, betapa kecewanya mereka bila seorang wanita lain datang merampas suami mereka?!” tanya aku pula…
  • “Mereka kena terima hakikat dan bersyukur…kerana membenarkan suami kahwin adalah satu pahala besar…”
  • “Ooo…you mean, now you kahwin jadi isteri no 3, you akan beri suami you kahwin lagi sorang la? You akan happy for him and for you dengan kehidupan yang daif?…then tambah isteri sorang lagi? babies lagi nanti?!”
  • “Yes, I am!” jawabnya dengan angkuh.
  • “Habis tu, esok-esok kalau anak-anak dia sakit demam, siapa yang nak biayai rawatan? Kalau isteri yang lain sakit…you yang nak ubati mereka? …at least you nak jadi isteri no 3 sekali pun, janganlah tinggalkan profesion you…be a doctor first!
  • “Ahh…sudahlah you don’t understand, you takkan faham punya!”

The minute she said that, aku dah tahu nothing that can change her mind. In  a way aku kesihan kan dia kerana dia tidak nampak betapa hidup ini perlukan wang untuk menampung kita sewaktu kita susah. Jangan cerita soal kemewahan lah…kita cerita pasal, perbelanjaan yang penting-penting sudah…

Rumah, pakaian, makan, minum, tambang, kena pula sakit, terjadi pula kemalangan, kena pula pembedahan, kena pulak hamil, then lahir, then semua kelengkapan babies? Susu, pampers, lampin, pakaian baby pulak…Semua ini perlukan duit!!

What the hell she meant I dont understand? She who gone stupid dont understand that hidup ini perlukan DUIT! Dan ini bukan untuk hidup mewah langsung ni, ini hanya untuk menampung kehidupan paling normal…

  • Well…itulah dia, belajar tinggi-tinggi, jauh nun di sana, hidup pun tah kemana lagi, berlagak macam dah tahu semua!

Semuanya kerana cinta, well it’s okay nak bercinta dengan siapa pun, ustaz ke, cikgu ke, pendita ke, penceramah ke, whoever lah…tapi, jangan lah sampai memudaratkan diri sendiri dan keluarga. Also, biarlah kena caranya. Ibu dan bapa kita jangan kita abaikan, ilmu yang kita ada jangan pula kita persiakan.

Anyway, lepas pada pertelingkahan itu… Doc Nor telah menghilangkan diri. Last-last sekali, cukup menyedihkan, ibunya telah datang jumpa ibu aku… menceritakan yang anak dia ni telah lari ikut Ustaz Ali. Kemudian, entah macamana belum sempat kahwin, kena serang dek kedua-dua isteri agaknya, sampai report polis, …then, tak jadi kahwin.

  • Dan tujuan mak dia datang jumpa mak aku…nak bertanya kut-kut ada ’sesiapa’ yang masih mahu memperisterikan anak dia tu. Aku rasalah kalau dah lari ikut ustaz tu, tak munkin ’sesiapa’ mahu kat anak dia lagi la kut… dengan perangai degil cam tu huh!…

So, the end of the story…I heard, Doc Nor ni telah kembali ke England. Mungkin malu dengan apa yang telah terjadi. Dan yang buat tergelak sendiri aku, di England, dia telah tinggal di Sekolah Pondok Islam England…dan tengah syok kat Ustaz Mat Saleh lah pulaknya… hahaha, Penaung sekolah pondok sana…

hmm… dengan Ustaz orang putih ni aku tak tahu lah, dia jadi kahwin atau tidak. Masa mak dia cerita kat aku tu, dia tengah adjust ustaz tu lah…dan Ustaz ni pun sudah ada isteri…adoi, Doc Nor…never learn!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-

Apa Pendapat & Komen Anda? : [4] Comments


November 2008 - Semenjak pulang dari ibukota dua hari yang lalu, aku merasa agak kaku berada di kota sendiri. Funny aku rasa…hehe, dari seorang yang selalu aktif dan punya berbagai rancangan, aku mulai merasa sedikit kemurungan. Mungkin aku kerinduan dengan kesibukan kota itu yang aku benci selama ini.

Peliknya, aku tidak menghubungi sesiapa pun yang aku kenali sepanjang berada di  sana. Bukan seperti selalu. Aku sendiri pun tidak faham apa yang aku rasa sebenarnya. Apa yang aku dapat katakan, mungkin…just mungkin kerana hati aku yang pernah terluka dulu, kembali terasa pedih di parut lama.

  • “Betul juga kata orang tua-tua, sekali terluka sampai bila-bila kan terasa pedihnya”

Maaf pun sudah, terima pun sudah, melupainya pun sudah tetapi kembali juga rasa kecewa, frustrated dan kesedihan yang mendalam akan kisah lalu.

Kisah yang aku sebenarnya, tidak suka sangat tetapi it’s okay to talk about or think about sebab semuanya sudah tidak bermakna bagi aku. Well, siapa suka apabila cinta kita ditolak, siapa yang tidak kecewa apabila cinta suci kita dianggap sejati namun tidak dapat menerimanya kerana cintanya sudah untuk orang lain…Frust! Memang frust!

Tetapi, setelah sekian lama tiba-tiba kita dapat tahu yang cintanya kepada yang lain itu juga ditolak, lantas dia pula yang kecewa dan keseorangan…hati mulai tertanya-tanya, hati kelonjakan sendirian,

  • “Masih ada kah peluang untuk aku bersamanya? Adakah dia akan menerima aku kali ini?”

Nun jauh di sudut kebiruan kalbu ini, satu bisikan menghantui ku…

“Bukankah dia pernah mengecewakan kau? Mengapa masih mahu kembali kepadanya walau dia sudah sendirian? …tidakkah kau masih terasa luka lalu? Tidakkah kau ingat betapa hancur luluh perasaan mu? Tidakkah kau ingat bagaimana susahnya kau mengharungi hidup setelah dilukai dulu? Kau masih inginkan nya?”

