Kisah Cinta


Dah lama tak cerita kat you all kisah-kisah cinta saya masa dulu-dulu… Semalam banyak pula soalan yang diajukan kepada saya di blog dan facebook, soalannya pula lebih kurang sama, … “MENGAPA SAYA DITINGGALKAN BRO?”

…ini membuatkan saya teringat kisah lama ni, sewaktu saya pernah diperdaya oleh bekas kekasih saya dulu. Kisahnya… ex girlfriend saya ni dulu telah pergi bercuti ke London melawat adik lelakinya.

So, setelah about seminggu gitu kita duk berhubung walau jauh… ada la juga bergaduh sikit-sikit biasa la kan, darah muda bergelora gitu kan, hingga the last message dari dia tu cakap dia nak saya datang ke London kalau betul-betul sayangkan dia. Wo, berat jugak tu…tiket ke London, dah berapa. perbelanjaan di London is very high, x7 duit kita at that time. kalau rm700 duit kita, duit pound sterling baru 100. (more…)



Apa komen anda? : [9] Comments



Di rumah Allah ini aku termanggu, terpana pilu… terjenguk-jenguk mencari-cari… dan dari hujung penjuru dinding putih ini aku mengintai-intai dia… – Namun singgahnya seorang lelaki kacukan di diijab kabulkan imam muda yang menjadi tarikan utama iris ini…

Alhamdulillah, dengan hanya sekali nafas, dara menjadi milik teruna secara sah, halal…dan dengan sekali nafas itu juga, seluruh hasrat cinta ini terkambus, terkubur… Harapan yang masih bagai terjulang tinggi, bersemi, bersalut jiwa…hancur luluh…berderai…

Titisan air mata gembira kelihatan jelas di kesemua wajah ahli keluarganya… Mata ku juga turut berkolam, berkaca, bersinar…pabila aku dapat melihatnya di dalam kebaya serba putih…tertunduk  gembira…aku?…ya, aku juga gembira…gembira bercampur duka.

  • Gembira kerana akhirnya kawan wanita ku berkahwin juga dengan kekasihnya, duka kerana terpaksa melepaskan dia dari alam impian cinta kami, yang sekian lama menjadi rahsia antara aku dan dia, terpendam dalam sedalam lautan yang tiada hujungnya…

Teringat lagi dulu…

Kami bagai empat sekawan, selalu saja go for ‘double date’ …best! Memang best… dia bersama boyfriend dia, lelaki yang dikahwininya itu dan aku bersama so called, ‘Kekasih’ aku yang mana, ehhh…hanya ku anggap kawan. Mungkin kerana dia cute, kecil, comel ‘lote’ – well, ok la tapi bukan taste aku…tetapi bagi dia, aku yang besar macam beruang ni citarasa dia pulak hahaha… 😆

Well…nun jauh dilubuk jiwa, mungkin ada sedikit kenakalan aku dimana, yang sebenarnya aku bersama gadis kami panggil ‘si kecil’ molek ini, adalah kerana niat aku untuk rapat dengan kawan dia, Wina… ya, itulah namanya. Cukup unik dan memberangsangkan! Wina’s WIN! Hehehe…kena dengan perinsip aku being a positive thinker…

Akan tetapi, Wina pula yang menganggap aku… hanya kawan baiknya…all because dia dah jatuh hati kat mamat kacukan cina ni pulak…kawan-kawan dia orang gak laa eeeeee!!  – Anyway, setelah beberapa kali kami keluar double date…aku dengan berat hatinya, telah berterus-terang pada Si kecil…yang aku sebenarnya amat terpikat pada kawannya Wina…

Ingatkan aku dah nak kena sembur, tetapi rupa-rupanya dia pun dah lama dah dapat merasa dan mengagak. Alhamdulillah, dia telah membantu aku untuk rapat dengan Wina…

Kian hari kian rapat…persahabatan kami sungguh mesra, tetapi dia selalu saja ingatkan aku yang dia dan mamat mix cina hensem sudah couple. Ahhh… satu-satu ayat dari mulut dia yang aku teramat bosan untuk mendengarnya…

  • “Walau kita closed…tapi ingat tau, I sudah dimiliki…hati I hanya untuk dia.”
  • Adoi!… “Ya lah!, ya lah!” jawab aku selalu… walhal dalam hati, Tuhan sajalah tahu betapa aku teramat ingin memiliki Wina… aku sayang dia, aku sanggup lakukan apa saja untuk dia. Malah setiap hari, tiada lain dalam kepala aku… Wina…Wina…Wina…

Dan di dalam hati aku pula… aku begitu yakin yang Wina juga sayangkan aku…Aku yakin kami saling cinta, tetapi mungkin kerana Mr Hensem hadir dulu di dalam hidup dia, itu yang membuatkan cinta kami seolah-olah tidak kesampaian di ketika itu…

Masa berlalu, perhubungan Wina mulai melalui saat getir apabila boyfriend dia kantoi dengan awek lain… Ya Allah mujur! Alhamdulillah….peluang aku untuk miliki Wina kini terbuka… well at least that’s what I thought…huh, Mr Hensem terer ayat lah… Wina maafkan dia, dammmned!! Frust beb!…

But one thing for sure that aku dapat tengok sangat perhubungan mereka sudah tidak semesra dulu. Wina berubah menjadi seorang yang teramat curiga, syak wasangka, prasangka buruk of almost everything… mungkin trauma dari kecurangan boyfriend dia…dan mamat  tu pulak, juga turut selalu menyalahkan Wina dalam apa sahaja yang Wina lakukan. Benda-benda remeh temeh pun dia salahkan dan boleh jadi gaduh…

  • Biasalah lelaki dayus macam tu arr, bila dah bersalah… mulai lah nak cari salah orang untuk mengaburi mata dan menutup kesalahan dia… aku tahu sangat lah this old tricks! – Orang yang berjaya adalah orang yang berani mengaku kesalahannya, bukan macam dia nihh…

Itu yang buat aku benci mamat ni… mentang-mentang kaya, ada rupa …huh TAK HENGAT! Dan plus sebab dia dapat Wina la kan sebab tu aku lagi lah benci hahaha 😀

Setelah beberapa lama, perhubungan mereka yang kononnya CINTAN habis tu…terus continue dengan pergaduhan, argument all the time. Actually at that time… aku sudah kira menerima hakikat yang Wina takkan dapat aku miliki dah… pasal, mamat dah kantoi pun dia nak lagi, entah berapa awek dah dia skandal sebelum ni yang tak tertangkap? Sure dah ramai… biasa arr, bawa kereta mewah, ada duit…macho… aku jugak yang duk menunggu si Wina kan…

So, fikir-fikir okay lah kan…accept je lah yang aku dan Wina hanya kawan…tapi, masa ni lah secara rahsia…tanpa pengetahuan kekasihnya…

  • Wina mulai contact aku 3-4am menangis-nangis, aku lah tempat dia meluah perasaan setiap hari… apa sahaja pergaduhan yang berlaku, semua diceritakan kat aku…tahan je la telinga ni. Lama-lama kita makin rapat…
  • Siang-siang kami keluar makan, minum, jalan-jalan cam biasa… dan hampir 3-4 bulan kami asyik duk ym selalu…malam-malam webcam…pastu buat joke, then kami gelak sama-sama, aku biasalah buat lawak bodoh je la hahaha…
  • Cinta kembali bersemi dalam diri aku… yang jelas, cinta aku pada Wina sentiasa ada di dalam diri ini…hanya menanti ianya disemai kembali…Dan kehadiran Wina setiap masa, menghidupkan jiwa ini, mencairkan hati…aku kalah dengan kemanjaan Wina pabila dia mulai teruja membicarakan tentang perasaannya terhadap ku…
  • Kami semakin intim dan bagai dilamun keindahan hidup bercinta…Tetapi Wina juga asyik merendah diri yang kononnya dia tidak setaraf seperti bekas-bekas kekasih aku sebelum ini yang terdiri dari golongan model-model dan juga stewardest….

Ahhh…mungkin dia tidaklah secantik mereka semua tetapi, suaranya yang sangat manja sudah cukup membuaikan jantung aku, kelembutannya mencairkan jiwa ini…longlai, hingga aku terlupa segala-gala yang berlaku di sekeliling ku… Memang benarlah kata ibu ku,

“Lebih baik bersama pasangan yang kurang cantik tetapi menyenangkan hati, daripada yang cantik tetapi menyakitkan jiwa!”

Namun, Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, siap kelabu pekat lagi awan yang berarak!! –

Rupa-rupanya, dalam diam… rahsia perhubungan kami disyaki oleh kekasih Wina. Menyedari aku dan Wina yang semakin mesra, Mr Hensem telah melamar Wina! Cis!… di saat ini jugalah aku nekad untuk tidak mengalah. Aku takkan rebah sebelum berjuang… itulah niat aku! Akan aku pujuk Wina untuk meninggalkan mamat tak guna tu…dan memilih aku!

