men

“Aku muda, lawa, cantik, penampilan menarik, body solid and sexy…dia boleh bercinta dengan yang lain, dah lah tak lawa langsung, tua pulak tu? apa kelas?

Pernahkah anda seperti ini, kebingungan dan menjadi pelik dengan tindakan pasangan lelaki anda? Ramai wanita masih tertanya-tanya, WHY lelaki boleh berubah arah, sedangkan she’s the best!?

  • Lelaki yang dalam hebat bercinta, tiba-tiba hilang entah kemana. Tahu-tahu nak putuskan hubungan. PELIK!
  • Bertahun dicurahkan kasih sayang kepadanya tiba-tiba dia berubah arah suka kepada yang lain. PELIK!
  • Malah ada pula lelaki yang mendapat zuriat sempurna dan cantik hasil dari perkahwinannya, tidak berpuas hati pula lantas mulai keluar-keluar dan tinggal-tinggalkan keluarga. PELIK!

“Pelik betul rasanya apabila dia kelihatan bahagia selama ini. Dia benar-benar ingin bersama dengan kita. Dia yang beriya-iya mahu bercinta…BUT at the end of the day…dia BERUBAH ARAH!”

Paling menyakitkan hati wanita, si lelaki ni boleh jatuh cinta dengan :-

  • Wanita yang tidak cantik, anda lagi cantik
  • Wanita yang sudah ‘lesu’, anda lagi solid
  • Wanita yang sudah bercerai berkali-kali.
  • Wanita, janda yang sudah punya 4-5 orang anak
  • Wanita yang jauh lagi tua darpada anda, malah tua darinya…

why?…Why?… WHY?!!

Mungkinkah wanita-wanita yang tersenarai di atas itu BIJAK mengambil kesempatan?. Lebih pandai dan hebat melayan dan memberinya peluang?…

Put aside ‘Minyak Senyonyong’ or ‘Minyak orang mati dibunuh’ laaa…itu dah Black Magic, ilmu hitam kira dayus lah siapa-siapa guna. What we want to know, natural cause, why lelaki berubah?!

Renungkan sejenak perhubungan anda dan dia…

  • Adakah dia tidak happy yang sebenar-benarnya?
  • Adakah sesuatu perkara yang dia mahu lakukan tetapi anda tidak benarkan?
  • Adakah fizikal and shape anda sudah tidak seperti dulu, oleh sebab itu lelaki anda berubah arah?
  • Adakah anda menghalang cita-citanya?
  • Mungkin cara percakapan anda sudah agak kasar dan tidak semesra dulu lagi?
  • Mungkin juga anda sudah agak ‘MALAS’ di ranjang?

Cuba jawab kepada diri anda sendiri seikhlas mungkin, dan bro Razzi pasti…naluri anda akan memperkatakan hal yang sebenar.

To me, seorang lelaki yang benar-benar cintakan wanita, dia tidak akan tiba-tiba berubah arah, melainkan kerana ada sesuatu kejadian yang sudah terlalu lama dipendamnya, yang tidak dapat dia lakukan atau keluarkan…KEMUDIAN, muncul pula seseorang yang mulai melakukan sebaliknya…

…hadirlah dia yang membawa cahaya kepadanya yang bagai sesat di dalam terowong yang gelap itu…Datang membawa sinar harapan, membawa berbagai peluang dan harapan… – KETAHUILAH,

Di kala itu, anda cantik macamana pun, anda masih solid, bergetah, anda bagus dan hebat layanan anda…sedap atau tak sedap layanan seks anda, well… sudah tidak penting! sudah tidak dihiraukan lagi.  Yang difikirkan mereka adalah harapannya merasa bebas… FREEDOM!

…tanpa mengira yang hadir itu wanita cantik atau hodoh, tua atau muda, janda atau dara,  Itu bukan persoalannya, yang dia mahu hanyalah FREEEDOMMM!!!

Again, you nak cakap, “Aku punya lawa, punya muda, solid, sexy…dia boleh curang dan pergi bercinta dengan yang tua dan tak lawa tu? apa kelas? Tak hengat!!” …nope no point in that! Because look is got nothing to do with….compare to companionship!

The key to a good and great relationship is jadilah…

Teman setia, teman berbual, teman tempat meluah rasa, teman yang selalu menyokong, teman yang bukan suka mengkritik, menghina, teman yang tidak memeningkan kepala, tidak cemburu, teman yang ghairah berkasih sayang, teman yang menghiburkan…all this compile to one, we call it A GREAT COMPANION!

Jika anda masih sayangkan pasangan anda, jadilah A GREAT COMPANION kepadanya, dan walau siapa pun yang hadir dalam hidupnya nanti, hanya kepada anda sajalah dia akan pulang, KERANA andalah tempat dia mengadu, andalah tempat dia meluahkan perasaan, andalah tempat dia melepaskan rindu dan bermanja! – Jadilah dan ambil lah tempat itu!

Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lagi tentang berbagai-bagai tip cinta, anda boleh klik di sini : Untuk mendapatkan tip-tip cinta yang lain lagi, sila klik di sini 

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [21] Comments