Fuhh…it’s not easy apabila hati pernah terluka, perit rasanya. Walau aku tahu kini dia keseorangan, dan aku tahu peluang untuk bercinta kembali terbuka…tetapi berat rasanya untuk mengorak kembali cinta lalu. Walau jelas sekali dia sedang di dalam situasi yang agak lemah dan pasti menerima saja cinta yang hadir akibat dia juga dilukai….BUT, mungkin aku tidak akan kembali menagih cintanya.

Berat hati memikirkannya, berat lagi jiwa ini yang pernah dilukai. Kekecewaan lalu tidak mungkin dapat aku lupakan. Mungkin aku dapat bersatu dengannya, mungkin cinta kami kan mulai berputik dan dipupuk semula, tetapi tidak mungkin aku bahagia bersamanya.

Hati aku yang pernah dilukainya pasti akan bangkit memberontak, mengingatkan aku kembali bagaimana saat-saat dia membuang aku, menolak cinta ku, menyisih segala usaha ku, menganggap segala tindakan ku bagai debu-debu yang tertiup bayu sendu, berterbangan lenyap di kedinginan senja kali, hingga hancur sebuah harapan suci…

Tapi aku masih cintakan dia… ya, aku masih sayangkannya. Rela aku berkorban apa sahaja untuknya, rela aku bersusah payah deminya, mahu ku habiskan segala harta untuk kebahagiaannya… namun untuk aku bersamanya, memilikinya, mungkin tidak! Keperitan hati ini yang pernah dilukai, terlalu pedih walau pun untuk menyapu sedikit penawar untuknya…

Apa yang harus aku lakukan? Mandikan diri ku dengan kegembiraan selagi boleh dan sejauh yang terdaya kerana…kemurungan ini mungkin akan terus berpanjangan, kehadirannya mungkin akan terus ku rasai, cinta ini mungkin akan terus bersemadi di hujung-hujung jari jemari, ditepi-tepi kepiluan hati yang pernah dilukai… so,

“Life is too short, enjoy it while you still can!”

p.s. - Ingin memiliki peluang bersama your Personal Brother love? click here

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [23] Comments


I was driving from KL to Kb masa mula-mula sekali I terfikir untuk serius menulis. It was about 5 years ago. Actually, I ni memang minat menulis dari kecil lagi. Dulu-dulu I suka menulis surat-surat cinta. Berhelai-helai lah surat cinta yang I hantar kat girls yang I minat hahaha :D

Tapi yang geramnya, girls ni hanya terus menerus minta I tulis surat cinta pada mereka, tapi mereka balas hanya sehelai saja or just a note saying, “Razzi please tulis lagi, kita suka baca surat awak!”

Adoi… you girls pun macam ni gak ke? hahaha :lol: - Kita ingat dapat la balasan yang best-best buat kita terbuai dek kata-kata cinta, tengok-tengok kena menulis lagi kat those girls, nasib baik I suka menulis. So continue je la menulis.

  • Best part…bukan bunga-bunga sangat pun I tulis, bukan bermadah or berpuisi, tetapi seperti sekarang ni lah the way I menulis, straight up from my heart…

Dan selalunya komen yang I dapat, “Bila baca tulisan Razzi, seolah-olah sedang berbual-bual, berdepan dengan tuan empunya diri la!” hehe betul ke? Itu ke yang you all rasa? Maybe itu yang buat I berbeza sikit kut?

Anyway, zaman persekolahan berlalu…I tinggalkan bidang penulisan. Namun, I always love reading and writing actually hinggalah akhir tahun 2006 I siapkan The first book that I wrote. And it was a novel of 300 muka surat. Yup! Tapi hingga sekarang tak publish pun. Sebaliknya…pada tahun 2008 I publish Kamus Cinta – another 318 muka surat hehehe ;)

  • Alhamdulillah…buku Kamus Cinta telah membantu ramai pasangan dan individu. Ada yang dapat memiliki kekasih, ada ke jinjang pelamin. Jika tidak dapat partner sekali pun, at least mereka lebih tabah dan tampil dengan lebih yakin!

So, since Kamus Cinta berjaya, I ingat…it’s time for me to publish my novel la kan. Novel misteri cinta dan pembunuhan. BUT, Honestly, hati I cukup berat mengatakan yang I perlu continue membantu mereka mengenal kisah dan pengalaman cinta yang pernah I lalui dulu.

Sememangnya terlalu banyak pengalaman yang I lalui dan banyak juga kekecewaan. In fact Bro Razzi juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan mengecewakan orang. I do regret it…

So, inilah sebab paling utama I kembali menulis again tentang cinta. I mahu berkongsi my experience dan memberi pendapat serta info-info yang pasti membantu! I mahu sangat all of us TIDAK KECEWA LAGI.

Kerana Realitinya…
Saban hari menulis, beratus-ratus artikel sudah diterbitkan di blog Tip Brother Love…semenjak 3 tahun yang lepas lebih kurang. Tetap masih ramai lagi yang terkecewa dan melakukan kesilapan yang berulang kali. Seperti juga dengan kawan-kawan terdekat saya juga sebelum ini.

So, pastinya I merasa cukup sedih for them apabila mereka dikecewakan. Bayangkan, I tahu kalau ubah cara tu mungkin boleh bahagia. I tahu kalau cepat bertindak mungkin dapat mengelakkan diri dari terkecewa. I tahu jika melakukan apa yang I tahu…sure you akan berjaya. Tetapi… pengalaman yang seperti satu Ilmu Cinta yang I ada ini tidak dapat disalurkan, Frust beb!

Sebab itulah selepas kejayaan Kamus Cinta, I tak publish juga my novel tu…sebab I mahu fokuskan kepada you girls first, untuk TIDAK dikecewakan lagi! That’s why lah I tulis buku terbaru ini, 101 nota Mencari Cinta – Yang lebih fokus kepada kaum wanita. (Untuk lelaki - Soon!)

Buku Nota Cinta Razzi Rahman

Sebuah buku yang bukan semata-mata mencari cinta, sebaliknya mengenali soal percintaan. Buku ini juga boleh memberi semangat pada wanita dan membuatkan you girls lebih tabah menghadapi kehidupan seharian dan kemudian bijak mengenal dan memikat lelaki idaman dengan lebih mudah sebagaimana yang lelaki mahu!