  • Tetapi, di saat itulah juga sekilas lalu…aku terpandang di wajah Wina bagai bercahaya ceria… lamaran itu menggembirakan hatinya yang penuh duka. Dia memandang aku dengan ekspresi yang berubah-berubah…kemudian memandang kekasihnya pula, seperti sedih dan gembira bercampur gaur…

Sehingga aku tidak sampai hati untuk mengkeduhkan keadaan itu…walau aku tahu perkahwinan itu adalah bukan atas dasar yang betul. Di dalam hati kecil ku berkata,

  • “Don’t get married for the wrong reason Wina!” – tetapi aku tidak sanggup mengatakan kepadanya… sebak dada aku tak terhingga menahan, namun ku biarkannya…
  • Perselisihan faham, pertengkaran, perbalahan, tawar hati, bosan bercinta, takut kehilangan kekasih… bukan sebab untuk berkahwin. Perkahwinan is not the answer, BUKAN penyelesaiannya! Wina tahu itu…tetapi, betapa kecewanya aku apabila itulah juga jalan yang dipilih Wina dan kekasihnya…

Ingin saja aku yang melamarnya atau memberi janji untuk mengahwininya… tetapi apa kan daya… aku masih belum layak untuk bergelar seorang suami yang sejati di kala itu…

Lalu aku terus tercegat di situ… hanya memandang Wina yang sememangnya memilih untuk bergembira,  berlari dan memeluk lelaki yang cukup bertuah itu. Lelaki yang punya segala-gala…dan kini dia juga punyai gadis idaman ku, dia telah miliki apa yang aku miliki hanya buat seketika cuma…sedih….sedih…

Dan hari ini, di sini lah aku berada, di masjid ini…

dengan penuh hiba, aku melepaskan  cinta yang sekian lama aku idam-idamkan.  Wina pun tahu, kedatangan aku adalah untuk menatapnya buat kali terakhir, kerana aku tidak mahu Wina pula yang berduka melihat cinta kami yang tidak kesampaian…

Tak apa lah… ini lah pengorbanan aku, tanda cinta dan hadiah terbesar di hari perkahwinannya dan harijadinya…Sebuah kebahagiaan yang aku berikan kepada gadis yang telah dapat menggoncang dunia ku… – kata akhir dari ku…

“Bersama angin timur, ku rela meninggalkan keindahan kita…moga jiwa mu bergetar rindu selalu… Selamat Tinggal!”

 

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this story at your facebook…

 



Apa komen anda? : [10] Comments


Semalaman aku dijangkiti penyakit, ‘Mind Blocked’ …blank otak! Tak ada idea dan tahu apa yang nak ditulis. Monday morning as usual, rutin aku pulak…posting new article aduuhh…

So, bila aku mulai give up, macam biasalah tempat aku berehat malam-malam buta, tempat aku bercakap sorang-sorang… balkoni aku yang mengadap langit kelam, gelap gunung dalam bayu menyentuh lembut ke pipi aku yang agak kesat tak bercukur.

Alhamdulillah, lepas aku berbual dengan diri aku sendiri dalam sejuk embun pagi…teringat kisah lalu, kisah ‘Matahari ku’

Kisahnya bermula sewaktu aku baru-baru mula bertugas di MAS sebagai Passenger Services Assistant. Uniform pun belum pakai lagi masa ni, cakap orang putih pun berterabur hehe…aku dulu, dapat masuk MAS kira nasib baik jugaklah. Ada kekosongan masa tu, kalau ikutkan bertugas di International Airport, English kena power la kan, tapi aku hehe… Yes, No, OKAY SIR boleh lah! Pastu, harapkan muka aku yang cute, tersengih selalu dan very pleasant ni kut (Haha perasan!)

So sepanjang bertugas di International Airport, hari-hari penumpang yang aku jumpa memang mat salleh saja lah! Jadi for sure aku ni asyik kena kutuk kat senior je lah sebab cakap english hancur, guna English Rojak dan pasar… koyak habis, kena gelak je lah…tapi mungkin sebab selalu kena kutuk itu jugaklah aku sekarang terer cakap orang putih hahaha…

Anyway, at the end of the seasons aku dapat la cuti 2-3 hari. Melompatlah aku nak balik kampung, naik kapal terbang free pulak tu hahaha… jakun tak terkira, tapi buat selamba je. So, baliklah aku ke Kota Bharu…

Dalam flight…apa yang aku bayangkan mestilah semua penumpang tu orang Kelantan. Faham-faham je lah, semua orang ‘speaking Italy’ belako dohh hahaha, tapi ada satu girl ni yang duduk 2 baris belakang aku menjadi tarikan aku sepanjang penerbangan 1 jam tu…

Aku pulak sekejap-sekejap tengok belakang, usha dia la apa lagi…lama-lama dia perasan aku duk tengok je kat dia hahaha malu!!… tapi best part, dia senyum! Perrghhh…bestnyerrr!

Bagi mata aku dia cun habis, satu girl yang belum pernah aku jumpa sebelum ni. Aku tahu korang mesti cakap Bro Razzi ni asal kenal girl je mesti yang cantik, cun melecun je…TAPI, serius! Memang cun giler…dan ada sebab aku cakap dia paling cantik pernah aku jumpa! Nanti aku cerita…

So, akhirnya flight landing di Kota Bharu airport. Parked, tangga masuk, pintu buka…tibalah masa untuk penumpang keluar…bising habis semua orang mulai bangun beratur…hehe, aku for sure tunggu dia jalan dulu sampai penumpang lain bengkak dengan aku…tapi, belum sempat dia berjalan keluar tiba-tiba ada pulak makcik kat depan tu tak dapat nak keluarkan beg, dah sangkut!

Kerana aku dah curious sangat about this girl, dah tak tahan nak menegur dia…so dalam ramai-ramai penumpang yang ada diantara kami berdua tu, yang beratur nak keluar, aku pun tegur dia…

  • “Are you muslim?” sambil tersengih macam kerang busuk, itu yang aku tanya??! Hahaha nervous giler. Tapi dia tak jawab, dia hanya tersenyum… penumpang-penumpang habis tengok kat aku, malu!!! hahaha…

…yaa, mesti korang tanya pasal apa aku mulakan dengan soalan sebegitu! Okay, let me tell you how she look like…dan yang buat aku tertanya-tanya adalah kerana, dia GADIS BERTUDUNG, tapi ORANG PUTIH!

Mek salleh betul punya tak ada muka celup melayu langsung…itu yang cun habis! Boleh bayangkan tak? New Zealander, muka macam Liv Tyler yang jadi Puteri Elf dalam Lord of the rings…perrghh cun! Pastu, memakai tudung orang melayu kita, dan take a flight to Kota Bharu…biar betul! Camana aku tak curious habis…

Forget about the people around us, akhirnya kami get to be together dan hang out a little bit semasa ambil bag di arrival hall. Yang aku ni, dengan berterabur cakap orang putih…ada hati nak ngayat ni…

  • “Where go? I go home Kota Bharu” hahahaha…well, memang auk habis lah bila aku ingat balik english aku dulu. But the best part dia faham pulak my english tu.

So, tahu lah aku serba sedikit tentang diri dia… nama dia Suria, dan rupa-rupanya dia mempunyai keluarga di Kota Bharu belah bapa dia. Mak dan bapa dia dah bercerai lama dah, Suria tinggal dengan bapa dia di KL, dan mak dia pula balik ke New Zealand.

Basically, di ketika itu, to me she’s almost perfect…just like a wife to be. Masa keluar dari arrival hall pulak, kakak sulung aku yang datang pun sempat berjumpa dengan dia dan, kakak aku pulak terus suka kat dia. THAT’S ENOUGH laaa to me.. fuhhh, fikir aku, “Ya ALLAH!, AT LAST…I’VE FOUND WHAT I’M LOOKING FOR! …SURIA, MATAHARI KU!”

Then almost everyday kami bergayut je la kerja hehe…oleh sebab nama dia Suria, selalulah aku gelarkan dia Matahari hehe…hinggalah balik KL, kami masih terus bergayut telefon…ya, ya, mesti lah dia je yang banyak bercakap, aku dengar je la… aku? “yes, yes, yaa, I like!” …hahaha nak cakap lebih-lebih tak reti!

Then, kami mulai dating… selalu pergi One Utama, makan-makan, pergi Sunway Piramid main Ice Skating… dia la main, aku mana pandai! Hahaha…pastu kami selalu sangat tengok movie. Kalau tengok movie sure dia angkat both kaki dia kat kerusi, duduk bersila hehe…

One thing about her though, dia memang cun, sweet…kulit putih merah…TAPI, sense of style memang tak ada langsung…fashion dia memang out la!… cam gypsy je pakaian dia. Macam NOMAD traveller tepi jalan yang selalu tahan-tahan kereta tu kan, haaa seluar besar tu hehehe…tapi aku tak kisah semua tu la, aku sangat-sangat enjoy setiap kali dengan dia. Suka tengok karektor dia… ye lah mana pernah aku keluar dengan minah salleh, bertudung pulak tu beb! Bangga giler arrr…kalau gi mana-mana sure mamat-mamat tengok, usha semancam arr…

Hari makin hari kami become closer, boleh consider as a couple la walau kami tak declare tapi dah bagai belangkas je, semua tempat pergi bersama, semua benda buat bersama, cuma satu tempat je aku tak pernah bawa dia, karaoke!

Terasa sangat nak bawa dia, nak juga tunjuk skill aku menyanyi hehe…also nak kenalkan kat kawan-kawan aku, tapi since that dia bertudung, so segan gak la nak tanya. Tambah all my friends tak bertudung laks oops hehe…

  • Namun, tidak aku sangka, keinginan aku untuk membawa dia ke karaoke…telah mengubah segala-galanya!

Sesuatu yang tidak mungkin sesiapa pun dapat menduga apa yang bakal terjadi seterusnya. Aku sendiri pun tak nampak perkara ni…I didn’t see it coming at all babe!

