Ada ramai yang naaak sangat kekaasih dia ucapkan yang dia menyintainya. Ada ramai sangat si isteri mahu Encik suami mengucapkan kata-kata cinta… selang sehari kut ya hehehe… ada girls yang ternanti-nanti, bila la boyfriend dia ni nak ucapkan, “I love you”

razblog01

  • The fact is, Di raut wajah telahpun tahu, Dari sinar mata telah ku duga… Ada rasa yang membara, Ada cinta yang menyalaJadi tak perlu lagilah nak ucapkan, tak perlu lah nak kata I love you…. because I DO!

Pada pendapat Brother Love, girls kena lebih confident sikit dari biasa, TAPI bukan perasan. Lain tu Yakin dengan Syok sendiri… Untuk yakin, kita kena lebih banyak berusaha mengenalinya. Syok sendiri pula, atau perasan adalah apabila kita teka-teka saja, dan khayal sorang-sorang hehe…

You see, apabila kita penuh dengan informasi, ilmu, pengetahuan, tentang dia yang kita idamkan tu, keyakinan akan terbina! Bila wanita yang penuh dengan keyakinan, lelaki akan lebih respect dan memandang tinggi kepada anda. Also, kena tahu tingkah laku dan perbuatan seseorang tu, apa maknanya… kena belajar dan bijak untuk memahaminya…

Simple CONTOH : Kalau dia cinta dan sayang kan you sure dia akan sanggup berkorban apa saja, sanggup bersusah payah, sanggup berjalan jauh demi untuk bersama, sanggup berhabis wang ringgit yang dia mampu untuk anda just to be closed to you….

JIKA SEBALIKNYA… maknanya DIA TAK CINTA LAH… tak perlu nak tanya lagi, tak perlu nak wondering lagi, bila you still thinking about it walau tiada respon yang baik darinya, itu yang jadi syok sendiri 😉

*Takkan dia sayang kalau nak jumpa pun malas? Takkan dia rindu kalau nak call pun tak ada masa? Takkan dia cinta, kalau boleh tinggalkan anda tanpa berita?

Jadi selalu-selalu lah perhatikan…

  • Apabila cinta masih mekar, masih hangat dan masih ada daya tarikan di antara anda berdua, Dari kemesraan yang telah dirasai, Dari tutur kata yang mesra menggoda pastinya cinta sudah berbalas...tak perlulah nak confirmation lagi… I’m very sure you all pun dapat rasa dan tahu.

Jika anda masih belum faham, masih tak mahu terima hakikat yang sebenar, well itu bukan salah sesiapa, tetapi salah sendiri kerana,

JIKA TIADA KEMESRAAN, JIKA TIADA KELEMBUTAN DALAM TUTURNYA, TIADA MENGGODA… maka tiadalah cinta lagi, tiadalah sayangnya… cakap pun mendatar, bahasanya pun kasar… takkan dia masih cinta jika begitu? IF benarlah dia masih cinta, tetapi kekasaran dan kehambaran itu lumrahnya… adakah itu yang anda mahu?

Cinta tidak perlu diucapkan, tetapi ia perlu dirasa dan dipamerkan…

Samalah juga dengan nyanyian, kalau penyanyi tu menyanyi tanpa ‘FEEL’ …menyanyi bukan dari hatinya, adakah anda rasa macamana kesedihan atau kegembiraan lagu itu? Dengar pun tak best kan? …tapi kalau best, memang feel habis lah dia belasah lagu tu, betul tak?

Same thing laa…jika hambar dan tawar je perhubungan itu maka ia TIADA CINTA…sebaliknya, jika ianya datang dari hati, dari jiwa yang hangat membara…maka tanpa sebarang ucapan kita akan dapat merasa ADA CINTA …dan cintanya memang untuk kita. Cun? …

“You don’t need to tell me you love me… SHOW IT! make me FEELS IT!”

All the best and good luck!

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda dapatkan, ebook + buku-buku Brother Love di page ini ->, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [4] Comments