In fact, kalau lelaki mahu girlfriend dia give him the greatest time of his life, this is the book untuk lelaki hadiahkan pada kekasihnya. Minta girlfriend dia follow semua hahaha! So, this is it! This is the book yang sekian lama kita tunggu-tunggu. It’s here!

Hampir kesemua persoalan cinta yang wanita cari-cari selama ini, ada di dalam buku ini. Diantaranya :-

  • Bagaimana memikat lelaki idaman anda
  • Bagaimana mengenal lelaki baik yang jahat dan penipu
  • Bagaimana mengundang cinta hadir dalam diri anda
  • Bagaimana menjadi wanita yang paling menarik
  • Berbagai JANGAN, Do’s and Don’t
  • Bagaimana nak bercakap dengan lelaki pun I ajar you all hahaha…
  • All secrets, the tips and tricks to get man, are all inside this 101 nota Mencari Cinta – Untuk wanita!

“SO, Semuga kita semua berjaya dalam cinta dan tidak kecewa lagi okey, AMIN!”

p/s : klik di sini untuk melihat buku terbaru -> http://www.razzirahman.com/buku

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [16] Comments


Click LIKE button dan  join memberi komen dan pendapat anda dalam berbagai-bagai diskusi short topic cinta di Brother Love page at Facebook. Get your answers with Brother Love honest opinion, today!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : Comments Off


“Nikmatnya apabila memberi tanpa mengharap balasan”

Bertemu lagi kita kali ini dengan satu lagi kisah benar, kisah cinta Razzi yang telah lama terpendam di jiwa dan akhirnya terselongkar jua. Muga ianya memberi manfaat pada semua…

Aku dan Sarah, sudah terlalu lama bercinta. Apa saja perkataan yang keluar dari mulut aku pasti bersama namanya yang aku puja. Bagi ku, dia lah gadis yang paling cantik pernah aku bersama, she’s mix. Well, memang dia cantik…follow mamanya yang berasal dari Europe.

Boleh dikatakan aku tersangat gila kan dia… gila dengan ketinggiannya, gila dengan kulit putih gebu dan kemerahannya, matanya, hidungnya, gila dengan kejelitaannya, manisnya, manjanya, bibirnya yang lembut… dan yang paling aku gila kan adalah kematangannya! Yes… she’s older than me! Much older…but she take a good care of me…

At that time, aku masih muda lagi… masih tengah jahil, masih mentah, masih melompat siang dan malam. Itu yang buat perhubungan kami very interesting. Walaupun dia sudah agak berumur dan aku masih muda , we love having fun dan kami happy together dan enjoy our relationship to the fullest!

  • Namun, jauh di sudut hatinya…aku tidak pernah menduga apa yang selalu difikirkannya. Yang aku tahu, aku amat cintakannya, terlalu sayangkannya. To me, there are no other girls can compete dengan dia. Memang tidak ada girl lain pun yang aku pandang or even sekadar berkawan. And yes… aku mahu mengahwininya!

TETAPI…satu kejadian yang tidak pernah terfikir oleh aku telah terjadi. Segala-galanya berlaku sewaktu aku bercuti beberapa hari ke kampung dan sekembalinya aku ke Kuala Lumpur, aku masih ingat lagi pagi itu…aku terus saja membuat panggilan kepadanya subuh-subuh pagi…

  • “Razzi, I need to go…”

Aih? Apa hal ni tiba-tiba je…. Aku amat pelik dengan kata-kata itu di talian sewaktu aku bertanya bilakah boleh bertemu. Tidakkah dia rindui aku yang begitu merinduinya, dan tidakkah dia mahu bertemu? Seperti aku yang amat mahu bertemu dengannya?

  • “Maafkan I Razzi, I tak tahu nak explain…” Aku agak terkejut dengan perubahan Sarah… hati aku mulai berdebar-debar, aku kegelisahan… wondering, apa yang telah berlaku ni?! …kami bertingkah lagi dan akhirnya,
  • “I’m not happy…I’m so sorry…I terpaksa fikirkan masa depan I, Razzi…”

…saat itu, nafas aku semakin mendengus kelemasan, sebak di dada tak terkira, kebiruan jiwa… bingung dengan kata - katanya. Nada sendunya mulai kedengaran,

  • “I kena buat pilihan ini, walau sudah bertahun-tahun bersama you.” …itulah kata-kata akhir darinya.

Entah mengapa, aku yang rockish, aku yang brutal dan happy go lucky guy… tiba-tiba menangis, meraung-raung seorang diri. Seolah-olah aku memahami yang sudah tiada peluang lagi untuk aku bersama dia yang aku amat cintai, dan paling sayangi. Lalu tiada jalan lain yang boleh aku fikirkan, hanyalah kepada Tuhan aku memohon…

“Ya Allah, jika benar ini takdir dari mu ya Allah, maka berilah petunjuk untuk aku menanganinya dan berilah kekuatan untuk aku tabah menghadapinya!”

Berkali-kali aku mengucapkannya, antara percaya dengan tidak kejadian yang berlaku, aku berserah kepada yang Esa! Sehinggalah aku tertidur dengan linangan air mata…

Tersedarnya aku semula adalah sewaktu azan solat Jumaat bergema, seperti biasa dalam malas aku ke bilik air, bagai terasa berpuluh-puluh ekor syaitan di belikat aku, di bahu ku… namun, ku gagahi juga mengambil air sembahyang dan kemudian nya ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Di dalam khutbah Jumaat yang jarang-jarang sangat aku fokus itu, terpana aku kali ini dengan kata-kata dan hujah Imam. Dan yang paling aku ingat adalah Islam mengajar kita,

“Jika kau memberi, berilah seikhlas hati, tanpa mengharap sebarang balasan… dan jika kau menyayangi, maka sayangilah tanpa mengharap sebarang balasan, kerana itulah pemberian dan kasih sayang yang semulia-mulianya dan yang sebenar-benarnya!”

Aku mulai terfikirkan Sarah, kekasih ku yang amat aku sayangi… apakah cinta dan sayang aku kepadanya selama ini, lebih mementingkan diri aku sendiri? Apakah cinta aku ini sebenar-benarnya cinta? Jika ya, mengapa aku menangis apabila dia tidak bahagia bersama ku? Sepatutnya aku buat dia bahagia! Barulah itu semulia-mulia cinta!