Apabila aku mengajak saja dia untuk ke Karaoke malam nanti, terus saja dia bersetuju… aik? aku pelik, tapi gembira. Wondering jugak…hmm, maybe dia jenis open dan tak kisah sangat…

So, malam tu macam biasa aku datang ambil dia di rumah bapa dia kat Bangsar. BUT…terkejut giler aku apabila satu girl yang tak bertudung keluar, dan tak silap lagi it is Suria! Pergghhh…lawa giler siut! Cuma…satu persoalan berat yang terus bermain-main di benak aku sepanjang perjalanan ke pusat karaoke tu…aduuhhh, why?! Why?!

Tak bertudung satu hal…tetapi mengapa dia memakai RAMBUT PALSU?!

Sampai di Kelab Karaoke, aku dan Suria terus bertemu dengan kawan-kawan aku yang dah lama nak kenal girlfriend aku ni. Memang bangga sangat la sebab semua puji-puji. Dapat pujian dari girls terhadap another girl is really a big thing la kan…

So, malam tu sempat la aku menyanyi 2-3 lagu untuk dia. Dan aku semakin hairan, kerana dia semakin manja dengan aku, setiap kali habis aku menyanyi terus saja kami berpegangan, romantik habis….aduuuhhh…pelik betul malam tu!

Jauh di sudut hati aku…aku agak kebingungan, mungkin dia suka-suka saja kut memakai rambut palsu, dan mungkin juga sebab dah lama dating, it’s time for her to be very closed romantically dengan aku kut…well aku terus kebingungan dan tertanya-tanya sepanjang malam…

The night was over, without we realising it…best sangat! Dapat lepak dengan all my friends together dengan girlfriend aku…I was very-very happy! Suria juga turut kelihatan sangat gembira dan begitu menyayangi aku…

Dalam kami berjalan ke kereta untuk pulang, sekali lagi Suria manja dengan aku dan mahu aku memeluknya. Ahhh…aku memang sayang sangat kat Suria…kami berpelukan sambil berjalan ke kereta… memang amazing feelings la, tetapi…

Kegembiraan aku, bakal hilang! Tiba-tiba saja Suria berkata,

  • “Razzi, I love you…but I’ve to go…tonite is our last night together!”
  • “???!” aku blur giler, out of a sudden…
  • “Razzi the truth is…you don’t love the real me. I’m not the girl that you want to be with!”
  • “What are you talking about?! I don’t understand!”
  • “Razzi, I’m not muslim! My father is…even my mother still pray to Allah, but not me Razzi.”
  • “WHAT? Why not?!” Aku bingung…habis tu? Selama ni dia pakai tudung? Aku merayu-rayu sepanjang malam meminta dia menjelaskan apakah perkara yang sebenarnya berlaku. Apakah perkara yang mengubah dirinya?

Namun Suria refused to tell me all the truth. Yang dia minta adalah perpisahan, kerana katanya dia mahu pulang ke New Zealand dan tidak akan kembali lagi. Berpusing dunia aku malam tu…sebak dada tak terhingga…dalam kegembiraan yang amat menyentuh kalbu, penuh kasih sayang…tiba-tiba yang aku nampak adalah satu cinta suci yang bakal hilang dari hidup aku… apa ni??.. apakah salah aku? Apa yang telah aku lakukan?

Suria terus berdiam diri…dan diam nya membawa berhari-hari lamanya. Setiap hari, aku hanya dapat berdoa kepada Tuhan agar menjodohkan aku dengan Suria yang amat aku sayangi… jika dia bukan Islam, aku boleh mengislamkan dia… tetapi janganlah biarkan aku tanpa sebarang penjelasan, Uuuhh…peritnya hidup, tanpa mengetahui sebarang sebab…

  • “apakah sebenarnya yang berlaku ya Allah?”

Kesedihan aku, mendorong aku untuk bertemu dengannya buat kali terakhir. Walau telah berkali-kali dia mengatakan yang dia sudah tidak mahu berjumpa lagi dengan aku…aku memaksa diri untuk ke rumah dia, sebelum dia pulang ke New Zealand esok hari.

Sampai di rumahnya, kebetulan bapanya tiada dirumah, dan bibik yang sudah lama mengenali aku telah membuka pintu…dalam sedih, aku terasa happy sangat kerana akhirnya aku dapat bertemu Matahari ku yang telah lama tidak menyinarkan hidup aku…

NAMUN satu kejutan yang teramat sangat telah menghenyak otak aku yang telah berpusing laju ini! Sebak dada aku tak terkira, tak tahu aku nak gambarkan bagaimana lagi…

  • “SURIA?!!” itu saja yang dapat aku ucapkan…
  • “NOOO!!! Razzi?!” jerit Suria yang juga turut terkejut melihat aku yang sedang memandang ke arahnya… “No Razzi…don’t look at me like this!!!”

Aku hanya tercengang melihat Suria…tergamam memandang kepada Suria yang hanya… mempunyai seurat dua rambut di kepalanya yang hampir BOTAK!

  • “Ya Allah…Su, what happen?!”

Suria berlari masuk ke dalam biliknya dan keluar setelah memakai tudung…Mukanya kemerahan, jelas sekali dia cukup marah dengan kedatangan aku. Aku pula terus-terusan bertanya tentang rambutnya yang habis gugur sehingga kepalanya hampir botak. Namun, Suria langsung tidak mahu memberitahu aku, apa yang telah terjadi mau pun apakah penyakitnya…

Dia hanya mahu aku keluar dan tidak berjumpa dengannya lagi…aku pula sengaja tak mahu faham. Asyik berkeras ingin tahu, apa kesudahannya…fikir aku, jika dia sakit, ingin aku bersamanya merawat dan menyembuhkan penyakitnya. I want to be with her every step of the way…Namun, Suria tetap berkeras yang dia tidak mahu aku ada lagi dalam hidupnya…dan the last words from her is,

  • “I’m dying! I’m dying okay! …now just GO!”

Kami sama-sama menitiskan air mata…menangis-nangis teresak-esak… jelas sangat kami masih cinta, masih sayang… tapi Suria sangat berkeras untuk berpisah dan tidak mahu aku berjumpa dan melihat dia lagi.

Akhirnya aku mengalah…mengalah kerana telah berkali-kali dihalau keluar. Aku pulang dengan perasaan yang tersangat hampa. Sungguh aku tidak menyangka kisah cinta aku berakhir sebegini rupa. BUKAN kerana orang ke tiga, bukan kerana tidak cinta tetapi hanya kerana Suria tidak mahu aku melihat dia dalam keadaan nazak…tidak mahu aku berkongsi penyeksaan hidupnya… Ya Allah, mulia sungguh insan bernama Suria ini…

Setelah Suria pulang ke New Zealand, aku ada juga contact bibik bertanya khabar tentangnya, tertanya-tanya juga jika ajalnya sudah hampir… tetapi jawapannya hampa… sehampa harapan aku untuk terus bersama Matahari ku yang menyuluh dan menyinarkan hidup aku selama ini…

Sehingga kini, sudah sekian lama, di saat ini pun aku masih tidak tahu tentang Suria entah masih hidup atau sudah lama meninggal dunia. Namun, kesedihan itu sudah lama berlalu…kering…

Sekarang aku sudah melihat dari sudut perspektif yang berbeza… Now, to me… apa yang Suria lakukan adalah satu kekuatan dan ketabahan bagi seorang wanita yang mana dia hanya mahu aku mengingati dia hanya yang terbaik darinya sahaja, dia mahu aku mengenang hanya kenangan manis kita bersama, dia tidak mahu aku mengingati sangat sedih…jauh sekali saat kematiannya…bagi aku, tindakan Suria tersangat mulia, walaupun dia bukan seorang Islam.

Itulah legacy atau peninggalan Matahari ku untuk aku dan untuk kita semua jadikan ia satu pedoman …kadang-kadang aku bagai mendengar Suria bercakap melayu, membisik ke telinga ku… 

  • “Razzi, biarlah Su menderita, asalkan Su dapat buat Razzi merasa secebis bahagia dari Su…moga Razzi kenangi saat-saat indah kita bersama, itu pun sudah memadai buat Su…”

Tinggal lah semangat mu bersama ku Suria… ketabahan mu telah memberi kekuatan kepada ku hingga ke hari ini. Aku amat bersyukur dapat bersama mu walau hanya buat seketika waktu… I love you, Matahari ku!…

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-



Apa komen anda? : [3] Comments



~ Coretan secebis kisah lama yang benar-benar telah dilalui oleh bro Razzi Rahman…semuga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua ~

Razzi RahmanSewaktu aku masih menjadi penyanyi dulu, populariti lagu-lagu nyanyian ku seperti Syakila dan Rembulan Kesiangan begitu mendapat tempat di hati peminat. Sehinggakan lagu Syakila, terpilih memasuki final Juara Lagu TV3 dan Rembulan Kesiangan pula berada di no 1 pada setiap carta-carta Radio hampir 10 bulan termasuk di Brunei dan Singapura.

Namun, dulu dan sekarang…aku tidak pernah berubah. Aku tetap adalah seorang yang jenis santai dan sederhana sahaja. Cuma dulu lagi kurus lah hehehe…

Mungkin juga kerana aku begitu popular, seorang model yang sangat cantik serta manis, tinggi dan cerah kulitnya telah terpikat kepadaku dan telah menjadi kekasihku yang sangat setia. Namun, satu kejadian pelik telah mengubah cara hidup dan perhubungan kami.

