no2

Cuba kira-kira balik, sudah berapa banyak kalikah kita melakukan kesilapan di dalam perhubungan? Tak pernah buat salah? TAK MUNGKINNN… setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan atau kesalahan dalam cinta atau tersilap membuat keputusan. Semua ini adalah disebabkan, salah pertimbangan.

Perkara ini adalah perkara biasa, tetapi kesannya amat luar biasa sakitnya 😛 – Razzi tahulah sebab Razzi pernah merasainya… Cuba baca dan renung-renungkan, adakah kesilapan-kesilapan ini, pernah kita lakukan dan anda pernah mengalaminya sebelum ini :-

  • SILAP MEMILIH PASANGAN – Kesilapan yang biasa terjadi, adalah silap memilih pasangan. Pada awalnya kita fikir dah betul dah tu. Tapi last-last… “Alamak! Silap la aku couple dengan dia” – mungkin dari segi perangai, tabiat, personaliti, dan mungkin ada berbagai-bagai sebab lagi yang tak serasi dengan kita, lalu kita tersedar yang dia sebenarnya bukanlah yang kita impikan selama ini, meleset sama sekali.
  • TERLALU PERCAYA – Tersilap terlalu percaya kepada dia yang sebenarnya PENIPU! Kita punyalah percaya kat dia, siap bila orang salahkan dia, kita cover-cover lagi untuk dia. Dan kita memberi sokongan sepenuhnya. Padahal, semua yang orang-orang di sekeliling kita cakap, benar belaka. Hanya kita yang terlalu buta untuk mempercayainya. Yang kita percaya hanyalah dia. Yang mana sebenarnya telah memperdayakan kita selama ini… adehh 🙁
  • CEPAT JATUH CINTA – How about kesilapan memberi sepenuh jiwa dan raga kepadanya yang kita baru-baru saja kenal. Tah macamana, kita jadi jatuh cinta habis licin kat dia. Dia layan baik, selalu ada masa untuk kita. Dan kita sudah naik syok terlebih dan telah meluahkan perasaan kepadanya… tiba-tiba, dia tolak cinta kita. Mak aihhh… katanya kita baru kenal, nantilah dulu, kawanlah dulu. Last-last lenyap begitu saja, mungkin takut dengan cara kita yang aggresif kan. Dah tersilap lagi!
  • MEMBERI HARAPAN PALSU – 3 kesilapan tadi pun tah-tah, dah diulangi beberapa kali lagi kan hehehe… okey, kesilapan yang seterusnya, memberi harapan kepada dia yang kita tak berminat sebenarnya. Alamak… nak tolak tak sampai hati. Nak terima, tak ada rasa dalam hati hahaha… last-last kita layan je la. Dengan harapan dia akan berundur diri dengan sendiri. Kononnya kita nak jaga hati dan perasaannya. Padahal apa yang kita lakukan itu, menambahkan lagi harapan untuk dia terus mengharapkan cinta kita… akhirnya, kecewa kaw-kaw bila kita berterus-terang. Fuhh pedih wo kesilapan sebegini.
  • TERLALU CEMBURU – Pernahkah anda mengamuk kerana geram sangat dengan pasangan kita yang tak pandai nak jaga hati kita ni? Cemburu tu okay, tapi jangan terlalu cemburu nanti nampak kita yang lemah, dan pastinya kita yang malu. Nanti habis orang tengok kita cam buruk je kan. Tapi ya la kan, pasangan kita pun jagalah sikit, janganlah buat kita cemburu. Bukan tak tahu kita bukan boleh tahan sangat kalau rapat-rapat dengan orang lain ni hehehe…
  • ASYIK MENCARI SALAH PASANGAN – Pernah lakukan? Jangan bohong, mengaku kalau selalu buat benda ni! Haaa… ini adalah salah satu kesilapan yang cukup besar. Anda bercinta, anda berkahwin, untuk anda bahagia. BUKAN untuk derita, sakit jiwa, kecewa dan asyik sibuk mencari bana! Setiap masa yang anda luangkan untuk mencari salah pasangan anda, sebenarnya setiap saat itulah anda kerugian kebahagiaan yang anda sepatutnya raikan bersama.
  • CUBA MENGUBAH DIA IKUT CARA ANDA – Lupakah bagaimana anda boleh jatuh cinta kepadanya dulu? Sudah tidak ingatkah lagi bagaimana anda belum kenal dia dulu dan anda begitu meminatinya! Jadi, mengapa nak ubah hidupnya, nak ubah caranya, nak ubah personalitinya mengikut kesukaan anda. Kan dulu suka dengan caranya, why you want to change him? Or her? Silap…silap…silap, sikap inilah yang boleh membuatkan anda kehilangan dia!
  • BERLETER SIANG MALAM – Tak penat ke? Pok pek pok pek… selesaikan masalah ini dengan mencari sesuatu yang boleh anda berdua lakukan dan menggembirakan! Jika anda dan dia tidak boleh berkomunikasi dengan easy and enjoyable, anda berdua sebenarnya tidak sesuai untuk bersama. Akhirnya anda akan menghabiskan masa dengan melakukan kesilapan dengan pok pek pok pek, tak habis-habis.
  • OVER KONFIDEN! – Kesilapan ini ramai yang buat. Lebih-lebih lagi pasangan yang sudah bertahun-tahun bersama. Sebab sudah lama bersama maka anda over konfiden dan anggap pasangan anda akan sayangkan anda sampai bila-bila. Lalu, anda sudah tidak menjaga penampilan diri, anda juga malas untuk mesra-mesra lagi, cara bercakap pun ikut sedap mulut. Silap besar… perhubungan adalah satu proses berpanjangan, apatah lagi perkahwinan, proses mengusahakannya kena selalu bertambah dan up to date!

Boleh dikatakan BANYAK kesilapan-kesilapan yang kita lakukan di dalam sesebuah perhubungan. Kalau yang kata tak pernah buat silap tu… mengarut la. Razzi sendiri berani katakan sekurang-kurangnya dalam separuh dari senarai di atas, memang saya pernah lakukan. Dan telahpun dibayar dengan kekecewaan! Tak perlu malu untuk mengaku kita pernah melakukan kesilapan ini.

YANG PENTING, setiap kali kita sedar kita sudah melakukan kesilapan itu, kita cuba yang terbaik untuk mengelak dari melakukannya sekali lagi. Honestly, kadang-kadang kita elak-elak, terbuat juga sekali lagi. Haha… tak apa, belajar dari kesilapan.

Kalau tak buat silap macamana kita nak tahu dan belajar darinya. JADI, JANGAN MENANGISI KESILAPAN LALU. KERANA KESILAPAN ITULAH YANG AKAN MEMBAWA KITA KEPADA KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN NANTI

Sesungguhnya, orang yang selalu buat silap adalah orang yang akan menemui kebahagiaan yang abadi suatu hari nanti, InsyaAllah. Cubalah berusaha untuk menghindarkannya dan menjadi pasangan yang The Best of all!

Good luck.

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
CEO, Singer and Author
of romance and motivational 2 books/12 ebooks
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : 1 Comment