Apa yang sebenarnya dia mahu? …Obviously, tiada apa yang wanita mahu, selain daripada mengetahui yang hidupnya secured. Know where to go back to, who to go with, yang mana ianya boleh dilakukan jika bersama seorang yang bergelar suami!

TETAPI, i’m so very young…baru berkerja, baru mengenali kota, baru menakluki dunia kononnya. How can I marry her now? Aku masih nak relax and enjoy life’s around me…

Selang beberapa hari tanpa panggilan, tanpa berhubung… akhirnya dalam aku kebingungan, tiba-tiba telefon berdering, aku menjawab dan begitu gembira sekali mendengar suaranya. Happy sangat! Dia juga sounded happy…jelas sekali kami masih saling cinta dan sayang. Tetapi, di akhir perbualan,

  • “Razzi, I’m getting married!”

- BOOM! Bagai satu bom meletup dalam kepala aku…bagai berkecai jantung ini, rupa-rupanya panggilan telefon itu adalah panggilan selamat tinggal darinya… sedih…dan tiada yang lebih sedih sekali, apabila perpisahan berlaku dikala sama-sama masih cinta. Tetapi, mengingatkan kata-kata imam di masjid tempohari, aku tenang menghadapi. Selepas terdiam agak lama, Lalu aku menjawab,

  • “I’m happy for you…very happy!”
  • Tiba-tiba Sarah menangis teresak-esak dan amat terkejut sekali dengan kata-kata ku. “You happy for me? How come?!”
  • “Well, Inilah yang terbaik buat you sayang… I takkan menghalang you, I want you to be happy, I rela lepaskan you kerana I terlalu sayangkan you!” Itulah kata-kata aku yang paling ikhlas pada Sarah.

At this time, aku hanya mahu dia bahagia…walaupun jika keputusan itu hanya akan mengecewakan aku. Kerana… jika dia bersama aku, mungkin lambat lagi sebelum boleh mendirikan rumahtangga dan Sarah pula sudah berumur. Daripada menerima tekanan dari keluarga yang begitu dasyat…ada lebih baik dia berkahwin dengan pilihan keluarganya.

  • “Thank you sayang… ” Itulah kata-kata Sarah mengakhirkan perbualan kami…penuh dengan tangisan kesedihan, tetapi amat menghargai aku yang memahaminya…

At my side, terbukti, setelah aku bertahun-tahun mencintai Sarah, lalu TANPA mengharap balasan darinya, kemudian aku melepaskannya pergi pula, membuatkan aku merasa nikmatnya…nikmat sebuah pengorbanan, betapa bahagianya aku kerana dapat membahagiakan orang yang aku sayangi!

Rupa-rupanya, walau kita kehilangan orang yang kita cintai, tetapi jika kita dapat membahagiakannya tanpa mengharap sebarang balasan, rasa kepuasan dan rasa bahagia adalah jauh lebih bermakna dan menusuk jauh ke dalam jiwa!

Itu yang kadang-kadang aku terfikir, ramai orang sanggup merampas milik orang dengan memburukkan kekasih orang, kekasih yang sedia ada dikatakan tidak cantik, tidak baik dan tidak bagus sangat untuknya…hanya kerana mahu memiliki dia yang diidamkan. Akan bahagiakah orang yang begitu? Sedangkan aku amat berpuas hati dan bahagia apabila memberi kekasih aku berkahwin dengan orang lain demi kebahagiaannya…

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-

Apa Pendapat & Komen Anda? : [37] Comments


1. NIKAH is EASY…tetapi, adakah dia betul-betul mahukannya?

Apabila kita bercakap soal lelaki itu susah nak buat keputusan untuk berkahwin, lelaki ini yang selalu avoid dari bercakap soal perkahwinan, dan lelaki sana yang belum bersedia untuk berkahwin…

well, THAT IS ALL BULLSHIT!!

NIKAH is so EASY! …and a real man, yang jujur, yang serius in the relationship, yang benar-benar cinta, PASTI mahu berkahwin secepat mungkin dengan girl yang dia nak sangat tu.

You girls ingat dia tak takut ke hilang girlfriend dia? And surely dia nak ‘tuuut’ kan?

TETAPI, oleh kerana kebanyakkan girls nowadays, terlalu sayangkan pasangan dia, so mereka telah begitu tidak terkawal dalam membiarkan diri di perguna sewenang-wenangnya. And why man tak nak kahwin walau pernikahan itu sangat mudah? :-

  • Dia sememangnya, tidak berminat untuk berkahwin…sebab suka womanising.
  • Dia sebenarnya sudah bosan dengan perhubungan itu, lalu tak terfikir kahwin, sebaliknya fikir macamana nak breakoff ni hehe…
  • Dia dapat apa sahaja yang tidak sepatutnya wanita berikan (faham-faham lah apa)

MAKA… pernikahan itu bagaikan begitu sukar sekali.

Please laaaa… apa logiknya yang susah untuk berkahwin? I cinta you, you cinta I…jom pergi pejabat kadhi, ambil saksi…wali bapa…or bapa saudara, then bayar mas kahwin, ucap akad nikah, NIKAH!

It’s so easy… i cakap you all, i pernah duduk dalam bilik khadi, bawa my friend kahwin…adoi beb…tak sampai 10 minit, done! And berapa ramai pasangan yang nak kahwin lagi lepas tu…

You see, tak ada duit, …akad nikah dulu macam my friend ni. Takkan tak da 2-3 ratus untuk mas kahwin? Akad nikah dulu, then duduk lah serumah! barulah HALAL!

Ini ramai sangat yang duduk serumah dulu…tak kahwin-kahwin bertahun-tahun. How laaa Brother Love nak tolong…kalau semuanya you girls dah beri? Hati, jiwa, perasaan, harta, wang ringgit, tubuh badan dan maruah semua tergadai… akhirnya ditinggalkan begitu saja… macamana sesiapa pun nak bantu? It’s too late! That’s why, sebelum apa-apa biar ala kadar sudah yang diberikan…

OKEY, kepada any girls yang dah bertahun-tahun menjalin perhubungan cinta tu, tapi tak kahwin-kahwin… ajak boyfriend you all kahwin hari ini jugak! Kalau dia tak nak… break! If not, you hanya akan kehilangan masa muda anda dengan sia-sia sahaja. Beb, masa tidak akan menunggu anda beb…DECIDE TODAY!