Dia yang teramat ku sayangi tiba-tiba telah menghilangkan diri!! Tanpa sebarang nota, tanpa mesej, no calls, tanpa sebarang alasan dan tanpa memberitahu aku apa pun kalau-kalau dia mahu berpisah…dia hanya terus hilang!. Aku masih ingat…

  • “Abang…kalau abang nak pergi mana-mana cakap kita tau…jangan pergi senyap-senyap aje, nanti kita risau tau…” Dengan penuh manja, dia berpesan kepadaku dulu. Kini?…apa yang telah berlaku?!

Aku kebingungan, kemanakah dia?! Adakah dia dilanda mala-petaka apa-apa? Kemalangan? Semua orang tidak dapat aku hubungi…phone tak terjawab, lalu aku ke  rumahnya, tidak ada siapa-siapa. Pelik?! Kemana semua orang pergi? Kemana dia pergi??

Berhari-hari hilang, dan belum sempat aku membuat laporan polis, aku histeria! Aku kepeningan dan hampir-hampir pitam kerana begitu panik memikirkan kekasih yang tersangat aku sayangi, HILANG!

Beberapa hari kemudiannya, entah apa yang telah terjadi padaku ketika itu, yang aku ingat, aku meracau, menangis, menjerit dan meraung-raung di rumah. Aku macam sedar di dalam tetapi, luaran aku tidak dapat kawal. Seolah-olah aku sedang berada di dalam tubuh orang lain. Sehinggakan Ibuku terpaksa memanggil doktor datang, bomoh pun datang untuk ubatkan aku. Akhirnya aku pengsan…

Aku tidak mahu jadikan ini sebagai alasan utama aku berhenti menyanyi dulu tetapi sedikit sebanyak, kerana dialah hampir hancur seluruh kehidupanku…

Berminggu-minggu kemudian aku terlantar di katil, seperti berkabung, bersedih dan menitiskan air mata kecewa! …Uurgh…sedih…sedih…di waktu aku begitu memerlukan dia, di saat aku sangat sayang padanya, mencintainya sepenuh hati…dia pergi…pergi hilang entah kemana…

Setelah berbulan lamanya, fikiran aku sedikit tenang dari biasa dan apabila terpandang di cermin mukaku yang cengkung dan sudah berjambang, aku mulai sedar yang aku sudah lama tidak menjalani kehidupan yang normal.

Tetapi hari itu, satu lagi berita buruk telah aku terima… Sebenarnya selama ini dia tidak hilang, tetapi dia tidak dibenarkan oleh keluarganya dari bertemu aku lagi!

Ini semuanya adalah kerana dia telah pun dijodohkan dengan lelaki pilihan ibunya! Ahhh!!!…hancur luluh hatiku ini apabila aku hampir pulih dari tekanan mental, berita sebegini pula yang aku terima, Aduuuhhhh…

TETAPI…satu kejadian yang “MIRACLE” berlaku kepadaku pada malam hari berikutnya. Di dalam sedar dan tidak sedar aku telah terdengar satu suara berbisik kepadaku, “MAAFKAN DIA…MAAFKAN DIA…” Entah macamana, tiba-tiba semangat aku pulih! Aku mesti pergi berjumpanya, aku mesti mendapatkan penjelasan, aku mesti tahu adakah dia benar-benar ingin berpisah dengan aku??! tinggalkan aku dan mengahwini lelaki pilihan ibunya?

Keesokan harinya, aku bangun dan terus mandi hot shower. Misai dan jambang yang panjang ku cukur habis, aku bersiap! Dengan memakai pakaian kemas, aku melangkah turun dan menuju ke luar rumah. Ibu yang sedang menonton tv, tiba-tiba terkejut sakan dengan perlakuanku lantas terus bertanya, “Nak kemana tu??!”

“Ke rumah Tasya!” jawabku tegas. Ibu tercengang tak terkata.

Tetapi, belum sempat aku pergi…tiba-tiba Tasya muncul dan tercegat di pintu luar rumahku. Ya Allah!…terus saja aku menjadi lemah, cinta yang masih membara di dalam diri ini membuatkan aku terasa teramat sayang padanya di saat itu.  Berbisik hati aku..’Oh Tasya…aku amat rindu padamu’. Perasaan rindu yang teramat sangat membuatkan aku terus meluru untuk memeluknya, Namun…Tasya mengelak!

  • “Tasya??!” aku kebingungan…
  • “Maafkan I, Razzi… Please, lupakan I, I dah tak ada apa-apa
    perasaan lagi pada you, Razzi. Forget about me!”

Suara Tasya yang mendatar, membingungkan aku terus… aku tidak biasa dengan caranya yang seperti langsung tidak berperasaan.

  • “Tasya!, so Tasya datang selepas sekian lama ini untuk apa?? Bukankah sebab Tasya masih sayangkan abang?…”
  • “Sorry Razzi…I datang kerana ibu you yang suruh!”
  • “What??!…why?!”
  • “Sebelum I…err..err..”
  • “Sebelum? Sebelum apa Tasya?!”
  • “Sebelum I kahwin besok…”
  • “WHAT??!!!”

Tasha terus meninggalkan aku di situ. Sekali lagi aku dilanda tekanan mental yang maha dahsyat! Aku terduduk, terpaku dan terpinga-pinga memikirkan apa yang telah berlaku. Semuanya begitu cepat dan amat membingungkan aku. Suara dari sebuah cerita yang sedang ditonton oleh ibuku terngiang-ngiang di telinga, menyakitkan benakku, persoalan demi persoalan menyucuk-nyucuk otak aku yang semakin berdenyut-denyut terasa.

Ohh…sanggup Tasya buat aku macam ni??…sanggup dia seksa batin aku selama ini, kemudian hancurkan harapan dan hati aku?!!  Sanggup dia…Ya Allah, bantulah insan mu yang tersangat lemah ini,

Tiba-tiba…

“Maafkan dia…maafkan dia…”

Aku tercengang! “Dari mana datangnya suara itu yang telah ku dengar semalam?” Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri ibu yang memandang pada ku tepat dengan wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Matanya kelihatan bersinar, berair. Sekali lagi suara yang sama menarik perhatian ku…rupa-rupanya, suara itu adalah dari sebuah filem Indonesia di TV…

Aku terus menonton filem indon tu sampai habis…ceritanya sangat menyentuh hati dan kisahnya hampir-hampir sama dengan ku. Bagaimana seorang jejaka yang ditinggalkan kekasihnya yang telah berlaku curang padanya. Lantaran terlalu emotional dan tidak tahu cara untuk melupakan kekasihnya, dia mengalami tekanan mental. Pada malamnya, seorang bidadari telah datang kepadanya dan berbisik, “Maafkan dia…maafkan dia…” Esoknya dia mengambil keputusan untuk memaafkan kecurangan kekasihnya itu walau pun batinnya terseksa dan hatinya terkecewa, teraniaya. Jiwanya parah, tetapi dia masih maafkan gadis itu yang telah pergi meninggalkannya.

Aku ternganga sepanjang cerita itu. Apa yang sebenarnya telah berlaku?? Sungguh ajaib fikirku, namun…aku mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Lalu, setiap hari berikutnya, aku fikirkan Tasya, aku maafkan dia, hari demi hari …aku maafkan dia.  Ya…aku kecewa, aku terseksa dan merana…tetapi, aku maafkan dia! Aku maafkan segala-galanya…

Amazingly, lama-kelamaan aku menjadi lebih sihat dari biasa. Perasaan cinta aku terhadap Tasha semakin hilang. Walaupun aku tidak dapat melupakan Tasha tetapi jiwa aku cukup tenang! Rupa-rupanya, apabila cinta, kasih dan sayang sudah hilang…walau aku masih mengingati Tasha dan mendengar kisahnya yang bahagia dengan perkahwinannya, ianya langsung tidak menyedihkan aku.

Kini, setelah bertahun-tahun kami tidak berjumpa dan aku pun sudah bergelar usahawan, penyanyi dan penulis popular, akhirnya aku kembali mendengar berita dia yang sudah mempunyai seorang cahaya mata. Aku tumpang gembira pula untuknya, hehehe…

Namun sekali lagi, Tasya muncul tiba-tiba di depan kedaiku. Dia kelihatan pucat dengan sekeliling matanya yang agak kehitaman dan bengkak, jelas sekali kesan menangis dan tidak cukup tidur. Aku sedih!…bukan sedih kerana teringat kisah cinta kami…tetapi sedih kerana Tasya rupa-rupanya sudah pun bercerai.

Hari-hari berikutnya pula, Tasya masih datang dan sedikit-sebanyak mempamerkan minatnya kepadaku kembali, tetapi aku langsung tidak berminat kerana aku sudah maafkan dia dulu, dan cinta, kasih serta sayang sudah lama hilang. Dalam hatiku juga, tiada dendam.

Bersama anak perempuannya, 7 years old yang sungguh comel, Tasya seperti terdesak merapatiku, sehingga menceritakan kisah sebenar mengapa dia bercerai. Rupa-rupanya dia selalu disepak terajang oleh bekas suaminya itu hingga turun naik mahkamah untuk bercerai!

Aduuuhhh…apakah ini balasan Tuhan? Setelah apa yang dibuatnya kepadaku? Apakah ini hikmah dari aku memaafkan dirinya? I guess “God work’s in a very mysterious way”

…kita tidak akan tahu, apa rancangan Tuhan terhadap kita. Aku harap segala kejadian bukan sebab aku, bukan sebab doa aku yang memaafkan segala penyeksaan dia terhadap aku, dan aku amat berharap dia dapat meneruskan hidupnya dengan tenang kerana aku telah lama, “Maafkan dia…”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-



Apa komen anda? : [56] Comments



“I rela jadi isteri ke 4 pun…jika lelaki itu seorang Ustaz!”

