“Jika anda hanya boleh memilih SATU pilihan sahaja, apakah yang anda pilih? CINTA? HARTA? Atau RUPA?”

  • Susah juga jika RUPA dia tidak membuatkan kita rasa sayang, feel tak ada! Macamana mahu hidup bersama? Macamana nak bermesra… tak menarik di jiwa, ‘tak steam beb!’
  • Susah juga bila HARTA atau kewangannya cukup-cukup makan saja. Bagaimana nak keluar-keluar, bersiar-siar, dating OR even nak berumahtangga? Bagaimana nak membayar berbagai bil-bil bulanan? Bagaimana mahu mempunyai anak dan membeli kelengkapan untuk anak-anak pula?
  • Susah juga bila tiada RUPA, tidak timbul rasa mahu berCINTA. Susah juga bila hidup dalam kesempitan, tanpa HARTA, akan berlaku tekanan dalam perhubungan yang pasti akan menghancurkan CINTA!

Pastinya, kita mahu memilih Cinta, Harta dan Rupa! But itu PERFECT! Dunia realitinya, tidak sesempurna itu.

  • Kadang-kadang kita dapat memiliki rupa…tetapi kita tetap dikecewakan, kerana kecurangan berlaku apabila rupa menjadi perhatian ramai..
  • Kadang-kadang kita dapat memiliki harta,…kita tetap dikecewakan cinta, kerana kekayaan menjadi punca keegoan lalu kemegahan jadi pilihan.

Malah sometimes, kita punya rupa, pasangan pun sama…kita punya harta, kaya…we have everything! BUT still…kita terkecewa dalam cinta, kerana FEEL hilang! Pelik kan? Apabila kita tiada itu yang kita mahu tetapi apabila kita dapat semuanya itu jugalah yang kita tidak mahu!

  • If you ask me…secara logiknya, I pilih CINTA first! Rupa dan Harta akan datang kemudian. Kerana, bila sudah cinta, yang tak cantik jadi lawa…bila sudah cinta, hidup miskin pun rela…

Itu logiknya, tetapi tak tahu lah mengapa, reality of me…I will always go for the look first! I tak boleh bercinta jika tidak sedap mata memandang. Jika lawa, cantik dan berilmu pula it’s a bonus la. I LOVE beauty & brain!! Harta? Hmmm… not even think about it! SO, “apa pula pendapat you all? Apa yang you all pilih jika hanya satu pilihan saja yang anda boleh pilih?!… Harta, Rupa atau CINTA?”

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html

Salam hormat,
Razzi Rahmanย @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [28] Comments