2. NIKAH is EASY….but keeping the marriage is HARD!

Perkahwinan adalah seperti MINUM KOPI. Panas-panas tu sedap diminum…pahit-pahit manis. Memang best! Tetapi kalau tak pandai bancuh memang tak sedap langsung!

  • Ramai di antara kita selalu kerisauan, kegelisahan dan takut tentang betapa susahnya untuk memilih  pasangan untuk mendirikan rumahtangga… Berbagai-bagai alasan diciptakan, just because diri you all ni dipenuhi dengan negativity vibes…. penuh dengan aura negatif yang mendorong anda menjadi, ‘andartu’ .

berbagai-bagai alasan yang selalu bermain di dalam hati you all…

dia ni muda sangat, dia tu kurus tak boleh, dia ni tak kena, dia tu tak lawa, dia tak funny sangat, I tak suka begitu….i tak suka begini…i suka yang itu, I suka yang ini…

At the end….sorang pun tak ada yang berkenan, yes…anda bukan memilih yang kaya, bukan memilih yang lawa, yang hensem…tidak pandang pun pada harta atau rupa…tetapi hakikatnya, anda terlalu memikirkan benda-benda kecil yang tidak sepatutnya anda fikir hanya kerana tidak ada kesesuaian, …MEMILIH jugalah tu beb!

HEY!, just go for it beb!…if he/she interested…serius nak kahwin GO AHEAD! Kahwin, nikah! Tak perlu fikir, takut dia gini, takut dia gitu…Marriage is about EFFORT! You kahwin dengan yang perfect with your taste pun…kalau both of you tak try to work it out…you will bercerai selepas sebulan kahwin, I’m dead serious!

That’s why I said, NIKAH is EASY…but keeping the marriage is HARD! - berbagai-bagai dugaan akan anda hadapi. Masalah orang ketiga, masalah kewangan, masalah mertua, masalah anak-anak…do you still can keep the marriage kukuh jika tidak sama-sama membancuh kopi tu?

Some people always said to me, “Terimalah I seadanya….” The thing is, you boleh terima I seadanya? Before I terima you seadanya? Belum apa-apa pun you dah risau itu dan ini, tak suka itu dan ini….but you nak I terima you seadanya?

Yang penting is keeping the marriage…Masalah sentiasa ada, tetapi how you handle it, how you work things out together. Sebelum anda kahwin, anda cuma perlu suka sama suka…ada rasa cinta, tengok dari jauh je terus naik nafsu syahwat, it’s good enough!!…hehehe

Then selepas kahwin, kenalah sama-sama BERUBAH, berubah menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing…handle masalah bersama-sama. THERE ARE NO SUCH thing… terimalah I seadanya!

Berkahwin dengan sesiapa pun, masalah akan ada…Bila berkahwin, semua orang mesti cuba berusaha bersama-sama menangani masalah yang berbangkit dan cuba tangani dengan berubah untuk menyesuaikan diri, demi mengekal kan rumahtangga… IF NOT, better dont get married, just Stay single…

p.s. : *DAPATKAN beberapa -ENOTA CINTA karya Razzi Rahman secara PERCUMA dengan sign up, my newsletter –> sila klik di sini 

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [13] Comments


Many of us selalu mengatakan, love your God first barulah love your partner. Sayangi dan cintai Allah bagi yang Islam, bagi yang bukan Islam maka cintai Tuhan mereka dulu, barulah boleh mencintai pasangan mereka.

In my humble opinion…

Cinta kepada Allah, atau Love for Allah, or Love kepada Tuhan mereka dulu ni… “It goes without saying!”  – apa yang I maksudkan di sini… Cinta kepada Tuhan itu, TIDAK PERLU diperkatakan lagi kerana ianya adalah wajib! IT’S A MUST!

Mengapa kita perlu usulkan lagi, mengapa perlu kita persoalkan lagi. Sudah satu kewajipan kita untuk mencintai dan menyayangi Tuhan kita. Ianya adalah yang paling utama. Tidak kita letak ianya kedua…ataupun pertama, or terdahulu kerana ianya adalah yang terunggul dan teragung! Out of our league, out of options…End of story!

  • Takkan kita begitu jahil sehingga kita fikirkan, “Nak cinta yang mana dulu ya? Kekasih atau Tuhan?” heyye… PASTINYA, kalau I orang islam, My LOVE is for ALLAH!

So, please semua… jangan rasa rendah diri, jangan rasa bagai melakukan kesilapan apabila gagal bercinta atau rasa kegagalan itu kerana kurang mencintai Tuhan… KERANA,

Rasa cinta kita, rasa sunyi, feelings of love kasih dan sayang yang bergelumang dalam diri ini… Kesunyian yang menghenyak tubuh yang longlai… Keinginan yang mencengkam jiwa dan hati nurani yang makin perlahan geraknya… Bukankah semua perasaan ini datang dari Dia yang Maha Esa?

YES, Cinta dari Tuhan itu terunggul, YES, Cinta dari Tuhan itu penuh kesetiaan, keluhuran, kelembutan, Yes Islamic people, Love from Allah, penuh dengan kenikmatan kasih dan sayang yang mengasyikkan…TETAPI, tanya pada diri anda sendiri…

  • “Mengapa Tuhan ciptakan Adam dan Hawa?”
  • “Kemudian memasukkan perasaan cinta?”
  • “Mengapakah Tuhan ciptakan manusia berpasang-pasangan?”
  • “Mengapakah Tuhan telah menulis jodoh mu?”
  • “Mengapa adanya hukum akad nikah?”