Lebih 10  tahun kata-kata Nor itu, masih segar dalam ingatan ku. Why? Well, keunikan seorang wanita bernama Nor Azlin, yang membuatkan aku agak amazed dengan pendiriannya dalam percintaan, kerana… Cintanya hanya kepada seorang Ulamak atau lelaki yang menyebar agama Islam, atau paling kurang pun seorang ustaz…Lelaki macam aku ni, hmm…tak berpeluang lahhh… 😀

Aku dulu-dulu pulak, ada satu fasa dlm hidup aku ni dimana aku jadi minat kat girl yg bertudung dan berjubah seperti Doc Nor ni…well itulah panggilan yang aku selalu panggil dia.

Nor adalah seorang pelajar lepasan dari United Kindom di dalam jurusan kedoktoran. Pulang dia ke tanah air setelah sekian lama menuntut ilmu sepatutnya adalah ntuk berkecimpung di dalam bidang perawatan. Maybe working in a hospital or open up her own clinic. Well, at least that’s what her mother and her beloved father thought. And definitely the whole family wanted.

Instead, pulang Nor ke Kota Bharu, bukan untuk menjadi Doktor, tetapi pulang untuk mencari seorang suami yang tinggi ilmu keagamaannya!

Well, in a way it is good la kan. Dapat suami yang kuat pegangan agama Islamnya tu, namun caranya yang mahu meninggalkan sepenuhnya segala yang dipelajarinya tu, telah cukup mengecewakan ibu dan bapanya… So, hadirnya aku…yang selalu memberi semangat untuk melihat dia berjaya sebagai seorang Doctor Phd, memberi sedikit sinar kepada keluarganya…

  • Cuma, Doc Nor ni tidak lah lawa, muka dia pun berjerawat penuh both pipi dan dahi, tapi manis tu ada laaa 😛 namun tidak seperti gadis-gadis yang biasa jadi girlfriend aku…tapi entah lah macamana aku nak sangat kat Doc Nor, hinggakan kalau dia nak kahwin dengan aku masa tu pun…sure aku kahwin punya hehe
  • Tapi…. Dengan tak lawanya, dengan jerawatnya, dengan tudung labuhnya, jubahnya tu… Dia boleh tak nak terima cinta aku, adoi! Hahaha…I was rejected babe!

Semuanya kerana rasa cintanya, dan suami impiannya hanyalah seseorang yang punya ilmu agama islam yang tinggi, paling kurang guru agama, or ustaz…

==========================
AKU INGAT LAGI 1st TIME DATE
==========================

Nak tahu mana kami date? Huhu…dia ajak aku pergi dengar ceramah agama oleh Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz. Wahhh!!…

Not my first time to go. I’ve been to many ceramah agama by Tok Guru Nik Aziz, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Din dan sebagainya. BUT to go with a girl that I’m interested with, that’s the first!

So, okaylah aku layankan je…so we went to the ceramah place…kebetulan, masa tu Tok Guru pun baru sampai…and you know what the funny part, kami bersama-sama kebetulan berada di antara arah stage dengan arah Tok Guru berjalan ke stage, so kami dapat melihat beliau dengan dekat…dan masa ni aku dapat melihat muka Doc Nor yang berseri-seri, tersengih-sengih macam tengah tengok Faizal Tahir merapati dia atau Annuar Zain tersenyum kat dia!! Hahaha 😆

  • Then dalam masa tu dia sempat berkata, “Alangkah bahagianya jika I dapat kahwin dengan dia!”
  • “Whaaaaat??!…” Aku kebingungan sepanjang ceramah malam itu.
  • I said to her later on “Tok guru tu kan dah tua, dah ada isteri lagi… Why you sanggup jadi isteri dia?”
  • Jawab Doc Nor kat aku, “I ni Razzi, I nak masuk syurga…nak dipayungkan dengan payung emas di akhirat nanti, dikurniakan pahala dan darjah kebesaran sebagai isteri kepada penyebar ilmu dan pejuang agama Islam!”
  • “Ooookay…” then terdiam terus aku malam tu.

After that night, I know for sure that she’s not playing. She do really want to marry seorang ustaz atau pendakwah agama! Lagi banyak perbualan kami, lagi banyak kami bergayut kat phone, tak ada benda lain yang diperbualkan oleh Doc Nor…hanya duduk angau kat Tok Guru Nik Aziz.

Lama-kelamaan perasaan aku yang ingin jadikan dia girlfriend aku, pudar. Well, maybe sebab aku mulai realised that aku memang tidak minat kepada ketrampilannya,  malah caranya juga sudah mulai membosankan aku. Selama ini, mungkin sebab aku kesunyian agaknya…

Somehow, setelah keluarganya makin berduka…ibunya menangis siang dan malam mengenangkan anaknya yang langsung tidak meghiraukan keluarga, aku terfikir untuk give it a last try. Tapi bukan untuk memenangi cintanya tetapi, at least menyedarkan dia yang dia boleh mencari a right person for her.

  • Finally, she listen to me…nasib baik! So, dia mulai sedar…since then, dia sudah tidak crazy for Tok Guru anymore, but instead dia dah jatuh cinta pada seorang penceramah di masjid-masjid pulak dahhh… giler kat Ustaz Ali pulak.

Kebetulan Ustaz Ali ni sudah mempunyai 2 orang isteri. So, tambah suka dia….berduka lah lagi ibu dan bapanya apabila mengetahui yang dia sanggup menjadi isteri ke 3.

At this time, aku dah tak kisah dah dengan dia yang nak rampas kasih dan sayang wanita lain dari suaminya mereka. Aku dah tak heran dengan perangai dia yang tidak memikirkan hati isteri-isteri itu yang terpaksa berkongsi suami dengan dia pulak…Yang aku kisahkan adalah…masa depan dia. Sebab, ustaz Ali ni tak ada kerja pun. Anak ada 7 orang, isteri ada 2 orang, kerja tak ada, hanya mendapat elaun sebagai penceramah sahaja…you know what she said to me?

  • “I hanya nak dia berikan I nasi 1 bungkus setiap hari pun dah cukup…apa yang penting I dapat menjadi isteri seorang pejuang Islam!”
  • “Bagaimana pula hati isteri-isteri dia nanti? Itu you tak fikir? Betapa you dah hancurkan hati mereka, betapa kecewanya mereka bila seorang wanita lain datang merampas suami mereka?!” tanya aku pula…
  • “Mereka kena terima hakikat dan bersyukur…kerana membenarkan suami kahwin adalah satu pahala besar…”
  • “Ooo…you mean, now you kahwin jadi isteri no 3, you akan beri suami you kahwin lagi sorang la? You akan happy for him and for you dengan kehidupan yang daif?…then tambah isteri sorang lagi? babies lagi nanti?!”
  • “Yes, I am!” jawabnya dengan angkuh.
  • “Habis tu, esok-esok kalau anak-anak dia sakit demam, siapa yang nak biayai rawatan? Kalau isteri yang lain sakit…you yang nak ubati mereka? …at least you nak jadi isteri no 3 sekali pun, janganlah tinggalkan profesion you…be a doctor first!
  • “Ahh…sudahlah you don’t understand, you takkan faham punya!”

The minute she said that, aku dah tahu nothing that can change her mind. In  a way aku kesihan kan dia kerana dia tidak nampak betapa hidup ini perlukan wang untuk menampung kita sewaktu kita susah. Jangan cerita soal kemewahan lah…kita cerita pasal, perbelanjaan yang penting-penting sudah…

Rumah, pakaian, makan, minum, tambang, kena pula sakit, terjadi pula kemalangan, kena pula pembedahan, kena pulak hamil, then lahir, then semua kelengkapan babies? Susu, pampers, lampin, pakaian baby pulak…Semua ini perlukan duit!!

What the hell she meant I dont understand? She who gone stupid dont understand that hidup ini perlukan DUIT! Dan ini bukan untuk hidup mewah langsung ni, ini hanya untuk menampung kehidupan paling normal…

  • Well…itulah dia, belajar tinggi-tinggi, jauh nun di sana, hidup pun tah kemana lagi, berlagak macam dah tahu semua!

Semuanya kerana cinta, well it’s okay nak bercinta dengan siapa pun, ustaz ke, cikgu ke, pendita ke, penceramah ke, whoever lah…tapi, jangan lah sampai memudaratkan diri sendiri dan keluarga. Also, biarlah kena caranya. Ibu dan bapa kita jangan kita abaikan, ilmu yang kita ada jangan pula kita persiakan.

Anyway, lepas pada pertelingkahan itu… Doc Nor telah menghilangkan diri. Last-last sekali, cukup menyedihkan, ibunya telah datang jumpa ibu aku… menceritakan yang anak dia ni telah lari ikut Ustaz Ali. Kemudian, entah macamana belum sempat kahwin, kena serang dek kedua-dua isteri agaknya, sampai report polis, …then, tak jadi kahwin.

