blogimage_01

Kebanyakan lelaki, jika disuruh pilih untuk berkahwin dengan wanita, pastinya memilih yang muda, cantik, dan masih ‘bergetahhh’ lagi. Untuk lelaki-lelaki ini mudah-mudah jatuh cinta, wanita pilihan mestilah yang boleh mengancam jiwanya dan waktu boleh terhenti seketika apabila melihat wanita itu… haha aduuuhhhh :p

  • Ada, bukan tak ada yang menyukai wanita berumur. Namun, kita sendiri boleh lihat teramat jaranglah sangat. Kalau dalam 10 orang lelaki, mungkin 1 atau 2 sahaja yang meminati wanita yang sudah melebihi 30 tahun.
  • Apatah lagi, lelaki yang sudah berumur, untuk menaikkan semangat mereka, sudah pastilah kena dengan wanita yang cun melecun, masih muda dan solid gitu. Lelaki muda? Lagilah sukakan wanita muda.

Tak disangkalkan ada juga lelaki berumur yang suka kepada wanita yang lebih matang kerana penat nak melayan karenah wanita muda.
Persoalannya di sini, jika wanita itu sudah 30 tahun umurnya, masih adakah peluang untuk mereka menikmati sebuah kebahagiaan di dalam perkahwinan? Masih adakah cinta di luar sana yang sanggup diluahkan kepadanya? Apakah 30 tahun itu adalah UMUR TAMAT untuk mencari jodoh?

KISAH JOE : Saya masih ingat masa dulu-dulu, kawan saya nama Joe (kalau kau baca Joe, sorry haha) bercinta dengan wanita yang 10 tahun lebih tua darinya. I’m sure age roughly dalam 38-40 gitu kut. Ke hulu ke hilir, berkepit berdua je deorang ni. Sometimes, kami teman serumah ni tumpang untung laaa…sebab girlfriend Jo suka belanja makan hehe… So, cinta mereka berdua ni boleh dikatakan solid la, cuma kadang-kadang nampak macam Joe berharap pada girlfriend dia bab bayar membayar nihh… I dont think Joe mempergunakan his girlfriend tu, sebab Joe bercinta sakan la jiwangnya haha…

  • Now, adakah Joe bercinta sakan sebab wanita itu KAYA? MATANG? BIJAK MELAYAN? Atau kerana dia benar-benar cinta? Pada mata kasar saya, memang nampak Joe sayang kat this lady. But, WHY dah bertahun bersama tapi dia tak kahwin-kahwin dengannya dan akhirnya putus begitu saja. Apa niat si Joe sebenarnya?…

KISAH MOON : Seorang lagi kawan saya, nickname dia MOON. Kisah si Moon pulak, dia ni memang bangsa romantik dan jeles giler haha (Jangan mare Moon). Moon berkenalan dengan seorang pegawai bank, nickname Cindy, tapi melayu. Cindy umur 30, Moon 23. Cindy lawalah, putih gebu, cunnn…sweet, manja-manja gitu. From the look tak nampak 30, but gempal. Moon ni jenis mamat hensem lah, Razzi pun tinggal belakang haha… ramai la awek nak kat Moon.

Tapi Moon hanya giler kat Cindy. Call setiap masa. Bergayut berjam-jam. Dan asyik nak berjumpa selalu. Semua awek yang syok kat Moon, langsung tak dilayannya. Tapi masalah Moon, dia agak kurang matang sikit dan kuat sangat jelesnya. Ini membuatkan Cindy rimas.
Last sekali, break off.

  • Now, adakah Moon benar-benar cinta pada Cindy. YES! For sure… tapi dia selalu jeles dengan Cindy yang sudah berkerjaya lebih dari Moon, sudah matang, ramai kawan… So, both of them punnn… tak kahwin juga.

Jadi kedua-dua kisah ini, memberi kesimpulan kepada Razzi. PELUANG untuk wanita yang sudah berumur untuk jatuh cinta, bercinta itu sentiasa terbuka kerana pastinya ada lelaki di luar sana yang sanggup menerima wanita yang sudah berumur. Akan tetapi, PELUANG untuk berkahwin?… 50/50 I think.

From what I see, It’s not really about the AGE of 30!… not so much, it’s more about TRUST!, KEJUJURAN dan NIAT sebenar. Apakah niat sebenar?, itu yang jadi susah.

Kalau lelaki biasa, minat kepada wanita muda biasa dan mahu bercinta dan mendirikan rumahtangga, niat dia jelaslah sebab dia SYOKKK la tu. Tetapi jika wanita sudah berumur 30 tahun atau lebih macamana agaknya niat lelaki-lelaki ini?

Jujur Razzi cakap, saya lebih suka wanita matang. Budak-budak muda ni saya pula naik rimas dengan gelagat dan cara mereka haha… girls in 30’s, I like haha…but if 40’s tak dah la 😛

  • So, rumusannya di sini. JANGAN GIVE UP! Look at this way, bukankah gadis-gadis muda pun tetap melalui masalah lelaki yang tidak pasang niat yang jujur juga kan? So, tak kiralah muda ke tua ke, kalau sama-sama suka, tak ada hal punya 😉

You can be in 30’s, tapi kalau suka bersenam, body jaga cantik, pemakanan jaga, vitamin cukup, solat tak tinggal, InsyaAllah ramai lelaki naik semangat nak bercinta dan berkahwin dengan anda. Ramai juga ibu-ibu tunggal or, yang pernah berkahwin tapi tak ada anak, bertemu jodoh selepas umur 30an dan hidup bahagia di dalam rumahtangga yang aman damai. So, No worries!

30’s la poweerrr 😀 …Don’t give up, teruskan berusaha and keep the dreams ALIVE!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
CEO, Singer and Author
of romance and motivational 2 books/12 ebooks
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : No Comments