Kerana, walau dunia ini hanya pinjaman, tetapi Allah mahu kita menggunakan akal dan fikiran kita agar bijak membuat keputusan dalam kehidupan bercinta…kemudian melahirkan zuriat yang baik-baik untuk memakmurkan dunia ini… BUKAN hanya sekadar duduk dan tengok je dunia ini mentang-mentang pinjam…

Memang apa sahaja yang kita lakukan, mesti kerana “LILLAHHITAALA”, semua untuk ALLAH, akan tetapi…ianya bukan bermaksud, beramal kepadanya dengan sembahyang 24jam, berdoa sepanjang waktu kepada Allah sehingga tak buat kerja lain! Sebaliknya… Allah mahu kita melakukan pelbagai perkara yang telah disediakan di dalam dunia ini, kerana itu juga adalah satu amalan!

  • Mencintai seseorang dengan penuh ikhlas dan jujur…adalah satu amalan suci, yang akan membawa kepada pernikahan yang mana pahalanya seperti mendirikan sebuah masjid! Amalan besar tu…
  • Memberi perbelanjaan kepada isteri tanpa berkira, dan penuh ikhlas…amalan suci jugak! Kerana Allah memberi ganjaran yang besar kepada suami yang suka berbelanja kepada isteri dan membahagiakan bakal ibu kepada anak-anaknya nanti. Di dunia lagi Tuhan akan curahkan rezeki yang melimpah ruah.
  • Kemudian menanam benih-benih yang subur di malam jumaat, sambil membaca ayat-ayat suci alQuran sehingga membuatkan isteri mengandungkan anak-anak yang baka soleh dan solehah. Ini juga sunat, pahala yang besar.

Jadi, dari contoh-contoh ini jelaslah maksud sentiasa mencintai Allah terlebih dahulu itu…adalah melakukan kesemua amalan-amalan bukan saja dari bacaan, doa-doa maupun sembahyang sahaja sebaliknya, KESEMUA SEKALI…termasuklah melakukan pelbagai-bagai jenis amalan lagi yang diizinkan Tuhan…

So, as Islamic man, sebagai seorang lelaki Islam… YES! My Love is For ALLAH for sure! Dan tidak kiralah lelaki atau wanita Islam, LOVE ALLAH is a must. No doubt about it! Nobody can tell us otherwise! CUMA….cinta di sekeliling kita ini juga amat penting dan perlu diutamakan dengan keikhlasan dan keluhuran agar ianya menjadi satu amalan yang diberkati Tuhan, kerana semua ini juga adalah suruhan darinya! InsyAllah!

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta, sila klik di sini 

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [13] Comments


 ”Segala-galanya bermula dari sebuah persahabatan!”

Ramai sudah tahu Bro Razzi selalu menulis dari pengalaman-pengalaman lama juga dari apa yang dipelajari dari kegagalan demi kegagalan yang dilalui. Saya juga cukup suka berkongsi kisah-kisah cinta saya yang lampau. Dan kali ini, istimewa untuk anda…sebuah lagi kisah cinta Razzi yang cukup menarik dan menyayat hati. Semuga anda mendapat manfaat darinya…

Semasa saya bertugas dengan M.A.S di airport dulu, saya mengenali ramai pramugari. Asyik duk bercinta dengan pramugari je lah hehe. Habis, kat situ je kehidupan saya siang dan malam. Mengendali operasi penumpang antarabangsa keluar dan masuk negara kita ni. So, salah seorang pramugari yang pernah saya kenali ialah Nita. Dialah pramugari pertama yang saya pernah jatuh cinta dulu.

  • Namun, bagi Nita saya hanyalah seorang sahabat bukan kekasih…

Masalah yang sering saya alami dengan Nita ialah, cara Nita melayan saya seperti seorang yang cukup benci kat saya…

  • benci dengan cara saya,
  • benci dengan penampilan rock saya
  • benci dengan apa yang saya perbualkan,
  • benci dengan pendirian saya tentang hidup.
  • Malah apa sahaja pelawaan saya, dia akan menolak dulu…tapi kemudian baru menerima. Huuhhh…moody semacam!

Kalau ajak keluar, mesti ON!. Keluar makan ke, tengok wayang ke sure nak. Yang paling  dia suka ialah ronda-ronda KL dengan saya. Pelik tak??…Benci, tak suka itu dan ini tetapi mahu. Nak kata dia punya boyfriend, tak ada pulak tu. Hari-hari tunggu saya call je…kalau tak call mulailah bad mood. Kalau call pulak, macam tak suka!

Aii…orang pompuan ni ya, memang kompleks betul! Hehehe…Jangan marah arrr…

Walau macamana sekali pun, saya sangat-sangat sukakan dia dan Nita adalah cinta pandang pertama saya. Bagi saya, jatuh cinta tidak perlukan masa, cuma jika untuk serius dan bersedia untuk berumahtangga pastinya memerlukan masa untuk kenal dengan lebih rapat lagi. But for falling in love, jika saya dapat merasakan, “Nak!..nak!…nak!” itu bermakna saya telah jatuh cintalah kan.

…dan Nita pula, adalah seorang gadis yang sangat cantik, manja, lembut. Kulitnya putih gebu tapi bukan kerana anak mat salleh…Nita adalah seorang gadis melayu tulen dengan hidung tirus menunduk ke bawah, uhh… paling saya suka, pinggangnya yang ramping, fuhh Nita memang lawa giler!  Seorang pramugari yang sangat manis apabila melayan penumpang. Haaa…saya ni jarang puji-puji orang ni, tapi bagi saya kalau yang mix ni tak real la kan. Hehehe…itulah citarasa saya.

Perhubungan kami berlarutan beberapa bulan, tapi…

Nita tidak pernah mahu declare yang dia tu Girlfriend saya jauh sekali kekasih walaupun kami seperti belangkas. Berkepit je 24jam.

Jadual kerja kami juga selalu ditukar agar mendapat waktu yang sama-sama dekat so boleh lah pulang bersama. Hampir setiap hari saya menghantarnya pulang…

Tapi sampai sudah, saya tidak dapat melihat cintanya bersemi. Berbagai pemberian, masa dan wang ringgit telah saya habiskan seikhlas mungkin demi CINTA NITA…apa yang saya dapat hanyalah sebuah persahabatan…

Saya kecewa, kecewa yang teramat sangat. Selalu juga saya terjerit-jerit seorang diri di bilik atau di depan pantai yang terbentang sunyi. Apa lagi?…apa lagi yang perlu saya lakukan untuk memiliki seorang kekasih??…untuk mendapat walau secebis cintanya…frust beb!