  • Dan tujuan mak dia datang jumpa mak aku…nak bertanya kut-kut ada ‘sesiapa’ yang masih mahu memperisterikan anak dia tu. Aku rasalah kalau dah lari ikut ustaz tu, tak munkin ‘sesiapa’ mahu kat anak dia lagi la kut… dengan perangai degil cam tu huh!…

So, the end of the story…I heard, Doc Nor ni telah kembali ke England. Mungkin malu dengan apa yang telah terjadi. Dan yang buat tergelak sendiri aku, di England, dia telah tinggal di Sekolah Pondok Islam England…dan tengah syok kat Ustaz Mat Saleh lah pulaknya… hahaha, Penaung sekolah pondok sana…

hmm… dengan Ustaz orang putih ni aku tak tahu lah, dia jadi kahwin atau tidak. Masa mak dia cerita kat aku tu, dia tengah adjust ustaz tu lah…dan Ustaz ni pun sudah ada isteri…adoi, Doc Nor…never learn!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-



Apa komen anda? : [8] Comments


“Nikmatnya apabila memberi tanpa mengharap balasan”

Bertemu lagi kita kali ini dengan satu lagi kisah benar, kisah cinta Razzi yang telah lama terpendam di jiwa dan akhirnya terselongkar jua. Muga ianya memberi manfaat pada semua…

Aku dan Sarah, sudah terlalu lama bercinta. Apa saja perkataan yang keluar dari mulut aku pasti bersama namanya yang aku puja. Bagi ku, dia lah gadis yang paling cantik pernah aku bersama, she’s mix. Well, memang dia cantik…follow mamanya yang berasal dari Europe.

Boleh dikatakan aku tersangat gila kan dia… gila dengan ketinggiannya, gila dengan kulit putih gebu dan kemerahannya, matanya, hidungnya, gila dengan kejelitaannya, manisnya, manjanya, bibirnya yang lembut… dan yang paling aku gila kan adalah kematangannya! Yes… she’s older than me! Much older…but she take a good care of me…

At that time, aku masih muda lagi… masih tengah jahil, masih mentah, masih melompat siang dan malam. Itu yang buat perhubungan kami very interesting. Walaupun dia sudah agak berumur dan aku masih muda , we love having fun dan kami happy together dan enjoy our relationship to the fullest!

  • Namun, jauh di sudut hatinya…aku tidak pernah menduga apa yang selalu difikirkannya. Yang aku tahu, aku amat cintakannya, terlalu sayangkannya. To me, there are no other girls can compete dengan dia. Memang tidak ada girl lain pun yang aku pandang or even sekadar berkawan. And yes… aku mahu mengahwininya!

TETAPI…satu kejadian yang tidak pernah terfikir oleh aku telah terjadi. Segala-galanya berlaku sewaktu aku bercuti beberapa hari ke kampung dan sekembalinya aku ke Kuala Lumpur, aku masih ingat lagi pagi itu…aku terus saja membuat panggilan kepadanya subuh-subuh pagi…

  • “Razzi, I need to go…”

Aih? Apa hal ni tiba-tiba je…. Aku amat pelik dengan kata-kata itu di talian sewaktu aku bertanya bilakah boleh bertemu. Tidakkah dia rindui aku yang begitu merinduinya, dan tidakkah dia mahu bertemu? Seperti aku yang amat mahu bertemu dengannya?

  • “Maafkan I Razzi, I tak tahu nak explain…” Aku agak terkejut dengan perubahan Sarah… hati aku mulai berdebar-debar, aku kegelisahan… wondering, apa yang telah berlaku ni?! …kami bertingkah lagi dan akhirnya,
  • “I’m not happy…I’m so sorry…I terpaksa fikirkan masa depan I, Razzi…”

…saat itu, nafas aku semakin mendengus kelemasan, sebak di dada tak terkira, kebiruan jiwa… bingung dengan kata – katanya. Nada sendunya mulai kedengaran,

  • “I kena buat pilihan ini, walau sudah bertahun-tahun bersama you.” …itulah kata-kata akhir darinya.

Entah mengapa, aku yang rockish, aku yang brutal dan happy go lucky guy… tiba-tiba menangis, meraung-raung seorang diri. Seolah-olah aku memahami yang sudah tiada peluang lagi untuk aku bersama dia yang aku amat cintai, dan paling sayangi. Lalu tiada jalan lain yang boleh aku fikirkan, hanyalah kepada Tuhan aku memohon…

“Ya Allah, jika benar ini takdir dari mu ya Allah, maka berilah petunjuk untuk aku menanganinya dan berilah kekuatan untuk aku tabah menghadapinya!”

Berkali-kali aku mengucapkannya, antara percaya dengan tidak kejadian yang berlaku, aku berserah kepada yang Esa! Sehinggalah aku tertidur dengan linangan air mata…

Tersedarnya aku semula adalah sewaktu azan solat Jumaat bergema, seperti biasa dalam malas aku ke bilik air, bagai terasa berpuluh-puluh ekor syaitan di belikat aku, di bahu ku… namun, ku gagahi juga mengambil air sembahyang dan kemudian nya ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Di dalam khutbah Jumaat yang jarang-jarang sangat aku fokus itu, terpana aku kali ini dengan kata-kata dan hujah Imam. Dan yang paling aku ingat adalah Islam mengajar kita,

“Jika kau memberi, berilah seikhlas hati, tanpa mengharap sebarang balasan… dan jika kau menyayangi, maka sayangilah tanpa mengharap sebarang balasan, kerana itulah pemberian dan kasih sayang yang semulia-mulianya dan yang sebenar-benarnya!”

Aku mulai terfikirkan Sarah, kekasih ku yang amat aku sayangi… apakah cinta dan sayang aku kepadanya selama ini, lebih mementingkan diri aku sendiri? Apakah cinta aku ini sebenar-benarnya cinta? Jika ya, mengapa aku menangis apabila dia tidak bahagia bersama ku? Sepatutnya aku buat dia bahagia! Barulah itu semulia-mulia cinta!

Apa yang sebenarnya dia mahu? …Obviously, tiada apa yang wanita mahu, selain daripada mengetahui yang hidupnya secured. Know where to go back to, who to go with, yang mana ianya boleh dilakukan jika bersama seorang yang bergelar suami!

TETAPI, i’m so very young…baru berkerja, baru mengenali kota, baru menakluki dunia kononnya. How can I marry her now? Aku masih nak relax and enjoy life’s around me…

Selang beberapa hari tanpa panggilan, tanpa berhubung… akhirnya dalam aku kebingungan, tiba-tiba telefon berdering, aku menjawab dan begitu gembira sekali mendengar suaranya. Happy sangat! Dia juga sounded happy…jelas sekali kami masih saling cinta dan sayang. Tetapi, di akhir perbualan,

  • “Razzi, I’m getting married!”

– BOOM! Bagai satu bom meletup dalam kepala aku…bagai berkecai jantung ini, rupa-rupanya panggilan telefon itu adalah panggilan selamat tinggal darinya… sedih…dan tiada yang lebih sedih sekali, apabila perpisahan berlaku dikala sama-sama masih cinta. Tetapi, mengingatkan kata-kata imam di masjid tempohari, aku tenang menghadapi. Selepas terdiam agak lama, Lalu aku menjawab,

  • “I’m happy for you…very happy!”
  • Tiba-tiba Sarah menangis teresak-esak dan amat terkejut sekali dengan kata-kata ku. “You happy for me? How come?!”
  • “Well, Inilah yang terbaik buat you sayang… I takkan menghalang you, I want you to be happy, I rela lepaskan you kerana I terlalu sayangkan you!” Itulah kata-kata aku yang paling ikhlas pada Sarah.

At this time, aku hanya mahu dia bahagia…walaupun jika keputusan itu hanya akan mengecewakan aku. Kerana… jika dia bersama aku, mungkin lambat lagi sebelum boleh mendirikan rumahtangga dan Sarah pula sudah berumur. Daripada menerima tekanan dari keluarga yang begitu dasyat…ada lebih baik dia berkahwin dengan pilihan keluarganya.

  • “Thank you sayang… ” Itulah kata-kata Sarah mengakhirkan perbualan kami…penuh dengan tangisan kesedihan, tetapi amat menghargai aku yang memahaminya…

At my side, terbukti, setelah aku bertahun-tahun mencintai Sarah, lalu TANPA mengharap balasan darinya, kemudian aku melepaskannya pergi pula, membuatkan aku merasa nikmatnya…nikmat sebuah pengorbanan, betapa bahagianya aku kerana dapat membahagiakan orang yang aku sayangi!

Rupa-rupanya, walau kita kehilangan orang yang kita cintai, tetapi jika kita dapat membahagiakannya tanpa mengharap sebarang balasan, rasa kepuasan dan rasa bahagia adalah jauh lebih bermakna dan menusuk jauh ke dalam jiwa!

Itu yang kadang-kadang aku terfikir, ramai orang sanggup merampas milik orang dengan memburukkan kekasih orang, kekasih yang sedia ada dikatakan tidak cantik, tidak baik dan tidak bagus sangat untuknya…hanya kerana mahu memiliki dia yang diidamkan. Akan bahagiakah orang yang begitu? Sedangkan aku amat berpuas hati dan bahagia apabila memberi kekasih aku berkahwin dengan orang lain demi kebahagiaannya…

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-



Apa komen anda? : [42] Comments


 “Segala-galanya bermula dari sebuah persahabatan!”

