Pepatah orang tua-tua, “Cinta itu buta” , orang putih pulak selalunya dia kata, “Love is blind” Samalah tu 😀 …Tapi rumusannya, it’s “Fool for love”  Makna di sebaliknya ialah kita semua akan menjadi seperti, bodoh kerana cinta.

Secara ikhlasnya, bagi pendapat bro love…kita bukan bodoh kerana cinta atau fool for love. TETAPI kita “BERANI MENCUBA LAGI” that what make things exciting!…but, tidak dapat disangkalkan lagi, apabila kita jatuh cinta pada seseorang tu kan. Apa yang kita fikir? NOTHING! 😉

Apa yang kita tahu :-

  • Kita nak dia, kita cintakan dia, kita sayangkan dia dan hanya dia yang kita ingatkan.

Walaupun kita tahu dialah  yang :-

  • Menghancurkan hati kita, mengecewakan kita, tidak menghargai kita…tidak fikirkan kita, tidak pun mahu hubungi kita, tidak hiraukan kita, tidak pentingkan kita…kita tahu, dia tak lawa, dia tak hensem, dia tidak layak untuk kita….

TETAPI, naluri kita menginginkannya…walau sejuta orang mengatakan tidak…tetapi hati kita mengatakan ya?…siapa yang nak halang? Di sinilah, yang dikatakan, “Fool for love” …walau apa kawan-kawan atau saudara mengatakan yang dia tidak baik untuk kita atau dia tidak sebagus yang kita sangka tetapi kita tetap gilakannya…kita tetap mahukannya!

THE FACTS : Selalunya apa yang saudara dan teman-teman rapat fikir…semua betul!! Too bad. Hehe… Secara logiknya, orang yang berada di luar perhubungan lah yang berfikir lebih rasional dan clearly nampak siapa sebenar yang kita cintai itu.

Personally, bro sendiri pun pernah fool for love..which I found it very interesting, it makes my life lagi menarik dan exciting! Some of the experience yang bro sendiri lalui, ia membuatkan diri kita terasa seperti masih remaja gitu hahaha…wild and free….memang best sangat!

So, kalau sesiapa sahaja come to me and seek for my advise, I would say go ahead!…fall in love!! Dia bagus atau tidak, dia kena untuk kita atau tidak…itu biar kita sendiri face it later, temui sendiri jawapannya. Biar kita terkecewa dan hurts…but at least kita tahu dia bukanlah untuk kita…cuma, sudah tentu cara kita tahu through the hard way. Which, to me…it is good! Barulah kita benar-benar terjaga dari lena lalu mahu belajar dari kesilapan kita kan.

CUMA, my opinion…jangan degil!

  • “It’s cool to be fool for love…but it’s not cool if you’re making a fool out of yourself”

Maksud I, nak jatuh cinta mengikut kata hati kita, dan tidak hirau apa orang kata tu…GO AHEAD! It’s exciting…tapi selepas you tahu yang dia is not for you…terus belah lah. Jangan tunggu-tunggu lagi. Kalau sedar yang dia tak mungkin akan kahwin dengan kita, atau dia tidak seperti yang kita harapkan…make your move beb! Ramai lagi diluar sana yang pasti lebih menghargai kita, pasti sukakan kita lebih lagi. You just need to believed…

Some of us, kesilapan inilah yang selalu dilakukan. Dah tahu sendiri yang kekasih kita tu tak baik…jahat…tak hiraukan kita…tak bagus untuk dijadikan suami/isteri tapi kita naaaaaak juga! Teruuuuuus jugak bercinta…

akhirnya, tak mahu kalah kononnya…lalu, berkahwin lah…tidak berapa lama, bamm!! CERAI!! Itu yang jadi Making a fool of yourself tu.

  • ~ Baru je ada kes sportsman negara kita kahwin hanya last for about a week or two, bamm!
  • ~ Artis lelaki kita pun ada gak…bercinta bertahun-tahun, kahwin hanya beberapa bulan.

Forget about your friends around you yang mungkin akan mengata you’ve lost the battle. Forget your family yang akan berleter. Forget your own ego!!…If he’s or she’s NOT the one…then he or she’s not the one. THAT’S IT! Bottom line…breaking off atau kecewa dalam bercinta, BUKAN tanda anda KALAH! 

“We’re not fool for love, we dare to fall in love again but…with dignity!”

==========================

* JANGAN TERLEPAS peluang memiliki PAKEJ BELI 1 FREE 2 “3ebuku bernilai RM100 tetapi dengan harga promosi, hanya RM40 sahaja. ANDA JIMAT RM60!”

Promosi ini akan ditamatkan pada bila-bila masa sahaja, Dapatkan sekarang! klik di sini.



Apa komen anda? : [28] Comments