Akhirnya saya terasa seperti dipergunakan. Apabila hendak keluar bersiar-siar, makan atau menonton, saya dikehendaki. Tetapi apabila saya bercakap serius tentang perhubungan kami, kata Nita, 

  • “Kan kita selalu jumpa…apa lagi yang you mahu?”

Apabila saya kata saya perlukan seorang kekasih dan ingin diyakinkan yang Nita milik saya, katanya lagi,

  • “NO!, I bukan kekasih you, I bukan nak bercinta dengan you…bukankah kita ni masih muda lagi? I tak berminat dengan komitmenlah  Razzi.”

Bagai tersiat isi dan kulit muka saya ni. Semput rasa dada menahan sabar. Itulah ayat yang selalu diulanginya, setiap kali saya bertanya atau mulai berbual soal perhubungan. Senak dada beb! Terseksa batin wa ni beb adoi…

  • Akhirnya, saya telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Nita. Dengan berat hati saya memberitahu Nita yang saya mahu berpisah dan mahu mengenali orang baru dan mencari seorang kekasih. Nita hanya mendiamkan diri, wajahnya langsung tidak ada reaksi apa-apa…entah dia suka, entah tidak, tidak pulak saya tahu.

Pada hujung tahun…akhirnya saya telah meninggalkan Nita. Kegembiraan mulai terasa di jiwa saya apabila saya sudah kembali ke arena pemburuan cinta. Setiap hari, itulah di fikiran saya, mencari cinta yang sejati. Rasa terbuang sangat masa bersama Nita. Itu yang saya duk cari cinta je…kat Airport tu, semua orang tahu lah saya dan tujuan saya ni…asyik nak cari mak we je hehehe! Bukan nak buat apa beb…nak buat bini lah! Hehehe…

Lebih sebulan kemudian, sewaktu pulang dari kerja dan masih di Airport lagi, saya didatangi seorang pramugari yang cantik dan manis sekali. Teruja saya dibuatnya…ishh, dapatlah kali ini buat girlfriend, dia yang dekati saya pulak tu. Tetapi kegembiraan saya itu hanyalah sementara kerana kedatangannya adalah semata-mata untuk memarahi saya. Saya kebingungan dan hairan…

Marahnya bukan kepalang, semuanya adalah semata-mata kerana saya telah meninggalkan Nita yang rupa-rupanya kawan baik dia yang juga teman sekampung, dari negeri di selatan. Saya cuba menerangkan keadaan sebenar tentang Nita. Namun katanya,

  • “Mengapa awak bodoh sangat?…Nita punya sayangkan awak dan amat menyintai awak tau?! Dia saja-saja cakap, tak suka, tak nak…”

Saya terus kebingungan…

  • “Aik? apa yang awak cakapkan ni, …Kan Nita kata kami muda lagi dan belum bersedia. Dia juga kata yang dia tidak minat pada komitmen! Tapi… lain pula cerita awak ni?”

 Dengan matanya yang semakin membulat geram dia menjawab,

  • “Awak yang tak pandai, dia bukan serius bila cakap macam tu. Dah hampir setahun kenal, hari-hari dia berjumpa awak. Call 2-3 kali sehari, keluar sama-sama, makan sama-sama, menonton bersama, siang malam duk berkepit ke sana-sini…itu bukan kekasih ke? bukan girlfriend ke???…nak kena tidur dengan awak dulu baru kira kekasih?! Awak ingat kami pramugari ni hanya for fun ke??!”

Perrrghh…terkedu seribu bahasa, terpana dan terduduk wa beb, menangis tak berlagu. Keinginan saya yang sibuk menginginkan satu pengisytiharan yang kami adalah ‘kekasih’ adalah satu kebodohan saya yang tidak dapat saya maafkan!

Mengapa saya tidak sedar yang Nita sebenarnya adalah sememangnya kekasih saya? Aduuhhh…mengapa? Mengapa saya sibuk-sibukkan perkara remeh, inginkan ucapan kasih, I miss you, I love you…sedangkan kami seumpama belangkas!

Mengapa saya mahu lebih? ahhh…bodoh! bodoh!…Saya tidak menyedari yang kekasih, sayang, boyfriend, girlfriend hanyalah satu panggilan…Yang penting cara perhubungan itu!

Sederas kilat saya berlari meninggalkan pramugari itu, untuk ke kereta saya di parking lot. Kemudian terus saja saya memecut menuju ke rumah Nita. Sepanjang perjalanan, seluruh tubuh saya mengigil-gigil entah mengapa. Rasa gembira bercampur kesal bergelumang di jiwa. Aduuhhh…

Setibanya saya di Kelana Jaya, depan rumah Nita, kelihatan beberapa orang seperti sedang mengeruminya. Saya kehairanan, dan terus tercegat di luar pagar, menanti… Jelas sekali masing-masing seperti teresak-esak dan saya dapat meneka…Nita akan meninggalkan mereka… “Oh God!…adakah Nita akan meninggalkan aku?!”

Setelah saya berdiri di situ seketika, mereka mulai menyedari kehadiran saya. Belum pun sempat saya bertanya Nita apa yang telah berlaku, sebuah teksi Comfort tiba.

Suasana menjadi semakin tegang. Nita menangis kuat dan cuba menjauhkan dirinya dari saya. Diusung cepat beg-begnya dan langsung tidak mahu menegur saya, sambil teresak-esak dia meluru ke teksi yang sedang menanti. Saya kegeraman dan merampas beg-beg Nita itu dan melemparkannya ke jalan. Saya menarik Nita dan merapatkan tubuhnya kepada saya,

  • “WHAT HAPPEN?? WHY NITA? APA INI SEMUA??”