Ramai sudah tahu Bro Razzi selalu menulis dari pengalaman-pengalaman lama juga dari apa yang dipelajari dari kegagalan demi kegagalan yang dilalui. Saya juga cukup suka berkongsi kisah-kisah cinta saya yang lampau. Dan kali ini, istimewa untuk anda…sebuah lagi kisah cinta Razzi yang cukup menarik dan menyayat hati. Semuga anda mendapat manfaat darinya…

Semasa saya bertugas dengan M.A.S di airport dulu, saya mengenali ramai pramugari. Asyik duk bercinta dengan pramugari je lah hehe. Habis, kat situ je kehidupan saya siang dan malam. Mengendali operasi penumpang antarabangsa keluar dan masuk negara kita ni. So, salah seorang pramugari yang pernah saya kenali ialah Nita. Dialah pramugari pertama yang saya pernah jatuh cinta dulu.

  • Namun, bagi Nita saya hanyalah seorang sahabat bukan kekasih…

Masalah yang sering saya alami dengan Nita ialah, cara Nita melayan saya seperti seorang yang cukup benci kat saya…

  • benci dengan cara saya,
  • benci dengan penampilan rock saya
  • benci dengan apa yang saya perbualkan,
  • benci dengan pendirian saya tentang hidup.
  • Malah apa sahaja pelawaan saya, dia akan menolak dulu…tapi kemudian baru menerima. Huuhhh…moody semacam!

Kalau ajak keluar, mesti ON!. Keluar makan ke, tengok wayang ke sure nak. Yang paling  dia suka ialah ronda-ronda KL dengan saya. Pelik tak??…Benci, tak suka itu dan ini tetapi mahu. Nak kata dia punya boyfriend, tak ada pulak tu. Hari-hari tunggu saya call je…kalau tak call mulailah bad mood. Kalau call pulak, macam tak suka!

Aii…orang pompuan ni ya, memang kompleks betul! Hehehe…Jangan marah arrr…

Walau macamana sekali pun, saya sangat-sangat sukakan dia dan Nita adalah cinta pandang pertama saya. Bagi saya, jatuh cinta tidak perlukan masa, cuma jika untuk serius dan bersedia untuk berumahtangga pastinya memerlukan masa untuk kenal dengan lebih rapat lagi. But for falling in love, jika saya dapat merasakan, “Nak!..nak!…nak!” itu bermakna saya telah jatuh cintalah kan.

…dan Nita pula, adalah seorang gadis yang sangat cantik, manja, lembut. Kulitnya putih gebu tapi bukan kerana anak mat salleh…Nita adalah seorang gadis melayu tulen dengan hidung tirus menunduk ke bawah, uhh… paling saya suka, pinggangnya yang ramping, fuhh Nita memang lawa giler!  Seorang pramugari yang sangat manis apabila melayan penumpang. Haaa…saya ni jarang puji-puji orang ni, tapi bagi saya kalau yang mix ni tak real la kan. Hehehe…itulah citarasa saya.

Perhubungan kami berlarutan beberapa bulan, tapi…

Nita tidak pernah mahu declare yang dia tu Girlfriend saya jauh sekali kekasih walaupun kami seperti belangkas. Berkepit je 24jam.

Jadual kerja kami juga selalu ditukar agar mendapat waktu yang sama-sama dekat so boleh lah pulang bersama. Hampir setiap hari saya menghantarnya pulang…

Tapi sampai sudah, saya tidak dapat melihat cintanya bersemi. Berbagai pemberian, masa dan wang ringgit telah saya habiskan seikhlas mungkin demi CINTA NITA…apa yang saya dapat hanyalah sebuah persahabatan…

Saya kecewa, kecewa yang teramat sangat. Selalu juga saya terjerit-jerit seorang diri di bilik atau di depan pantai yang terbentang sunyi. Apa lagi?…apa lagi yang perlu saya lakukan untuk memiliki seorang kekasih??…untuk mendapat walau secebis cintanya…frust beb!

Akhirnya saya terasa seperti dipergunakan. Apabila hendak keluar bersiar-siar, makan atau menonton, saya dikehendaki. Tetapi apabila saya bercakap serius tentang perhubungan kami, kata Nita,

  • “Kan kita selalu jumpa…apa lagi yang you mahu?”

Apabila saya kata saya perlukan seorang kekasih dan ingin diyakinkan yang Nita milik saya, katanya lagi,

  • “NO!, I bukan kekasih you, I bukan nak bercinta dengan you…bukankah kita ni masih muda lagi? I tak berminat dengan komitmenlah  Razzi.”

Bagai tersiat isi dan kulit muka saya ni. Semput rasa dada menahan sabar. Itulah ayat yang selalu diulanginya, setiap kali saya bertanya atau mulai berbual soal perhubungan. Senak dada beb! Terseksa batin wa ni beb adoi…

  • Akhirnya, saya telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Nita. Dengan berat hati saya memberitahu Nita yang saya mahu berpisah dan mahu mengenali orang baru dan mencari seorang kekasih. Nita hanya mendiamkan diri, wajahnya langsung tidak ada reaksi apa-apa…entah dia suka, entah tidak, tidak pulak saya tahu.

Pada hujung tahun…akhirnya saya telah meninggalkan Nita. Kegembiraan mulai terasa di jiwa saya apabila saya sudah kembali ke arena pemburuan cinta. Setiap hari, itulah di fikiran saya, mencari cinta yang sejati. Rasa terbuang sangat masa bersama Nita. Itu yang saya duk cari cinta je…kat Airport tu, semua orang tahu lah saya dan tujuan saya ni…asyik nak cari mak we je hehehe! Bukan nak buat apa beb…nak buat bini lah! Hehehe…

Lebih sebulan kemudian, sewaktu pulang dari kerja dan masih di Airport lagi, saya didatangi seorang pramugari yang cantik dan manis sekali. Teruja saya dibuatnya…ishh, dapatlah kali ini buat girlfriend, dia yang dekati saya pulak tu. Tetapi kegembiraan saya itu hanyalah sementara kerana kedatangannya adalah semata-mata untuk memarahi saya. Saya kebingungan dan hairan…

Marahnya bukan kepalang, semuanya adalah semata-mata kerana saya telah meninggalkan Nita yang rupa-rupanya kawan baik dia yang juga teman sekampung, dari negeri di selatan. Saya cuba menerangkan keadaan sebenar tentang Nita. Namun katanya,

  • “Mengapa awak bodoh sangat?…Nita punya sayangkan awak dan amat menyintai awak tau?! Dia saja-saja cakap, tak suka, tak nak…”

Saya terus kebingungan…

  • “Aik? apa yang awak cakapkan ni, …Kan Nita kata kami muda lagi dan belum bersedia. Dia juga kata yang dia tidak minat pada komitmen! Tapi… lain pula cerita awak ni?”

Dengan matanya yang semakin membulat geram dia menjawab,

  • “Awak yang tak pandai, dia bukan serius bila cakap macam tu. Dah hampir setahun kenal, hari-hari dia berjumpa awak. Call 2-3 kali sehari, keluar sama-sama, makan sama-sama, menonton bersama, siang malam duk berkepit ke sana-sini…itu bukan kekasih ke? bukan girlfriend ke???…nak kena tidur dengan awak dulu baru kira kekasih?! Awak ingat kami pramugari ni hanya for fun ke??!”

Perrrghh…terkedu seribu bahasa, terpana dan terduduk wa beb, menangis tak berlagu. Keinginan saya yang sibuk menginginkan satu pengisytiharan yang kami adalah ‘kekasih’ adalah satu kebodohan saya yang tidak dapat saya maafkan!

Mengapa saya tidak sedar yang Nita sebenarnya adalah sememangnya kekasih saya? Aduuhhh…mengapa? Mengapa saya sibuk-sibukkan perkara remeh, inginkan ucapan kasih, I miss you, I love you…sedangkan kami seumpama belangkas!

Mengapa saya mahu lebih? ahhh…bodoh! bodoh!…Saya tidak menyedari yang kekasih, sayang, boyfriend, girlfriend hanyalah satu panggilan…Yang penting cara perhubungan itu!

Sederas kilat saya berlari meninggalkan pramugari itu, untuk ke kereta saya di parking lot. Kemudian terus saja saya memecut menuju ke rumah Nita. Sepanjang perjalanan, seluruh tubuh saya mengigil-gigil entah mengapa. Rasa gembira bercampur kesal bergelumang di jiwa. Aduuhhh…

Setibanya saya di Kelana Jaya, depan rumah Nita, kelihatan beberapa orang seperti sedang mengeruminya. Saya kehairanan, dan terus tercegat di luar pagar, menanti… Jelas sekali masing-masing seperti teresak-esak dan saya dapat meneka…Nita akan meninggalkan mereka… “Oh God!…adakah Nita akan meninggalkan aku?!”

Setelah saya berdiri di situ seketika, mereka mulai menyedari kehadiran saya. Belum pun sempat saya bertanya Nita apa yang telah berlaku, sebuah teksi Comfort tiba.

Suasana menjadi semakin tegang. Nita menangis kuat dan cuba menjauhkan dirinya dari saya. Diusung cepat beg-begnya dan langsung tidak mahu menegur saya, sambil teresak-esak dia meluru ke teksi yang sedang menanti. Saya kegeraman dan merampas beg-beg Nita itu dan melemparkannya ke jalan. Saya menarik Nita dan merapatkan tubuhnya kepada saya,

  • “WHAT HAPPEN?? WHY NITA? APA INI SEMUA??”