Nita tidak menjawab, malah terus menangis teresak-esak dan menepis tangan saya. Dikutipnya beg-beg dia semula dan terus memasuki teksi yang mulai berlalu pergi. Saya ternganga-nganga, kebingungan dan terus tertanya-tanya, apa yang telah terjadi?…saya ditinggalkan dengan seribu persoalan, seribu kekesalan…

Ya Allah…aduhh, sepatah kata terakhir dari Nita pun tidak dapat saya dengari. Seksanya batin ketika itu…

Namun, walau terseksa sehebat mana, jiwa Nita lebih terseksa sebenarnya. Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu yang Nita terlalu kecewa kerana berpisah dengan saya…CINTA PERTAMANYA! Lalu Nita sebenarnya tidak melapurkan diri ke Cabin Crew department, gone missing dan telah pulang ke kampung…sehinggalah dia dibuang kerja!

Kekecewaan Nita pastinya tidak tertanggung oleh sesiapa sahaja… Sehingga ke hari ini saya masih merasa bersalah terhadapnya. Dan kerana saya yang bodoh dan inginkan sesuatu yang lebih darinya, saya telah mengecewakan seorang gadis yang sangat baik, jujur dan setia. Akhir sekali saya dengar tentang Nita, dia telah menerima pinangan dari seorang lelaki Singapura yang bekerja sebagai Pramugara Singapore Airline. Beberapa kawan baru-baru ini telah memberitahu saya yang Nita kini sudah hidup bahagia sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai sepasang anak. Saya gembira untuknya…namun, jauh di sudut hati saya…saya berduka dan akan terus rasa bersalah serta teramat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan…

“Segala-galanya bermula dari sebuah persahabatan!”

Itulah yang selalu saya laung-laungkan setiap masa. Ianya begitu bermakna bagi saya, bukan sekadar berkata-kata…. Ianya adalah satu penyesalan saya yang mana saya tidak menyedari persahabatan yang terbina antara saya dan Nita sebenarnya adalah satu detik permulaan sebuah percintaan. Namun, saya begitu alpa dan bodoh sombong untuk melihatnya sehingga saya kehilangan seorang kekasih yang amat menyayangi saya. Sedangkan saya hanya sibuk dengan apa yang saya mahu, yang sebenarnya sudah saya miliki! 
 
Sejujurnya, bro Razzi tidak mahu you all membuat keputusan yang salah dan tidak rela jika ada antara you all melalui pengalaman pahit yang seperti saya lalui. Jadi, pinta saya…

Buatlah keputusan yang tepat dan hargailah saat-saat manis anda bersama teman, sahabat  serta yang tersayang … JANGAN sebab anda mahu enjoy, sosial, freedom, konon modern…lalu anda mendedahkan diri anda untuk mudah terpedaya. Kerana… anda tidak tahu bilakah anda akan kehilangan cintanya!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-

Apa Pendapat & Komen Anda? : [10] Comments


Hehe… jauh tersasar sedikit dari normal articles that bro Razzi always tulis. This time around I dedicated this article kepada RAMAI single mother out there! ;)

The actual fact is, memang I kenal ramai single mother among my friends sendiri. Some of them, muda-muda lagi dah divorced with one child. Adoi… Some of them pulak, sudah 2-3 kali kahwin doesn’t work out juga. Dan, ada yang akhirnya bahagia di samping seorang suami ke 2 yang penyayang.

Tapi, kan for all man… especially yang tak pernah kenal dengan CINTA SINGLE MOTHER… well, you can give it a try la. Hehehe… I jamin you akan berada di alam khayalan untuk masa yang lama bila sudah dilamun cinta dengan single mother. PERCAYALAH! :)

WHY? Well ada few reality facts :-

  • Apabila sudah biasa melayan suami, suddenly divorced…FOR SURE mereka mahu beri The BeST of them.
  • Apabila sudah berpengalaman membuatkan lelaki bahagia, so ianya become suatu yang sudah menjadi kebiasan untuk buat you guys happy. More then single woman.
  • Apabila sudah biasa dengan pertelingkahan di alam perkahwinan, mereka akan lebih relax dan benci untuk bertelagah dengan new boyfriend. Not like single woman yang suka bertekak.
  • Apabila sudah BEEN THERE DONE THAT, mereka sudah tidak bimbang seperti anak-anak dara yang selalu risau itu dan ini.
  • Apabila pernah berkahwin, juga sudah mempunyai zuriat…mereka sudah GOT NOTHING LOSE. Time is at their side. So NO pressure to guys! Where as single women akan memberi tekanan kerana waktu sudah hampir ’senja’
  • Apabila sudah bergelar ’sarJAN’ …mereka sudah tiada tekanan dari keluarga. Perhubungan lebih tenang. You know what happen la kalau dengan single girl…keluarga selalu masuk campur!
  • Apabila masyarakat tahu yang mereka adalah divorcees… NO HOPE that they will ask from them lagi. So again No pressure to guys!
  • Apabila sudah single mother, Kasih, Sayang dan Cinta mereka adalah LEBIH dari segala-gala, LEBIH dari single girl kerana mereka sudah melalui satu pengalaman pahit yang tidak mahu ia berulang lagi.

Single mother, divorcees atau JANDA ni, Tidak seperti single girl yang suka merajuk, suka meminta-minta, suka merenget, suka komplain, suka menangis, suka bersedih, suka kerisauan, kegelisahan, suka bawa masalah baru kepada pasangan lelaki…SO, my recommendation is GIVE IT A SHOT with a Single Mother. You might have a different perspective towards divorcees…

BUT guys… You have to be ready to face, the Ex husbands, Ex mother in law, and for sure THE CHILDRENS!

Special advise to single girls :

Ini bro Razzi tak pernah lagi cakap ni. Tapi inilah yang sebenarnya you all kena belajar. Belajar bagaimana single mother handle boyfriend masing-masing. Bagaimana dia orang boleh beri happiness hingga single man willing to be with them. Be more like them, lebih relax dan tidak memberi tekanan kepada pasangan.

TAPI - Ada juga single mother yang jenis suka pressure, merajuk tak bertempat, menggila tak pasal-pasal. Tension tak menentu. Yang ini selalunya yang masih muda laa…

Basically, if you’re single or single mother… all you have to do is to take time, relax and cool - MAN will come to you. Cinta will come naturally ;)

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Apa Pendapat & Komen Anda? : [24] Comments


Next Page »