Nita tidak menjawab, malah terus menangis teresak-esak dan menepis tangan saya. Dikutipnya beg-beg dia semula dan terus memasuki teksi yang mulai berlalu pergi. Saya ternganga-nganga, kebingungan dan terus tertanya-tanya, apa yang telah terjadi?…saya ditinggalkan dengan seribu persoalan, seribu kekesalan…

Ya Allah…aduhh, sepatah kata terakhir dari Nita pun tidak dapat saya dengari. Seksanya batin ketika itu…

Namun, walau terseksa sehebat mana, jiwa Nita lebih terseksa sebenarnya. Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu yang Nita terlalu kecewa kerana berpisah dengan saya…CINTA PERTAMANYA! Lalu Nita sebenarnya tidak melapurkan diri ke Cabin Crew department, gone missing dan telah pulang ke kampung…sehinggalah dia dibuang kerja!

Kekecewaan Nita pastinya tidak tertanggung oleh sesiapa sahaja… Sehingga ke hari ini saya masih merasa bersalah terhadapnya. Dan kerana saya yang bodoh dan inginkan sesuatu yang lebih darinya, saya telah mengecewakan seorang gadis yang sangat baik, jujur dan setia. Akhir sekali saya dengar tentang Nita, dia telah menerima pinangan dari seorang lelaki Singapura yang bekerja sebagai Pramugara Singapore Airline. Beberapa kawan baru-baru ini telah memberitahu saya yang Nita kini sudah hidup bahagia sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai sepasang anak. Saya gembira untuknya…namun, jauh di sudut hati saya…saya berduka dan akan terus rasa bersalah serta teramat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan…

“Segala-galanya bermula dari sebuah persahabatan!”

Itulah yang selalu saya laung-laungkan setiap masa. Ianya begitu bermakna bagi saya, bukan sekadar berkata-kata…. Ianya adalah satu penyesalan saya yang mana saya tidak menyedari persahabatan yang terbina antara saya dan Nita sebenarnya adalah satu detik permulaan sebuah percintaan. Namun, saya begitu alpa dan bodoh sombong untuk melihatnya sehingga saya kehilangan seorang kekasih yang amat menyayangi saya. Sedangkan saya hanya sibuk dengan apa yang saya mahu, yang sebenarnya sudah saya miliki!

Sejujurnya, bro Razzi tidak mahu you all membuat keputusan yang salah dan tidak rela jika ada antara you all melalui pengalaman pahit yang seperti saya lalui. Jadi, pinta saya…

Buatlah keputusan yang tepat dan hargailah saat-saat manis anda bersama teman, sahabat  serta yang tersayang … JANGAN sebab anda mahu enjoy, sosial, freedom, konon modern…lalu anda mendedahkan diri anda untuk mudah terpedaya. Kerana… anda tidak tahu bilakah anda akan kehilangan cintanya!

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-



Apa komen anda? : [11] Comments


As many of you tahu kalau Razzi menulis kisah cinta, all of it adalah kisah cinta saya sendiri. I share my old story, my true experience…segala kejayaan dan kegagalan di dalam mengharungi sebuah percintaan…

Kali ini, I nak take you all back to my sekolah time! Masa dalam antara lepas exam dan menunggu result. As I recall… masa tu I sangat-sangat interested with one girl ni, I call her N!

N is the most beautiful girl in school laaa…gorgeous sangat sampai not many guys yang nak kat dia sebab awal-awal lagi dah mengaku kalah, terlalu lawa sangat kira bukan level mereka la and mostly sebab takut kena REJECT!

According to this guys, N jenis snob and perasan……but to me, she just being a beautiful girl dan paling lawa dalam sekolah..mesti sombong or in another word is Mahal!

To me, kalau dia tak macam tu maknanya she just not that pretty la kan. And because of that too, I fall for her…I ni dari dulu hingga sekarang pun I will go beyond my level hahaha… I jenis tak kira punya. Kalau orang kata she’s too good for me or too high level, too lavish, out of my league…lagi lah I nak try! 😉

Obviously…I know, I akan di reject, crash and burn…thats for sure! Tapi the thrill of it makes me emotionally stronger! Well that’s me…that’s why lah all my school friend and hers too tahu yang I tergila-gila sangat kat N. Everyone knows I’m so much in love with her…

Tapi, being a school kid…for sure masih ada malu-malu, takut nak luahkan perasaan, tapi being me, I guess I was born to be Brother Love, sebab I memang selalu konfiden semacam walau I tahu I akan dikecewakan, so…i ending up with sending NOTA CINTA…atau love cards…dan I believe I can win her heart!

the little cronology is this :-

  • After several notes, N telah respon cantik, I was so very happy! Among all the guys, I got to be closed to her
  • Later…i got her phone number yeayyy!! Since then kami selalu berborak on the phone.
  • We got more closer till she visited me and my mum kat rumah. Me too visited her family…
  • In a way, to me kami ni dah kira couple laa…but to her, I’m not sure! What I can remember…we never say “I love you” to each other…
  • Time goes by…I’m tremendously in love with gorgeously N… we practically together most of the time. Wherever she goes and whatever she do, I’m there…Bessstnyerrr!!
  • Sehinggalah pada farewell party sekolah. Saat-saat akhir kami meninggalkan persekolahan…dan kawan-kawan yang sekian lama bersama…something hit me hard…

I still remember pakaian dia… Blaus biru shining dengan seluar hitam style mc hammer. Itu kan hehe zaman dulu cukup popular la pakaian cam tu…and her hair, I cukup ingat her long beautiful hair….but yang I paling ingat sangat adalah, saat kami bersalam…

I pun tak tahu mengapa waktu nak balik dari party tu di depan kawan-kawan semua tiba-tiba N mengunjukkan tangan untuk bersalam…I dalam terpinga-pinga menghulurkan tangan dan bersalam dengannya…

  • “…friend?” sasys N, short and simple…

Masa tu, bergelombang satu tenaga dari dalam diri ni rasa bagai nak pengsan, bagai nak terkeluar balik apa yang dah makan tadi. Berpusing-pusing dewan I rasakan. Amat terkejut sehingga I tak lepaskan salaman itu…N menarik-narik tangannya sambil ketawa kecil bagai sekelumit rasa cinta pun tiada di dalam hatinya….

Saat itu…I mulai sedar, she just not into me! She never love me…Hanya I saja yang tergila-gilakan dia selama ini. Sedangkan dia hanya menganggap I hanyalah sekadar KAWAN!

I memandang dia melangkah pergi… tanpa menoleh ke belakang lagi dengan seluarnya terbuai-buai ditiup angin…kawan-kawan mulai menepuk bahu menyabarkan Razzi…

  • “…aaah…aaahhhhh….sedih…amat sedih…” …I menerima kekalahan terunggul…

Beberapa tahun kemudian, I dah berkerja dengan MAS di Passenger Handling Services dan I find  out dia menyambung pengajian dia di salah sebuah Universiti…entah mengapa I ni beranikan diri, menghubunginya kembali…

Best part… we meet again! Tapi…you guys tahu apa, she still the same. She still beautiful as before…her face is the same her look is still gorgeous…her hair style pun sama…

Yang paling sedih sekali, kami bersalam sekali lagi dan dia reminded me of the old word, “Friend!” …yes!!…she said that again! Dia ingatkan I sekali lagi beb!!

Hey, I tahu laa, dia nak remind I yang kita hanya kawan tidak lebih dari itu. So don’t put a hope to have any love relationship with her la kan…hey, I KNOW!

And guess what…after berbelas-belas tahun tak jumpa we meet up again! But this time around things are different. I’m a totally different person…I’m at a whole new level. And I dont really bother dia berjaya atau tidak dalam hidup dia. To me, kita kawan dari zaman sekolah lagi…which is its very meaningful to me…

BUT, its kind of funny…nak tahu pasal apa? She reminded me again of this word, “FRIEND!” yup…she says that again?! “Kita kan kawan”…

Hehehe, come to think back, she may keep saying it HANYA KAWAN, maybe sebab dari kelakuan I yang ramah, baik, romantic kind of guy…it’s showing that I masih menaruh harapan. Mungkin itu yang difikirkannya, lalu takut menyakitkan hati I, or lose a friend hanya kerana hati I yang jatuh cinta padanya…lalu dia terus memperingatkan situasi kita.

Padahal,  for sure lah I will not crazy for her after she broke my heart couple of times already, kan? Or is it she thought that Razzi ni masih macam masa sekolah-sekolah dulu? hehehe…I don’t think so! She just being a true friend.

Well, itulah kisahnya…as to all of you, I must remind you that kalau seseorang yang tahu kita jatuh cinta dengan dia tetapi, respon dia dengan mengatakan,

  • “…friend?”
  • “Can we just be friend first?”
  • “kita kan kawan…”
  • “Kita kawan dan tengoklah kalau kita boleh pergi lebih dari itu”

Well all this adalah satu cara baik untuk mereka menolak perhubungan cinta yang bakal terjadi. And I respect N for doing that to me. I may sakit dan torture dengan kemesraan dia, kelembutan dia yang cute itu, tapi at least…

I tahu Hakikatnya… dia tiada rasa cinta pada kita. That’s it…and that’s all. Tidak perlulah kita merasa pelik,  bingung atau confused, “Eh dia layan aku best je tau, kita berdua rapat sangat…all the time together…pasal apa dia tak nak aku ya?”

We are just friends…HANYA KAWAN…kawan biasa, tiada rasa cinta, hati dan perasaannya terhadap kita hanya sekadar kawan. Tiada penjelasan yang lebih jelas dari itu. Apa yang kita perlu lakukan? Well, dengan berat hati…it’s hard, it’s tough…but ada baiknya menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka, agar kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang! Err…sapulah airmata yang berlinang tu…

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-



Apa komen anda? : [39] Comments


no download slot machines